header-photo

Berpeluang bersama Adiputra



Sewaktu bersama ahli mesyuarat menyaksikan kehebatan Adiputra menyelesaikan masalah matematik yang rumit

Ampang, 12 Dis.- Mesyuarat Kongres Kepentingan Bangsa yang telah diadakan di kediaman Tengku Razaleigh turut disertai oleh seorang anak kecil yang cukup popular dengan kehebatannya dalam ilmu matematik, Adiputra.

Adiputra bersama ibu dan bapanya telah muncul dalam mesyuarat tersebut sebaik sahaja mesyuarat selesai. Kedatangan mereka bertujuan mengetengahkan isu bahawa anak Melayu mampu menjadi bijak dan mahir dalam sesuatu ilmu melalui medium Bahasa Melayu.

Mereka inginkan perhatian daripada pemimpin Melayu nasional agar dapat menggunakan Adiputra sebagai ikon atau idola yang mampu menjana semangat dan usaha anak-anak muda Melayu untuk berjaya dalam pendidikan.

Selain itu, ayahnya juga menekankan agar anak-anak Melayu ini diberikan penekanan terhadap agama sebagai kemestian dalam menjamin kejayaan mereka.

Ibubapanya juga berkongsi cerita mengenai kelahiran Adiputra dan misteri kehebatannya. Ibunya pernah bermimpi seperti mimpi yang dialami ibu kepada Imam as-Shafie iaitu bintang-bintang jatuh ke atas dirinya. Mimpi ini tidak difahami ibu bapanya, tetapi mereka yakin ia sebagai petunjuk kepada sesuatu yang baik.

Setelah melahirkan dua orang anak, inilah satu-satunya anak yang dibacakan surah-surah seperti surah Maryam, Yusuf dan Luqman sewaktu mengandung. Ibunya merasa terpanggil untuk berbuat demikian. Inilah juga satu-satunya kelahiran paling mudah dan tidak menyakitkan.

Sewaktu Adiputra berumur 3 tahun, dia menangis berteriak inginkan ayahnya mengajarkannya sifir. Ini adalah satu kelainan yang luarbiasa.

Walaupun baru berusia 5 tahun dan belum mengikuti sistem pendidikan pra-sekolah, ilmu matematik di peringkat universiti juga mampu dijawabnya secara congak tanpa kira-kira di atas kertas. Dia biasanya dapat mencipta sesuatu formula pada pukul 12 tengah malam sehingga pukul 4 pagi.

Inilah kurniaan Allah yang Maha Berkuasa. Atas tekad yang kuat daripada ibu bapanya untuk menjadikan anaknya seorang yang berguna untuk agama, bangsa dan negara, Adiputra pasti akan menjawab bahawa cita-citanya adalah menjadi profesor matematik Islam.

Ditanya mengenai ke mana universiti yang ingin dituju, dia menjawab, "Harvard University." Namun, jika tawaran yang diperolehi adalah Harvard University dan sekolah tahfiz, dia memilih untuk ke sekolah tahfiz. Begitulah jawapannya spontan apabila ditanya.

Dalam pada ramai anak muda yang meminati artis hiburan Melayu, Adiputra mempunyai kelainan dengan meletakkan tokoh idolanya ialah Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh, seorang tokoh matematik yang buta penglihatannya.

Always Use Left Ear for Mobile Phones



Please use left ear while using cell (mobile), because if you use the right one it will affect brain directly. This is a true fact from Apollo medical team.

Adikku Sayang..

Selama sebulan kita meraikan sambutan Aidilfitri. Inilah rutin Melayu apabila menyambut Syawal. Kata orang, dah sebulan berpuasa, kita pun kenalah raya sebulan. Syawal tu pun 30 hari kann. Begitulah gamaknya kita orang Melayu.

Apabila mengenangkan hari raya yang lepas, teringat satu kisah yang cukup mencuit hati kami sekeluarga. Pada suatu hari, adik bongsuku tak mahu turut serta bersama kami ke rumah nenek saudara. Bukan sebab tak nak beraya, tapi sudah bosan pergi ke rumah nenek selalu. Lagipun, kami ke sana bukannya untuk beraya, cuma datang mengemaskan tadika yang ibu kelolakan di belakang rumah nenek.

Adikku tu pun duduk seorang diri di rumah. Pada firasat aku, pasti dia tidur dan bangun lambat. Biarlah mungkin dia letih sebab sudah berhari-hari kami datang berkemas di tadika itu. Dia bersendirian di rumah tanpa sesiapa sebagai teman. Mungkin umurnya yang sudah 13 tahun itu memberanikan dirinya menjadi seorang yang tidak lagi 'duduk bawah ketiak ibu'.

Kami di tadika tetap meneruskan kerja-kerja yang perlu diselesaikan tanpa memikirkan apakah yang akan berlaku di rumah. Lagipun, kami tiada talian tetap di rumah untuk dihubungi. Risau juga ibu dibuatnya takut2 adikku yang 'manja' ni kelaparan. Nasib baik aku dah belikan 4 keping roti krim yang disukainya tu.

Kami tiba di rumah dalam pukul 6 petang. Wah, terkejut kami melihat adik yang bukan main cantik baju yang dipakainya. Tertanya-tanya juga kenapa berpakaian serba indah tu. Dia kata ada orang datang rumah. Kawan lamanya sewaktu sekolah rendah. Mereka datang dari jauh hanya menaiki bas awam semata-mata untuk datang beraya di rumah. Pada waktu tiada sesiapa dapat melayan mereka melainkan adik kecilku itu.

Kedatangan mereka yang mengejutkan itu pun tak disangka-sangka adikku. Mereka tersalah rumah pada awalnya dan bercadang untuk pulang sahaja. Tapi, kebetulan adikku sedang membuang sampah di tong terletak di luar rumah. "Eh, Atiqah ke tu?" begitulah sapaan kawan2 perempuannya yang merah padam muka menahan malu kerana tersalah rumah. Nasib baik terjumpa adikku tu.

Satu soalan yang hampir semua ahli keluarga tanya dan dijawab dengan selamba oleh adikku. Jawapannya membuatkan kami ketawa kerana memikirkan betapa adikku masih dalam proses kematangannya. Nak tahu apa soalan dan jawapannya?

Hmm, tunggu ye sebab terpaksa pergi ke kelas sekarang ni. Tak sempat pula nak sambung cerita. Nanti saya sambung ye..Tapi sebelum tu, saya buka kepada kawan2 untuk teka apakah sambungan cerita itu dengan klik pada ruangan komen.

Nama lain..

My French Name is:

Florian Champeaux


My Irish Name Is...

Fachnan McKenna


After visited my fren's blogsite, i've found these two things.. Have u ever know your name in any other language? Have some fun for that. Who knows that your name would be like my macho-actor-name (perasan la tuh). Hmm, Fachnan McKenna want to take a rest..or, i shall call my name Florian Champeaux. Huhahuahaehhehe..

Selamat Hari Raya



Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam terutamanya kepada yang tersayang ibu dan ayah juga adik-beradik dan sanak-saudara.

Tidak lupa juga kepada teman-teman perkenalan sejak Tadika Al-Huda, Melaka; Sek. Ren. Keb. Jln. Datuk Palembang, Melaka; SMKA Sultan Muhammad, Melaka; SMAP Labu, Negeri Sembilan; dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Buat rakan-rakan seperjuangan PKPIM didoakan agar kita diberi kekuatan untuk terus berjuang atas nama Islam dan mengekalkan gerakan yang kita dokongi sebagai sebuah gerakan dakwah yang sebenarnya. Salam Aidilfitri buat para pejuang sekalian.

Akhir kata, saya mendoakan diri saya dan keluarga juga sesiapa sahaja yang mengenali diri ini agar diberikan ganjaran yang dijanjikan Allah dalam Ramadhan yang lepas dan diberi kekuatan iman untuk meneruskan amal ibadah untuk bulan-bulan seterusnya.


Gambar di atas adalah gambar raya kanak-kanak zaman 50-an..comelkan anak-anak kecil tu..

Bernostalgia..

Memang seronok bila dikenangkan zaman sekolah. Zaman yang penuh keseronokan dan pengajaran untuk kehidupan mendatang. Erm, waktu sekolah menengah dulu pun kata sama camtu. Dok kata sek. ren. lagi seronok. Erm, sama gak waktu sek. ren. kata tadika seronok. Hmm, adakah ini hakikat seorang manusia? Manusia yang sering terhimbau kisah silam. Yang merasakan sebelum itu lebih seronok daripada selepas. Maknanya kita lebih puas dengan yang lepas atau yang sedang kita lalui?

Yup, ada yang mula kata sekarang ni kepala dah banyak pening. Terlalu banyak perkara nak pk. Kalau dulu, kita relax dan enjoy nak buat apapun. Sekarang gak dah banyak tanggungjawab. Kalau dulu, orang tak bagi pun task sebab kita memang belum layak untuk itu. Jadi, mana sebenarnya best? Adakah beban otak dan jasad ini adalah satu bala bencana bagi kita? Eh, takutnya dengar soalan tuh (bagilah ayat yang ok sket..) Maknanya apakah apa yang kita lalui ini suatu yang tak sanggup kita lalui (hah, camnilah..)?

Nak tau tak satu hari nanti, semua yang seronok dulu2 yang kita katakan itu akan di'flashback' untuk tontonan umum. Yeah, macam tengok wayang lah (kononnya la sbb aku pun tak pernah lagi tengok.. juz dgr citer je). Waktu tu diceritakan takde pun orang gembira, kebanyakannya menangis. Eh, apsal gitu? Bukan ke kita kata zaman dulu2 tu seronok? Apsal jadi berubah bila masa tu dah tiba? Logik akal pikir kan mestilah seronok sbb kita dapat tgk 'live' lagi.. camana kita gelakkan kawan masuk longkang, camana kita buat lawak sampai semua tergelak, camana kita main bola sampai dapat jaringkan gol berkali-kali, camana kita kacau budak pompuan. Takkan tak gembira???

Jawabnya dah ada dah pun.. sbb waktu tu kiraan untung rugi dibuat. Dibukakan buku untung dan ditunjukkan semua keuntungan yang pernah dibuat. Sama gak dengan buku akaun rugi tuh. Malangnya, kebanyakan perbuatan seronok dulu termasuk dalam akaun rugi. Gelakkan kawan jatuh longkang tanpa rasa kasihan dan ingin tolong, demi membuatkan orang ketawa lawak dipenuhi unsur lucah, main bola terbuka aurat, dok kacau pompuan berunsur seksual etc.

Aduhh azabnya hidup dunia dulu.. nape la aku tak cari untung? Waktu tu la kita dok pk itu ini begitu begini. Tapi, DIA kata dah lambat dah pun, nasi dah jadi bubur.. tapi kali ni bubur pun takleh nak makan sbb panasnya sampai menggelegak otak, air bubur tu pun takleh nak minum sbb hapak berbau nanah dan kahak.. (Uwekk..takleh citer lagi)

Jadi, mengapa perlu bernostalgia? Tak ke mana pun kita nih. Mengapa perlu kita agung2kan zaman muda dulu atau pun sebagai pemimpin, mengapa perlu kita terhimbau dengan pemimpin lepas yang hebat pada zamannya sampaikan kita takut untuk menjadi pemimpin? Eh, bukan ke kita patut pada hari ini memikirkan sesuatu yg lebih baik untuk hari ini dan esok lebih baik daripada hari ini. Ermm..dah naik muak dengar kata2 ni. Ramai sangat leh dok cakap pasal benda nih tapi.. hmm, aku sendiri pun tak berubah lagi. Astaghfirullah..

Aku pun taknak disebabkan nostalgia, kehidupan mendatang jadi buntu. Kita lemah dan rasa tak berdaya bila membandingkan diri dengan arwah Tunku Abd Rahman, Tun Razak, atau Fadhil Noor, dsb.. mereka ini penting untuk kita contohi tapi bukan untuk kita jadi macam mereka. Jadilah diri kita sendiri.. apa yang sesuai dengan zaman mereka mungkin tak sesuai dengan zaman kita.. Tau tak mesin fax hari ini bernilai RM300 dahulunya dalam zaman 70-an bernilai RM32000? Mesti tak caya kan.. tapi itulah perubahan zaman yang berlaku. Kalau mesin itu pun berubah, apatah lagi manusia.. kalau dulu datuk nenek moyang pakai kain batik pi mengaji bertudung guna kain pelekat (betul ke ejaan nih..?), takkan hari ini pun begitu?

Wahai anak muda, marilah kita kenali diri dan upaya diri sendiri.. kita adalah kita, jadi buatlah apa yang kita rasa betul, bukannya apa yang org dulu2 kata betul.. (betul ni mesti berlandas syarak gak le.. bukan dok betul ikut kepala sendiri) Tapi tak bermakna takleh nak wat camana diorang buat.. boleh cuma perlu modifikasi ikut kesesuaian zaman.. dan jangan agung2kan saja org dulu sampai merendah-rendahkan zaman kita sendiri.

Wallahu a'lam.

Salah ke?

Sukan Extreme.. itulah nama yang diberikan bagi sang lasak yang macam mamat ni. Skateboard ni antara permainan ekstrem yang cukup popular. Tapi salah ke diorang main sukan macam ni? Erm, orang tua-tua kalau tengok bebudak lasak ni memang selalu di'cop' sebagai budak nakal..ada kata budak jahat. Ish ish ish kesian diorang ni. Sebab apa orang cakap diorang camtu ye? Mestilah ada sebabnya. Yelah, pakaian compang-camping, ada yang koyak sana koyak sini. Adakalanya jugak tak malu dok berlenggeng. Tambah plak main waktu senja sampai dah masuk maghrib. Mulut plak mudah je lepas dok mencarut dan maki hamun. Ada gak yang siap awek menyibuk dok lepak sama sambil bertepuk mesra tanpa segan silu depan orang ramai. Pakaian si awek pun macam si laki yang tak cukup kain pakai baju nampak ketiak. Hmm.. patutlah diorang nampak jahat, nakal, kurang ajar etc.

TAPI...

Bagaimana plak kalau yang main tu orang baik? Kalau taknak dipanggil baik pun, orang tu bukan orang jahat lah. Diorang main pakai seluar labuh..baju pun sopan. Cakap takde dok mencarut dan maki hamun. Main pun pada waktu yang sesuai tak lah sampai terlajak maghrib. Takde dok kacau anak dara atau bawa pompuan sama sambil bermesra tanpa batasan. Bahkan terjatuh pun dok sebut, "Ya Allah". Bila lalu depan orang tua, siap bagi salam tu. Surau pun datang.. kopiah takde la pakai waktu main skateboard. Pendek kata, semua yang dikatakan orang tua budak jahat tu takde langsung pada riak wajah dan perangai mereka.

Jadi, adakah orang tua akan terima mereka sebagai budak baik? Atau memang permainan ekstrem itu sendiri yang dikatakan 'jahat' atau buruk dipandang mata? camana ye?

Dilema sungguh si muda yang bermain skateboard kalau begini. Mengapa disalahkan pada skateboard sedangkan itu juga sukan moden. Bahkan, ada baiknya si muda yang rasa dirinya baik tu bermain skateboard gak sebab dari situ orang lain akan contohi dia.

Sampai bila mereka yang 'jahat' nak disisihkan? Takkan kita nak haramkan main skateboard? Hmm, takde jalan pintas dalam banyak perkara.. kena kreatif sket la kot. So, kepada sesape yang main skate tu, jangan rasa bersalah la. Aku sokong korang.. tapi yang penting, jangan jadi 'jahat'..biar korang conquer suasana supaya kita semua tak jadi 'jahat' atau dipandang 'jahat'..
HIDUP ORANG MUDA

Sedapnya lauk..



Hmm.. bulan posa ni memang macam-macam ragam. Sebagai seorang pelajar yang belum punya income yang baik, otak mesti geliga. Macamana agaknya untuk kurangkan bajet makan minum bulan Ramadhan. Ya, hanya dengan RM4 sahaja dibelanjakan sehari. Percaya? Hmm memang boleh percaya pun.

Orang KL ni cukup pemurah. Sudah menjadi budaya kebanyakan masjid dan surau berlumba-lumba bagi sumbangan iftar kepada jemaah masjid. Sayang sekali ianya bukan budaya di seluruh Malaysia (kalau tak, bolehlah kawan-kawan MMU aku kat Melaka tu save budget gak). Lauk-pauk pun cukup meriah.. macam lauk-pauk majlis kahwin pun ada. Sampaikan muak pula makan ayam. Tapi, rezeki ni pemberian Tuhan, jangan dok merungut kann.

Memang dah jadi kebiasaan setiap kali Ramadhan, aku sering bertukar-tukar masjid dan surau untuk iftar dan tarawih. Masjid KLCC, masjid syakirin, masjid di kawasan gombak (pun dah ada 3), masjid wilayah persekutuan (jln duta), dan beberapa surau.. Agaknya disebabkan semangat Melayu aku yang masih kuat yang membuatkan aku menggagahkan diri menunggang motosikal (yang tak basuh2 dah lama tu) meredah kedinginan malam bersama embun membasahi seat moto (yang perlu dilap sebelum naik) tatkala pulang dari masjid.

Yelah, aku teringin sangat mendengar sayup2 bacaan Allahumma solli 'ala muhammad... sollu alaihhh. al khalifatul awwal amirul mukminina sayyidina abu bakr as-siddiq... radiyallu 'anhu

Orang Melayu ni memang pentingkan syiar Islam itu. Itu pasal ada baju Melayu, songkok etc yang melambangkan Islamnya Melayu. Dari syiar inilah yang menggalakkan umat Melayu itu dekat kepada ajaran Islam (syariat). Memang ada yang mengatakannya bidaah. Namun, andaikata kebanyakan adat ini tidak dilakukan (bahkan sudah terbukti), ramai anak melayu tidak tertarik untuk mendekati ajaran Islam. Entahlah, aku suka cara begini yang nampak halus dan aku tidak merasakan ini adalah ibadah khususiah cuma ia adalah methodologi dakwah seperti nasyid yang bukannya ibadah khusus tapi tarikan untuk orang mendekati Islam. Aku suka pendekatan ala Wali Songo.

Hmm, ada kelas plak..rasa macam nak taip lagi tapi takpelah nanti ada masa aku taip la apa yang patut.

Salam Ramadhan al Mubarak dan Selamat Berbuka Puasa.

Padah kerja minit terakhir..

Waduh..sakitnya kepala. Tengok tajuk pun rasa janggal sikit.Maklumlah anak muda sekarang macam kita ni suka guna bahasa rojak (dulu Datuk Rais Yatim ada sebut pasal ni)..jadi bila dengar bahasa melayu, bahasa kita, bahasa ibunda, terasa janggal pulak, seolah-olah kita ini berada di negara yang keliru bahasanya. Eh, tuding jari pada diri sendiri nampak.. hmm, memang pun. Biasanya kita dengar orang kata, "kau ni suka sangat belajar last-minute." Jadi, bila kata , "Kau ni suka sangat belajar minit terakhir." Hmm cukup janggal. Tapi, sebenarnya bahasa melayu pun ada istilah yang sepatutnya (aku ni pun satulah, nak guna BM pun salah) iaitu saat-saat terakhir. Lebih betul tuh..

Oklah, aku nak citer pasal baru-baru ni apa yang terjadi pada diri disebabkan buat kerja di saat-saat terakhir (lagi mantap ekspresi BM daripada English kan?)

(Biarlah aku cakap gaya orang muda sekarang..tak le kekok) Memang pun last minute ni tak bagus tapi bukan sengaja pun (kekadang sengaja gak, yelah waktu lapang mesti rasa nak rehat kann..apa lagi? Tidola)sebab banyak keje lain gak nak buat.. dengan adik lagi nak layan, kekawan pun nak kena bersosial memacam la pendek kata..so, last minute la the best way to settle all things..

tapi inilah kali pertama aku terlalu lewat.. sampaikan terpaksa berjaga hingga pagi hari.. bukan senang rupanya jadi lawyer (kawan aku ada cite sorang tu dia taknak jadi lawyer bila sedar banyak betul keje lawyer.. membebankan) sebabnya kat malaysia, lawyer bukannya buat keje advokasi je tapi jugak keje2 pejabat.. tu yang leceh tu. Memang betul gak kot orang kata jadi lawyer ni exclusive sket.. tak campur ngan masyarakat.. Eishh kalau gitu lebih baik tak payah jadi lawyer.. aku rasa sebnarnya
boleh la..maybe kalau2 kita leh tukar persepsi orang takde la lagi org kata kita ni cam tuh..(yes, it's a good idea)

bila dah sampai pagi hari, aku still tak siap lagi beberapa perkara (padan muka!) sampaikan tengah2 menulis, aku terangguk angguk bangun je aku pun geleng geleng (apa nak jadi nih?)..aku cuba gagahkan diri, jangan hampiri tilam (musuh utama saat kita mengantuk dan ada keje).. alhamdulillah akhirnya siap..

Aku tak sedap ati la nak ponteng kelas. So, aku terus pi kelas tapi tak bertahan akhirnya sampai lah pukul 11.. hmm, satu kelas ni je terpaksa aku tak pergi.. Yelah, kata doktor ubat bagi mengantuk ialah tido.. so, apa lagi? Zzz Zzz Zzz

Hmm, rugi tau tak pegi kelas sebab camtu.. sedangkan bila kita ada emergency itulah waktunya untuk kita betul2 ponteng.. (kan kita ada hak untuk tak pegi kelas 20% daripada full attendance.. tau kan?)nasib baiklah itu kali pertama.. jadi mungkin ada baki satu lagi untuk tak pergi kelas.. so aku akan gunakanla peluang yang tinggal untuk digunakan pada perkara lebih penting dan lebih baik.. (hehehe alasan je tu.. mana lebih penting? belajar ke atau...) Hmm soal mana lebih penting itu ikut keadaan.. yelah kalau tengah ada kelas tetiba, abang ko masuk wad n kena operate
takkanlah taknak pi? (kan ini lagi penting) bukan apa.. tengok gak lecturer, kekadang
dapat gak excuse sbb gitu (ada lecturer tak terima apapun reason melainkan kita je yang sakit..hmmm)so, kalau dpt lecturer baik gitu, ada le lagi peluang untuk kau exercise your right..

By the way, nenek aku hari ini dimasukkan ke hosp puteri ampang..kena operation kata ibu serius penyakitnya.. aku pun tak pasti apa sakitnya itu? makcik aku kata batu karang.. tapi ibu pula ada cakap sampai bernanah.. takkan batu karang punya kesan sampai gitu.. (aku tak tahu kot..kena tanya doktor)so, doakanlah nenek aku selamat menjalani pembedahan dan diberkati oleh Tuhan Rabbul Jalal..

Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Hinanya anak muda

Salahkah kami bergelar anak muda
Hingga tiap saat dan ketika sengaja dibogelkan
Habis telanjang setiap apa yang bersangkutan
Kami dihina dicaci diherdik dan dibenci
Dada akhbar sengaja mengoyakkan pakaian malu kami
Media elektronik mengendap mencari kurap di badan kami
Ucapan si tua membebel tak tentu fasal

Salahkah kami bergelar anak muda
Bukan dulu si tua juga digelar anak muda?
Sudah lupa dari mana datang tua kalau tidak menempuh muda?
Apa hebatnya si tua banding kami anak muda?
Kalau kami dihina dicaci diherdik dan dibenci
Pasti mereka juga dulu begitu

Hei biadap sungguh kau anak muda menyamakan kopi dengan kerak kuali
Zaman kau cukup dahsyat
Tak kenal malu
Tak faham agama
Tak hormat orang tua
Tak sanjung ilmu
Tak punya iman
Kau sengaja bercumbuan di tengah gurun yang lapang dan tak tersembunyi
Kau perbaharui agama seolah kau lebih faham akan ia
Kau tendang si tua umpama tempurung yang tak berguna
Kau pijak buku bagaikan helaian kertas bercorak tiada manfaat
Kau robek iman tanpa usaha menampalnya semula


Wahai orang-orang tua
Kata bidalan mengatakan mereka inilah yang banyak makan garam
Maka cukup masin setiap yang dirasakan oleh lidah mereka
Kata bidalan juga mengatakan mulut mereka ini masin
Maka apa yang dikatakan mereka bisa terjadi

Kasihan kami..
Tiada siapa melihat kebaikan kami
Atas sebab masinnya lidah mereka, tiada yang manis dapat dirasakan
Atas sebab mulut masin, setiap tuduhan jadi kenyataan
Kebaikan yang tak seberapa terselindung sebalik kehinaan
Tiada siapa melihat peluang sekecil zarah
Tiada siapa menawarkan kami keindahan rasa iman
Tiada siapa mengajar kami untuk mengenal malu
Tiada siapa menunjukkan kami agama itu mudah
Tiada siapa menegur dengan baik memuliakan orang lain
Tiada siapa mengajak kami merasai kemanisan iman

Mengapa hanya kami dipersalahkan?
Mengapa orang muda?
Kami hanyalah mangsa keadaan..
Mangsa daripada kisah kejahatan yang terpapar di siaran
Mangsa daripada tunjukajar dari filem yang mempesonakan
Mangsa daripada penolakan dan pandangan sinis setiap insan
Mangsa daripada keseronokan yang tak dibataskan
Mangsa daripada pemulauan masyakarat tempatan

Hanya insan muda yang menerima kami
Insan yang dihinakan masyarakat
Yang selamanya mungkin tetap dalam kehinaan
Kami memang perlukan tunjukajar, pemerhatian, kasih sayang
Tetapi semuanya diberikan insan muda yang juga dipulaukan ini

Maka makin ramai anak muda akan seiringan
Jauh dan makin jauh daripada kebenaran
Kerana tiada ruang untuk mereka menerima pedoman
Daripada orang tua bahkan yang muda lain
Kerana mereka sibuk sesama yang baik
Hanya kejahatan yang menjadi sasaran
Dan kami ditembak, dipanah dan ditombak
Sehingga mati semangat dan usaha untuk menjadi baik
Inilah anak-anak muda yang bakal menjadi orang tua
Entah apalah nasib anak muda abad kemudian?

Baru sekarang kenal makcik..

Seronok betul semua orang apabila diumumkan cuti 3 hari.. Lecturer dah pening kepala macamana nak selesaikan silibus.. Tapi pelajar macam biasalah, hurey.. bersorak hati mereka, walau nampak kononnya sedey gak la tak dapat pi kelas.. erm, berlakon je tuh.

Macam-macam kerenah boleh dilihat pada bebudak UIA nih bila takde air.. nasib baik blkg bilik kolej aku ada anak sungai.. Fuhh, terasa macam dok kat kampung, sejuk dan segar air sungai tu. Yang dah dengan bertuala, berkain basahan, berbondong-bondong datang bawa baldi dan gayung. Bagi kolej lain, terpaksalah beratur mangambil air dari tangki simpanan sementara. Tapi sebenarnya takde pun beratur sangat.. tak tahulah kalau pompuan.. sebab budak lelaki ni ada kete dan moto. Rajin pulak tu keluar pergi cari sungai. Paling tidak pun, pergi masjid terdekat.


Yang kelakar tu tadi, bila pi kelas ramai gak kata ada yang tak mandi. Lepas tu, sorang ni, tengah lecturer dok mengajar kat depan, kitorg belakang berbual, sebab suara lecturer tu pun tak jelas dan selalunya memang ramai tak faham (tu la siapa suruh duduk belakang..erm, dah datang lambat),dia citer pasal kisah dia nak 'memberut'

Yelah bila dah sakit perut, bukan senang nak tahan. Pergilah kat masjid UIA tu, tapi boleh dikatakan setiap tandas ada artifak tinggalan manusia zaman kini yang mungkin baru berusia sejam dua. Kesian pada manusia2 tu sebab mungkin juga diorang ingat ada air di masjid, rupa-rupanya memang tak bernasib baik.

Kawan aku tu pun memecut naik moto pergi ke.. hah, pergi mana korang agak? Salah.. bukan situ, pergi ke CARREFOUR. Tergelak bebudak dengar sebab sampai ke shopping complex besar dia pergi semata-mata untuk melepaskan apa yang dah tak dapat disimpan. DI stesen-stesen minyak pun sama takde air.

Inilah penangan kemalangan lori minyak yang mencemarkan air sungai itu. Tapi tahniah gak pada pihak bertanggungjawab atas tindakan cepat untuk menyedut air tercemar (selama 3 hari ini).Memang bertanggungjawab..

Ada satu lagi fenomena yang boleh korang tengok waktu ni, ramai yang keluar naik moto atau kete bersama beg-beg baju mereka. Nak kata balik kampung, mungkin gak kot bagi yang umah dekat. Tapi yang jauh pun sama jugak.. hah, sebab apa? Sebabnya mereka ni ada sedare mare kat kl.

Sebelum ni taklah rapat dengan saudara tu. Ada yang tak pernah berbual pun. Tapi, disebabkan nak air, sanggup menebalkan diri datang mengemis air. Ceh, teruk betul bunyi ayat tadi. Apapun, baguslah camtu sebab mungkin asbab airlah dia akan rapat dengan keluarga dan sedara mara.

Macam aku, nasib baik ada ofis tempat aku selalu lepak dan buat kerja. Inilah rumah kedua aku walaupun waktu kitorg ada air. Jadi, tak menjadi masalah sangat bila takde air kat UIA tu. Tapi.. aku terfikir nak jadi juga macam kekawan yang merapatkan ukhuwah disebabkan airlah.. tengoklah, esok ke cuba tido umah nenek kat cheras. Dah lama tak jumpa mereka...

Malunya nak cakap 'sayang'..

cintaku selamanya


Ada seorang kawan tegur, "hei suhail takkan semua tak betul kot. Apsal semua yang ko tulis semua yang tak puas hati je?" Hmm.. suatu yang aku sendiri pun terfikir apa jawapan terbaik untuk soalan dia. Oh memang begitulah rupanya kebanyakan orang melihat orang muda.. semuanya salah. Apa sahaja keburukan semuanya dilemparkan pada orang muda. Betulkah orang muda begitu? Eh, aku tak berlaku adil kepada orang muda. Ya, aku silap.. Mulai hari ini, aku nak cuba cari kebaikan pada semua orang. Baru tak sakit kepala sangat. Bila nampak macam tu, barulah diri kita puas dan orang lain plak dapat manfaat. Tak taulah korang pikir camana...

Kita kena bagi ruang pada anak muda untuk dipaparkan kebaikan yang diorang buat. Sampai bilapun anak muda akan tetap dipandang hina oleh masayarakat apabila segala keburukan mereka sahaja yang dipopularkan oleh media. Lama-kelamaan ada juga anak muda yang menjadi mangsa keadaan. Apa yang mereka nampak hanyalah 'tunjuk ajar' untuk buat jahat. Kita terlupa untuk tawarkan program baik yang mereka inginkan. Barulah akhirnya nanti, kita akan mula rasa sayang pada semua orang.. tiada rasa benci dan semua orang sekeliling adalah modal untuk kita juga buat baik..

Satu hal berkaitan lagi, ini semua harus bermula dari rumah. Kekadang kita sendiri malu untuk katakan, "adik sayang abang" atau "saya rindu ibu" atau bila ditanya,"sayang ayah tak?" malu je rasa nak jawab.. Mengapa kita tidak zahirkan kasih sayang sesama anggota keluarga? Takkanlah setelah mereka tak boleh dengar suara kita baru nak ucapkan kalimah sayang?

Tak guna rasanya bila jantung berhenti berdegup, barulah zahir kasih sayang anak kepada ayah dan ibu atau sebaliknya. Tak guna kita banding-bandingkan adik-beradik hingga memutuskan kasih sayang yang suci tulus. Tak guna kita dengki dan khianat pada adik atau abang sendiri atas kejayaan mereka. Tak guna kita tengking dan herdik akak atau ibuayah tanda protes. Tak guna kita sepak terajang adik bila tak dengar cakap kita. Memang tak guna semua itu.. kerana kita tak berlaku adil pada diri sendiri. Kita cuba nafikan kasih sayang yang kita dambakan.

Jika ingin dikasihi, sama-samalah kita hulurkan kasih sayang kita pada yang lain... barulah akhirnya anak muda tampak baik..disukai ramai.. disenangi khalayak..

Biarlah Adil...

Memang sudah menjadi rutin harian bagi sahalfikri membaca buku yang cukup bermakna baginya. La Tahzan karangan Aidh al-Qarni benar-benar mengajar dirinya untuk tidak bersedih dalam banyak keadaan. Cukuplah baginya membaca satu babak untuk satu malam sebelum tidur. Semalam dia meneruskan rutinnya seperti biasa. Tajuk yang dibuka kali ini berbunyi, "Demikianlah telah kami jadikan kamu umat yang adil dan terpilih".

Kita harus adil dalam mengendalikan setiap perasaan dan keinginan. Bahkan kerelaan dan kemurkaan juga perlu kita sikapi dengan adil. Begitu juga kegembiraan dan kesedihan. Tindakan berlebihan pada sesuatu dan melampaui batas dalam menyingkapi peristiwa lalu bererti kita menzalimi diri sendiri.

Akibatnya, semua yang dihadapi seseorang itu sekadar khayalan dan ilusi semata-mata. Rasa curiga dan was-was pada orang lain. Kadangkala terasa khuatir akan tiba suatu saat kebahagiaan kita direntap orang. Demikianlah perasaan itu sering berada dalam kegelisahan dan kecemasan.

Sahalfikri teringat pada pesan ibunya, "Suhail, jangan mengata orang lebih-lebih. Nanti suatu masa akan kena pada kita pula." Pesan ibu itu hanya diambil sekadar kata-kata nasihat biasa. Tidak lebih daripada itu. Namun, segala-galanya terbukti apabila hari demi hari, pelbagai peristiwa berlaku.

Entahlah nak cerita macamana pun tak tahu. Mungkin rakan-rakannya juga pernah merasai perkara yang sama. Cukup banyak contoh orang-orang yang cukup keras dalam memberikan pandangan atas sesuatu isu termasuklah dirinya.

"Mana boleh berlembut dengan perempuan. Aku tak suka nak jaga hati perempuan. Leceh.."
"Aku takkan keluar dengan perempuan. Kau tengoklah budak tu, langsung tak ingat dosa pahala ke? Free je dapat dosa"


Macam-macamlah kata-kata yang pernah menerjah telinga sahalfikri. Sebagai orang biasa, mungkin kadangkala terlepas cakap. Akhirnya, tiada siapa sangka rupa-rupanya apa yang kita tegah dan sindir dengan keras terkena pula pada diri sendiri. Pada waktu itu, tiada apa yang dirasakan salah. Semua yang dilakukannya betul walaupun dahulunya berbeza. Mungkin itulah balasan yang ditimpakan pada kita jika kita melampaui batas dalam penilaian kasar terhadap orang lain.

Sahalfikri terfikir untuk berkongsi dengan rakan-rakannya akan sebuah hadis Rasulullah :

"Cintailah orang yang Anda cintai sesuai dengan kadarnya, sebab boleh jadi suatu hari nanti dia menjadi musuhmu. Dan, bencilah musuhmu sesuai dengan kadarnya, sebab boleh jadi suatu hari nanti dia menjadi orang yang Anda cintai."

Kecintaan dan kebencian juga harus diseimbangkan seperti yang dipesan Rasul. Sahalfikri terus sahaja selepas menghabiskan bacaannya pada babak tersebut, menghadap komputer untuk menaip butir penulisan yang ingin dikongsi dengan rakan-rakannya. Sebaik sahaja selesai menaip, matanya yang cukup berat untuk dibuka telah membawa dirinya ke alam ruh setelah batang tubuhnya yang longlai menyentuh tilam empuk di sebelah meja komputer .

Obiter Dicta : Terima kasih kepada Hisham sebab pernah memberi pesanan untuk jangan mempercayai seseorang 100% tetapi simpanlah 40% untuk persiapan menghadapi kemungkinan kepercayaan yang diberikan dikhianati. Dengan 40% inilah mampu menjana kembali semangat untuk menjadi 100% semula. Nampak macam 'poyo' tetapi inilah modal yang aku guna untuk sesi kaunseling dengan teman-teman.. sekali lagi terima kasih pada Hisham (kem salam pada isteri.. hehehehe)

Apa itu hak asasi manusia?

Hari ini selesai saja kelas Public International Law, aku terus berlegar di ruang legar depan Moot Court. Macam-macam booth yang dibuka. Yang menarik perhatian kebanyakan mahasiswa sini ialah booth yang dibuka oleh persatuan-persatuan yang bertemakan 'Perjuangan Hak Asasi Manusia'.

Sehari sebelum tu, ada la dibuka booth oleh firma-firma guaman tapi tak seramai ini yang datang. Mungkin juga semalam takde kelas di Moot Court agaknya. Hmm aku tak heran sangat lah sebab aku pun sama jugak. Maklumlah kita ni kalau ada isu yang panas sket barulah dok ambil tahu. Lagipun tak ramai pun yang berminat nak jadi lawyer walaupun belajar undang-undang. Patutlah..

Antara booth yang aku lawati ialah Amnesty International Malaysia, SUARAM, dan SUHAKAM.

Di Amnesty, aku turunkan signature juga bagi menyokong kempen Women Against Violence. Di situ pun, aku signed untuk penentangan atas situasi perempuan dirogol tentera Sudan. Disebabkan mengejar masa, aku pun tak sempat nak baca apapun yang ditampalkan di dinding.

Di SUARAM pula, aku dilayan oleh seorang volunteer yang merupakan student law. Macam-macam pamplet aku ambil untuk dibaca nanti. Sambil itu, aku bertanya tentang apa yang dia dapat dalam SUARAM. Memang menarik tetapi yang lebih aku suka pada perempuan tu ialah tentang pendirian dia. "Saya masuk bukannya ikut sangat diorang ni, saya tapis jugak dan pilih mana yang sependapat je". Pendirian yang tegas camni yang aku suka.. kita boleh campur semua tapi kitalah penyaring setiap maklumat.

Berbanding SUHAKAM, tak ramai pula yang datang. Bak kata perempuan tadi, SUHAKAM ini government punya..banyak duit..dan boleh bagi macam2. Erm, takkan sebab SUHAKAM ini kerajaan yang punya, tak payah nak singgah? Maknanya inilah bukti student law UIA pro-pembangkang.. hehehehehe, cetek sungguh pemikiran sesiapa yang buat kesimpulan sebegini. Betapa ruginya kan kita kalau pilih bulu untuk berkawan sedangkan ruang dakwah terbuka luas di mana2.

PERSOALAN : Aku heran sangat2 sebab semuanya dok cakap pasal hak asasi manusia. Kalaulah UIA pun membenarkan segala yang diperjuangkan mereka ini, maknanya UIA pun tak cukup faham. Hmm, sekali lagi bukti betapa ceteknya akal orang yang berfikir begini. Bukankah UIA tu Taman Ilmu dan Budi? Maknanya ilmu tu berlambak.. biarlah pertubuhan hak asasi ni pun masuk supaya mahasiswa terbuka mata dan tercabar pemikiran. Buku kat library pun bukannya semua betul untuk diikut. Hah, jangan mudah menuding jari.. maksud aku ada di kalangan penulis yang punya pemikiran yang bertentangan dengan Islam. Salah ke baca? Takkk.. cuma kita kena pandai tapis pemikiran kita.

Disebabkan aku tak puas hati dengan apa yang aku baca (pamplet) dan apa yang diberitahu kawan aku (pasal Amnesty menyokong hak gay dan lesbian), aku pun cuba cari maklumat berkaitan. Buat masa ini, aku ingat nak cari lagi bahan yang lebih baik supaya jelas. So, nantikan jelah..

Cuma sedikit lontaran pemikiran yang ingin aku kongsi ialah kita sudah jauh daripada memahami ajaran Islam sebenar. Kita banyak terpengaruh dan tertipu dek model Barat yang lebih popular. Cuba tanya diri kita siapa yang dok bising cakap pasal Hak Asasi Manusia? Bukan kita.. tapi mereka, orang Barat.

Siapa juga yang dok bising nak perjuang hak perempuan? Barat jugak.. Ini bukti bahawa anutan mereka belum cukup stabil hingga perlu memperjuangkan itu dan ini. Kan terbukti ketandusan dalam sesuatu hal.

Berbanding Islam, kita punya semuanya. Cuma masalah adalah umatnya. Jangan tuding jari pada Islam disebabkan kesilapan dan keburukan orang Islam. Silapnya juga apabila umat Islam membandingkan Islam dan Barat lalu merasakan ajaran Islam tak sempurna. Maka, mereka pun cuba nak nampakkan Islam juga punya kaitan dalam hal ini, mereka pun 'menyokong' Barat. Peliklah.. lalu timbullah macam2 pulak pemikiran Islam.. Islam Liberal ada.. Islam yang perempuan nak jadi Imam pun ada.. Islam Progresif.. (Islam Hadari tak termasuk dalam persoalan ini - ni perlu topik lain)

Aku cukup sedih dan tensen lagi risau apabila timbul golongan-golongan sebegini yang merosakkan Islam itu sendiri terutamanya kepada muslim di kalangan rakyat biasa yang kadangkala tidak upaya untuk menimba ilmu lebih mendalam mengenai sesuatu hal. Yang rugi siapa? Islam jugak.. yang untung siapa? Kristian la.. tengok aje Amnesty dan SUARAM itu, mereka bukan dikepalai oleh orang Islam.. jadi, pasti model perjuangan hak asasi itu bertentangan dengan agama.

HAKAM pulak khabarnya dimiliki orang Melayu.. tapi agak malang apabila ia tergolong dalam golongan Muslim Liberal. Betul ke? Hmm yang penting mana yang baik, kita sokong.. dan mana yang tidak, kita tentang..

Bagi mereka yang menganggotai mana2 pertubuhan pun, tapislah setiap yang tak 'selari' dengan ajaran Islam. Tak salah join apapun, seperti yang aku cakap awal2 tadi. So, ambillah peluang dalam organisasi tu untuk membawa pemikiran 'kita'.

Oh Mawi..

Keadaan masakini yang sarat dengan lambakan program realiti tv telah banyak menghantui bukan sahaja remaja bahkan kanak-kanak dan golongan dewasa. Rancangan-rancangan seperti Malaysian Idol, Akademi Fantasia dan Mentor mencatat statistik tertinggi penonton berbanding rancangan berbentuk ilmiah. Namun, ada juga rancangan realiti tv yang bermanfaat seperti Malaysian Top Host yang menggilap bakat pengacaraan seseorang dengan gaya kritik yang lebih sopan dan membina.

Pemimpin negara kita pun kini sudah mula menimbulkan rasa kebimbangan atas penyakit atau 'demam' yang menular ini. Mungkin kita semua perasan semalam TPM kita telah mengingatkan agar masayarakat tidak terpengaruh budaya barat yang ditonjolkan dalam kebanyakan program realiti tv acuan mereka. Kata-kata beliau nampaknya lebih menuding jari ke arah stesen televisyen negara yang mengaturkan rancangan untuk masayarakat Malaysia. Memetik kata-kata beliau :

“Format program realiti televisyen yang popular sekarang seperti Mencari Cinta, Mentor dan Akademi Fantasia kadang kala adegannya agak melencong daripada kebiasaan dan adat resam budaya Timur..”


Perkataan kadangkala yang diucapkan beliau bagi saya merupakan kata-kata berlapik yang berbentuk halus dalam menegur pihak bertanggungjawab. Mungkin keras kalau dikatakan sememangnya membawa acuan barat. Namun, masing-masing juga punya jawapan.

Satu contoh menarik yang pernah saya terbaca dalam akhbar ialah program realiti tv Mencari Cinta yang kononnya didakwa acuan tersendiri ala ketimuran. Antara elemen yang ditonjolkan ialah setiap kali perjumpaan lelaki dan perempuan terbabit, si perempuan mestilah ditemani oleh ahli keluarganya. Adegan berpegangan tangan juga dilarang bak kata penerbitnya. Sekilas pandang nampak baik apatah lagi tujuannya adalah untuk mencarikan jodoh untuk si bujang dan anak dara yang 'terlajak'.



Bayangkanlah kalau-kalau anda berada di tempat salah seorang daripada jejaka pilihan itu. Kemudian, saringan demi saringan akhirnya anda tidak dipilih si gadis sedangkan sebelum ini segala kisah 'pencarian' anda diikuti rakyat Malaysia. Anda telah 'mencabul' maruah diri kerana dimalukan depan orang ramai. Dan sudah tentu, rakyat Malaysia pula sudah belajar untuk 'petah' bicara daripada Roslan Aziz dan Paul Moss dalam mengkritik peserta. Kritikan yang entah sesuai atau tidak itu tiada kayu ukurnya. Akhirnya, masyarakat Malaysia yang berbudaya sopan dengan adat ketimuran akan dikenali sebagai orang yang pandai mengkritik dan memperlekehkan orang lain. Juga tidak lagi berasa malu dengan mendedahkan kisah hidup peribadi. Yang penting apa? Famous..popular..glamour.. itulah matlamat akhir yang dibangga-banggakan.

Agak memalukan bagi diri sendiri agaknya apabila pensyarah juga mula berlawak menggunakan perkataan 'WORLD' dan 'POHON KELAPA' yang sama sekali tidak aku ketahui. Nasib baik tiada yang perasan 'kejahilan' aku dalam realiti semasa sedangkan yang lain turut sama ketawa. Adakah salah kalau mereka menonton program realiti tv? Mungkin tidak sekiranya untuk mengetahui keadaan semasa yang berlaku. Tapi ya jika setiap saat membabitkan peserta AF itu 'wajib' diketahui sehinggakan waktu berita perdana pun tidak diendahkan.

Kesenian adalah satu keperluan fitrah manusia yang mampu membelai dan membentuk jiwa kita menjadi halus. Kehalusan jiwa ini penting supaya manusia itu tidak senantiasa dirundung sedih dan berasa tertekan. Kehidupan seorang manusia yang berjiwa halus akan tampak lebih tenang berbanding yang lain. Kemarahan dapat dikawal dan kebengisan terurai dek kelembutan hati.

Syed Qutb mengaitkan kesenian itu sebagai al-jamal atau maknanya kecantikan. Allah itu sukakan kepada semua yang cantik-cantik. Orang berjiwa seni biasanya akan menyukai setiap yang cantik dan kemas juga tersusun. Hati sanubari mereka ini memang terkendali ke arah yang sebegitu.

Sejarah menunjukkan bahawa muzik diasaskan oleh tokoh Islam bernama al-Kindi dengan penciptaan note muzik. Kemudian banyak tulisan karya al-Farabi pula menjadi penyebab beliau dikenali tokoh muzik dunia. Namun, sejarah membabitkan Islam seringkali dipadam dalam sistem pendidikan akibat penguasaan Barat dalam ilmu-ilmu Islam itu.

Dalam novel terbaru Faisal Tehrani bertajuk Advencer Si Peniup Ney turut dimuatkan persamaan antara abjad Arab dan nota muzik iaitu dal=do, ra=re, mim=mi, fa=fa, sod=sol, dan lam=la. Pemenang kategori Novel Remaja Hadiah Sastera 2004 ini turut mengaitkan sejarah perkembangan ilmu muzik yang bermula daripada orang Islam.

Itulah antara hikmah terselindung sebalik arahan Tuhan untuk membaca al-Quran dengan berlagu. Lagu-lagu atau tarannum itu merupakan terapi hati dan jiwa dalam membina jatidiri muslim yang lembut dan tulus. Zikir-zikir yang dilagukan oleh kebanyakan ulama' Nusantara yang sememangnya berjiwa lembut itu mudah masuk ke dalam hati si pewirid. Secara semulajadi, terapi muzik ini melahirkan masyarakat yang cintakan keamanan, keindahan, kecantikan, kekemasan dan kelapangan fikiran juga perasaan.

Namun, terdapat sesetengah pendapat yang mengharamkan muzik kepada orang Islam seperti fatwa yang dikeluarkan mufti Brunei. Kerajaan negeri Kedah sependapat dengan Yusuf al-Qaradhawi seperti dalam bukunya 'Halal dan Haram' yang berpendapat sebaliknya iaitu menghukum muzik sebagai harus dan dalil-dalil pengharaman yang dinyatakan ulama lain didakwa beliau bersumber daripada hadis-hadis lemah.

Menurut pandangan saya secara peribadi berdasarkan ilmu yang terbatas hasil pembacaan daripada beberapa pendapat ulama dan mengikut kesesuaian semasa, saya meletakkan pada diri saya sebagai harus sepertimana yang digariskan Yusuf al-Qaradhawi berdasarkan syarat-syarat tertentu terutamanya sekiranya muzik itu tidak bercampur dengan perkara maksiat, atau mengarah ke perbuatan maksiat, atau melalaikan muslim daripada mengerjakan ibadah khusus yang wajib.

Sikap tadarruj amat penting dalam kelangsungan dakwah yang kadangkala mengundang kontroversi dan salahfaham. Saya suka merujuk kepada kejayaan dakwah yang dibawa Wali Songo dengan wayang kulit sebagai 'alat' menuju tujuan sebenar iaitu penyebaran Islam. Berikut sedikit sedutan kejayaan dakwah mereka :

Kalijaga pun membuat wayang kulit dan cerita wayang Hindu yang sengaja ''diislamkan''. Sunan Giri lantas menentangnya, karena wayang beber pada masa itu menampilkan gambar manusia utuh yang tidak dengan sesuai ajaran Islam. Tidak kurang akal, Kalijaga mengkreasi wayang kulit, yang bentuknya jauh dari ujud manusia utuh. Inilah ijtihadnya di bidang fikih, dalam upaya melancarkan misi dakwahnya.

Bagaimana pula dengan nasyid hari ini? Adakah jika ia melalaikan kita dan wanita dijadikan ikon pujaan itu patut diterima umum sebagai nasyid yang diterima? Bukannya aku nak menolak dan membenci nasyid tetapi aku yakin ramai yang lebih 'tertawan' hati kepada nasyid zaman Arqam dahulu yang lebih mengajak kita 'dekat' dengan Allah tanpa menggunakan 'umpan' wanita.


Kalau kini, Mawaddah adalah antara kumpulan nasyid yang aku kagumi kerana kekuatan itu masih ada padanya sekalipun dinyanyikan oleh perempuan. Mungkin ia tak 'popular' di Malaysia tetapi ia 'diraikan' di dunia luar hinggakan terdapat pengalaman yang 'jarang' didengar daripada kumpulan nasyid kontemporari sekarang iaitu hanya dengan nasyid mampu membuatkan hati seorang kafir bergetar lalu memeluk Islam di belakang pentas.

KIAMAT SUDAH DEKAT



Fandy (Andre Stinky) mengisahkan seorang pemuda Indonesia yang telah dibesarkan di Amerika Syarikat. Setelah kembali ke negara asalnya, gaya hidup dan pergaulannya sangat kebaratan. Kekayaan bapanya membuatkan Fandy hidup mewah dan menubuhkan sebuah band rock bernama Donkoll.

Suatu hari, setelah selesai berlatih, ketika sedang melalui sebuah perkampungan dengan menunggang motosikal, satu insiden telah berlaku. Secara tidak sengaja, mukanya terkena lemparan ais krim dari seorang kanak-kanak. Ketika Fandy membasuh mukanya di surau, kasutnya telah dicuri oleh Saprol (Dwiki Reza), seorang kanak-kanak dari kampong tersebut.


Kiamat Sudah DekatFandy mengejar Saprol dan terhenti apabila Saprol bersembunyi di sebuah rumah. Fandy tidak lagi memarahi Saprol apabila terlihat seorang gadis bertudung litup sedang menjemur pakaian iaitu Sarah (Ayu Pratiwi). Sarah adalah anak Haji Romli (Deddy Mizwar) seorang duda yang sangat alim dan mempunyai pandangan berbeza tentang cinta dan perkahwinan berbanding orang lain termasuk Fandy dan keluarganya.

Fandy cuba melamar Sarah tetapi dikenakan bebarapa syarat oleh Haji Romli. Fandy yang sangat jahil tentang agama diminta belajar bersolat dan membaca Al-Quran sehingga pandai. Orang yang mengajarnya tidak lain dan tidak bukan ialah Saprol, kanak-kanak yang pernah mencuri kasutnya.

Usaha keras Fandy dan pertembungan dua budaya yang sangat berbeza ini telah membuatkan filem ini sangat menarik dan mampu menghiburkan penonton segenap lapisan umur. Fandy seakan gagal memenuhi semua syarat tersebut. Keadaan menjadi semakin tegang apabila Hj. Romli cuba menjodohkan Sarah dengan anak kawan baiknya yang sedang menuntut di sebuah universiti di Mesir dalam bidang agama.

Apa yang menarik, filem ini berakhir dengan kejutan dan kejutan yang dibuat itu tidak pernah dilihat dalam mana-mana filem cinta remaja lain kerana ia sebuah kejutan yang mengungkap erti sebuah keikhlasan, yakni keikhlasan kepada Yang Maha Esa....

Adakah dugaan yang lebih dahsyat menanti Fandy seterusnya… hmm, tengoklah sendiri.. pasti tak rugi!

Yes, you are right my dear..

Hari ini satu lagi ilmu yang jarang dapat dalam kelas tapi entah macamana lecturer nak bercerita pulak. Tadi aku ada kelas Public International Law satu-satunya subjek undang-undang yang tidak mempunyai akta khas atau english man call them statutes.. Ini jugalah satu-satunya subjek yang termasuk dalam silibusnya mencabar kredibiliti undang-undang itu.. samada undang-undang antarabangsa ini benar-benar undang-undang ke tidak? Hmm pening la kepala bagi orang science nak paham.. bahkan ada gak bebudak arts yang sakit kepala.. Apapun, topik kali ini bukan nak cerita pasal undang-undang ni tapi pasal apa yang lecturer aku cakap tadi.

When i was in england, i had an experience of buying car.. it was just so simple to buy and sell car.. u have to meet the person who want to sell the car and he'll then give u the car immediately after u pay him down payment.. then, just wait at home for the other procedural matters with regard to registration etc that will be settled by so-called-JPJ..

When i was to buy a car there, the price offered by the owner was $4000 but i bargained for $3500.. then the man asked me to wait because he wanted to call his wife.. he kept saying " yes, u r right my dear".. he then told me that his wife would only offer for $4000..

i then asked that man again for $3800.. he asked my permission again to call his wife.. in his conversation with his beloved wife, he kept saying "yes, u r right my dear".. i wonder why don't he himself make the decision..

I then asked him to make the decision by his own but he told me that "i should always ask my wife because she did make the right decision in all matters"

He continued, "..and the best decision she made was to marry me.. that's why i should ask her first in making any decision as i know the first decision in her life to marry me is the main reason why i feel very wonderful today.."

After that, I realised that i have to say, "yes, your wife is right"


Begitulah kisah yang diceritakan lecturer aku yang membuatkan satu kelas ketawa.. aku dah agak dah memang itu jawapannya.. Lecturer aku cakap kekadang si suami selalu terlupa mengiyakan atau menghargai pandangan isteri.. samalah antara laki dan pompuan.. kekadang pompuan ni dipandang seperti kelas kedua dalam masyarakat.. pesan lecturer aku lagi, "..it will be very sad to u when your wife start to say that she had make a mistake in choosing u in the first place.."

Fuhh, memang hidup lepas tu mesti tak tenteram.. memang seharusnya kita melihat wanita atau pompuan itu tiada beza berbanding lelaki melainkan tahap keimanannya.. cuma batasan-batasan yang digariskan Islam itu bukanlah merendah-rendahkan mereka, tetapi untuk menjaga dan memelihara maruah mereka.. jadi, kalau dalam perkara perbincangan, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, dan yang lain-lain berkaitan perlulah diberikan peluang samarata kerana lelaki dan perempuan memandang suatu isu itu dalam perspektif yang berbeza.. maka, percambahan ide itu akan lebih berkesan.. so, perempuan janganlah malu-malu pulak.. malu yang tak bertempatlah maknanya..

Kemudian perkara yang sama juga berlaku di Malaysia baru-baru ini oleh lecturer aku yang sama tadi.. Ceritanya gini..

I had an appointment with a man who identified himself as a police officer eventhough my eyes made my mind to think differently.. never mind.. i was to sell my car to him and offered the price.. then, he asked me of whether he can pay lump sum and take the car straight away..

i said, "no, it's not so simple to have such a contract".. then, he asked me to wait as to call his wife.. he said to his wife, "yes u r right my dear".. the same words i heard in England..

then, he asked me to have a test drive.. but i'm the one who drove the car.. he asked me to make a round.. hmm not only a round but many rounds in such an area..

he then asked me to stop.. i stop the car at the roadside and asked him of whether he want to buy the car ot not.. he said that he want to call his wife first..

"yes, u r right my dear," that was the voice i heard from him.. but then, his phone went off.. i asked him to give me his wife phone number.. i called the number he gave to me.. and if u were me, surely u will do the same as i did.. i gave the phone to him as to discuss with his wife..

unfortunately, he spoke with his wife for a long time and went out of my sight in that busiest road..

his aim was not at my car but my RM1+++ phone..


Inilah kisah sedih yang menimpa lecturer aku minggu sudah sampaikan dia sekarang pakai phone RM4++ je.. tapi ada sesuatu yang dapat kami belajar.. rupa-rupanya penjenayah kini semakin biijak, tak main kasar.. halus je.. slow je.. baik je..

hmm sebijik macam perangai syaitan. Kan pernah iblis bersumpah yang dia takkan merosakkan umat islam dalam hal-hal yang besar tapi pada perkara-perkara yang kecil.. maknanya dia dok masuk perlahan je sampaikan kita tak sedar.. contoh mudah dia takkan susah-susah berusaha untuk kita murtad atau membunuh orang.. tapi cukuplah dengan cara membuatkan kita was-was dalam mengambil wudhu' dan bersolat..

Jadi, kita tak perasan rupa-rupanya kita ditipu dek syaitan.. sama gak macam lecturer aku kena tipu ngan 'syaitan' manusia..

Yang membisikkan perasaan was-was dalam diri manusia.. Daripada jin dan manusia (Surah An-Nas 6 - 7)

Don't judge the book by its cover

Tadi lecturer Law of Evidence aku kata hearsay evidence tidak diterima pakai dalam pembuktian sesuatu fakta. Hearsay evidence ini termasuklah pendapat seseorang. kata-kata seorang saksi hanya diterima pakai sebagai bukti sekiranya apa yang dikatakannya itu terbit daripada apa yang dia nampak atau dengar. Tapi, ada pengecualian dalam hal ini sekiranya pendapat itu dikeluarkan oleh seseorang yang pakar dalam bidang terbabit. Sebagai contoh doktor yang mengesahkan simptom-simptom seseorang yang berpenyakit itu ini dsb.. pehh, seriusnya apa yang aku tulis ni. Maklumlah pasal undang-undang ni kena gini.. cuma satu perkara yang tarik perhatian aku ialah pasal kenyataan ni :

..if one has long jaw and furious eyes, he must be a criminal..
..100% of criminals born to be criminals..

Fuhh, keras sungguh kenyataan tu. Itu expert opinion la tu yang pernah dikeluarkan oleh seorang doktor dalam satu kes bunuh. Mudahnya doktor tu punya penilaian atas siapa itu penjenayah.

Yang menariknya dalam kes tu, mahkamah tak menerima plak expert opinion macam doktor tu disebabkan pendapat yang tak kukuh. Mahkamah lepas tu berjaga-jaga dalam mengambil pendapat pakar gini dengan mengkaji pula sejauh mana kepakaran yang mereka miliki. Makin jelas betapa doktor tu tak cukup pakar, tetiba lepas tu dia kata "..actually only 40% of criminals born to be criminals.." Apa hal plak doktor sorang ni? ikut sembarangan je dia nak cakap..nasib baiklah hakim bijak.

Bukan mudah nak jadi hakim.. eh, tak cukup sempurna ayat tu.. bukan mudah menjadi manusia sebnarnya. Bukan kerja kita nak hukum orang melalui apa yang kita nampak dengan mata kasar. Takkanlah dengan muka garang, tangan kasar, mata merah, gigi taring itu semua menunjukkan orang tu ganas dan jahat. Itu kalau dalam hal ganas tak ganas..

Ini hal yang lebih ringan.. sejauh mana kita percaya pada kawan2. Adakah semudah itu juga kita menghukum kawan-kawan yang datang lewat meeting? Atau yang tak datang ke kelas? Atau yang selalu keluar malam? semuanya selalu dipandang negatif..

Alah, takkan kau tak tahu, mesti dia pergi keluar dengan awek dia ni.
Dia ni memang tak pernah nak punctual.. sengaja je lewat
Memang keje dia tido memanjang.. dah la malas, patut la asyik gagal aje..

Sedih kan kalau kita dipandang begitu apabila lewat meeting disebabkan sakit perut yang tiba2. Atau pun tak ke kelas kerana malam tadi tak dapat tido kerana tolong kawan yang sakit dan tertido pada siangnya. Atau keluar malam kerana terpaksa kerja overtime cari duit sebab tak dapat PTPTN.

Bila kita berada dalam keadaan senang, kita fikir orang lain pun senang.. sampaikan kadangkala kita terlepas pandang untuk memahami kawan kita.. untuk mengenali dia lebih dekat.. untuk mengetahui masalah hidupnya.. untuk sentiasa berfikiran POSITIF.

Kita suka kalau orang buat baik pada kita. Kita juga tak suka kalau orang nampak baik depan kita tapi belakang kata tak elok kat kita. Pendek kata kalau nak orang pandang baik pada kita, kita pandang baiklah pada mereka .Biarlah orang kata apa, yang penting kita tenang hadapi hidup apabila setiap yang berlaku itu kita pandang positif.

Hari yang berlalu jangan dikenang.. Masa akan datang jangan diramal.. Kita mampu buat yang terbaik untuk hari ini andai tidak terikat dengan hari lalu yang mengecewakan dan hari akan datang yang menakutkan

Monolog Diri



Bukan tak mengerti
Tapi sengaja dilewati batasan
Menjolok sarang tebuan
Walau maklum musibah yang mengundang

Kenapa?
Tubuh ini sudah cukup sasa
Menahan kesengsaraan yang dilemparkan
Atau tiada apapun setanding diri

Bukan..
Mata selalu terpukau pada kecantikan
Tangan begitu mudah tersalah guna
Lidah lembut tak terkawal
Telinga menadah bicara sial
Nafsu membuak dan mendidih

Sekalipun sedar mata, tangan, telinga dan lidah
Hanya pinjaman
Amanah yang perlu dijaga
Bagai menatang minyak yang penuh
Tapi kini setitis nila jatuh dalam sebelanga susu
Hancur…

Aku tahu..
Aku percaya..
Aku yakin..
Namun, musuh paling besar dalam diri
Tak mampu dicincang ditikam disebat
Malah hidung bagai dicucuk mengikut sang pengembala

Akal pun jadi mati
Buntu..
Rasional tukar emosional
Dia sudah merajai tubuh
Maka, hinalah diri lebih dari an’aam

Astaghfirullah
Tersentak seketika tunduk termenung
Solat kembali tenang menghadapNya
Tatkala selesai nafsu mengemudi diri
Arghh… rasa menyesal terbit
Lalu segala persoalan menerjah di benak
Mengapa? Mengapa kau kufur?
Apa? Apa nak jadi dengan kau?
Kenapa? Kenapa tergamak kau lakukan maksiat?
Siapa? Siapa yang berikan kau segala-galanya?

Rasa takut menyusup meresapi setiap pembuluh darah
Namun, bak air di musim kemarau
Sekejap sahaja kering dek panas membara

Inikah taubat?
Setelah bersalah lantas memohon maaf
Tapi pabila dimaafkan kembali bersalah
Kau main-main ya?

Tengok dah 'Kiamat Sudah Dekat' ?

Aku hairan la mengapa ada orang sanggup baling kerusi, beri rasuah, pukul belasah, cari pengundi hantu, guna orang dalam dsb semata-mata untuk dapatkan posisi sebagai Ketua, Pengerusi, Presiden dan segala macam pangkat dan jawatan tinggi.

Bagi aku, suatu sengsara dalam diri andai kuasa yang diinginkan. Tapi acapkali juga kedengaran orang yang menolak jawatan tetap diberikan jawatan. Hairan jugak...

Pernah lecturer aku pesan kat aku, kalau nak katakan nak, kalau taknak katakan taknak. Kita perlu tetap pendirian dan tegas..takde rasa kesian ke apa ke.. sebab akhirnya nanti kesian plak kat kau. Kan indah kalau seperti dalam bait lagu ni :

kalau padi katakan padi.. tidak aku tertampi-tampi
kalau jadi katakan jadi.. tidak aku ternanti-nanti


Kalau kata tak jadi, camana? mestilah kan orang tu dah tak ternanti-nanti. Mestilah dia cari pengganti - nak kena bagitau SM Salim kasi masukkan bait ni plak.

kalau tak jadi katakan tak jadi.. bolehlah aku cari pengganti

Opss sori kengkawan, aku terpaksa meluahkan rasa ni supaya tenang sket. Hari-hari aku kini berlalu dengan rasa kecewa. Hari demi hari membuatkan aku terpenjara. Kekadang kalau terjumpa orang itu, aku melarikan diri.. ataupun orang ini, juga melarikan diri..

Eh, korang tak paham??? takpelah kalau tak..kalau paham tu memang ngertilah.Masing-masing punya sebab tersendiri untuk membuat atau tidak membuat sesuatu. Begitu juga aku.. tapi mereka tak faham.

Biar kita luaskan pandangan dan fikiran..berikan peluang kepada yang layak. Berikan tumpuan pada khalayak. Hanya pabila disempitkan, membuatkan kita rasa seseorang itu yang terbaik.Samalah seperti mencintai seseorang sebelum mengenalinya.Segala-galanya indah..seronok..baik. Maaf dikata, sampaikan kentut pun bau wangi. Kenalilah lebih ramai kawan kerana dari situ kenal hatibudi. Kemudian barulah dipilih siapa teman hidup kita..

Begitulah sepatutnya dalam pemilihan jawatan di apapun bidang tak kira tempat mahupun bangsa.. pendek kata kuasa bukanlah segala-galanya - ada sesuatu di sebaliknya yang lebih berharga ! Fikirkanlah..

KL MusicFest 2005

Cukup mengagumkan majlis pembukaan KL MusicFest 2005 kali ini. Ini jugalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Istana Budaya. Ketangkasan pemain alat muzik memukau para hadirin. Sorak-sorai dan tepukan gemuruh sering kedengaran setelah setiap pemuzik mengakhiri persemabahan masing-masing.

Farid Ali, raja gambus malaysia membawa kelainan dalam muziknya apabila diiringi oleh kumpulan muzik jazz.

Anak-anak muda memukul gendang cina beraksi dengan gaya ala kungfu turut dipersembahkan. Kumpulan Hands Percussion ini nampak berdisiplin apabila setiap mereka menampakkan keseragaman dalam memukul gendang yang bersilih ganti tempat dan teknik pukulan.

Tangan anak Melayu yang berbakat dalam kumpulan Sarasa cukup pantas memainkan angklung apabila memainkan lagu-lagu inggeris. Hadirin turut bertepuk tangan mengikut rentak lagu yang dimainkan.

Banyak lagi persembahan menarik yang bakal dipersembahkan sepanjang 3 - 7 Mei 2005 ini.. Marilah sama-sama kita merebut peluang keemasan ini..

Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini

Suatu Perancangan

Alhamdulillah, hari ini aku ditemukan dengan seorang kawan yang cukup istimewa. Bukan kerana anggota fizikalnya.Dan bukan pula kerana hal-hal zahirnya. Tapi kerana kata-katanya yang berjenaka tapi cukup menginsafkan.

Siapa kawan aku ini?Hmm, bukannya kawan baru tapi kawan lama.Kalau dulu kufikirkan dia sekadar kawan biasa. Tapi hari ini segala-galanya berubah kerana aku sudah faham kenapa dia suka berjenaka. Dulu aku ingat dia seorang yang tidak pernah serius. Tapi hari ini aku nampak keseriusannya dalam jenaka.

"Betul ke kita ini ikut Islam?"
"Hmm betullah"
"Ikut Islam ke.. ikut orang Islam? Kan selalu aku dengar bila seseorang tu kita tanya tentang sesuatu dia akan cakap.. seperti ustaz aku cakap.. etc"
"Haah.."
"Apsal tak dengar yang kata dalam surah ini kata begini.. dan dalam hadis ini kata begini.. sebagai sumber asas?"

Aku tergamam bila diajukan soalan ini. Budak law kan suka pusing ayat tapi entah kenapa kali ini nak pusing pun tak boleh. Memang tak boleh pusing langsung. Terus titik noktah!

"Kita ini selalu kata ikut Quran dan Sunnah tapi jarang kita betul-betul mengambil ayat/hadis yang mana sebenarnya yang kita ikut"
"Tambah pulak kadang-kadang hadis yang kita ucapkan dalam usrah atau depan khalayak pun hadis palsu"

Ya, betul kata dia.Kita tak benar-benar mengkaji sumber asas ilmu yang cukup lengkap dalam kedua sumber itu.Kita akan ambil sumber manusia dahulu kemudian baru dikenakan dengan sumber tuhan. Contohnya kita kata menurut ...(nama org)... dia mengatakan bahawa ...(kenyatannya)... sepertimana yang disebut dalam alquran/sunnah.

Tak salah nak buat begitu, cumanya mengapa tidak kita terus rujuk pada alquran atau sunnah dulu, kemudian barulah dilihat pada tafsiran para ulama.Dari sudut psykologi pemikiran berbeza apabila kita lakukan cara kedua ini.Tak percaya, cubalah..

Kemudian, dia bercerita pula tentang sirah para rasul sebagai contoh teladan menghadapi segala permasalahan hidup.Pendeknya,katanya kita perlu bermula sepertimana rasulullah memulakan dakwah Islam kerana kita sekarang berada dalam zaman jahiliyah moden.Eh, iye ke?

"Kalau di Mekah dulu, orang minum arak byk..skrg,di Malaysia khususnya, dah ada pun industri arak"
"Kalau di Mekah dulu, mereka tanam anak perempuan hidup2, di Malaysia sekarang, bunuh anak perempuan dan lelaki juga bahkan tidak ditanam dan ditinggalkan sahaja di dalam tong sampah"
"Kalau di Mekah dulu, mereka ada melakukan seks bebas, skrg di Malaysia, industri pelacuran juga berlaku bahkan seks luar nikah kalangan mahasiswa dan anak remaja makin berleluasa"
"Kalau di Mekah dulu, mereka ada Umar yang suka pancung orang jika tak puas hati, skrg di Malaysia, ramai semacam Umar yang membunuh orang bahkan ibubapa sendiri dan sanggup mencincang dan menyeksa mangsa"

Hmm..maka,tatkala itulah Nabi dipilih Allah menyebarkan dakwah.Zaman sekarang ini, method yang sama perlu diikut.Mungkin ada yang kata tak sesuai berbanding zaman dulu.Nanti dikatakan kita gila.Mungkin juga ditekan dengan dakwah yang dicontohi daripada rasul ini dan sebagainya.Memang itu sudah pasti.. kerana janji Allah,kita pasti menang.

Sekarang sedar atau tidak, kita sudah diracuni pemikiran Barat.. kebanyakan perkara yang dilakukan mengikut sistem mereka dan sukar untuk kita ubah pemikiran kita untuk mengembalikan sistem rasul dulu.Hmm..sama ke cabarannya jika dibandingkan dengan kaum jahiliyah dulu yang tak berani tukar fahaman kepada ajaran nenek moyang mereka?

Tahu tak sebelum rasul dilantik menjadi utusan Allah, baginda adalah seorang hakim yang mengikut ajaran sebenar Taurat.Namun,pada waktu itu,keputusannya tak diikuti dan amalan nenek moyang yang dimaksudkan adalah amalan yang telah diubah-ubah.

Kalau sekarang,kalau kita bicara soal Islam yang sebenar, memang sama juga.Ada orang akan mengatakan kita salah kerana perubahan pada Quran juga dilakukan oleh orang Islam itu sendiri.Sama waktu jahiliyah, pengikut Taurat yang sendiri mantafsir dan mengubah ajaran Taurat.Maka, sekarang timbullah sister in islam dan juga jemaah islam liberal dan lain-lain.

"Tau kan qiamat akan berlaku apabila matahari terbit dari barat dan terbenam di timur"
"Tahun lepas telah dikaji oleh NASA bahawa planet kedudukan planet Marikh telah berubah"
"Planet-planet yang lebih jauh itu sudah lama yang mengalami perubahan"
"Dalam quran disebut : qiamat berlaku apabila bintang-bintang (planet) dikumpulkan"
"NASA merisaukan selepas Marikh, bumi pula yang akan mengalami perubahan kedudukannya"

Perubahan yang berlaku tu macamana?Begini,putaran mengikut orbit itu berubah semacam kita hari ini jalan ke depan, tukar jalan ke belakang. Kerana itu, pada saat itulah semuanya terbalik.Kalau hari ini, matahari terbit dari timur, pada saat itu, matahari terbit dari barat.

"Kita biasanya takut akan qiamat ini tapi kalau benar kita ini orang mukmin, mereka merindukan qiamat"

Kenapa?Kerana qiamat itu sendiri bermakna kebangkitan.Tahu kan bahawa selepas kejatuhan umat Islam, Islam akan kembali bangkit dan itulah saatnya qiamat akan berlaku.malangnya,bagi orang yang tidak beriman, kalau hari ini masih lalai dan tiba saat itu baru tersedar..cukup rugi kerana pintu taubat sudah tertutup.

"Pernah terbaca kan pasal orang-orang kafir yang dicampakkan ke neraka meminta supaya dikembalikan ke dunia untuk mereka memperbaiki diri tapi Allah tidak membenarkan kerana mereka tetap akan sama kalau diberikan peluang kedua"

Betul ke? Pastinya betul sebab itu kata-kata Allah.Kan setiap kali habis baca quran, kita kata sodaqallahul 'azim tapi kita tak hayati bahawa kita menyatakan benarlah kata-kata Allah.

Perkara tersebut terbukti apabila kawan aku tadi pergi ke Aceh baru-baru ini.Mereka yang terselamat daripada bencana tsunami pada hari ini, (kalau kita fikirkan secara teorinya)pasti berusaha untuk memperbaiki diri. Namun, hakikatnya anak-anak dara Aceh sewaktu meninggalkan tentera Amerika sempat berpelukan dengan mereka.Bukan kah Allah berikan peluang kali kedua?

Monolog: Aku ini tergolong dalam golongan mukminin ke?

MENGAMUK


"Woii kalau dah salah tu, salahlah!" jerit sorang ni. Sape entah namanya tak siapa tahu. Memang orang pun taknak tahu. Yelah, jeritan dia je dah menyusahkan orang lain.

Habis buntu fikiran aku.. bukan senang nak jawab soalan Evidence and Shariah Procedure II ni.. apa gila ke di tengah-tengah kesunyian dok memekak tak tentu pasal. That's the way how bad the language used to express the anger..

Memang la patut ko tu keje dok tengok orang meniru ke idak dalam xm.. tapi kalau orang tu salah, janganlah ditengking tak tentu fasal.Apa dia ingat dia je ada perasaan? Can u imagine if someone tetiba dok JERITT kat kau sampai satu dewan dengar yang ko buat salah.. yup, to me i'll admit my mistake but the way he treated that person ialah mengaibkan.. oo sakit oo hati.. Not only sakitkan hati budak tu, kitorang satu dewan pun sakit hati.

Orang Melayu selalu kata kalau 40 orang doakan ko berjaya, berjayalah ko.. kalau 40 orang kata gitu, gitulah ko.. kalau 40 kata gini, ginilah ko..

Tapi tadi, hampir 300 pelajar kat dalam dewan.. what if everybody curse him? hmm nauzubillahhi min zalik.. yelah, macam aku pun habis hilang idea. dah rugi masa kitorang untuk fikir n dapatkan balik those ideas swept away tu..

Oklah tu, sabar jelah suhail.. maybe he's a hot-temper-person yang kalau marah memang takleh nak control.. Baik! Aku kembali menjawab peperiksaan dengan tenang rasa hati sambil tangan cukup laju menulis.. dari tulisan secantik tulisan wanita bertukar ke tulisan budak sekolah rendah (masih boleh bacalah maknanya)..

Tangan pula bertambah sejuk dengan hawa dingin yang terpasang hampir 3 jam untuk diselesaikan menjawab 4 soalan yang dipilih daripada 6 soalan. Uhh, sakit belakang badan sbb macam patung masing-masing. Dok tunduk je menulis..

Jeng.. jeng.. jeng.. sekali lagi mamat tu buat hal. Dia marahkan orang lain pulak. Kali ini cukup dahsyat. Sudahlah dia dibayar untuk menjaga peperiksaan dengan baik, dia kali ini dah bergaduh ngan lecturer pulak. 'Debushhh...!!" Siap tendang lagi. Tapi tendang pintu lah bukannya lecturer tu.. bising sekali lagi..

"Woii, bising la kau! Kau senyap sikit boleh tak? Kau menyibuk ganggu orang!" jerit empat lima orang anak muda yang sedang jawab soalan.. Kali ini mereka dah tak tahan dah gangguan psikologi ni. Macam pasar pulak jadinya. Sejarah betul la tarikh hari ini sebab tak pernah berlaku exam boleh bising...

Rupa-rupanya dia marah sekali lagi sebab dia jumpa sorang lagi student meniru tapi dia ni orang tua. yelah, orang dah berumur yang ambil subjek sama ngan kami.Maknanya terlewat sikit. Then, budak tu dok jumpa lecturer gtau akak tu meniru tapi lecturer kata takpelah. Dia tak puas hati.. yelah lepaskan aje orang meniru. Hah, ini bagus cuma mungkin dalam sesetengah keadaan kena toleransi. I've no idea..

Lecturer lepaskan akak tu sebab akak tu dah berumur.. yelah, beza orang muda ngan orang tua kalau belajar. Diorang maybe lambat sikit nak hafal atau faham something banding kita.. Yelah, macam budak sekolah rendah dok hafal quran lagi mudah banding kita budak U ni. that' y lah agaknya lecturer lepaskan..

Anyway, ilmu hari ini yang aku belajar ialah kesabaran adalah kunci ketenangan.. Do u agree?

Susahnya nak dapat mood belajar

20.02.05



Sengaja aku nak ubah angin hari ini. Selepas solat Zohor, kakiku terus melangkah keluar membawa bersama sebuah beg berisi buku dan alatulis. Aku bercadang ingin membaca buku di Taman Tasik Sri Gombak. Mungkin di situ lebih tenang untuk membaca.

Sebaik sahaja menunggang motosikal, aku terasa lapar. Entah mengapa teringin sangat minum Orange McFizz. Jadi, terus sahaja ke McD untuk makan tengahari. Keadaannya cukup nyaman berbanding cuaca panas sewaktu menunggang tadi.

Selepas mecari tempat duduk yang selesa dan cantik pemandangannya, aku pun mula mengunyah makanan yang terhidang depan mata. Setelah selesai memakan BigMac, aku pun mengeluarkan buku untuk dibaca sambil menyantap kentang goreng diselangi air yang diidamkan.

Perhatian aku terganggu apabila depan aku ada tiga orang cina sedang bercerita tentang bisnes mereka. Cukup kuat dan bising bahasa Mandarin yang diucapkan mereka. Hmm... sabarlah.

Kemudian, suasana menjadi makin bising apabila seorang ahli politik agaknya mendapat panggilan telefon. Sambil berjalan mencari tempat duduk, suaranyalah yang paling kuat. Umpama bahasa Tamil sedang melawan bahasa Mandarin untuk dipilih bahasa manakah yang lebih baik. Hmm.. sabarlah.

Aku cuba membacanya lagi dengan tumpuan yang baik. Tiba-tiba anak sepasang suami isteri Cina berdekatan aku berteriak menangis. Aduhh.. aku dah tak boleh tahan dan cepat-cepat habiskan makanan.

Terus sahaja aku bergegas ke Taman Tasik yang pada asalnya ingin aku batalkan hasrat kerana suhu dalam McD amat nyaman. Setibanya di sana, aku mencari tempat duduk yang bermeja untuk memudahkan kerja aku. Alhamdulillah jumpa tapi mejanya tinggi pula. Patutlah tiada orang duduk di situ. Mejanya sejengkal bawah bahu aku.

AKu pun mencari tempat baru dan akhirnya berjumpa. Tempat duduknya cukup selesa. Angin bertiupan sepanjang masa. Tenang rasanya lalu kubuka buku untuk dibaca. Sedikit catatan dapat aku buat waktu itu meringkaskan bacaan.

Untuk kali keberapa entah, aku diuji lagi. Tiba-tiba terdengar tangisan teresak-esak seorang perempuan. Ingatkan budak kecil, rupa-rupanya sepasang kekasih sedang bergaduh. Si perempuan menangis sambil bercakap (tapi aku tak faham pun apa yang dia cakap) manakala lelaki itu pula buat tak tahu. Lama juga perempuan itu menangis. Memang itulah pertama kali dalam hidup aku mendengar tangisan perempuan yang mirip tangisan kanak-kanak yang inginkan coklat yang ibunya larang beli. Hmm.. sabarlah.

Buat akhirnya, azan pula berkumandang. Ya, bunyi ini yang menenangkan jiwa. Aku berkemas lalu terus ke masjid. Lagi puashati dan tenang bersembahyang dahulu. Selesai solat, aku ambil keputusan untuk balik ke universiti terus.

Dalam perjalanan nak ke motosikal aku, perempuan itu masih berada di kerusi tempat dia duduk tadi. Tapi, lelaki itu sudah lenyap dari pandangan. Aku terfikir tentang konsep cinta yang berlaku depan mata aku.

Aku agaklah mereka ini belum berkahwin tetapi sudah bercinta. Bila timbul masalah, sukar nak selesaikan. Sebab apa?sebab mereka bukan suami isteri. Banyak kekangan dan halangan untuk menyelesaikan sesuatu masalah seperti suami isteri.

Maaf kalau aku katakan dari segi psychology sentuhan memainkan peranan dalam melembutkan jiwa sesiapa pun. Apatah lagi antara dua jantina berbeza. Namun, bolehkah sentuhan ini dilakukan oleh lelaki tadi kalau belum berkahwin? Dah tentu tak boleh.. betapa rugi dan membazir masa untuk selesaikan masalah yang bagi suami isteri cukup mudah diselesaikan..

hmm, bercintalah selepas berkahwin.. senang! Wallahua'lam

Filem Jepun dan realiti anak Melayu

19.02.05





Aku menonton tayangan filem percuma di MTC (Pusat pelancongan malaysia) bertajuk Faraway Sunset dalam bahasa Jepun. Ia mengisahkan pengorbanan seorang ibu demi kejayaan anaknya ditambah lagi penyesalan diri atas kecuaiannya yang menyebabkan anaknya itu cacat tangan kirinya. Sewaktu berusia 18 bulan, dia terjatuh dalam api tempat memasak meyebabkan semua jari kirinya melekat antara satu sama lain. Sejak kecil dia sering diejek kawan-kawan sehinggalah suatu hari dia toreh tangannya sendiri dengan pisau untuk memisahkan jari-jarinya.

Namun, ibunya cukup bersemangat dan memberi sokongan kepada anaknya untuk belajar bersungguh-sungguh sekalipun dirinya terpaksa bersusah-payah mencari duit menyekolahkannya. Kejayaannya dalam akademik terserlah sehinggalah dia akhirnya menjadi ahli bakteria yang terkenal. Disebabkan kesibukan dan janjinya untuk tidak pulang selagi belum berjaya, 15 tahun selepas berhijrah ke Amerika barulah sempat dia menjenguk ibunya. Itu jugalah kali terakhir dia menemui ibunya yang sudah cukup tua.

Semangat belajarnya masih tidak mati mengikut ibunya. Dia masih membuat kajian tentang penyakit demam kuning untuk dicarikan ubatnya. Namun, dalam pencariannya di Ghana, akhirnya dia mati di situ pada 1928 tanpa dapat menyelesaikan hasil kajiannya.

Banyak moral cerita yang dapat diambil daripada cerita ini. Airmata aku pun turut mengalir sepertimana yang lain. Cubalah cari filem ini. Namanya dalam bahasa jepun 'Tooki Rakujitsu' yang diterbitkan pada 1992.

Bulan 3 ni pun MTC ada buat tayangan percuma begini. Masih lagi cerita Jepun. 5 dan 19 Mac 2005 yang bertajuk Pale Hand dan Takeshi Childhood Days. Cerita kedua ini diilhamkan berdasarkan komik Fujio F. Fujiko. Takkan tak kenal kot? Inilah penerbit komik doraemon. Kedua-dua cerita ini juga mengisahkan kehidupan kanak-kanak. Apa lagi datanglah.. jangan tak datang!

# Ada satu kisah lagi pada hari ini..

Selepas selesai menonton filem itu, aku terus ke bilik air mengemas diri sesudah solat di surau. Kelihatan satu lagi kisah percintaan dua orang wanita. Budak lagi tu..rasanya masih sekolah menengah agaknya. Mereka duduk berdua-duaan di sebuah kerusi kayu panjang. Suasana cukup tegang sesama mereka. Aku yang baru sahaja keluar mengemas diri tercengang melihat tingkahlaku salah seorang daripada mereka. Mungkin aku namakan dia Ayu kerana perwatakannya masih keperempuanan.

Ayu berteriak sambil menangis dan memarahi Roy (seorang lagi perempuan ala lelaki) sepanjang perbualan. Yang membuatkan aku tercengang ialah dia kerap menampar dan memukul Roy. Laju sahaja tangan Ayu menampar kiri dan kanan pipi Roy. Hairannya Roy langsung tak menepis mahupun menghalang. Mungkin tidak cukup agaknya, Ayu menghentak pula belakang badan Roy. Roy memang sekuat lelaki kerana langsung tak menunjukkan reaksi sakit. Kalaulah Roy itu lelaki, orang kata bacullah dia sebab dipukul perempuan. Tangisannya memang jelas kedengaran manakala Roy memandang ke arah lain.

Tubuh badan Ayu jika dibandingkan dengan Roy yang bertopi itu agak besar. Roy yang kurus itu sekadar mampu menahan pukulan dan kemarahan Ayu. Aku sengaja berjalan di hadapan mereka. Begitu juga tiga lagi penunggang motosikal yang meletakkan motosikal masing-masing berhampiran tempat mereka bergaduh. Aku buat-buat menelefon di pondok telefon manakala tiga orang lain itu pun sengaja duduk berbual atas motosikal. Aku yakin kami semua sengaja ingin melihat kesudahan kisah mereka.

Ayu dan Roy bergaduh seolah-olah hanya mereka berdua berada di MTC. Mereka langsung tak menghiraukan kehadiran aku dan tiga lelaki lain. Nak campur tangan tak reti.. so, tunggu jelah sampai kalau teruk sangat kot..

"Woi, keluar!" pengawal keselamatan menjerit dari posnya sambil menuding jari ke arah kami. Siapa yang disuruhnya keluar? Aku ke.. tiga orang lelaki ini ke.. atau bebudak dua orang tu?.. sebabnya kami semua berada di tempat yang sama. Tempat yang ditudingkan jari olehnya.

Pakcik itu terus keluar dari posnya untuk menuding dengan lebih jelas lagi. Memang mukanya cukup marah kerana dia langsung tak senyum atau memberi nasihat terlebih dahulu. Rupa-rupanya bukan kami yang dimarahinya tetapi Ayu dan Roy. Aku rasa semuanya yang di sini tak bersalah terutamanya kami lelaki ini.

Mungkin pakcik tu dah tak tahan dengan perangai si perempuan ini dengan pengkidnya. Itu yang salah agaknya. Memang salah pun..

Hai dunia..dunia.. apalah nak jadi dengan manusia hari ini? Kisah yang aku ceritakan ini bukan untuk memburukkan sesiapa tapi untuk menceritakan hal kehidupan dunia yang berlaku depan mata aku.

Bukan nak berpandangan buruk.. nilailah sendiri wahai kawan-kawan samada Ayu dan Roy ini dalam keadaan normal atau tidak.. sedih aku rasa apabila masalah ini berlaku sama macam di tempat belajar aku yang aku ceritakan tempohari. Kedua-dua kes ini berlaku depan mata yang melibatkan anak melayu.. Melayu tu maknanya dalam undang-undang ialah orang Islam juga.. hmmm...

Keindahan alam tanda kekuasaanNya

18.02.05



Tak ramai mengenali Taman Alam berbanding Kg. Kuantan tempat kelip-kelip. Yelah, bila disebut kelip-kelip je, semua akan teringat pada iklan TNB. Taman Alam tu dekat sahaja dengan tenpat kelip-kelip tu.

Taman Alam lah tempat hutan paya bakau yang menyimpan pelbagai flora dan fauna. Banyak burung akan hinggap di pesisir paya untuk mencari makanan pada awal tahun begini.

Burung-burung itu samada tempatan dan burung luar yang berhijrah. Ada yang datangnya dari Rusia dan sebagainya. Taman Alam ada menyediakan ratusan sarang burung untuk tempat tinggal mereka.

Helang merah pun ada. Kalau ada helang, maknanya ada ular. Memang cantik tempatnya. Ia menunjukkan kehebatan akar kayu bakau yang berserabut mampu memecah ombak yang datang. Tsunami hari itu turut terasa di kawasan berhampiran melainkan di taman alam. Patutlah Pak Lah mula bercakap tentang hutan bakau.

Kami dibawa turun memijak sendiri paya bakau tu. Habislah kasut-kasut kotor dan ada juga yang hampir terjatuh. Seluar kami memang kotor dah pun. Macam-macam aksi lucu dan menakutkan berlaku.



Pada sebelah malam, kami teruskan lawatan ke kawasan keli-kelip itu. Malangnya, tiada satu gambar pun boleh ditangkap. Ini kuasa Tuhan sebenarnya. Kalau kami tangkap guna flash pun, hanya nampak pokok sahaja. Kalau tangkap guna video pun tak nampak semeriah kita melihatnya dengan mata sendiri.

Sampan yang didayung penduduk tempatan memuatkan 4 orang sahaja. Setiap orang perlu membayar upah RM 10. Life jacket disediakan untuk tujuan keselamatan. Bunyi unggas dan burung diselangi desiran air sungai yang didayung menenangkan jiwa kita yang kebiasaannya hidup dalam keadaan cukup bising.

Kelip-kelip dan kunang-kunang menurut pakcik yang mendayung itu berbeza. Kelip-kelip ini bentuknya macam semut kecil sahaja. Cahay keluar dari bawah perutnya. Kelip-kelip selalunya ada di atas daun tempat mereka mencari makanan. Hanya boleh dijumpai di pokok-pokok yang menghadap ke sungai. Kalau yang menghadap ke kampung memang tiada. Jantan akan berkelip setiap 3 saat manakala yang betina berkelip setiap sesaat. Kelip-kelip jantan memang bercahaya lebih terang berbanding betina. Namun, kesahihan maklumat ini tiada siapa dapat buktikan kerana sehingga kini tiada kajian dibuat mengenai kelip-kelip di sini.

Iklan TNB itu rupa-rupanya pembohongan semata-mata. Kelip-kelip yang kelihatan dalam iklan itu hanyalah dengan penggunaan teknologi elektronik. Rupa-rupanya kita ditipu.

Persembahan yang memukau

15.02.05

TERUS KE LAMAN KIAI KANJENG


Pasti rakyat Malaysia tercengang apabila terdengar kumpulan muzik Ustaz Kajeng. Hmm, bunyinya macam bukan orang malaysia.Memang pun bukan sebab di sana diapnggil Kiai Kajeng. Di mana lagi kalau bukan di indonesia. Cuma mengapa pulak ustaz yang bermain muzik. Inilah istimewanya kumpulan Kiai Kajeng kerana mesej Islam disampaikan tidak seperti yang ada di Malaysia. Mereka bukannya bernasyid tetapi menggabungkan instrumen moden dan tradisional dalam lagu-lagu ketuhanan mereka.Memang jelas mesej yang ingin disampaikan kerana ia berbentuk zikir dan peringatan. Sambil itu, diselangi pula dengan bait-bait puisi atau bual-bual dan nasihat agama. tapi bukan bersifat ceramah, ia lebih kepada interaksi bersama penonton.Secara spontan kadangkala pendengar mengucapkan amin atas doa-doa yang spontan juga diucapkan Kiai Kajeng.

Muzik gamelan memang dikenali di Indonesia juga malaysia. tetapi permainannya tetap dengan ciri tradisionalnya. Berbanding Kiai Kanjeng, gamelan dimainkan secara tradisional dan bergabung juga dengan gitar, seruling, drum untuk lagu-lagu jazz, klasik, dan yang rancak. Kemahiran tangan pemain gamelan cukup mengagumkan. Kepantasan dan kecekapan tangan mereka jelas kelihatan apabila mereka mampu bermain dengan memejamkan mata.

Malaysia pun ada cuma tak berapa terkenal. Ataupun mungkin baru diperkenalkan. Sebagai contoh, grup Dendang Anak pimpinan Erma Fatima yang baru ditubuhkan. Baru je recording 5 buah lagu dan belum dikeluarkan album pun. Namun, usaha keinsafan mereka ini cukup baik. Para pemuzik dalam grup mereka pun datangnya daripada golongan muda yang sedar dan berkeinginan sama-sama menyedarkan ramai lagi golongan yang lupa.

Ada juga yang dah lama cuma ramai tak menyedari unsur mesej islam yang dibawanya. Bak kata M.Nasir, rakyat malaysia lebih mengutamakan lagu berbanding mesej yang cuba disampaikan. Kerana itu, mesej jarang difahami dan digarap penonton dan akhirnya menjadi sekadar halwa telinga. Mungkin segelintir ada yang sedar. Apapun, M. Nasir dan Ramli Sarip juga Zainal Abidin adalah antara orang-orang lama yang membawa mesej ketuhanan dalam lagu mereka. Lirik yang cukup puitis dan kompleks itulah agaknya penyebab kebanyakan pendengar tak memahami mesej yang ingin disampaikan. Baru-baru ini artis yang agak meletup gak ialah Yasin. Pun membawa mesej yang sama.

Antara cara yang mudah mengenali artis ini seorang yang benar-benar memperjuangkan apa yang disampaikan ialah publisiti mereka tidaklah melampau-lampau. Show pun jarang tapi sekali keluar memang ramai peminat yang datang termasuklah golongan tua. Dan juga kebanyakan peminat ini datang berkeluarga. Entahlah kita sebagai penilai sesuatu muzik mungkin boleh memikirkan kebenarannya..

Macam Tak Percaya

14.02.05



Kehairanan mula menerpa. Aku terpandang dua orang perempuan. Berbual dalam keadaan mencurigakan.Bukan aku nak tuduh atau berpandangan buruk. Seorang berperwatakan kasar macam lelaki. Dari aspek percakapan,pergerakan dan pemakaian nampak kelelakian. Seorang lagi memang kekal dengan ciri kewanitaan. Mereka berbual di kawasan yang agak tertutup daripada pandangan awam. Mereka berdua-duaan dan berbual
dalam secara berhadapan. Kadang-kadang mereka akan berjalan sedikit demi sedikit. Kemudian, berhenti semulaapabila yang berbaju putih itu cuba merangkul pinggang si baju merah jambu. Cepat-cepat dia menolaksi baju putih dan mula bercakap kembali. Aku dalam jarak yang jauh tak mendengar apa-apa. Aku cuba perhatikan gerak-geri mereka.Mereka seolah-olah tidak mengendahkan keberadaan aku di situ.

Muka mereka kelihatan seperti marah. Tangan si baju putih mula cuba memujuk si baju merah jambudengan memegang tangannya. Tapi, seperti tadi tangannya ditolak. Bincang dan bincang kemudian berjalan kembali.Sekali lagi si baju putih cuba memegang tangan si baju merah jambu tu seperti si ibu ingin memimpin anaknya.Namun, respon negatif juga yang diberikan.

Aku masih di hadapan mereka menunggang motosikal. Buat-buat sedang menerima panggilan telefon.Sengaja aku perhatikan mereka sejak awal. Kadang-kadang ada pula pensyarah atau pelajar lain yang melintasi mereka. Secara tiba-tiba mereka akan berkelakuan seperti biasa dan cukup menghormati orang yang melintas itu dengan memberikan salam. Semangat inkuiri aku semakin tinggi. Hendak sahaja ditinggalkan motor dan pergi mengendap semata-mata untuk melihat penghabisan cerita.

Namun, perutku dah tak tahan lagi mencari sesuatu untuk dihadamkan. Aku berfikir sejenak baik buruk aku teruskan duduk kat situ. Fikir punya fikir akhirnya aku buat keputusan pergi kafe Bilal sajalah.Lebih baik aku makan, silap-silap nanti sampai pukul 7 agaknya mereka ini. Sekarang pun mereka sudah ada dalam posisi duduk. Mereka duduk di tebing jalan berhampiran kawasan letak motosikal.

Cukuplah agaknya untuk aku renungkan hari ini. Terpulanglah nak fikir macamana. Aku tak sanggup nak simpan dalam diri sahaja. Jadi, sebab itu aku luahkan supaya puas hati ini. Barulah tenang sikit..

PANAS !!!


Sudah lebih sebulan Tsunami berlaku di dunia ini. Akibatnya sehingga ke hari ini manusia tidak kira apa agama dan budaya juga bangsa berlumba-lumba membantu dan menghulurkan sumbangan duit dan harta. Bahkan ada pula yang pada waktu inilah membuang segala pakaian buruk yang selama ini 'sayang' untuk dibuang. Benarlah kata Muhammad, Rasul Junjungan bahawa keikhlasan itu cukup sukar dicapai manusia. Baginda bersabda, "Berikanlah hadiah (sumbangan) kepada orang lain barang yang kita sukai."

Hari demi hari semakin panas cuacanya. Ramai antara kita yang demam kerana perubahan cuaca yang mendadak. Terutamanya kita para pelajar universiti. Yelah, bilik kuliah bukan main sejuk tapi apabila keluar sahaja panas terik.

Ada juga yang mengaitkan panas ini dengan Tsunami. Apa kaitannya? Kata mereka, ini juga adalah bala atau peringatan Allah kepada kita. Lepas tsunami berlaku, pemanasan global pun berlaku. Secara saintifiknya, ia adalah disebabkan kehilangan banyak tumbuhan hijau dan lain-lain yang selama ini berfungsi menyerap haba dan pertambahan pembinaan bangunan tinggi yang dilitupi cermin yang memantulkan haba.

Kalau ini nak dikaitkan dengan tsunami, mungkin ada benarnya. Sebabnya tsunami telah memusnahkan banyak tumbuhan sehingga sebagai contohnya dapat dilihat aceh menjadi lengang. Ada yang mengistilahkan sebagai padang jarak padang tekukur atau pun gambaran padang mahsyar.

Alhamdulillah, hari ini bersamaan 31 Januari 2005 pada jam 5.45 petang, hujan selebat-lebatnya turun di sekitar Kuala Lumpur. Pertama kali dalam hidup aku mendengar guruh bersambungan sebanyak hampir 7 kali. Angin yang cukup kuat bertiup membasahi buku-buku jualan di kaki lima Kuliyyah Undang-undang UIAM. Bahkan ada pula pohon kecil yang patah. Ada juga kain-kain rentang yang terputus talinya.

Namun, ianya tidak lama. Ketika itu aku masih lagi dalam kelas tutorial. Tutor pun turut berhenti sejenak mengucapkan alhamdulillah dan masya Allah atas nikmat hujan tadi. Al-maklum panasnya bumi Tuhan ini akhirnya disejukkan oleh DIA. Pasanglah apa jua alatan yang boleh menyejukkan badan, tapi kalau DIA kehendakkan panas maka panaslah.. kalau sejuk, maka sejuklah.. Iza arada syai an an yaqula lahu kun fayakun..

Menginsafi Tsunami : Sebuah Peringatan

26 Disember 2004 sebagai tirai penutup yang amat malang dalam sejarah kemanusiaan. Namun, kejadian yang berlaku bukan atas kesilapan manusia.

"Ini suatu kejadian luar biasa."
"Tak siapa sangka akan berlaku begini."
"Tiada tanda-tanda langsung ombak akan datang."
"Memang kita tak boleh elak. Nak buat macamana?"
"Alahai, berapa ramai anak aku dah mati?"

Kata-kata ini seringkali terdengar di kalangan mangsa mahupun kita selaku penonton. Sesekali ada yang menitiskan airmata. Airmata kesedihan atas jumlah kematian yang cukup memeranjatkan. Hampir 200,000 manusia mati akibat 3 kali ombak besar melanda negeri-negeri tertentu.

Hari ini aku terjumpa satu video yang ditayangkan oleh ABIM (kiriman orang Indonesia) yang bersefahaman dengan aku. Alhamdulillah, lagu latarnya cukup menginsafkan. Antara ayat yang paling aku ingat "...Kau hempaskan jarimu atas Banda (Acheh).." dan "..kami tahu kami bersalah.."

Faham begini yang susah kita perolehi oleh rakyat banyak. Peringatan Allah ini cukup jelas menunjukkan kuasa kehebatanNya. Bila terkenang bab ombak, air laut dan bah.. aku teringat cerita 3 nabi kita yang ada kaitan dengan semua ini.

Pertama, kisah Nabi Nuh. Allah turunkan hujan berpanjangan sehingga bah 'yang tak diduga' berlaku mematikan umat Nuh yang tidak beriman kepada Allah. Anak dan isteri tiada dapat diselamatkan sekalipun ayah dan suaminya seorang Nabi.

Kedua, kisah Nabi Luth. Allah terbalikkan dunia ini, maka pastinya air laut itu jatuh lalu melemaskan manusia. Kenapa diazab begitu? Sebab perlakuan homoseksual.

Ketiga, kisah Nabi Musa. Tentera Firaun ditenggelamkan sewaktu melintasi laut (difikirkan boleh selamat seperti Musa dan Hawariyyun). Kerana ketaatan membabi buta kepada pemerintah zalim dan tidak menasihatinya juga takut kepadanya.

Ketiga-tiga sebab itu juga telah berlaku dalam kehidupan kita hari ini. Anak menderhakai ibubapa. Isteri ingkar pada suami (bahkan ada yang berlaku curang). Bukan sahaja gay, bahkan lesbian turut berleluasa. Pemimpin (sama ada peringkat tinggi mahupun peringkat rendah) melakukan ketidakadilan dan kezaliman tanpa mampu ditegur (bahkan takut menegur sebab takut dipecat). Dan banyak lagi kemaksiatan yang berlaku..

Maka, apakah kita hairan dengan apa yang berlaku pada 26 Disember 2004? Namun, itu sekadar peringatan sahaja. Kerana Allah cukup sayangkan kekasihnya. Nabi Muhammad pernah memohon moga ditangguh azab umatnya. Jadi, Allah pasti takkan azab kita seperti kaum Nabi Nuh, Nabi Luth dan Nabi Musa melainkan apabila tiba saat qiamat.

Kalaulah tsunami ini dipandang sebagai azab, percayalah dan insafilah bahawa DIA ingin memaklumkan kedatangan qiamat. Bukankah tiupan sangkakala itu cukup hebat dan akan berlaku berkali-kali. Apakah ini tiupan pertama (yang cukup perlahan)?

"Orang yang baik2 AKU berikan ujian sewaktu hidupnya, dan orang yang jahat2 pula AKU tangguhkan azab kepadanya untuk melihat dia semakin jahat."

Alhamd kita sudah diuji hari ini, sebagai petunjuk untuk kita menjadi lebih baik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...