14 Disember 2005

Berpeluang bersama Adiputra



Sewaktu bersama ahli mesyuarat menyaksikan kehebatan Adiputra menyelesaikan masalah matematik yang rumit

Ampang, 12 Dis.- Mesyuarat Kongres Kepentingan Bangsa yang telah diadakan di kediaman Tengku Razaleigh turut disertai oleh seorang anak kecil yang cukup popular dengan kehebatannya dalam ilmu matematik, Adiputra.

Adiputra bersama ibu dan bapanya telah muncul dalam mesyuarat tersebut sebaik sahaja mesyuarat selesai. Kedatangan mereka bertujuan mengetengahkan isu bahawa anak Melayu mampu menjadi bijak dan mahir dalam sesuatu ilmu melalui medium Bahasa Melayu.

Mereka inginkan perhatian daripada pemimpin Melayu nasional agar dapat menggunakan Adiputra sebagai ikon atau idola yang mampu menjana semangat dan usaha anak-anak muda Melayu untuk berjaya dalam pendidikan.

Selain itu, ayahnya juga menekankan agar anak-anak Melayu ini diberikan penekanan terhadap agama sebagai kemestian dalam menjamin kejayaan mereka.

Ibubapanya juga berkongsi cerita mengenai kelahiran Adiputra dan misteri kehebatannya. Ibunya pernah bermimpi seperti mimpi yang dialami ibu kepada Imam as-Shafie iaitu bintang-bintang jatuh ke atas dirinya. Mimpi ini tidak difahami ibu bapanya, tetapi mereka yakin ia sebagai petunjuk kepada sesuatu yang baik.

Setelah melahirkan dua orang anak, inilah satu-satunya anak yang dibacakan surah-surah seperti surah Maryam, Yusuf dan Luqman sewaktu mengandung. Ibunya merasa terpanggil untuk berbuat demikian. Inilah juga satu-satunya kelahiran paling mudah dan tidak menyakitkan.

Sewaktu Adiputra berumur 3 tahun, dia menangis berteriak inginkan ayahnya mengajarkannya sifir. Ini adalah satu kelainan yang luarbiasa.

Walaupun baru berusia 5 tahun dan belum mengikuti sistem pendidikan pra-sekolah, ilmu matematik di peringkat universiti juga mampu dijawabnya secara congak tanpa kira-kira di atas kertas. Dia biasanya dapat mencipta sesuatu formula pada pukul 12 tengah malam sehingga pukul 4 pagi.

Inilah kurniaan Allah yang Maha Berkuasa. Atas tekad yang kuat daripada ibu bapanya untuk menjadikan anaknya seorang yang berguna untuk agama, bangsa dan negara, Adiputra pasti akan menjawab bahawa cita-citanya adalah menjadi profesor matematik Islam.

Ditanya mengenai ke mana universiti yang ingin dituju, dia menjawab, "Harvard University." Namun, jika tawaran yang diperolehi adalah Harvard University dan sekolah tahfiz, dia memilih untuk ke sekolah tahfiz. Begitulah jawapannya spontan apabila ditanya.

Dalam pada ramai anak muda yang meminati artis hiburan Melayu, Adiputra mempunyai kelainan dengan meletakkan tokoh idolanya ialah Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh, seorang tokoh matematik yang buta penglihatannya.

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular