01 Februari 2005

PANAS !!!


Sudah lebih sebulan Tsunami berlaku di dunia ini. Akibatnya sehingga ke hari ini manusia tidak kira apa agama dan budaya juga bangsa berlumba-lumba membantu dan menghulurkan sumbangan duit dan harta. Bahkan ada pula yang pada waktu inilah membuang segala pakaian buruk yang selama ini 'sayang' untuk dibuang. Benarlah kata Muhammad, Rasul Junjungan bahawa keikhlasan itu cukup sukar dicapai manusia. Baginda bersabda, "Berikanlah hadiah (sumbangan) kepada orang lain barang yang kita sukai."

Hari demi hari semakin panas cuacanya. Ramai antara kita yang demam kerana perubahan cuaca yang mendadak. Terutamanya kita para pelajar universiti. Yelah, bilik kuliah bukan main sejuk tapi apabila keluar sahaja panas terik.

Ada juga yang mengaitkan panas ini dengan Tsunami. Apa kaitannya? Kata mereka, ini juga adalah bala atau peringatan Allah kepada kita. Lepas tsunami berlaku, pemanasan global pun berlaku. Secara saintifiknya, ia adalah disebabkan kehilangan banyak tumbuhan hijau dan lain-lain yang selama ini berfungsi menyerap haba dan pertambahan pembinaan bangunan tinggi yang dilitupi cermin yang memantulkan haba.

Kalau ini nak dikaitkan dengan tsunami, mungkin ada benarnya. Sebabnya tsunami telah memusnahkan banyak tumbuhan sehingga sebagai contohnya dapat dilihat aceh menjadi lengang. Ada yang mengistilahkan sebagai padang jarak padang tekukur atau pun gambaran padang mahsyar.

Alhamdulillah, hari ini bersamaan 31 Januari 2005 pada jam 5.45 petang, hujan selebat-lebatnya turun di sekitar Kuala Lumpur. Pertama kali dalam hidup aku mendengar guruh bersambungan sebanyak hampir 7 kali. Angin yang cukup kuat bertiup membasahi buku-buku jualan di kaki lima Kuliyyah Undang-undang UIAM. Bahkan ada pula pohon kecil yang patah. Ada juga kain-kain rentang yang terputus talinya.

Namun, ianya tidak lama. Ketika itu aku masih lagi dalam kelas tutorial. Tutor pun turut berhenti sejenak mengucapkan alhamdulillah dan masya Allah atas nikmat hujan tadi. Al-maklum panasnya bumi Tuhan ini akhirnya disejukkan oleh DIA. Pasanglah apa jua alatan yang boleh menyejukkan badan, tapi kalau DIA kehendakkan panas maka panaslah.. kalau sejuk, maka sejuklah.. Iza arada syai an an yaqula lahu kun fayakun..

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular