12 November 2020

Tajwid sebenarnya tidak susah

Tonton tilawah Husain Mahmur yang enak didengar dan dihayati


Ramai berasa susah apabila belajar tajwid sedangkan ia penting dalam kita melancarkan sebutan dan bacaan al-Quran.

Aku selalu sebut kepada anak-anak, setiap perkara itu susah melainkan setelah kita belajar dan berlatih. Kemudian barulah ia jadi senang.

Samalah dengan tajwid. Sememangnya hukumnya pelbagai tapi sebaik kamu belajar dan terus berlatih, tak perlu lagi nak semak hukum itu dan ini.

Seperti halnya seorang guru, setelah bertahun-tahun pengalaman mengajar, dia sudah tahu apa yang perlu diajar tanpa perlu rujuk buku panduan.

Peguam pun begitu, sudah banyak kes terdahulu yang dihafalnya tanpa perlu semak laporan kes tersebut untuk dirujuk. Terus sahaja lidahnya menyebut kes itu.

Bagi memudahkan semua untuk pelajari ilmu tajwid ini, muat turun fail ini yang telah diringkaskan ke satu halaman saja.


Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular