22 September 2013

Bedah buang geraham bongsu

Mula-mula aku berasa sakit yang tak tertahan pada geraham bongsu yang dah lama di menyempit di hujung rahang kanan. Memang malam itu langsung tak dapat tidur. Jadi, keesokannya terus bergegas ke Klinik Kesihatan Taman Ehsan, Kepong seawal 7.30 pagi.

Kes ini perlu dirujuk ke Hospital Selayang, kata doktor pakar restoratif. Dibuatkan temujanji dengan pakar bedah di hospital itu sehari sebelum Aidilfitri 2013. Hasilnya, beginilah x-ray kedudukan gigi geraham bongsu.


Tengoklah bulatan merah itu. Geraham bongsuku tumbuh melintang 90 darjah. Sebelum sakit, setiap kali selepas makan aku terpaksa gunakan round thread floss untuk keluarkan cebisan makanan yang tersembunyi di celahan antara geraham besar dan geraham bongsu.


Ingatkan sesudah x-ray terus dibuat pembedahan, rupa-rupanya hanya diberikan ubat tahan sakit yang boleh kurangkan rasa sakit. Dan dipesan agar jaga kebersihan kawasan geraham itu dengan floss tadi juga kumur Listerine. Lagi 2 minggu barulah pembedahan boleh dibuat. Mujur cepat, biasanya kata doktor makan masa sebulan atau dua untuk giliran.

Sebab apa perlu bedah? Sebabnya kedudukan geraham itu tak berikan sebarang fungsi pun. Jadi, gigi itu tak perlu. Selepas beraya sakan selama 2 minggu lebih, tibalah masanya untuk pembedahan. (Tak dapat tangkap gambar sebab tiada teman).


Inilah hasil pembedahan selama sejam. Aku disuntik dengan local anaestetic (LA) yang mengakibatkan rasa kebas sebelah kanan. LA adalah bius setempat, dan aku sedar sepanjang pembedahan dibuat. Kalau tanya apa aku rasa, memang aku tak rasa apa-apa. Tiada apa perlu ditakutkan.

Gusi dibelah sedikit dan geraham itu dipecahkan agar dapat dikeluarkan semuanya. Uniknya gigi aku, rupa-rupanya akar gigi aku bengkok secara semulajadi. Jadi, kepakaran doktor bedah mulut ini sangat penting agar akar tidak patah dan tertinggal dalam gusi.

AMARAN UNTUK BACAAN SELANJUTNYA:
GRAFIK DI BAWAH BOLEH MENGGANGGU EMOSI ANDA :)




Inilah gusi yang telah dibedah. Darah masih keluar sekitar 4 jam selepas pembedahan.

Pada hari kedua, darah sudah tiada tapi terluka kembali bila mengunyah dengan bukaan rahang yang besar.

Ini gambar dekat kesan bedah di hujung rahang kanan aku. 

Ini kesan daripada pembedahan. Bengkak yang tidaklah sakit pun. Bezakan dengan pipi kiri. Hampir seminggu juga bengkaknya.

Nampak kan beza gusi kanan dan kiri? Jika diperhati betul-betul memang geraham bongsu yang dibuang itu tak ada tempat nak tumbuh normal. Jadi, redhakanlah pembedahan dibuat.

Pada hari ketiga mencemaskan aku sekejap. Kelihatan dinding sebelah dalam pipi dan hujung gusi mempunyai tompokan putih seperti ulser. Tapi tak sakit pun..

Kelihatan tompokan putih menghilang sedikit. Lega rasa hati pada hari keempat.

Pada hari kelima, aku dok terasa benang pula. Yang nampak kuning itu, adalah tali benang jahitan. Rasa rimas sekejap tapi tak ganggu apa pun.

Nampak tak tompokan putih dah hilang? Belahan itu pun seperti merapatkan diri sesama mereka.. baguslah dah muafakat.

Cukup seminggu, aku ke hospital semula untuk cabut benang jahitan. Sakit tak? Tak rasa apa-apa langsung. Serius. Tahniah doktor pakar!

Maka, berakhirlah sudah kesengsaraan gusi aku. Walaupun selepas benang dikeluarkan, ada lagi rasa seperti bengkak dan sakit-sakit kecil. Tapi tak lama sangat, adalah sekitar 3 hari lagi. Sakit pun tak rasa sangat sebab doktor dah memang sediakan ubat tahan sakit yang memang aku konon nak tahan, tak nak makan (doktor kata makan kalau sakit je), tapi akhirnya terpaksa makan juga setiap hari. Kalau tak makan, aku sakit sampai ke kepala. Normal kata doktor.

Inilah ubat yang disediakan hospital buat aku.


Ubat tahan sakit pink hanya dimakan jika sangat-sangat sakit. Aku makan pada hari pertama saja. Hari-hari lain makan ubat putih tu.

Kini sudah 3 minggu berlalu, dan aku kembali bebas mengunyah makanan seenaknya. Bagi mereka yang takut, buang sajalah perasaan itu sebab menahan sakit itu lebih pedih daripada kesakitan sementara sekadar 2 atau 3 minggu.

Sejak asyik jumpa doktor gigi ini, aku jadi seronok pula nak jumpa doktor gigi. Lepas ini nak pergi scaling pula la. Jom!

Dan yang lagi best ialah aku penderma darah lebih 20 kali. Rawatan aku adalah percuma selama 2 tahun di mana-mana hospital kerajaan. Boleh masuk wad dua percuma juga. Satu sen pun tak payah bayar. 


p/s: Rupa-rupanya peralatan hospital kerajaan semakin baru dan canggih.






51 ulasan:

Nida Shaari berkata...

macam musim pulak orang buang gigi bongsu..

Minggu lepas kawan akak buat kat HKL.. amik GA, sebab kena buang 4 batang serentak..

Dia kata servis superb

Sahalfikri berkata...

Itulah servis di hospital kerajaan semakin baik. Akak masih di Bangkok? Apa cerita terkini di sana?

Nida Shaari berkata...

Kakak dah balik Malaysia hampir setahun.. hehehe.. baby pun dah 8 bulan wooo..

Tapi yang kakak tau terkini Bangkok banjir lagi tahun ni.. Alhamdulillah tahun lepas sewaktu kakak kat sana tak berlaku bencana ni..

Tanpa Nama berkata...

saya pon bru semnggu buat kt spitl krjaan..ok jer servis..pasni nk kna jmp utk buang benang jhtn plk.

tiehashah berkata...

Sepatutnya saya kene cabut gigi bongsu tu 2010 tapi last2 xbuat sebab konon2 xbaik after 2 week.tp sekarang sakit gigi datang lagi

Nora Karim berkata...

hari tu pun husband saya buang geraham bongsu... dia rileks je... saya yang seriau tgk... huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Ade sakit tekak x??? Ssh nk menelan ke??? Sy bru buat smlm...sakit tekak sgt...ade solution x???

Unknown berkata...

kalu pegi hospital kerajaan..kena charge brapa ye utk pembedahan??

Sahalfikri berkata...

Maaf ya ramai yang komen tak dijawab. Saya lama tak semak.

1) Jikalau dah rasa sakit dan kemudian hilang, takpe. Tapi kalau asyik berulang begitu, eloklah jumpa doktor.

2) Takde pula sakit tekak. Menelan ok saja cuma rasa tak selesa sikit sbb makan kunyah sebelah. Ada solution water disediakan untuk berkumur. Air itu untuk cuci tempat luka, tak sakit pun, mcm listerine.

3) SITI NOOR: Saya tak pasti berapa caj sebenar sebab saya penderma darah yang dapat perkhidmatan percuma di hospital kerajaan.

Unknown berkata...

sedang baca pengalaman hang.. aku tgh menderita saki ni hahahha

Unknown berkata...

Waiting for my turn.. Huhu.

Tanpa Nama berkata...

nak tya ni Gg geraham bungsu saya tak sakit tp gusi da bengkak..btl ka x sakit?tak rasa apa pun..sb dgr pkataan operate je pn..da nik seram..

Tanpa Nama berkata...

nak tya ni Gg geraham bungsu saya tak sakit tp gusi da bengkak..btl ka x sakit?tak rasa apa pun..sb dgr pkataan operate je pn..da nik seram..

Tanpa Nama berkata...

Alhamdullilah....sengsara sy pun dh berakhir..now hari ke-4 selepas bedah graham bongsu..serius ms bedah tu x sakit..cume rse lenguh rahang jer sbb kena nganga lama gara2 akar gg sy yg kuat..tp dh nma pun doc pakar..lastly bjya jgk..sy still bengkak lg muka nie tp x sakit..dh tnjuk tnda2 surut bengkak..tp tu lah...sy asyik lapar jer..mybe sbb x rse nikmat mkn kan..seksa jgk asyik pedih perut..rndu nyaa nk makan...doakan sy cpt2 sembuh yer...cerita blog nie mmg bg sy kekuatan dn smngat nk buat pmbedahan gg graham bongsu..sbb sblm tu sy sgt takot dn nerves....hehehehe!!rupenyer xde ape pun...rileks jer...pasnie hooreyyyyy xde sakit gg lg...merana siang mlm hoiii azab tau!!!

Tanpa Nama berkata...

Sy buat g hsptl gov di bahagian pakar...klinik gov yg biasa x boleh buat prosedur nie krn tiada alatan yg mncukupi dn bkn pakar..
Cas rm50 /sebtg..berbaloi lah..jimat pun jimat dr g private abis smpai rm200-350 tp pas bedah still sama jgk rse nyer dgn bdah kat gov..still akn bengkak jgk..hehehe!!
Hari pertama hngga hari ke-3 lps bedah sy jgk rse sakit bile nk menelan..tp skrg dh hari ke-4..rse sakit telan tu ilang tibe2..mybe jgk sbb effect dr tmpt bedah tu..kan hmpir dgn area tekak..so sapa yg thn tu..akn rse x selesa bile nk telan...korang yg mna dok tangguh2 nk pegi bedah tu..baik pegi ajer..serius..peralatan kat hsptal gov skrg sume canggih manggih dah. Jakun lah kejap ms mule2 sy tgk..sume main tekan2 ujung jari jer...nk bedah jer guna doc pakar...hehehe!!servis pun ok..bile dh ada appointment ms menunggu x lama...now sy dh boleh tdo mlm dgn lena...wlupun muka still bengkak mcm org kemam bola golf tp sy still boleh buat keje spt biasa..urus umah n anak2 pun xde maslah..cume segan jer nk kuar umah g mna2 dgn muka kembong nie. Hahahhaahahaha!!!

Tanpa Nama berkata...

Saya trauma dengar perkataan operate ni

Tanpa Nama berkata...

Salam. Nak tnye. Lepas operate ade masalah xleh buka mulut x? Sy dh hari ke4 tp still xleh buka mulut luas. Paling luas pn 1jari je

Izzan Sani berkata...

Cari2 info terjumpa entry ni...ha3 sgt berguna...tuk sy yg bakal operate gigi bongsu...pg hospital gov jgk...tgh tggu ope. date.....doc suggest 4 gigi atas bwh skali cabut cz gigi bongsu sy baring 90' dua2 so advice cabut atas skali.... tq for good info =)

Izzan Sani berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Oh tq for sharing

Unknown berkata...

Oh tq for sharing

Unknown berkata...

Oh tq for sharing

Unknown berkata...

Lepas ni saya pulak.. hohho.. nasib baik ckp x sakit.. due 2 belah pulak tu tumbuh senget.. --' redhakan jelah..

Sahalfikri berkata...

Cik Pensil: Bagaimana sekarang? Dah ok kan?

Tanpa Nama: Memang betul, di hosp/klinik govt. sekarang byk dah bagus. Harga pun jauh beza murah.

Izzan: Wah sekali 4 batang.. Takpe, sabarlah untuk keselesaan masa depan. Dah dapat date ke?

Abdul Halim: Sama2.

Farah: Memang tak sakit sebab dah bius. Kata doktor, yang jadi sakit tu sebab ada saraf gigi. Bila dah buang takde la saraf, takde la sakit :)

Unknown berkata...

Saya baru buat dekat private hospital , RM850 untuk sebatang gigi ... takut nak buat dekat gov hospital sebab doc gg tu cakap gg saya ni dekat sangat dengan urat saraf .. kemungkinan boleh cederakan urat saraf tu ...

Sekarang ni tengah tunggu buka benang je .. tapi seriau la , sakit x ye?

Sahalfikri berkata...

Buka benang tak rasa apa juga. Maksudnya tak rasa sakit, benang tu rasa. Hospital kerajaan dalam kes saya, Hospital Selayang pakarnya hebat dan peralatan semua dah canggih. Tak mengapa buat di mana pun, asalkan sakit kita sembuh dan lega. Selamat ya nanti.

Unknown berkata...

Aslm...
Sy ade cabut jgk...
Charge x la mhl cam klinik swasta...gov cuma rm50 jer.

Mmg btl..skrg servis kat hos gov mmg bagus..doc pakar pun dh ramai...hrp jgn tkt yerr...mmg sakit lps buat...tpi ubt tahan sakitkn ade

ajuera berkata...

Rm50 pembedahan utk 1 gigi bongsu.

Unknown berkata...

Sy bru lpas buat..ok la..xsakit sgt cuma pipi bengkak skit..ubat tahan sakit cuma mkn skali ja..

Tanpa Nama berkata...

Saya baru buan gigi bongsu 5 hari lepas..pagi ni tadi saya lihat area jahitan tu ada lubang..normal ka ini??

Tanpa Nama berkata...

Saya baru buan gigi bongsu 5 hari lepas..pagi ni tadi saya lihat area jahitan tu ada lubang..normal ka ini??

Sahalfikri berkata...

Unknown: Saya bukan doktor tapi ikut pengalaman saya, memang nampak seperti berlekuk lubang pada gusi itu. Tapi lama2 nanti dah tak berlekuk. Ok dah sekarang.

FINGO NETWORK YATIYUSOFF berkata...

Sy bru buang 4 btg gigi geraham bongsu..bius penuh..mmg tak sedar terus..sedar2 je dh ada kat ward..sy pilih nk buang 4 sekaligus..boleh je nk buang 2 dlu..setiap kali rawatan cas rm50..jd sy pilih buang 4 terus.jimat duit.sakit pn tangung skali jer..klinik gov..rm50 shj byran yg sy byr..skrg pipi bengkak dua belah..dekat jahitan pn mcm ada warna putih..bila tngk gmbr tuan blog pn ada warna putih tu..fuhh..lega skit..kita serupa..huhu.harapnya itu bkn infection.sy tkt nk bkk mulut.bkk pn kecik2 je.tkt jahitan terbkk..doa kn sy cepat sembuh..

Sahalfikri berkata...

Nor Hayati: InsyaAllah moga segera sembuh. Kes isteri saya jadi lain. Kesian dia, lepas dah bedah dia hilang deria rasa pada separuh daripada lidah dan gusi sebelah kiri. Doktor kata akan pulih cuma tak tahu berapa lama.. Nanti saya rajin akan kongsikan ceritanya di blog.

Tanpa Nama berkata...

Saya sebenarnya berdebar n takut sgt sbb smlm pegi cek gusi bengkak ni.. Doktor suh refer hospital katanya kena surgery buang geraham bungsu yg tumbuh menyenget... Hadoi!!! �� Takutnya la... Tu la 2 ari ni dok mikir psl ni je... Ckp kat doktor nanti saya balik pikir dlu cmne... Bila jumpa article ni rsa cm ada keyakinan sikit.. Call jgk insurance tanya private hos ada x wat ni...

Unknown berkata...

Sy br buat tuk cbt gg bongsu tp X lps jgk sbb doc ckp akar kuat, 2jam Sy dlm bilik surgery..last2 doc Jahit balik..skrg Da 6hr tp bile X mkn ubt sakit die Ya Allah X tau nk ckp camne..sape Ada pengalaman mcm sy

pija luv ones berkata...

Betul ke tak sakit.Saya cabut gigi bongsu walaupun pakai bius,sakit sgt.lps tu drh banyak kuar.lps 5hr still sakit.tgk m infection.jumpe dr semula ckp tu perkara biasa.dkt lebih seminggi,jumpa..kena jahit.Sakitnya kena jahit walaupun pakai bius.fobia nak jumpe dr gigi.huhu

Unknown berkata...

Saya baru buang gigi ninhahah fah masuk 4 hari , alhamdulillah hari peetama terus tido ,hari kedua dah boleh cakap n nanynyi cam biasa hahahah , tapi makan bunur jela untuk hari pertama,hari kedua makan ayam je, tapi slow² kunyah, sama suga hari berikutnya nasi je x makan dah 😄😄😄 berat x turun2 gak adoii.. sekarang ni x selesa sebab benang je hahH

Unknown berkata...

Saya baru je bt operation graham bongsu 4 batang sekaligus.. Hari ni pipi bengkak sangat2 dan agak sakit. Ubat tahan sakit mmg makin hari2 dan kena selqu bkumur dgn ubat kumur yg doc bg. Dan telan panadol 2biji..mmg ambik masa untuk hilang bengkak pipi ni..tekak sdikit sakit sbb masa operation akn dmasukkan tiub. Kena jaga betul2 mulut selepas operaton utk elak jangkitan kuman..mkan bnda lembut2 yg tak perlu mengunyah sperti bbur. Dan kos sy byr hospital krjaan tmasuk admit ward shari rm56..mmg murah.. Alhamdulillah dah buang gigi bongsu. Smoga luka cpt sembuh

uyui berkata...

untglaa cbut gov..sy xsgup tunggu apointment sbb dh sakit sgt pening byk sgt procedure musim pkpp ni..last g private mmg ngisla byr bil hahaa..but after that lega xskit dah

Fazilah berkata...

Alhamdulillah..hari ni hari ke 3 sy operated 2 batang gerahan bongsu...buat di hospital kerajaan..total rm153....sgt murah dan dapat layanan istimewa..tahniah hospital melaka..

Tanpa Nama berkata...

Hi saya baca pengalaman yg buang gigi sampai 4 tu, boleh sy tahu berapa hari ambik masa untuk sembuh? Sbb sy lagi 2 minggu nk operate buang 3 gigi. Tp sy baru dpt kerja. Rasa dilema nak ambik cuti berapa hari. Sbb kerja sy ni customer service. Susah kalau mcm ni. Boleh sesiapa reply tak berapa lama hari cuti kena ambik untuk sembuh dari bengkak?

Tanpa Nama berkata...

Klinik gigi kerajaan bayar rm1 jer utk cabut gigi, sy dah

Unknown berkata...

SY baru bt pembedahan buang Gigi bongsu nie knpe SY da 1minggu lebih tpi Masih denyut2 kwsn buang Gigi tu nk cabut otok rase Nye 😭😭😭

Unknown berkata...

Saya baru hari ke 4 lepas surgery gigi bongsu bawah kiri, alhamdulillah semuanya lancar,
sblm surgery tu Dr bgi makan ubat dulu (ubat tahan sakit + antibiotic) , pastu baru la dr panggil utk masuk bilik bedah, time bius tu ade 2 suntikan, tak sakit sbb jarum halus je, suntikan kedua tu terasa sikit lah tapi still boleh tahan, dr n assistant siap usap² bahu saya siap cakap tahan sikit ye relax kan badan siap pasang zikir lagi sepanjang surgery tu, saya buat dekat klinik swasta je sbb dh x tahan menanggu gusi bengkak berminggu minggu.

Tipu lah tak nervous haha, siap tanya lagi pengalaman member yang penah kene surgery haha. Alhamdulillahi ala kullihal, masa surgery dr belah gusi guna pisau tajam ke ape semua tu tak rasa sakit, relax je ye zikir bnyk². Saya punya kes gigi betul² dlm tulang, dia keluar sikit je, cuma time dr nk cabut keluarkan tu terasa sikit lah mcm tekanan kuat sbb gigi saya besar dan degil haha.

Dr siap cakap, relax je ye bernafas mcm biasa, kalau tak relax nnti gigi tak keluar. Bila dr ckp cm tu saya ni cuba relax, mmg dh mamai dah ckp pun merapu dah haha time bedah boleh plak saya tnya dr, dr belah ke gigi saya? (tpi ckp gaya cm org mabuk dah hahaha) dr diam je dia suruh relax, sbb saya jenis gelabah ayam neves hahahah sejam gak dok nganga.

Jika ada rasa sakit time surgery, korang boleh minta Dr tambahkan ubat bius ke ape tah namanya utk kurangkan sakit. Kalau sakit ckp je jgn malu nnti Dr tambah bius ke ape tah tu haha lupa.

Maka setelah sejam dapatlah Dr dan team mengeluarkan gigi bongsu saya seketul besar gedabak tu. Lepas tu dr jahit lah, saya kene 3 jahitan, tak sakit time jahit tu sbb bius masih ada. Settle je jahit Dr letak kapas kt situ so kite gigit. Dr bgi instructions lah lepas tu utk penjagaan, jgn makan apa jgn bt apa ha gitu.

TIPS : BALIK JE DARI SURGERY TERUS TELAN UBAT TAHAN SAKIT, JANGAN TUNGGU DAH SAKIT BARU NAK MAKAN.

Selepas surgery hari pertama, malam tu mmg kita akan kurang selesa, susah nak menelan (normal) effect dari ubat bius Dr kata. Tidur malam tu Dr pesan tuamkan ais dekat area pipi yg bengkak tu, hari pertama dan kedua lepas surgery normal rasa kurang selasa, jgn risau ye, itu proses utk sembuh hehe. Hari ke 3 dan 4 rasa sakit nk telan dh hilang, dah boleh nganga sikit mulut tapi 1 jari je lah haha Dr kata kene praktis nganga luas yg boleh nk bgi otot tu bila dh sembuh nnti dia tak ketat (bukaan mulut jadi terhad). Skrg tgh praktis nganga hari² sambil urut pelahan otot tepi muka ni (otot masseter x silap).

Alhamdulillah sekarang tunggu nk buka benang hari ke 8 nnti. Neves lagi sekali sbb mmg jenis saya gelabah ayam hahah. Dalam tunggu cabut benang tu jaga lah kebersihan mulut, berus gigi, makan ubat, guna ubat kumur yg dr bagi tu. Saya x boleh nganga luas saya guna shringe baby utk lalukan ubat tu ke tmpt jahitan (bt slow² ye).

Lapar oi plus bosan makan bubur, sup, yogurt hahah. Baru terasa nikmat makan tu Allah tarik kejap, buat saya rasa bersyukur n sedar betapa nikmat dpt makan tu besar sangat. Btw saya lost 5kg ye hahaha yay kurus sbb mkn terhad kan hahaha.

Panjang lagi ni klau nak share. Tapi rasanya cukup kot yg basic ni saya share.

Kepada yang akan surgery : KUATKAN SEMANGAT ANDA!! JANGAN TAKOT,FIKIR POSITIF YANG AKU NAK CEPAT² SEMBUH!!!

RABBI YASSIR WALATUASSIR SYAFKALLAH. AMEEN.

Unknown berkata...

Hi, just nk share saja, awak boleh try, masa tidur tinggikan bantal, dan makan ubat tahan sakit yg dibekalkan, relax je ye, ini semua salah satu proses menuju kesembuhan. Keep strong ye awak. Saya faham rasa tu.

Saya doakan, semoga awak cepat sembuh. Doakan saya juga ye hehe.

Unknown berkata...

Hi, just nak share.

Ya, saya pun sama ada sakit tekak dan rasa sukar nk menelan, ini normal Dr kata, sbb kesian dari suntikan bius tu. Nanti dia akan hilang sendiri.

GET WELL SOON AWAK, KEEP STRONG AND DONT GIVE UP TAU💪💪💪💪

Unknown berkata...

*kesan.

Amirah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Amirah berkata...

Saya pun baru seminggu lepas buang gigi bongsu ni. Gigi nya tumbuh baring dan hampir nak rosak sebab susah untuk bersihkan bahagian situ. 1jam lebih untuk buang tu. Amik kat swasta harga rm 500 lebih, dan sebijik lagi gigi atas so rm610. Disebabkan nak pasang braces dekat situ. Tu kena buang gigi yang rosak dan takde fungsi dah, memang kerap bengkak berkali kali sampai tergigit bahagian pipi dalam tu. Penyelesaian buang lah kan. Cuma bahagian dekat dengan jahitan tu ada lubang, agak susah gak ah nak bersihkan lepas makan. Asyik nak mencungkil je, pun kena hati2 tercucuk dalam mau nya sakit. Jahitan masih belum tanggalkan lagi, esok baru bukak. Bengkak dah kurang sikit, rasa dah tak sakit cuma masih tak boleh nak bukak mulut besar masa makan. Harap yang lubang tu cepat rapat dan bengkak cepat surut. Amiin

suria hakim berkata...

saya harini dah hari ke9.. hari ke8 buka jahitan.. saya punya bengkak lama sebab tulang banyak potong sebab masa nak keluarkan geraham tu😭😭😭jadi lubang dia besar and still bleeding kat tempat cabutan... bisa 😭😭😭😭... doktor kata normal..

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular