18 Julai 2005

Tengok dah 'Kiamat Sudah Dekat' ?

Aku hairan la mengapa ada orang sanggup baling kerusi, beri rasuah, pukul belasah, cari pengundi hantu, guna orang dalam dsb semata-mata untuk dapatkan posisi sebagai Ketua, Pengerusi, Presiden dan segala macam pangkat dan jawatan tinggi.

Bagi aku, suatu sengsara dalam diri andai kuasa yang diinginkan. Tapi acapkali juga kedengaran orang yang menolak jawatan tetap diberikan jawatan. Hairan jugak...

Pernah lecturer aku pesan kat aku, kalau nak katakan nak, kalau taknak katakan taknak. Kita perlu tetap pendirian dan tegas..takde rasa kesian ke apa ke.. sebab akhirnya nanti kesian plak kat kau. Kan indah kalau seperti dalam bait lagu ni :

kalau padi katakan padi.. tidak aku tertampi-tampi
kalau jadi katakan jadi.. tidak aku ternanti-nanti


Kalau kata tak jadi, camana? mestilah kan orang tu dah tak ternanti-nanti. Mestilah dia cari pengganti - nak kena bagitau SM Salim kasi masukkan bait ni plak.

kalau tak jadi katakan tak jadi.. bolehlah aku cari pengganti

Opss sori kengkawan, aku terpaksa meluahkan rasa ni supaya tenang sket. Hari-hari aku kini berlalu dengan rasa kecewa. Hari demi hari membuatkan aku terpenjara. Kekadang kalau terjumpa orang itu, aku melarikan diri.. ataupun orang ini, juga melarikan diri..

Eh, korang tak paham??? takpelah kalau tak..kalau paham tu memang ngertilah.Masing-masing punya sebab tersendiri untuk membuat atau tidak membuat sesuatu. Begitu juga aku.. tapi mereka tak faham.

Biar kita luaskan pandangan dan fikiran..berikan peluang kepada yang layak. Berikan tumpuan pada khalayak. Hanya pabila disempitkan, membuatkan kita rasa seseorang itu yang terbaik.Samalah seperti mencintai seseorang sebelum mengenalinya.Segala-galanya indah..seronok..baik. Maaf dikata, sampaikan kentut pun bau wangi. Kenalilah lebih ramai kawan kerana dari situ kenal hatibudi. Kemudian barulah dipilih siapa teman hidup kita..

Begitulah sepatutnya dalam pemilihan jawatan di apapun bidang tak kira tempat mahupun bangsa.. pendek kata kuasa bukanlah segala-galanya - ada sesuatu di sebaliknya yang lebih berharga ! Fikirkanlah..

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular