16 Mei 2020

Rayulah Bantuan Prihatin Nasional 2020

Kepada sesiapa yang masih belum buat rayuan BANTUAN PRIHATIN NASIONAL (BPN), sila hadir ke mana-mana cawangan LHDN. Mereka akan dengar penjelasan kita dan bantu proses rayuan.

Kalau masih belum semak status permohonan, boleh SEMAK DI SINI.

Kita juga dapat tahu syarikat yang berdaftar di SSM yang manakah ada dalam rekod mereka. Aku bimbang syarikat-syarikat lama aku masih ada dalam rekod. Itu yang tak lepas.

Malaslah nak cakap berapa banyak syarikat aku dah buat sebelum ini disebabkan kena tipu "scammer" politik. Lepas raya kita boleh sembang sambil minum kopi. Aku tak sanggup ceritakan dalam blog ini.

Suasana LHDN Wangsa Maju

Mujurlah selepas semak dapat tahu hanya satu sahaja syarikat yang aktif dalam rekod. Aku pun buatlah surat akuan untuk menyatakan perniagaan tak dapat beroperasi akibat #covid19. Mereka ajarkan cara untuk menulis jika tidak tahu. Yang penting kenalah bertanya.

Aku sempat juga bertanya sama ada permohonan GERAK KHAS PRIHATIN (GPK) untuk syarikat masih layak dimohon? Pegawai LHDN jawab itu permohonan lain. Ini memang untuk membantu sara hidup keluarga manakala GPK untuk membantu perniagaan. Jadi, bolehlah mohon juga untuk GPK.

Alhamdulillah setel sudah semuanya. Moga rayuan ini diluluskan.

Bagi yang belum, bawa sahaja dokumen syarikat, bukti belajar, atau apa-apa dokumen sokongan hujah kamu.Borang diberikan di sini dan isikan butiran yang perlu. Mereka akan bantu. Jangan merungut beratur. Usahalah dengan tabah dan sabar.

Ingat ya rayuan berakhir pada 31 Mei 2020. Selamat merayu.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular