07 Disember 2005

Adikku Sayang..

Selama sebulan kita meraikan sambutan Aidilfitri. Inilah rutin Melayu apabila menyambut Syawal. Kata orang, dah sebulan berpuasa, kita pun kenalah raya sebulan. Syawal tu pun 30 hari kann. Begitulah gamaknya kita orang Melayu.

Apabila mengenangkan hari raya yang lepas, teringat satu kisah yang cukup mencuit hati kami sekeluarga. Pada suatu hari, adik bongsuku tak mahu turut serta bersama kami ke rumah nenek saudara. Bukan sebab tak nak beraya, tapi sudah bosan pergi ke rumah nenek selalu. Lagipun, kami ke sana bukannya untuk beraya, cuma datang mengemaskan tadika yang ibu kelolakan di belakang rumah nenek.

Adikku tu pun duduk seorang diri di rumah. Pada firasat aku, pasti dia tidur dan bangun lambat. Biarlah mungkin dia letih sebab sudah berhari-hari kami datang berkemas di tadika itu. Dia bersendirian di rumah tanpa sesiapa sebagai teman. Mungkin umurnya yang sudah 13 tahun itu memberanikan dirinya menjadi seorang yang tidak lagi 'duduk bawah ketiak ibu'.

Kami di tadika tetap meneruskan kerja-kerja yang perlu diselesaikan tanpa memikirkan apakah yang akan berlaku di rumah. Lagipun, kami tiada talian tetap di rumah untuk dihubungi. Risau juga ibu dibuatnya takut2 adikku yang 'manja' ni kelaparan. Nasib baik aku dah belikan 4 keping roti krim yang disukainya tu.

Kami tiba di rumah dalam pukul 6 petang. Wah, terkejut kami melihat adik yang bukan main cantik baju yang dipakainya. Tertanya-tanya juga kenapa berpakaian serba indah tu. Dia kata ada orang datang rumah. Kawan lamanya sewaktu sekolah rendah. Mereka datang dari jauh hanya menaiki bas awam semata-mata untuk datang beraya di rumah. Pada waktu tiada sesiapa dapat melayan mereka melainkan adik kecilku itu.

Kedatangan mereka yang mengejutkan itu pun tak disangka-sangka adikku. Mereka tersalah rumah pada awalnya dan bercadang untuk pulang sahaja. Tapi, kebetulan adikku sedang membuang sampah di tong terletak di luar rumah. "Eh, Atiqah ke tu?" begitulah sapaan kawan2 perempuannya yang merah padam muka menahan malu kerana tersalah rumah. Nasib baik terjumpa adikku tu.

Satu soalan yang hampir semua ahli keluarga tanya dan dijawab dengan selamba oleh adikku. Jawapannya membuatkan kami ketawa kerana memikirkan betapa adikku masih dalam proses kematangannya. Nak tahu apa soalan dan jawapannya?

Hmm, tunggu ye sebab terpaksa pergi ke kelas sekarang ni. Tak sempat pula nak sambung cerita. Nanti saya sambung ye..Tapi sebelum tu, saya buka kepada kawan2 untuk teka apakah sambungan cerita itu dengan klik pada ruangan komen.

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular