Hmm.. bulan posa ni memang macam-macam ragam. Sebagai seorang pelajar yang belum punya income yang baik, otak mesti geliga. Macamana agaknya untuk kurangkan bajet makan minum bulan Ramadhan. Ya, hanya dengan RM4 sahaja dibelanjakan sehari. Percaya? Hmm memang boleh percaya pun.
Orang KL ni cukup pemurah. Sudah menjadi budaya kebanyakan masjid dan surau berlumba-lumba bagi sumbangan iftar kepada jemaah masjid. Sayang sekali ianya bukan budaya di seluruh Malaysia (kalau tak, bolehlah kawan-kawan MMU aku kat Melaka tu save budget gak). Lauk-pauk pun cukup meriah.. macam lauk-pauk majlis kahwin pun ada. Sampaikan muak pula makan ayam. Tapi, rezeki ni pemberian Tuhan, jangan dok merungut kann.
Memang dah jadi kebiasaan setiap kali Ramadhan, aku sering bertukar-tukar masjid dan surau untuk iftar dan tarawih. Masjid KLCC, masjid syakirin, masjid di kawasan gombak (pun dah ada 3), masjid wilayah persekutuan (jln duta), dan beberapa surau.. Agaknya disebabkan semangat Melayu aku yang masih kuat yang membuatkan aku menggagahkan diri menunggang motosikal (yang tak basuh2 dah lama tu) meredah kedinginan malam bersama embun membasahi seat moto (yang perlu dilap sebelum naik) tatkala pulang dari masjid.
Yelah, aku teringin sangat mendengar sayup2 bacaan Allahumma solli 'ala muhammad... sollu alaihhh. al khalifatul awwal amirul mukminina sayyidina abu bakr as-siddiq... radiyallu 'anhu
Orang Melayu ni memang pentingkan syiar Islam itu. Itu pasal ada baju Melayu, songkok etc yang melambangkan Islamnya Melayu. Dari syiar inilah yang menggalakkan umat Melayu itu dekat kepada ajaran Islam (syariat). Memang ada yang mengatakannya bidaah. Namun, andaikata kebanyakan adat ini tidak dilakukan (bahkan sudah terbukti), ramai anak melayu tidak tertarik untuk mendekati ajaran Islam. Entahlah, aku suka cara begini yang nampak halus dan aku tidak merasakan ini adalah ibadah khususiah cuma ia adalah methodologi dakwah seperti nasyid yang bukannya ibadah khusus tapi tarikan untuk orang mendekati Islam. Aku suka pendekatan ala Wali Songo.
Hmm, ada kelas plak..rasa macam nak taip lagi tapi takpelah nanti ada masa aku taip la apa yang patut.
Salam Ramadhan al Mubarak dan Selamat Berbuka Puasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan