Tak ramai mengenali Taman Alam berbanding Kg. Kuantan tempat kelip-kelip. Yelah, bila disebut kelip-kelip je, semua akan teringat pada iklan TNB. Taman Alam tu dekat sahaja dengan tenpat kelip-kelip tu.
Taman Alam lah tempat hutan paya bakau yang menyimpan pelbagai flora dan fauna. Banyak burung akan hinggap di pesisir paya untuk mencari makanan pada awal tahun begini.
Burung-burung itu samada tempatan dan burung luar yang berhijrah. Ada yang datangnya dari Rusia dan sebagainya. Taman Alam ada menyediakan ratusan sarang burung untuk tempat tinggal mereka.
Helang merah pun ada. Kalau ada helang, maknanya ada ular. Memang cantik tempatnya. Ia menunjukkan kehebatan akar kayu bakau yang berserabut mampu memecah ombak yang datang. Tsunami hari itu turut terasa di kawasan berhampiran melainkan di taman alam. Patutlah Pak Lah mula bercakap tentang hutan bakau.
Kami dibawa turun memijak sendiri paya bakau tu. Habislah kasut-kasut kotor dan ada juga yang hampir terjatuh. Seluar kami memang kotor dah pun. Macam-macam aksi lucu dan menakutkan berlaku.
Pada sebelah malam, kami teruskan lawatan ke kawasan keli-kelip itu. Malangnya, tiada satu gambar pun boleh ditangkap. Ini kuasa Tuhan sebenarnya. Kalau kami tangkap guna flash pun, hanya nampak pokok sahaja. Kalau tangkap guna video pun tak nampak semeriah kita melihatnya dengan mata sendiri.
Sampan yang didayung penduduk tempatan memuatkan 4 orang sahaja. Setiap orang perlu membayar upah RM 10. Life jacket disediakan untuk tujuan keselamatan. Bunyi unggas dan burung diselangi desiran air sungai yang didayung menenangkan jiwa kita yang kebiasaannya hidup dalam keadaan cukup bising.
Kelip-kelip dan kunang-kunang menurut pakcik yang mendayung itu berbeza. Kelip-kelip ini bentuknya macam semut kecil sahaja. Cahay keluar dari bawah perutnya. Kelip-kelip selalunya ada di atas daun tempat mereka mencari makanan. Hanya boleh dijumpai di pokok-pokok yang menghadap ke sungai. Kalau yang menghadap ke kampung memang tiada. Jantan akan berkelip setiap 3 saat manakala yang betina berkelip setiap sesaat. Kelip-kelip jantan memang bercahaya lebih terang berbanding betina. Namun, kesahihan maklumat ini tiada siapa dapat buktikan kerana sehingga kini tiada kajian dibuat mengenai kelip-kelip di sini.
Iklan TNB itu rupa-rupanya pembohongan semata-mata. Kelip-kelip yang kelihatan dalam iklan itu hanyalah dengan penggunaan teknologi elektronik. Rupa-rupanya kita ditipu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan