Hari ini selesai saja kelas Public International Law, aku terus berlegar di ruang legar depan Moot Court. Macam-macam booth yang dibuka. Yang menarik perhatian kebanyakan mahasiswa sini ialah booth yang dibuka oleh persatuan-persatuan yang bertemakan 'Perjuangan Hak Asasi Manusia'.
Sehari sebelum tu, ada la dibuka booth oleh firma-firma guaman tapi tak seramai ini yang datang. Mungkin juga semalam takde kelas di Moot Court agaknya. Hmm aku tak heran sangat lah sebab aku pun sama jugak. Maklumlah kita ni kalau ada isu yang panas sket barulah dok ambil tahu. Lagipun tak ramai pun yang berminat nak jadi lawyer walaupun belajar undang-undang. Patutlah..
Antara booth yang aku lawati ialah Amnesty International Malaysia, SUARAM, dan SUHAKAM.
Di Amnesty, aku turunkan signature juga bagi menyokong kempen Women Against Violence. Di situ pun, aku signed untuk penentangan atas situasi perempuan dirogol tentera Sudan. Disebabkan mengejar masa, aku pun tak sempat nak baca apapun yang ditampalkan di dinding.
Di SUARAM pula, aku dilayan oleh seorang volunteer yang merupakan student law. Macam-macam pamplet aku ambil untuk dibaca nanti. Sambil itu, aku bertanya tentang apa yang dia dapat dalam SUARAM. Memang menarik tetapi yang lebih aku suka pada perempuan tu ialah tentang pendirian dia. "Saya masuk bukannya ikut sangat diorang ni, saya tapis jugak dan pilih mana yang sependapat je". Pendirian yang tegas camni yang aku suka.. kita boleh campur semua tapi kitalah penyaring setiap maklumat.
Berbanding SUHAKAM, tak ramai pula yang datang. Bak kata perempuan tadi, SUHAKAM ini government punya..banyak duit..dan boleh bagi macam2. Erm, takkan sebab SUHAKAM ini kerajaan yang punya, tak payah nak singgah? Maknanya inilah bukti student law UIA pro-pembangkang.. hehehehehe, cetek sungguh pemikiran sesiapa yang buat kesimpulan sebegini. Betapa ruginya kan kita kalau pilih bulu untuk berkawan sedangkan ruang dakwah terbuka luas di mana2.
PERSOALAN : Aku heran sangat2 sebab semuanya dok cakap pasal hak asasi manusia. Kalaulah UIA pun membenarkan segala yang diperjuangkan mereka ini, maknanya UIA pun tak cukup faham. Hmm, sekali lagi bukti betapa ceteknya akal orang yang berfikir begini. Bukankah UIA tu Taman Ilmu dan Budi? Maknanya ilmu tu berlambak.. biarlah pertubuhan hak asasi ni pun masuk supaya mahasiswa terbuka mata dan tercabar pemikiran. Buku kat library pun bukannya semua betul untuk diikut. Hah, jangan mudah menuding jari.. maksud aku ada di kalangan penulis yang punya pemikiran yang bertentangan dengan Islam. Salah ke baca? Takkk.. cuma kita kena pandai tapis pemikiran kita.
Disebabkan aku tak puas hati dengan apa yang aku baca (pamplet) dan apa yang diberitahu kawan aku (pasal Amnesty menyokong hak gay dan lesbian), aku pun cuba cari maklumat berkaitan. Buat masa ini, aku ingat nak cari lagi bahan yang lebih baik supaya jelas. So, nantikan jelah..
Cuma sedikit lontaran pemikiran yang ingin aku kongsi ialah kita sudah jauh daripada memahami ajaran Islam sebenar. Kita banyak terpengaruh dan tertipu dek model Barat yang lebih popular. Cuba tanya diri kita siapa yang dok bising cakap pasal Hak Asasi Manusia? Bukan kita.. tapi mereka, orang Barat.
Siapa juga yang dok bising nak perjuang hak perempuan? Barat jugak.. Ini bukti bahawa anutan mereka belum cukup stabil hingga perlu memperjuangkan itu dan ini. Kan terbukti ketandusan dalam sesuatu hal.
Berbanding Islam, kita punya semuanya. Cuma masalah adalah umatnya. Jangan tuding jari pada Islam disebabkan kesilapan dan keburukan orang Islam. Silapnya juga apabila umat Islam membandingkan Islam dan Barat lalu merasakan ajaran Islam tak sempurna. Maka, mereka pun cuba nak nampakkan Islam juga punya kaitan dalam hal ini, mereka pun 'menyokong' Barat. Peliklah.. lalu timbullah macam2 pulak pemikiran Islam.. Islam Liberal ada.. Islam yang perempuan nak jadi Imam pun ada.. Islam Progresif.. (Islam Hadari tak termasuk dalam persoalan ini - ni perlu topik lain)
Aku cukup sedih dan tensen lagi risau apabila timbul golongan-golongan sebegini yang merosakkan Islam itu sendiri terutamanya kepada muslim di kalangan rakyat biasa yang kadangkala tidak upaya untuk menimba ilmu lebih mendalam mengenai sesuatu hal. Yang rugi siapa? Islam jugak.. yang untung siapa? Kristian la.. tengok aje Amnesty dan SUARAM itu, mereka bukan dikepalai oleh orang Islam.. jadi, pasti model perjuangan hak asasi itu bertentangan dengan agama.
HAKAM pulak khabarnya dimiliki orang Melayu.. tapi agak malang apabila ia tergolong dalam golongan Muslim Liberal. Betul ke? Hmm yang penting mana yang baik, kita sokong.. dan mana yang tidak, kita tentang..
Bagi mereka yang menganggotai mana2 pertubuhan pun, tapislah setiap yang tak 'selari' dengan ajaran Islam. Tak salah join apapun, seperti yang aku cakap awal2 tadi. So, ambillah peluang dalam organisasi tu untuk membawa pemikiran 'kita'.
1 ulasan:
Hello. And Bye.
Catat Ulasan