Aku menonton tayangan filem percuma di MTC (Pusat pelancongan malaysia) bertajuk Faraway Sunset dalam bahasa Jepun. Ia mengisahkan pengorbanan seorang ibu demi kejayaan anaknya ditambah lagi penyesalan diri atas kecuaiannya yang menyebabkan anaknya itu cacat tangan kirinya. Sewaktu berusia 18 bulan, dia terjatuh dalam api tempat memasak meyebabkan semua jari kirinya melekat antara satu sama lain. Sejak kecil dia sering diejek kawan-kawan sehinggalah suatu hari dia toreh tangannya sendiri dengan pisau untuk memisahkan jari-jarinya.
Namun, ibunya cukup bersemangat dan memberi sokongan kepada anaknya untuk belajar bersungguh-sungguh sekalipun dirinya terpaksa bersusah-payah mencari duit menyekolahkannya. Kejayaannya dalam akademik terserlah sehinggalah dia akhirnya menjadi ahli bakteria yang terkenal. Disebabkan kesibukan dan janjinya untuk tidak pulang selagi belum berjaya, 15 tahun selepas berhijrah ke Amerika barulah sempat dia menjenguk ibunya. Itu jugalah kali terakhir dia menemui ibunya yang sudah cukup tua.
Semangat belajarnya masih tidak mati mengikut ibunya. Dia masih membuat kajian tentang penyakit demam kuning untuk dicarikan ubatnya. Namun, dalam pencariannya di Ghana, akhirnya dia mati di situ pada 1928 tanpa dapat menyelesaikan hasil kajiannya.
Banyak moral cerita yang dapat diambil daripada cerita ini. Airmata aku pun turut mengalir sepertimana yang lain. Cubalah cari filem ini. Namanya dalam bahasa jepun 'Tooki Rakujitsu' yang diterbitkan pada 1992.
Bulan 3 ni pun MTC ada buat tayangan percuma begini. Masih lagi cerita Jepun. 5 dan 19 Mac 2005 yang bertajuk Pale Hand dan Takeshi Childhood Days. Cerita kedua ini diilhamkan berdasarkan komik Fujio F. Fujiko. Takkan tak kenal kot? Inilah penerbit komik doraemon. Kedua-dua cerita ini juga mengisahkan kehidupan kanak-kanak. Apa lagi datanglah.. jangan tak datang!
# Ada satu kisah lagi pada hari ini..
Selepas selesai menonton filem itu, aku terus ke bilik air mengemas diri sesudah solat di surau. Kelihatan satu lagi kisah percintaan dua orang wanita. Budak lagi tu..rasanya masih sekolah menengah agaknya. Mereka duduk berdua-duaan di sebuah kerusi kayu panjang. Suasana cukup tegang sesama mereka. Aku yang baru sahaja keluar mengemas diri tercengang melihat tingkahlaku salah seorang daripada mereka. Mungkin aku namakan dia Ayu kerana perwatakannya masih keperempuanan.
Ayu berteriak sambil menangis dan memarahi Roy (seorang lagi perempuan ala lelaki) sepanjang perbualan. Yang membuatkan aku tercengang ialah dia kerap menampar dan memukul Roy. Laju sahaja tangan Ayu menampar kiri dan kanan pipi Roy. Hairannya Roy langsung tak menepis mahupun menghalang. Mungkin tidak cukup agaknya, Ayu menghentak pula belakang badan Roy. Roy memang sekuat lelaki kerana langsung tak menunjukkan reaksi sakit. Kalaulah Roy itu lelaki, orang kata bacullah dia sebab dipukul perempuan. Tangisannya memang jelas kedengaran manakala Roy memandang ke arah lain.
Tubuh badan Ayu jika dibandingkan dengan Roy yang bertopi itu agak besar. Roy yang kurus itu sekadar mampu menahan pukulan dan kemarahan Ayu. Aku sengaja berjalan di hadapan mereka. Begitu juga tiga lagi penunggang motosikal yang meletakkan motosikal masing-masing berhampiran tempat mereka bergaduh. Aku buat-buat menelefon di pondok telefon manakala tiga orang lain itu pun sengaja duduk berbual atas motosikal. Aku yakin kami semua sengaja ingin melihat kesudahan kisah mereka.
Ayu dan Roy bergaduh seolah-olah hanya mereka berdua berada di MTC. Mereka langsung tak menghiraukan kehadiran aku dan tiga lelaki lain. Nak campur tangan tak reti.. so, tunggu jelah sampai kalau teruk sangat kot..
"Woi, keluar!" pengawal keselamatan menjerit dari posnya sambil menuding jari ke arah kami. Siapa yang disuruhnya keluar? Aku ke.. tiga orang lelaki ini ke.. atau bebudak dua orang tu?.. sebabnya kami semua berada di tempat yang sama. Tempat yang ditudingkan jari olehnya.
Pakcik itu terus keluar dari posnya untuk menuding dengan lebih jelas lagi. Memang mukanya cukup marah kerana dia langsung tak senyum atau memberi nasihat terlebih dahulu. Rupa-rupanya bukan kami yang dimarahinya tetapi Ayu dan Roy. Aku rasa semuanya yang di sini tak bersalah terutamanya kami lelaki ini.
Mungkin pakcik tu dah tak tahan dengan perangai si perempuan ini dengan pengkidnya. Itu yang salah agaknya. Memang salah pun..
Hai dunia..dunia.. apalah nak jadi dengan manusia hari ini? Kisah yang aku ceritakan ini bukan untuk memburukkan sesiapa tapi untuk menceritakan hal kehidupan dunia yang berlaku depan mata aku.
Bukan nak berpandangan buruk.. nilailah sendiri wahai kawan-kawan samada Ayu dan Roy ini dalam keadaan normal atau tidak.. sedih aku rasa apabila masalah ini berlaku sama macam di tempat belajar aku yang aku ceritakan tempohari. Kedua-dua kes ini berlaku depan mata yang melibatkan anak melayu.. Melayu tu maknanya dalam undang-undang ialah orang Islam juga.. hmmm...
21 Februari 2005
Filem Jepun dan realiti anak Melayu
19.02.05
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik
Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...
Popular
-
Mula-mula aku berasa sakit yang tak tertahan pada geraham bongsu yang dah lama di menyempit di hujung rahang kanan. Memang malam itu langsun...
-
Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...
-
Kepada semua pembaca blog sama ada kenalan baru dan lama, anda dijemput hadir ke Majlis Perkahwinan saya yang akan diadakan di Jitra, Kedah ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan