04 Mei 2005

KL MusicFest 2005

Cukup mengagumkan majlis pembukaan KL MusicFest 2005 kali ini. Ini jugalah kali pertama aku menjejakkan kaki ke Istana Budaya. Ketangkasan pemain alat muzik memukau para hadirin. Sorak-sorai dan tepukan gemuruh sering kedengaran setelah setiap pemuzik mengakhiri persemabahan masing-masing.

Farid Ali, raja gambus malaysia membawa kelainan dalam muziknya apabila diiringi oleh kumpulan muzik jazz.

Anak-anak muda memukul gendang cina beraksi dengan gaya ala kungfu turut dipersembahkan. Kumpulan Hands Percussion ini nampak berdisiplin apabila setiap mereka menampakkan keseragaman dalam memukul gendang yang bersilih ganti tempat dan teknik pukulan.

Tangan anak Melayu yang berbakat dalam kumpulan Sarasa cukup pantas memainkan angklung apabila memainkan lagu-lagu inggeris. Hadirin turut bertepuk tangan mengikut rentak lagu yang dimainkan.

Banyak lagi persembahan menarik yang bakal dipersembahkan sepanjang 3 - 7 Mei 2005 ini.. Marilah sama-sama kita merebut peluang keemasan ini..

Untuk keterangan lanjut, sila klik di sini

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular