header-photo

Pengapit


Bulan ini kata kawan aku bulan mengawan.
Sengaja digunakan ibarat itu.
Apa tidaknya, setiap minggu teman-teman seperjuangan menjadi raja sehari.
Meninggalkan zaman bujang mereka.


Minggu lepas aku diminta jadi pengapit.
Atas rasa kasihan pada kawan yang sedang kelam kabut menghadapi saat getir sendirian, aku menerima pelawaannya agar dia sedikit tenang.


Kata orang, jadi pengapit, lambatlah kahwin.
"Oh, bagus juga begitu," hatiku berbisik.


Bukan aku menentang kahwin muda
Cuma aku tahu batas kemampuan aku
Aku punya pendirian tersendiri

Untuk belayar dengan kemahiran dan upaya diri
Walau kutahu kemahiran dan upaya diri mampu ketemui dalam pelayaran


Setidak-tidaknya kemahiran dan upaya diri yang asasi sudah kumiliki
Sebelum membawa bahtera menuju jalan abadi


Bukan maksudku menundukkan sunnah
Bukan niatku melambatkan zuriat
Bukan hasratku meninggalkan tabii

To seize the moment



Aku dijamu dengan jamuan makan tengahari sempena 'pemergian'ku jauh meninggalkan kerjaya aku ini. Selepas makan-makan, Kak Azah masuk ke bilik memberi hadiah. Tak sangka pula mereka kumpul duit belikan hadiah.


Macam-macam hadiah yang aku dapat. Dan yang paling aku suka dalam banyak-banyak hadiah ialah terjemahan quran Abdullah Yusuf Ali. Yang pastinya akan menjadi pendamping kala aku di perantauan. Terima kasih AM dan Kano.


Sekarang bermulalah kehidupan baruku sebagai seorang sukarelawan. Satu kerjaya yang bukan menjadi impian ramai. Satu kerjaya yang hanya memberi kepuasan kepada pencintanya. Satu kerjaya yang aku cukup sukakan.


“Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara, masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan masa hidup sebelum mati." (Hadis Riwayat Ahmad)


"Dan tidakAku utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk membawa rahmat ke seluruh alam" (Surah Al-Anbiyak:107)


Atas semangat inilah aku berdiri teguh, tekad membuat keputusan, meninggalkan kehidupan yang selesa, mencari damai abadi (sajak Pak Lah).

Teman dan sahabat


Kenangan indah bersama teman dan sahabat
Masih terukir dan tersemat rapi di jiwa
Dan akan terus kekal bagai ikatan yang takkan putus

Semalam aku, AM, Kano, Adrin, Laza dan Meor meluangkan masa bersama
Untuk mengukir satu lagi kenangan indah di Malaysia

Gembira..
Tapi mungkin akan lebih gembira kalau ada Sue, Kimi, Abg Man dan Abg Haris..

Sue tiba-tiba diarah bekerja hingga malam hari
Aku cakap, "Itulah padanya kerja kerajaan..hehe."

Kimi sibuk dengan isteri dan anaknya
Aku cakap, "Ko datanglah sini."
Dia jawab, "Punkoq."

Abg Man pun sama jauh macam Kimi
Kami telefon dia dan pasang pembesar suara (loudspeaker)
Dia kata, "Abg sedihlah.."
Kami faham betapa sentimentalnya dia

Abg Haris tiba-tiba batalkan hasrat untuk datang
Dia kata, "Abg tak dapat datanglah. Ada hal."
Aku faham benar 'hal' dia tu

Sejak kakiku menjejak alam kepeguaman
Mereka inilah teman dan sahabatku
Di kala susah dan senang
Yang menerimaku seadanya
Ya, seadanya..

Hari ini hari terakhir aku bergelar peguam (buat sementara waktu)
Untuk aku pergi berkhalwat
Membuat sesuatu untuk diriku, keluargaku, agamaku dan umat manusia..

Lagi gambar kat fotopages

Anak buatan Malaysia

Aku baca komen mamida dalam entry
Mamida ni 'anak' dia kena buatan Malaysia
Kasihan dia sebab selalu kena bawa ke 'farmasi'
Caj 'perubatan' menambahkan beban kewangan Mamida

Mamida tinggal jauh di utara
Bila nak balik kampung di selatan
Banyak uang perlu dibelanjakan
Kerana 'anak'nya selalu sahaja 'sakit'
'Anak'nya memang pantang berjalan jauh

Jadi dia sangat marah dengan Malaysia
Sebab Malaysialah, 'anak'nya jadi begitu
Bukan 'anak' dia sahaja yang kena buatan Malaysia
Ramai lagi 'anak' orang lain yang terkena

Aku rasa Mamida tak patut marah pada Malaysia
Aku tahu memang ramai lagi yang marah pada Malaysia

Malaysia bukan jahat
Malaysia bukan nak merosakkan 'anak' sesiapa pun
Malaysia masih belajar ilmu 'kedoktoran'
Malaysia bukan belajar ilmu 'sihir'
Malaysia ingin melihat 'anak-anak' yang sihat
Bukannya macam cerita SUSUK

Maafkanlah Malaysia
Kalau kadangkala 'ubat' yang diberikan tak tahan lama
Maklumlah Malaysia hanya mampu beri 'ubat' murah
Kalau nak yang mahal, jumpalah dengan 'orang' asing

Maafkanlah Malaysia
Kalau kadangkala bekas 'jahitan' pada 'anak' terbuka semula

Maklumlah Malaysia belum pandai 'menjahit luka'
Kalau nak yang elok, carilah professional

Kasihan Malaysia
Sering dipandang hina
Tapi tak mengapa
Malaysia tahu kemampuan dia
Yang hanya orang di dalam Malaysia sahaja yang tahu
Bahawa kejayaan Malaysia telah 'dirompak'

Sehinggakan Malaysia tidak menjadi kebanggaan rakyatnya sendiri

Tak percaya?
Cuba klik
sini

Senyuman itu


Memanglah senyuman manis bisa memikat..
Cukupkah sekadar senyuman sebagai ukuran?

Maka, mata terus menatap perilaku dia..
Gaya pemakaiannya elok dan sopan pada pandangan mata..
Cukupkah sekadar pandangan lahiriah sebagai ukuran?

Agama..
Itu petunjuk terbaik dalam memilihnya..
Namun bagaimana mengukur agama pada dia?
Pada pakaiannya?
Pada tutur katanya?
Pada ibadahnya?
Pada apa?

Katakanlah dia..
Baik tutur kata..
Elok pakaian..
Ibadah lengkap..

Tapi tidak memakai stokin..
Atau tidak bertudung..
Atau kuku diwarnakan..
Atau hidung bertindik..
Atau lain-lain yang menjelekkan pada pandangan agama.

Bagaimana?
Mereka berkata, "Ahh, tak usah yang macam itu."
Kami berkata, "Kan lebih baik dia dididik."
Kamu berkata...?

Bersenam untuk lebih sihat

Semalam aku naik lif. Macam biasa lif dipenuhi ramai penggunanya.
Lif berhenti di tingkat 7. Seorang wanita bertudung litup, sopan melangkah masuk.
Wanita itu menekan butang tingkat 8.
Apa???

Kelmarin aku naik lif. Kali ini aku nak turun. Aku tekan butang tingkat bawah.
Lif berhenti di tingkat 8. Seorang gadis masuk.
Gadis itu menekan butang tingkat 7.
Apa???

Dan seperti selalu, aku biasa mendengar rungutan perempuan tentang saiz tubuh badan mereka. Adik-adik aku pun sama.
Asyik-asyik bercakap soal diet. Tapi diet yang tidak menepati maksud klinikal.

Selera makan dikekang. Ada yang memuntahkan makanan yang ditelan.Dan sebagainya..

Maka, aku hairan orang sebegini merungut tapi dalam masa yang sama tidak berusaha secara sihat untuk mengekalkan kerampingan tubuh badan. Kalau setakat 1 ke 2 tingkat, bukankah lebih elok gunakan TANGGA. Setidak-tidaknya itulah kesempatan untuk BERSENAM.

Kalau naik mungkin malas sedikit sebab memerlukan tenaga yang lebih daripada menurun. Jadi, gunakanlah tangga untuk menurun ke 1 atau 2 tingkat. Selain itu, ia juga tidak menyusahkan orang lain yang ingin segera turun ke 10-15 tingkat ke bawah.

Aku tak dapat berfikiran positif pada perilaku sebegini. Ada tak sebab-sebab lain yang mungkin dapat merasionalkan fikiran aku? Ada tak?

Lama tak citer..


Maafla kekawan..
Tak sempat nak apdet..
Tak lama lagi aku akan kerap sikit kot..
Aku akan 'bebas' sekejap..
Takde cerita menarik..
Melainkan senyuman seseorang yang menambat hati aku..
Hmm.. tambatan yang belum kuat..
Tunggulah..
Sedang menanti hari terakhir bulan ini..
Yang akan mem'bebas'kan aku..
Dari belenggu rasa dan jiwa..

Pengumuman Derma Kilat

Assalamualaikum kawan2 sume..

Aku selaku kawan rapat nadmin n isteri nak minta tolong kekawan semua.

Rumah nadmin n isteri telah dipecah masuk oleh pencuri sekitar jam 4.15 pagi tadi (25/10/07). Barang-barang yang berjaya dicuri ialah dompet nadmin n isteri, beg tangan isteri nadmin dan laptop isterinya yang sangat penting untuk kegunaannya dalam bidang Master. Kena plak exam dia pun nak dekat.

Jadi diorang ni takde lessen, ic, juga beberapa transaksi kewangan juga tak dapat dibuat untuk tempoh terdekat. Oleh yang demikian, aku dengan ini nak mintak sumbangan kekawan untuk meringankan beban dia dan isteri. Segala sumbangan sila masukkan ke dalam akaun ni :

Nama : Muhammad Suhail bin Ahmad
Bank : Maybank
No Akaun : 154017030227



Lepas korang dah bank in, tolong sms aku masa, tarikh dan amaun untuk aku pastikan duit tu masuk dan disampaikan.

Kalau boleh kita bank in sebelum hari Sabtu ni ye sebab aku nak jumpa dia hari Sabtu nanti.

Sekian, terima kasih.

Haluan kiri atau kanan


[gambar sekeluarga tanpa adikku yang baru kahwin - dia beraya di rumah keluarga mertua]





[saudara mara yang hadir pada hari raya kedua]




[mamida, pak haq dan bala tentera]



[mak uda sekeluarga]


[nak tunjuk gambar BBQ - tp nampak aurat pulak - tak jadi ]

Hari raya kali ini sangat hambar bagiku. Aku tak rasa seronok apabila menjelang aidilfitri. Tak seperti sebelum ini, aku terasa sangat gembira menemui Syawal. Aku juga tak seperti dulu, rasa sayu dan sedih meninggalkan ramadhan. Aku rasa biasa, tiada yang istimewa. Pelik.

Kelainan hanya pada bilangan ahli keluarga yang bertambah kerana aku mempunyai adik ipar. Mungkin juga pada malam raya keempat merupakan kali pertama mengadakan BBQ untuk meraikan aidilfitri sesama ahli keluarga. Itu saja.

Setelah aku membaca entry dalam satu blog dan blog satu lagi ini, betapa terasa ada kebobrokan dalam diri.

Kesimpulan aku mudah. Aku makin jauh rasanya. Aku sudah lari dari haluan yang sepatutnya. Mungkin keputusan aku nanti akan menenangkan jiwaku kembali. Itu harapan aku.

Salam Lebaran

Assalamualaikum semua.. di kesempatan ini terimalah kad ucapan daripada aku sempena Hari Raya yang bakal menjelang. Esok aku akan pulang berhari raya di kampungku Melaka. Kepada semua yang balik kampung, selamat balik kampung dan berhati-hati di jalan raya. Semoga selamat tiba dan kembali semula. Kalau ada sesiapa nak bagi duit raya, jangan lah segan-segan ye.. sms je, nanti no akaun bank aku sms bagitau.. hehehe.

Selamat Menyambut Ramadhan


Klik pada gambar untuk paparan lebih besar

Grand Reunion SCOLOBU @ cherating : Keriangan


Selepas menikmati hidangan petang, sata dari Kemaman, kami terus bersiap untuk solat maghrib beramai-ramai. Tahlil ringkas dibuat untuk rakan-rakan SCOLOBU yang telah menemui Ilahi.

Setelah jamak taqdim dibuat, SCOLOBU Gala Nite pun bermula. Sambil makan malam, kami dihiburkan dengan persembahan multimedia mengenang kisah zaman persekolahan. SCOLOBU juga ada buat pencalonan untuk pelbagai anugerah yang pertama kali aku saksikan. Malam tu pakaian tema : merah / kuning dan coklat.

Aku tak tahu nak ceritakan bagaimana seronoknya tetapi kawan-kawan penganjur ni memang kreatif. Pasal 'masuk lubang tahi' la.. pasal tudung lilin la.. pasal wannabe BSB etc.. semuanya membuatkan pecah perut kami ketawa.

Yang paling menarik ialah apabila melihat perubahan pada diri kawan-kawan semua. Pemenang anugerah itu jatuh kepada Gaban. Memang perubahan BESAR berlaku pada diri dia. Memang BESAR.

Kitorang main games kat pantai pagi esoknya pula. Nak kongsikan gamba paling menarik iaitu gamba belon sedang pecah di tangan Soffiyyah yang beriya-iya ingin menyambutnya dengan selamat. Hehe.


Aku tak boleh nak cerita panjang lah.

Korang klik sini kalau nak tengok gambar-gambar Gala Nite tu dan games yang kami main keesokan paginya.

Grand Reunion SCOLOBU @ cherating : Ketibaan



Setelah lebih kurang 4 jam perjalanan, kami tiba di Sanctuary Resort. Lama sungguh aku tak bercuti. Seronok rasanya jauh daripada hiruk pikuk kota. Angin pantai yang menderu sangat menyamankan. Kesunyian terisi dengan gelak ketawa teman. Keriangan tersulam dengan keceriaan.


Setibanya di situ, senyuman manis Teena menyambut ketibaan. Kami dibekalkan dengan sehelai baju dan official booklet. Khusyuk betul teman-teman meneliti booklet yang cukup kreatif dan cantik.


Beberapa ahli jawatankuasa bertugas kelihatan berlari ke sana sini untuk memberikan yang terbaik kepada kami. Aku percaya mereka sangat komited dan letih dalam melayani semua orang.


Persiapan mereka bermula 4 bulan lalu. Pelbagai rintangan dalam mengendalikan Grand Reunion kali ini. Dalam ramai-ramai teman yang sudah lama tak berhubung, mereka tetap berjaya mengumpulkan 120 data batch SCOLOBU. Yang hadir 80 sahaja.


Ada di kalangan kami yang tidak punya rasa kepunyaan ('sense of belonging') dengan SCOLOBU. Mereka siap mempersoalkan kenapa perlu buat reunion lagi. Pelbagai soalan yang disasarkan menunjukkan seolah-olah ada kebencian terhadap pertemuan indah ini. Kalau yang emergency dan jaug di seberang tu takpe, kita faham.


Aku kagum dengan kalian para ahli jawatankuasa kerana cukup sabar menghadapi kerenah mereka. Aku cuba berfikir positif. Mungkin kebencian tu timbul kerana penerimaan teman-teman lain yang hambar terhadap mereka. Atau kerana faktor ekonomi yang meruncing. Atau sebab-sebab lain yang merasionalkan kebenciannya.


Tapi hairan. Mengapa Ipin yang telah membelanjakan sejumlah wang untuk reunion kawan universiti sanggup menggadaikan reunion itu demi Grand Reunion SCOLOBU? Juga hairan mengapa Am (Izham) sanggup mengharung 11 jam perjalanan dari Kedah ke Cherating seorang diri semata-mata untuk SCOLOBU? Juga menghairankan mengapa Shah, Gmin dan Asmah (anak kecil mereka) tetap hadir dalam keadaan penat berpindah ke rumah baru dan hanya tiba pada malam hari pertama?


Setiap yang berlaku pasti ada faktor pendorong atau faktor pemusnah. Seringkali kita melakukan kebaikan apabila terdengar hadis-hadis fadilat. Pernah bukan kita dengar ganjaran berpuasa untuk sekian hari adalah seperti itu dan ini. Maka, ia mendorong kita berbuat baik.


Begitu juga dengan faktor pemusnah untuk berbuat baik seperti takut dipandang riak. Perumpamaan mudah, solat di masjid kebiasaannya menjadikan kita lebih rajin daripada solat di rumah. Kita akan solat sunat sebelum dan selepas. Faktor pendorongnya ialah suasana dalam masjid. Tapi ada juga faktor pemusnahnya iaitu merasakan diri akan menjadi riak apabila dipandang orang melakukan ibadat sunat tadi.


Pendek kata, kita kenalah berusaha mengenepikan faktor-faktor pemusnah agar kehidupan kita sentiasa terdorong berbuat baik. Melainkan faktor pemusnah datang sewaktu kita ingin lakukan kejahatan. Bukan susah memusnahkan kebaikan dan bukan mudah memusnahkan kejahatan.

Grand Reunion SCOLOBU @ cherating : Berkumpul



Hati aku melonjak gembira menanti tanggal 31.8.2007. Bukan kerana kemerdekaan ke-50, tetapi kerana Grand Reunion SCOLOBU @ cherating yang aku nanti-nantikan. Iya, mungkin juga aku merdeka pada saat ini kerana meninggalkan semua rasa tegang dan sakit kepala memikirkan kerja-kerja di pejabat.


Teman pertama yang aku jumpa di Terminal Putra Gombak, tempat perkumpulan kami, ialah Mkal dan Fetty. Pasangan ini menyambut aku dengan wajah ceria mereka. Kami terus menuju ke lobi perhentian mencari teman-teman lain.


Kemudian aku disapa Nazirah. Beberapa langkah kemudian, aku perasan Totae (ntah camana nak eja), Suhairi, Aje, Ipin, dan seterusnya makin ramai yang muncul (maaf kalau tak sebut nama).


Yang hairannya, PIC tiada di situ. Rupa-rupanya mereka berkumpul di tapak parkir kereta. Lebih ramai teman-teman lama dipertemukan. Lukman, teman yang baru aku kenali (sebab tak sempat jumpa) pun berada di situ.


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ


Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. [Al-Hujurat(49):10]


Dengan reunion beginilah, kawan lama yang tidak bersapa, kisah duka dahulu, dan sebagainya dijernihkan. Walaupun ayat di atas mengisahkan perbalahan antara saudara sesama Islam, ini tak bermakna kita pernah berbalah. Aku cuma nak gambarkan betapa perdamaian itu indah seperti indahnya pertemuan kita baru-baru ini.

Bawa bertenang

Tentang duit lagi. Kerana duit, seorang insan tua yang berhutang dengan bank, ketika disiasat di Pejabat Tanah, mengamuk mengutuk dan menghina sistem perbankan islam yang diamalkan, yang mana dia pada asalnya bersetuju untuk mengambil skim tersebut.

"Ingat apa, bangsat sangat ke saya sampai tak boleh bayar.."
"Nama je sistem islam tapi mencekik rakyat.. ini bukan keadilan namanya.."
"..peguam pun sama, ambil untung tanpa memikirkan nasib rakyat.."

Eh, aku pun kena? Pelik pakcik tua ni, seorang bekas Pegawai Daerah, yang dahulunya selalu memberikan perintah lelong kepada tanah-tanah milik orang, dan kini adalah seorang pelelong. Hairan juga, tak kesian ke pada 'rakyat' kerana melelong tanah orang? Pelik..

Ini kes kawan aku, pasal duit lagi. Dia terpaksa ikat perut untuk bayar ansuran bulanan kereta. Maka, dia sayang sangat keretanya. Satu hari, keretanya tercalar kerana bergesel dengan pakcik tua bawa motor yang menghimpitnya di lorong sempit. Pintunya terkena tempat letak kaki pembonceng. Dia terus hilang mood dan rasa kecewa sangat. Sebab apa? Sebab duit telah kita habiskan untuk sesuatu yang berharga. Aku hairan lagi..

Kali ini, kehairanan aku terjawab. Satu hari aku tengok penutup nat angin motor aku (warna krum) hilang kedua-duanya. Aku sedikit tegang tapi cuba ditenangkan oleh rasa bahawa 'dah takdir'. Selepas beberapa hari, aku kehilangan pula bekas tempat kunci pemula enjin motor. Kali ini sukar juga untuk aku tenangkan diri. Sebabnya aku rasa semua itu berkaitan duit. Kalau ingin dibaiki, perlukan lagi duit. Hmm..

Ohh.. aku kembali tenang. Teringat kata-kata ustaz di UiTM:

"..mengapa agaknya gaji kita walaupun besar, masih tidak cukup.."
"..saya berpendapat ini kerana duit kita dapat tu tak berkat.."
"..sejauh mana kita melakukan kerja dengan ikhlas hingga setiap duit yang diberikan majikan adalah sebagai upah untuk kerja yang diamanahkan.."

Jadi, adillah kalau tiba-tiba kita hilang barang, kita ditimpa musibah etc.. adalah sebagai balasan atas ketidakamanahan kita. Seolah-olah kita beri balik rezeki tu (duit) kepada pemberinya untuk masa yang disia-siakan sewaktu kerja etc..

Tenang..

Mencari jalan keluar

Aku baru saja dengar kisah duka kawan aku. Seorang senior di sekolah tapi sebaya dalam bidang kepeguaman. Dia bertemu muka (face to face) dengan bos untuk minta gaji dinaikkan.

Malang tidak berbau. Bukan saja permintaan ditolak mentah-mentah. Dia diperlekehkan pula. Bos ungkit tentang prestasi dia dan sebagainya. Sesuai dengan 'kesamsengan'nya waktu sekolah dulu, setiap patah kata bos memang dapat dipatahkannya.

Kini hajatnya satu. Keluar. Resign. Berhenti. Cari tempat lain.

Aku pernah terlihat kajian yang dibuat oleh Jobstreet (nak tau laman web dia tanya AM), gaji purata seorang peguam muda ialah RM2200. Jika rendah daripada itu, mungkin agak luarbiasa. Entah, terpulang kepada korang menilainya.

Satu perbandingan yang agak kurang bijak kalau dikatakan begini "..alah saya dulu pun mula-mula jadi peguam, gaji RM1800..". Sebab apa aku cakap kurang bijak, sebabnya tahun 1980-an tidak sama dengan zaman millenium hari ini.

".. you are still in the process of learning. You deserve that figure.."
".. no Miss. I believe in the power of money..."

Ini antara perbualan kawan aku dengan bosnya. Aku setuju juga dengan kata dia. Cuba ingat balik pada tahun 80-an (waktu aku sekolah rendah), aku boleh menikmati air sirap dan nasi lemak dengan harga RM0.50 di kantin sekolah. Adik aku waktu sekolah rendah pada tahun 90-an dah bawa seringgit ke sekolah untuk belanja makan. Sama macam makanan yang aku makan. Hari ini?

Fikir-fikir dan renungkanlah kisah kehidupan hari ini. Di bandaraya Kuala Lumpur. Belanja tinggi, pendapatan rendah. Maka, terlalu ramai warga kota kini bekerja separuh masa untuk tampung perbelanjaan harian. Akibatnya.. berapa banyak masa yang tinggal untuk keluarga? Untuk mendidik anak-anak? Untuk ziarah-menziarahi? Untuk beristirehat dengan tenang?

p/s : Tahniah kepada Hawa & Dzaidin atas pernikahan yang berlangsung pada 18.8.2007. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan dikekalkan bersama hingga ke syurga. Amin..

Nua & Ika

Inilah gambar NUA & IKA yang aku ceritakan dalam entry sebelum ini. Secara tak sengaja, aku telah berlagak seolah-olah aku adalah jurufoto khas perkahwinan dia. Apapun, di sinilah tempat aku nak asah skill aku.

Pernah aku terdengar mengapa kemaksiatan sering dilakukan sesetengah remaja. Satu pendapat orang ramai. Hantaran tinggi. Tak mampu tapi nafsu tak terbendung. Puasa perlukan kekuatan. Maka, tersungkurlah mereka.

Kekadang tu orang semacam menjual anak sedangkan yang wajib hanyalah mas kahwin sedangkan hantaran tidak. Biarlah berpada-pada. Kalau nak minta lebih sangat, itu yang menyusahkan pula lelaki nak teruskan hajat baiknya.

Aku sekadar lontar pandangan orang. Terpulang kalian untuk setuju atau tak. Bagi aku, mas kahwin memang murah. Tetapi tidaklah sekadar itu yang perlu aku bayar untuk mendapatkan mutiara hati aku. Cuma yang lebih-lebih itu hanyalah hadiah kepada si dia. Terpulanglah asalkan jangan memberatkan si bakal pengantin lelaki.

Aku suka tengok cara Nabi Syuaib apabila ingin menikahkan anaknya, tidak dia memberati si lelaki sedangkan dia ingin kalau boleh dipenuhi syaratnya.


قَالَ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُنكِحَكَ إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ عَلَى أَن تَأْجُرَنِي ثَمَانِيَ حِجَجٍ فَإِنْ أَتْمَمْتَ عَشْرًا فَمِنْ عِندِكَ وَمَا أُرِيدُ أَنْ أَشُقَّ عَلَيْكَ سَتَجِدُنِي إِن شَاء اللَّهُ مِنَ الصَّالِحِينَ

Berkatalah dia (Syuaib): "Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, atas dasar bahwa kamu bekerja denganku delapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun maka itu adalah (suatu kebaikan) dari kamu, maka aku tidak hendak memberati kamu. Dan kamu insya Allah akan mendapatiku termasuk orang-orang yang baik" [Al-Qasas(28):27]

Gerbang perkahwinan makin terbuka luas


Makin ramai kawan yang kahwin.. memang sudah tiba masa yang sesuai bagi mereka. Baru-baru ini kawan baik aku Nua dan Ika telah melangsungkan perkahwinan. Kawan-kawan lain tiada yang bawa pasangan selain tunang atau isteri. Atas ni gambar kawan-kawan SMAPL bersama isteri/suami mereka yang turut hadir waktu perkahwinan Nua & Ika.

The Reception

Lama sudah aku nak tunjukkan gambar reception wedding adik aku. Beginilah ibu dan ayah pada jam 11.30 tengahari untuk menunggu para tetamu hadir. Aku terkejut apabila RTK menyediakan blackboard kecil siap bertulis bagi memaklumkan majlis perkahwinan adik aku.




Tetamu disambut ibu dan ayah kemudian terus melalui jambatan untuk ke dewan santapan. Kelihatan datuk saudara aku sedang menuju dewan santapan.


Dari jauh paluan kompang meriah kedengaran. Sepasang pengantin dengan sepersalinan kuning diarak menuju pentas pelamin. Masing-masing menumpukan perhatian kepada adik aku dan adik ipar aku.


Inilah keluarga nukleus kami. Asal 7 bertambah 1. Aku berdiri dengan rambut tak terurus dek kerana menjadi jurufoto. Adik lelaki di sebelah aku sibuk jadi pengapit yang setia. Abangku di sebelahnya cool macam biasa. Adik bongsu perempuan aku pula memang suka tersenyum. Ayah dan ibu gembira mendapat menantu.



p/s: aku tension dengan fotopages tak dapat upload gambar..

070707


Selamat Pengantin Baru adikku, Ummi Imarah bte Ahmad dan suaminya, Azmir Haizad bin Ahmad Hassan. Bertuah sungguh badan dapat jadi ratu sehari pada tarikh istimewa.

"Kau bila pulak, suhail?" itulah soalan berulangkali ditanya saudara mara dan sahabat handai.

Disebabkan aku tertarik dengan tarikh keramat sebegini, aku pun bercaturan mencari tarikh terbaik untuk aku.

08.08.08,09.09.09,10.10.10,20.10.2010,11.11.11,dan 12.12.12...

Akhirnya aku menemui tarikh keramat seterusnya yang jatuh pada hari ahad iaitu 10.10.10. Hanya itulah saja tarikh terakhir yang jatuh pada hari minggu. Dan setelah itu, siapa yang bertanya lagi, akan aku jawab 10.10.10 adalah tarikh pertabalan aku.


Tengok, aku dah lari tajuk. Aku nak bercerita tentang majlis adik aku di Melaka. Sungguh meriah. Ramai jemputan hadir. Restoran Tomyam Klasik cukup ummph. Cayalah Haji Rosli (pemilik restoran)..


[Iklan sikit]

DJ yang disediakan RTK hebat. Pelamin pun gempak.. besar betul macam buat kat dewan, siap datuk nenek pakcik makcik cucu dan ramai kerabat muat untuk bergambar sekali snap. Terima kasih Dzul..

Makanan sedap, ramai memuji. Nasi goreng cina dan nasi putih, satu kelainan. Cendol tajaan Nek Kiah sangat menjilat jari. Para pelayan RTK mesra dan rajin lagi gembira (macam famili diorang yang kahwin.. bagus tu).

View yang sangat mengagumkan tetamu. Menikmati jamuan sambil dibuai angin sepoi-sepoi bahasa. Tasik di bawahnya membuatkan ramai bersantai di tepian jambatan yang terukir rapi menampakkan keseniannya.

Paling memeranjatkan kami ahli keluarga dan para tetamu ialah Haji Rosli siap tawarkan hadiah utama RM550 dan makan percuma sebulan di RTK kepada tetamu yang dapat menjawab soalan yang diajukan DJ. Sebelum daripada itu, banyak baucer bernilai RM20 diberikan RTK kepada tetamu yang berjaya jawab soalan-soalan DJ.

[Iklan tamat]

Majlis berakhir jam 5.30 petang. Satu budaya dalam keluarga havoc aku sebelah ibu di Melaka, lumur kek di muka orang lain, aku dan keluarga nukleus aku tak setuju dengan budaya ini, tapi pakcik-pakcik aku tak peduli pun. Habis tali kamera aku pun jadi mangsa. Ibu aku punya tudung pun sama. Bakal isteri abang aku pun terkena. Nasib baik mereka adalah saudara, kalau tidak.. mungkin terkeluarlah tu carutan orang Melaka (mujur keluarga aku mixed dengan Kedah, tiada carutan..hehe).


p/s: Nak tengok gambar lagi, klik pada fotopages aku. Akan datang kisah majlis perkahwinan di Batu Gajah

Impianku tercapai

Seperti yang diimpikan, sebelum pernikahan adik aku, Canon EOS 350D telah menjadi milik aku. Memang tak dapat aku ketepikan perasaan seronok memiliki DSLR ini.

Sahabat aku pun perasan betapa berbeza raut wajah dan tingkah laku aku apabila dapat menyambar DSLR. Sebabnya dia pun teringin. Cuma mungkin keinginan aku lebih membuak disebabkan adik nak kahwin.

Ini saja yang aku nak umumkan. Tunggu dan lihat hasil seni orang yang mula nak bertatih dalam dunia fotografi digital tak lama lagi..

p/s: minggu ni majlis perkahwinan sebelah lelaki pula (suami adik aku), jadi lepas tu dapatlah tengok gambar-gambarnya..

Hubungi Penulis

Jika anda ingin berhubung dengan penulis untuk berbincang atau bertukar pandangan mengenai kegiatan belia dan aktivisme; atau menjemput penulis berkongsi pengalaman di tempat anda, sila hantarkan emel anda ke :

muhdsuhail.ahmad@gmail.com (rasmi)

Sekiranya anda sekadar ingin berbual atau berkenalan lebih lanjut dengan penulis, sila emelkan ke:

otyc82@gmail.com (lain-lain)


Atau hubungi penulis di talian HOTLINE GPTD : 017.666.59.70

Biodata Penulis

Nama : Muhammad Suhail bin Ahmad
Nama Pena : Sahalfikri
Asal : Melaka

Pendidikan
SRJK Dato' Palembang, Melaka
Sek Men Kebangsaan Agama Sultan Muhammad, Melaka
Sek Men Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Universiti Teknologi Mara Malaysia

Kerjaya
Petugas dapur
Fasilitator
Peguambela dan peguamcara
Usahawan - Jurufoto/Rekacipta grafik
Petugas NGO sepenuh masa (Sekarang)

Kepemimpinan
Pengurus Minggu Taaruf Pusat Matrikulasi UIAM
Timbalan Presiden Kelab Intelektual Muda UIAM
Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Setiausaha Agung Persatuan Pelajar Islam Asia Tenggara(PEPIAT)

Kesukarelawanan
Misi Kemanusiaan ke Acheh, Indonesia
Misi Persahabatan ke Tak Bai, Thailand
Misi Kemanusiaan ke Pulau Krismas, Australia
Misi Kemanusiaan ke Vientiane, Laos
Kursus Dakwah Melalui Lawatan ke Masjid di Manama, Bahrain
Misi Pencarian Barangan Kraf Taman Tamadun Islam Terengganu di Amman, Jordan
Misi Pendidikan ke Pulau Kokos, Australia
Misi Kembara Dokumentasi ke Korea Selatan
Misi Penjelajahan Muslim ke Guangzhou, China
Misi Tinjauan Awal Kejadian Tanah Runtuh di Maninjau, Indonesia

Kedamaian syurga



Rumahku Syurgaku. Itulah perumpamaan menggambarkan ketenangan dan keseronokan berada di rumah. Setelah sekian lama terpenjara (ceh..) akhirnya aku bebas berterbangan. (Cukuplah bersastera..)

Aku pun malas nak tulis berkias-kias kali ini. Straight to the point la. Aku seronok ni sebab dapat balik Melaka. Pagi-pagi pergi sarapan warung kampung kesukaan kami. Roti canai terbang (macam senario tu), laksa johor dan nasi lemak dia fuhhh.

Yang paling seronok bila kitorang raikan harijadi abang (bulan lepas) dan adik (minggu lepas) secara mengejut. Seronok buat kejutan kan.

Memang abang dan adik aku masing-masing terkejut. Sebabnya kami konon-konon makan malam dekat depan rumah (restoran tomyam klasik terapung) dengan alasan aku nak belanja makan dan ibu tak masak.

Hakikatnya kitorang nak buat surprise. Cuba korang bayangkan betapa terkejutnya abang dan adik aku (FYI adik aku keje part time kat situ). Sedang kita makan-makan ni, tiba-tiba terpasang lagu Hepi Besday dengan kuat sekali. Lepas tu, pelayan datang dari jauh bersama dengan kek yang dipasangkan lilin ke meja hidangan kita.

Abang aku tanya, "Eh, kek siapa ni?" Terkejut beruk dibuatnya. Rupa-rupanya untuk dia. Kalau dibuat untuk ibu, mungkin ibu akan terharu. Tapi disebabkan kitorang meraikan abang, dia tak mungkin mengalirkan airmata berlian dia. Hehe. Tapi aku seronok tengok dia terkejut.

Minggu lepas pula, di tempat yang sama, sambil adik aku bekerja, aku panggil konon nak buat order baru. Tetiba kawan-kawan dia datang (atas arahan kitorang) bersama kek dan lagu Hepi Besday seperti waktu abang aku. Terkejut lagi adik aku. Hahaha.

Tapi...

Ibu kata lepas ni dah tak boleh buat macam tu di tempat yang sama. Kitorang akan memikirkan cara terkini untuk buat kejutan kepada ahli keluarga lain. Lepas ni hari jadi adik pompuan aku, pastu harijadi aku, pastu hari jadi ibu aku...

Korang ada cadangan/pengalaman yang mengejutkan lagi hebat dan menyayat hati sambil menusuk kalbu memanah sanubari untuk dikenang saat sendirian?

Jawatan Kosong

Salam sejahtera kawan-kawan. Aku ada Offer baik punya untuk pengamal undang-undang.

VACANCY
LEGAL ASSISTANT NEEDED
FRESH/1 YR EXPERIENCE

Kalau korang rasa nak bekerja bersama-sama dengan aku, AM, Meor, Azman dan En Dzaffran dannn the Big Boss En Bakar yang sempoi lagi kampung punya department, meh la hantar resume kat aku. Call je bila-bila masa. Diperlukan segera dan seboleh-bolehnya mula bulan 7. Cepat kawan-kawan oii bukan senang nak dapat tempat keje ala kampung camni. Ofis ini kitorang yang punya..hahaha. Opss, harap-harap En. Bakar tak baca blog aku. Kepada Kimi, peluang untuk kau masih terbuka.Hehe.Tahniah dapat anak perempuan. Kalau rasa-rasa nak datang sini lagi meh la. Yang ni special invitation ni sebelum diiklankan dalam website rasmi JK Peguam Kuala Lumpur. Tak usah fikir panjang... terus hantar emel ke suhail@hsk.com.my bersama resume korang. Challo..

Panggilan Panjang

Kimi dah marah aku tak update. Sibuk sangatla. Dah la sekarang ni duduk rumah kawan. Tak macam dulu dapat guna internet setiap hari. Takpelah, walaupun tak semewah hidup di kota dulu, aku kini menetap di kampung yang lebih nyaman dan aman. Biar terseksa fizikal (sebab jauh dari ofis.. setiap kali balik kerja rasa penat sangat) daripada terseksa batin.

Apapun, aku nak kongsikan kegembiraan aku diterima masuk dan didaftaraikan sebagai peguamcara dan peguambela Mahkamah Tinggi Malaya pada 18.5.2007. Tengoklah gambar-gambar di bawah ni...



Terima kasih diucapkan kepada semua kawan-kawan yang hadir menyerikan majlis meraikan aku yang sama-sama dihadiri oleh ibu ayah datuk nenek dan adik. Tahniah la kawan-kawan lain yang sama macam aku. Yang penting ibu ayah hepi.. Yahoooo!




Gambar ni terlupa letak..inilah hadiah yang aku dapat sempena panggilan panjang ("long call") aku hari tu. Terima kasih banyak2 kepada kawan2 yang menyumbangkan duit untuk beli hadiah yang mengancam ni (esp kepada tukang belinya - nama dirahsiakan agar tiada yg jeles..hehe)


Ibu yang kusayang

Lama sangat aku tak menulis. Maafkan aku sebab kesibukan kerja dan tumpuan lebih diperlukan untuk melepasi peperiksaan akhir yang tinggal hujung minggu ini saja. Namun, hari ini terpaksa aku curi sedikit masa untuk berkongsi rasa yang tak dapat aku tahan.

Kebetulan sekarang sedang bahang Hari Ibu. Bagi aku tak salah meraikan selagi tak melanggar syariat. Memang mengingati ibu seharusnya tiap hari. Semalam aku menangis setelah sekian lama tidak mengalirkan airmata.

Waktu itu aku sedang menggosok baju untuk ke pejabat sambil mendengar MHI di TV3 yang memasangkan lagu Anuar Zain - Selembut Bicara. Makin aku dengar, makin menitis airmata aku tanpa kusedari. Apatah lagi lagu itu diselangi video ibu-ibu dengan anak-anak mereka.

Aku terasa betapa kasih sayang ibu kepada aku sangat hebat sekali. Tiada siapa dapat menandingi ibu. Dan perasaan ini tiba-tiba hadir kerana sesuatu yang berlaku selepas Subuh.
***

Aku tersedar dek kerana deringan telefon aku. Liat diri ini nak bangun. Aku baring semula atas sofa di ruang tamu. Tak lama selepas itu, ****k aku turun untuk keluar entah ke mana. Sebaik saja dia ternampak aku tidur di sofa, dia marah-marah, bercakap sendirian, kuat suaranya seolah-olah sengaja ingin aku dengar.

Dia kemudiannya menjenguk ke luar. Nampak motosikal aku dengan setitis dua minyak hitam di lantai garaj. Apa lagi, dimarah-marahnya aku, dalam nada yang keras, membenci dan menghina aku, konon bercakap sendirian.

Dia tidak sedar aku sebenarnya terjaga, tapi sengaja menutupkan mata. Sekejap dia keluar, sekejap dia ke dapur, sekejap dia naik ke atas, sekejap dia turun. Dalam setiap langkahnya kala itu sememangnya melewati aku. Dan setiap saat itulah mulutnya membebel marah-marah seorang diri. Sesekali ditutupnya pintu kuat-kuat.
***

Aku tekad untuk tidak lagi menyusahkan orang di rumah ini. Rumah yang aku tumpang duduk. Ku sangka boleh untuk aku bertumpang kasih. Namun tiada cahaya kasih terpancar untukku. Biarlah apapun terjadi, aku lebih rela keluar dari sini kerana aku tidak mahu menyusahkan orang lain lagi.
***

"...minyak tumpah tak reti nak lap sendiri. Ingat apa? Orang lain nak kena lapkan. Apa punya manusia?..."

"...katil ada tak nak tidur. Tidur kat sofa. Menyusahkan orang. Macam ni punya manusia pun ada?..."

Ini kemuncak kata-kata yang terbit dari dirinya. Yang sebelum ini gerak gerinya sudah menunjukkan kehadiranku tidak disenanginya. Saat bertemu tidak pernah berbual. Aku tidak pernah ditegur secara baik. Aku tidak tahu undang-undang rumah itu. Kerana semua yang aku lakukan kukira disenangi sebab tiada yang menegur.
***

Pagi-pagi lagi aku telefon ibu memberitahu pasal aku nak keluar dari rumah ini. Nadaku sebak tapi kutahan agar tidak menangis. Namun, benarlah ibu itu kuat ikatan kasih sayangnya dengan aku. Ibu menangis selepas meletakkan telefon. Nenek saudaraku di Melaka pun sama.

"...Ibu sendiri tak pernah buat suhail macam itu.."

"...Takpelah suhail, kita memang dipandang hina oleh mereka. Keluar saja la pindah duduk dengan kawan-kawan.."
***

Patutlah Allah itu selalu mengatakan "...Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih..." Memang tiada siapa dapat mempunyai rasa memaafkan sehebat Allah. Tengoklah, apa jua kesalahan yang kita lakukan semuanya boleh diampunkan Allah. Itu tanda Allah sayang pada kita.

Manusia, bila kita buat salah, bukan mudah untuk diampunkan. Kita pun tak tahu yang kita salah sebab tak diberitahu. Allah ampun kita sebab dia sayang kita. Dia beritahu dengan jelas apa yang tak boleh dan boleh. Tapi kita tetap buat salah dan DIA tetap maafkan.

Manusia pun begitu seharusnya. Dalam ilmu tauhid, setiap sifat yang ada pada Allah itu hendaklah kita juga memilikinya dalam batasan kemanusiaan. Jadi, kalau tidak diampunkan kesalahan kita, maknanya kita tak disayanginya. Itu saja kesimpulan aku.
***

Keabadian Cinta

Selembut bicara
Sehalus sentuhanmu
Layangan pesonamu
Tak mungkin ku lupa jelingan pertama
Nan indah penuh makna
Akan ku sahut cintamu itu
Bersama kita menuju bahagia

( korus )
Takkan lagi ku sendiri
Kasih yang berlabuh kini
Terasa keabadian cinta kau beri
Mungkinkah daku bermimpi
Sebahagia begini
Ini bukan ilusi oh... kasih

Seindah irama
Gemersik suaramu
Mengalun sepiku yang merindu
Akan ku sahut cintamu itu
Bersama kita menuju bahagia

( bridge )
Tuhan merestui
Bahagia begini
Kasihmu nan suci

Hidup KITA bersama DIA


Ujian DIA tiada siapa layak menduga. Terkadang kita mengeluh. Adakala mencela. Ada yang berterusan mengata diri umpama menyindir DIA. Semuanya kerana terlupa ranjau perjalanan di dunia yang disangkakan mudah dilolos.

Pernah suatu ketika aku berkongsi kisah nikmat membuang air besar (harap kalian masih ingat). Tanpa kusangka, DIA menarik nikmat itu seketika dari diriku. 4 hari. Serentak itu, DIA menyebabkan aku terasa pedih dan sakit apabila membuang air kecil kerana tiada najis lagi yang ingin keluar. Juga kedua-dua buah pinggangku terasa senak. Hanya berbaring dapat meredakan bisa. Lagi jauh ku menapak dan lagi lama aku duduk, makin pedih rasanya.

Dua hari terakhir sebelum aku bercuti di pejabat, tiada siapa tahu sakit aku yang sebenarnya. Aku terpaksa hadir untuk siapkan kerja-kerja yang akan aku tinggalkan. Terima kasih kepada Abang Man dan AM yang sangat memahami. Beberapa teman sepejabat dapat merasakan perubahan pada diri aku yang berjalan sedikit janggal,sambil tangan asyik mencekak pinggang, lebih banyak membisu dan sukar menguntum senyuman. Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya aku waktu itu.

Apabila aku menunggang motosikal, sakit di pinggang semakin berdenyut terutamanya apabila motosikal terhentak melanggar lubang atau batu dan struktur jalan yang tidak kemas. Deraian airmata aku mengalir laju diselangi esak tangisku. Seperti biasa aku monolog. Kali ini aku menangis kerana tak tertahan sakit dan terfikirkan mati. Aku terbayang ibu, ayah, abang dan adik-adik aku. Esakanku bagaikan budak kecil yang sedang menangis. Aku rasakan seolah-olah inilah hari-hari terakhir aku.

Di Puduraya, sementara menanti bas aku tiba, fikiranku berat. Pandangan mataku berbayang dan berlapis. Tulisan tertera tidak dapat dibaca. Aku cuba duduk dan bersandar. Kali ini imbangan badan sedikit tersasar. Aku tunduk ke bawah. Rasa seperti ingin pitam. Sedaya upaya aku melawan. Aku tarik nafas dalam-dalam dan lepas. Ku ulang berkali-kali agar oksigen memenuhi kepalaku. Gerak langkahku sudah terhuyung hayang. Aku bimbang aku tak sempat bertemu ibu, ayah, abang dan adik-adik di Melaka. Aku teruskan langkah untuk menaiki bas. Mujur ada jeriji besi untuk aku berpaut sebagai penyokong untuk aku berdiri. Sebaik sahaja punggungku menyapa kerusi empuk bas ekspres KL-Melaka, aku terus 'mati' seketika.

"Bersabarlah dalam menghadapi penyakit. Sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa" (Hadis Qudsi)

Itulah yang tertulis di plastik ubat-ubatan yang diberi doktor. Aku dikira bertuah sepatutnya diberikan penyakit yang boleh mencuci dosa-dosa aku. Entah mengapa terfikir aku akan mati. Mungkin kerana ini adalah ujian terbesar setakat ini yang sangat menyeksa diri. Akal pendekku dengan mudah berfikir kalau mati, mungkin tak sakit lagi. Nampak mudah, tapi sebenarnya semakin rumit jadinya nanti. Biarlah kutanggung sakit ini agar dosaku terhapus.

______


Seorang sahabatku juga berfikir untuk mati bagi menyelesaikan masalahnya. Dirasakan ini jalan terbaik untuk menyelesaikan kekusutan jiwa. Sama seperti seorang lagi sahabatku yang pernah gagal dalam peperiksaan pada tahun akhir pengajian. Dirasakannya kalau mati lebih baik. Mungkin ini lumrah manusiawi yang akalnya pendek. Terutamanya apabila putus cinta, kesempitan wang, hidup sentiasa dirudung malang, cita-cita tak kesampaian dan sebagainya.

Mujur perasaan sahabatku itu terhenti saat aku melarangnya berfikir demikian. Dan kini dia berjaya bergelar sebagai seorang peguam di sebuah firma di KL. Apa akan jadi kalau dulu dia mati? Pasti keluarganya tak seceria ini. Juga pasti si isterinya kini akan bermuram durja. Itulah kita asyik memikirkan diri 'kita' sahaja sedangkan orang lain masih berkaitan dengan kita dalam hidup ini. Kematian bukan penyelesai terbaik.

Kali ini sahabatku sedang hadapi suatu saat getir dalam hidup. Dia merasakan seperti sahabatku yang dulu itu. Dia merasakan hidup ini tiada lagi tujuan. Bukan begitu, sahabat! Bangunlah.. aku tahu kau baca tulisan aku ini. Cuba kembangkan jiwa dan minda kau. Usah pencilkan ia dalam ruang kecil yang kau cipta sendiri. Bukakan mata kau.

Mati bukan titik noktah sebuah kehidupan tetapi pembuka lembaran kehidupan hakiki. Sebut saja apa jua masalah melanda semuanya berpunca daripada diri kita, silap kita. Bukan silap pada perbuatan, tetapi silap pada kepercayaan. Kita selalu meletakkan unsur kekitaan dalam setiap tindakan demi mencapai apa yang dihajati. Kita percaya, KITA boleh dapat apa yang KITA inginkan, selagi KITA berusaha sedaya upaya.

KITA percaya rasa cinta dan kasih itu harus datang dari dua insan yang berkasih untuk membuah satu percintaan sejati. Di situ kita hanya memikirkan KITA, iaitu dua insan itu semata-mata. Maka, KITA akan kerap bertemu, KITA akan berhubung mesra, KITA akan bersua manja, untuk memastikan KITA akan tetap bersama selamanya. Kita percaya KITA akan bersama.

Sama seperti KITA belajar bersungguh-sungguh, buat study group, ikuti kelas tambahan, buat latihan tubi.. yang akhirnya KITA akan berjaya. Kita percaya KITA akan berjaya.

Dalam kedua-dua contoh : percintaan dan pembelajaran, kita hanya memikirkan unsur KITA dalam mencapai apa yang kita hajati. Tiada unsur lain yang kita fikirkan perlu dalam menentukan kejayaan mendapatkannya.

Mana DIA? Kenapa hanya KITA yang wujud dalam setiap tindakan? Apakah DIA itu wujud hanya apabila KITA solat? Selesai solat, KITA sahaja yang tinggal sebab DIA kita buang ke tepi. Usah berdalih. Memang KITA ketepikan DIA.

Sudah bosan kita mendengar orang yang bercinta sakan berkata biar lautan api sanggup kurenangi demi cinta, namun hakikatnya dia bukan sahaja takkan boleh berenang, untuk mendekatinya pun sudah terasa bahang. Tengok sahaja pasangan artis yang diidolakan bercerai berai dalam tempoh singkat perkahwinan.Cinta bagai nak rak, didukungnya makwe ke hulu ke hilir tanda cinta. Akhirnya... Mengapa?

Juga tidak hairan kalau dilihat kepada orang yang tak begitu rajin belajar atau bersungguh-sungguh, mereka ada yang berjaya dengan cemerlang. Yang berusaha sungguh-sungguh konon sudah bersedia, apabila tiba waktu peperiksaan, ditimpa sakit, ingatannya kabur dan sebagainya, yang akhirnya menyebabkannya gagal dalam peperiksaan. Mengapa?

Kita selalu membelakangkan DIA sedang DIA tak kisah pun kalau KITA berbuat begitu kerana DIA tetap perancang utama. Apapun berlaku, DIA yang tentukan. Tapi kita seolah-olah melakukan sesuatu itu kononnya KITA yang boleh tentukan. Yelah, kalau betul bukan begitu, pasti KITA akan meletakkan DIA dalam setiap tindakan. Ini tidak, hanya KITA. Akhirnya bila tidak dapat apa yang diinginkan, mulalah fikir lebih baik mati.

Bayangkan pula, tidakkah malu untuk kita mati dalam keadaan asalnya tiada DIA dalam tindakan kita. KITA akan mati untuk bertemu DIA. Tiba-tiba terjaga DIA bertanya tentang DIA. Apakah kita rasa kita boleh jawab kalau kehidupan kita di dunia hanya berkisar tentang KITA?

Sudahlah kita lupakan DIA selama ini, kemudian seterusnya membenci DIA dengan merasakan hidup ini tidak lagi bermakna apabila kita menemui kegagalan tadi, adakah kita yakin bahawa nanti DIA tidak ada untuk bertanyakan tentang apa gunanya DIA kepada KITA?

Sudahlah! Bangun, sahabat! Bukakan mata! Bukakan jiwa! Tengok luas-luas dunia ini.. bukankah pada saat kau tersungkur ini, adalah terbaik bagi engkau kembali meletakkan DIA dalam hidup ini? Bukankah ini peluang yang DIA beri kepada kita untuk tidak merasakan hanya KITA yang wujud? Inilah tujuan hidup KITA.

Dan pastinya apabila DIA ada di samping KITA, percintaan yang dibina akan terolah mengikut kehendak DIA sambil diri setiap dua insan itu atau KITA akan terpaksi pada DIA, yang mana pasti mengikut lunasnya, dan yang pasti tidak mengecewakan sekalipun bukan insan yang pernah kita sayangi itu menjadi bakal suami/isteri kita.

Percayalah apapun yang berlaku, tiada yang lebih baik untuk kita melainkan apa yang sedang berlaku ke atas diri kita. Kita harus bersyukur atas apa yang berlaku. Kalau aku, harus bersyukur diberikan kesakitan kerana untuk menyuci dosa. Kalau engkau, harus bersyukur kerana 'dipisahkan'. Kerana hakikatnya, DIA mengetahui apa yang TELAH berlaku, SEDANG berlaku dan AKAN berlaku.

Tiada yang terbaik diberikan kepada hambaNYA melainkan kepada mereka yang rapat kepadaNYA... Kalau ada jodoh, memang kau akan ketemu dengan dia kembali.. semua itu DIA sahaja yang tahu.. dan DIA akan berikan yang terbaik kepada kau jika kau 'rapat' denganNYA.. percayalah!

Sia sia sahaja kau tangisi dan ratapi kesedihan si dia meninggalkan kau. Biarkan dia pergi dan teruskan hidup kau bersama DIA. Kau akan temui ketenangan apabila DIA memeluk diri kau. Itulah tujuan hidup kau.

Untuk SCOLOBU


Klik gambar untuk paparan lebih besar

Islamophobia menjadi-jadi


Aku terima satu emel yang melampirkan sekeping gambar yang membuatkan aku rasa kasihan kepada rakyat Amerika, terutamanya golongan muda. Adakah patut guru sebegitu jumud (narrow minded) layak mengajar anak-anak kecil yang masih jahil?

Dalam mereka memperjuangkan demokrasi yang melibatkan hak kebebasan individu, mereka sebenarnya telah tertipu dengan perjuangan demokrasi yang dinyatakan. Adakah dengan terhalangnya rakyat mereka mengetahui tentang Islam secara jelas dianggap demokrasi?

Aku sangat kagum dengan Iran yang cukup kental dan kukuh dengan pendiriannya untuk tidak mematuhi Resolusi PBB. Sebabnya demokrasi yang diperjuangkan Amerika itu sebenarnya tidak diamalkan. Apa sahaja yang menguntungkan mereka dianggap sesuatu yang mengikut amalan demokrasi. Apa ni?

Perasan tak betapa bongkaknya Britain apabila askar-askar mereka mencerobohi perairan Iran dengan menyatakan bahawa mereka tidak bersalah. Apa salahnya kalau menyatakan kemaafan. Itu sahaja yang Iran inginkan tetapi..?

Hari ini telah terbukti bahawa Islam bukan pengganas seperti yang diajar guru yang terkongkong dalam demokrasi. Iran telah melepaskan semua askar British walaupun tanpa ungkapan maaf daripada Si Bongkak itu. Bahkan mereka semua tidak dikasari dan dilayan dengan sungguh baik.

Berbeza dengan apa yang menimpa tentera Taliban yang ditahan di Guantanamo. Inikah demokrasi yang sebenarnya? Islam yang wujudkan konsep demokrasi sebenar tetapi mereka cuba mengasingkan konsep itu daripada Islam dengan meletakkan persamaan bahaw demokrasi = baik dan Islam = buruk.

Kasihan sungguh mereka. Semoga diberikan hidayah kepada mereka agar tidak terpesong lebih jauh. Aku sangat kasihan dengan kanak-kanak sebenarnya berbanding orang tua (guru) itu kerana mereka umpama kain putih, kita yang mencorakkan mereka. Malangnya mereka dicorak dalam acuan Islamophobia.

Islamophobia = a prejudice against or demonization of Muslims (source:wikipedia)

UlangtahunMu


Semalam aku menunggu jam 12 mlm untuk mengucapkan selamat harijadi kepada sahabatku melalui telefon bimbitku. Aku dan seorang sahabat lain menghadiahkan sekotak coklat untuknya.

Hari ini pula ada ulangtahun kelahiran yang agung. Macamana aku nak ucapkan selamat harijadi guna sms? Nak bagi coklat pada kekasih DIA? Bagaimana? Pastinya jika dihimbau peristiwa kelahirannya, ramai yang seronok walaupun saat itu ayahandanya sudah tiada. Dia membesar tanpa ibu dan ayah seperti aku.

Kalau aku sanggup korbankan sedikit wang dan masa untuk meraikan ulangtahun kelahiran sahabatku, mengapa tidak kepada seseorang yang sangat berjasa kepada aku dan seluruh umat Islam? Aku dimaklumkan ada sambutan dibuat di rumah DIA pada malam 12 Rabiul Awal. Pelbagai acara dibuat di situ bukan sahaja pada malamnya tetapi selama 2 hari.

Yang sungguh mengagumkan aku ialah seorang hafiz bernama Muhammad bin Ahmad Zahid, 12 tahun. Tamat menghafal 30 juzuk pada usia 10 tahun. Sama seperti Imam Shafie kita. Mendapat pendidikan awal di Institut al-Quran Kuala Lumpur, kemudiannya ke Maahad Darul Furqan, Bangsar di bawah bimbingan Ustaz Hassan Mahmud al-Hafiz dan mengakhiri penghafalannya bersama Syeikh Hussein dari Myanmar secara talaqqi (pembacaan secara berdepan seorang demi seorang dengan tuan guru).

Yang lebih menariknya dia pernah dijemput untuk memperdengarkan hafazannya di Vienna di hadapan 10,000 penonton bersama-sama qari dari Mesir, Turki dan Iran. Kalau korang perasan, dia inilah budak yang melaungkan azan Asar di TV9. Aku dulu rupa-rupanya pernah juga mendengar bacaannya di Majlis Hari Kashmir. Pasti ayahnya, seorang peguam, dan ibunya, seorang doktor, bangga mendapat anak sebegini.

Bacaannya cukup merdu (dengar tak dalam klip video tu?) dan seolah-olah dia juga memahami makna ayat yang dibacanya. Sengaja pada malam tadi dia membacakan ayat berkenaan Rasulullah yang menyentuh hati aku. Diulangnya ayat berkenaan Rasulullah itu 2 kali.

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." [Al-Ahzab(33):21]

Rasulullah contoh terbaik. Pemimpin yang berjaya dalam setiap peringkat kepimpinannya. Dalam Malaysia Hari Ini di TV3, kebetulan dijemput Ustaz Hassan Mahmud al-Hafiz memberikan tazkirah (peringatan). Dikatakan olehnya bahawa pemimpin yang baik perlu mempunyai 5 ciri-ciri berikut:

1) Sihat tubuh badan
2) Emosinya terkawal
3) Akal yang cerdas
4) Pandai bersosial
5) Memiliki spiritual yang tinggi

Hari ini adalah hari untuk memperingati kehebatan kekasih DIA. Hari untuk kita mencontohi kekasih DIA. Hari untuk mengubah diri kita menjadi pemimpin terbaik setidak-tidaknya dalam memimpin diri sendiri sebelum kita punya keluarga sendiri yang perlu kita pimpin dan bimbing. Adakah kita dapat meneruskan tradisi kepimpinan yang ditunjukkan? Adakah akan lahir lebih ramai lagi para huffaz (penghafal al-Quran) pada usia muda? Jawapannya kita yang tentukan.

Sambungkan pantun dua kerat aku

"Kenapa fi peguam syarie tinggi?"
"Sebab takde skala fi ditetapkan undang-undang"
"Kalau macam tu bukanlah peguam syarie itu membantu orang islam yang dalam kesusahan sebab orang tak mampu nak bayar fi dia"
"Saya tak berani nak kata apa-apa"
"Yelah kalau peguam syarie itu betul-betul nak bantu orang Islam, kenalah dia berikan fi yang murah"
"Awak belum jadi bolehlah cakap macam itu"

Ini perbualan antara seorang peguam jenayah yang mempertikaikan keikhlasan kerjaya seorang peguam syarie dalam membantu umat Islam dengan seorang hakim. Aku sokong kata-kata hakim itu berbanding kata-kata peguam terutamanya pada ayat terakhir hakim. Tak semua yang begitu dan janganlah pula kita bersemangat sangat menghentam peguam sebegini sebab kita belum diuji.

Sebabnya selagi kita belum berada di tempat itu, selagi itu kita tidak tahu sejauh mana keupayaan kita untuk menjadi sepertimana yang kita katakan hari ini. Ibu selalu pesan, "jangan kata orang, nanti kena diri sendiri."

Betul kata ibu, sebab aku pernah terkena selepas mengata orang. Yang paling ketara kesannya ialah dulu aku selalu mengata begini kepada pakcik sedara aku ,"apa lah bunyi gesek besi pun nak ngilu" sambil jariku menggesekkan sekeping syiling pada mana-mana besi. Aku rasa macam seronok je mengenakan pakcik aku yang akan menunjukkan reaksi ngilu dia sambil berkata "aarrghhhh jangannnn!". Pada waktu itu, aku steady je. Aku tak rasa sebarang bentuk perasaan ngilu pun.

Lama kelamaan (entah bila masanya pun aku tak pasti) aku mula jadi ngilu. Kalau orang dok gesek besi atau tergesek besi, terasa ngiluu betul. Sehingga ke hari ini, aku masih terkesan dengan kata-kata aku dulu.

Dalam perkara yang sama juga, orang Melayu ada pantun ,"...(awalnya aku tak ingat)... paku serpih, mengata orang dia yang lebih". Ini membawa maksud orang yang dok mengata tu kadangkala dia yang melebih-lebih daripada orang yang dikatakannya. Maka, lidah ini perlu dipelihara betul-betul. Silap cakap, Allah boleh saja nak balas terus (macam aku kena). Silap-silap lagi teruk daripada orang yang kita kata tu.

Contoh lain, biasa berlaku ni. Orang suka mengata orang politik itulah inilah. Tapi aku berpendapat lebih baik kita jangan mudah mengata mereka sebab kita belum jadi orang politik. Sekali kita berada di puncak itu, baru kita tahu samada kita kuat atau lemah.

Biasanya orang kata politikus suka amalkan kronisme, nepotisme, rasuah dsb. Kalau berdasarkan fakta, oklah tapi masih tak bermaksud kita boleh mengutuk dan mengeji mereka ini seolah-olah diri sendiri sangat baik. Kerana sudah ramai juga yang terbukti sewaktu belum 'berkuasa', sangat gah menentang kebobrokan pemimpin. Tapi apabila sudah 'berkuasa', langsung 'terlupa' penentangannya dulu bahkan dia turut terjebak dalam kesialan yang dikejinya dulu.

Firman Allah, "
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebenciannya di sisi Allah terhadap kamu yang memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." [As-Saff(61):2-3]

* lagu yang sedang berkumandang ni tribute kepada Dato Seri Anwar Ibrahim

6 Perkara Pasal Diriku

Dah lama aku kena tagged untuk tulis '6 weird things about me' tapi tak sempat-sempat. So aku curi masa hari minggu untuk dikhaskan kepada CT PAWANA yang dah lama menunggu aku respon TAGGED GAME dia. Semoga taklah dia marah kat aku lagi (walaupun dia sebnarnya tak marah).

1) Suka Matematik tapi malas buat latihan. Sejak darjah 6 aku minat sangat Matematik. Terima kasih Cikgu Yusof yang memberikan semangat lepas UPSR. Kat sekolah menengah pun masuk kelas Akaun. Tup tup masuk Universiti ambil Undang-undang. Pelik. Sebabnya aku malas nak buat latihan. Nak jadi hebat dalam matematik, kena latihan banyak. Itu pasal malas. Sedangkan sebelum tu cita-cita nak jadi akauntan. Akhirnya jadi lawyer plak. Takpe, banyak gak main nombor.

2) Suka cerita Melayu walaupun ramai yang mengutuk. Aku sedar banyak kekurangan dan kecacatan dalam filem atau drama Melayu. Tapi disebabkan rasa keMelayuan aku yang kuat, aku tak sanggup mengenepikan orang Melayu. Yang penting bagi aku banyak juga cerita (terutamanya Cerekarama TV3 kul 10mlm hari sabtu) yang boleh menyedarkan diri. Biasa je aku ni bergenang airmata sebab tengok cite Melayu. Aku dapat rasakan kesan berbeza tengok cerita Melayu dengan cerita selain Melayu. Bagi aku, kesan tu yang penting. Tu pasal aku hanya beli vcd Melayu untuk tontonan sekeluarga. Setiap kali tengok dapat berinteraksi sesama keluarga. Yang buruk, semua akan dinasihati ibu. Yang elok, juga dihighlight ibu. Sayang ibu. Orang Melayu.

3) Sanggup tak tidur kerana Adobe Photoshop. Ada orang kata aku ni pelik buat apa sampai tak tidur. Hah, susah aku nak terangkan bila cinta ni da bersemi dengan Adobe Photoshop. Baru nak adjust sket je gambar, dah makan 2 jam. Itu pasal tak perasan. Tiba-tiba dah dengar azan Subuh. Maka, aku akan tido dengan nyenyaknya selepas Subuh. Hanya berlaku pada hujung minggu.

4) Geli dengan kucing. Ada orang kata takut. Aku tak takut tapi aku rasakan ia tidak bersih. Ada orang kan sanggup pegag kucing yang berkeliaran kat kedai. Aku pantang. Bagi aku walaupun orang kata kucing tu dah jilat bulunya bersih, aku tetap rasa ia membawa kuman. Paling pantang lagi bila orang tak basuh tangan lepas pegang kucing. Aku suka tengok kucing comel tapi takleh pegang. Geli. Kalau ia tak bergerak takpe, kalau ia respon memang macam terkejut la.

5) Makan kena habis. Hah sape yang biasa makan dengan aku tahula. Kalau dia makan tak habis, aku mesti suruh dia habiskan. Kalau dia tak boleh juga, aku yang akan habiskan.Haha. Tapi tengok juga kalau aku dah kenyang sangat tak boleh la. Akhirnya aku akan rasa bersalah pada makanan yang tinggal atas pinggan tu. Ada orang dah jadi kebiasaan makan mesti tak habis. Pantang betul aku! Kena pula makanan tu sedap. Fuhh, bagi aku jelah!


6) Monolog. Memang perbuatan biasa aku bila menunggang motosikal sorang-sorang, bermonolog. Sebelum ni aku ada MP3 Player, untuk dengar lagu tapi sekarang aku bercakap sorang-sorang. Kadang kala marahkan diri sendiri. Kadangkala tenangkan hati yang kusut. Kadangkala menyanyi lagu yang tetiba aku cipta waktu tu. Kekadang menjerit. Bila sampai traffic light, aku senyap balik. Lampu hijau, aku sambung monolog. Hehe. Pelik kan?


Sebenarnya banyak lagi perkara yang weird (aku memetik pandangan AM, tak sesuai sebnarnya dikatakan pelik sebab adakalanya ia adalah perkara biasa bagi seseorang) pasal aku ni tapi CT PAWANA nak enam je cukup la kan. Yang penting kita kena tahu Allah jadikan makhluknya semuanya mempunyai minat, rupa paras, cara pergaulan, cara pemakanan, etc berbeza. Kerana itulah kita dapat hidup aman dan selesa sebab jika semua orang sama, mungkin berlaku persaingan sengit sampai kepada perbalahan dan pembunuhan. Tak gitu?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...