26 April 2005

Suatu Perancangan

Alhamdulillah, hari ini aku ditemukan dengan seorang kawan yang cukup istimewa. Bukan kerana anggota fizikalnya.Dan bukan pula kerana hal-hal zahirnya. Tapi kerana kata-katanya yang berjenaka tapi cukup menginsafkan.

Siapa kawan aku ini?Hmm, bukannya kawan baru tapi kawan lama.Kalau dulu kufikirkan dia sekadar kawan biasa. Tapi hari ini segala-galanya berubah kerana aku sudah faham kenapa dia suka berjenaka. Dulu aku ingat dia seorang yang tidak pernah serius. Tapi hari ini aku nampak keseriusannya dalam jenaka.

"Betul ke kita ini ikut Islam?"
"Hmm betullah"
"Ikut Islam ke.. ikut orang Islam? Kan selalu aku dengar bila seseorang tu kita tanya tentang sesuatu dia akan cakap.. seperti ustaz aku cakap.. etc"
"Haah.."
"Apsal tak dengar yang kata dalam surah ini kata begini.. dan dalam hadis ini kata begini.. sebagai sumber asas?"

Aku tergamam bila diajukan soalan ini. Budak law kan suka pusing ayat tapi entah kenapa kali ini nak pusing pun tak boleh. Memang tak boleh pusing langsung. Terus titik noktah!

"Kita ini selalu kata ikut Quran dan Sunnah tapi jarang kita betul-betul mengambil ayat/hadis yang mana sebenarnya yang kita ikut"
"Tambah pulak kadang-kadang hadis yang kita ucapkan dalam usrah atau depan khalayak pun hadis palsu"

Ya, betul kata dia.Kita tak benar-benar mengkaji sumber asas ilmu yang cukup lengkap dalam kedua sumber itu.Kita akan ambil sumber manusia dahulu kemudian baru dikenakan dengan sumber tuhan. Contohnya kita kata menurut ...(nama org)... dia mengatakan bahawa ...(kenyatannya)... sepertimana yang disebut dalam alquran/sunnah.

Tak salah nak buat begitu, cumanya mengapa tidak kita terus rujuk pada alquran atau sunnah dulu, kemudian barulah dilihat pada tafsiran para ulama.Dari sudut psykologi pemikiran berbeza apabila kita lakukan cara kedua ini.Tak percaya, cubalah..

Kemudian, dia bercerita pula tentang sirah para rasul sebagai contoh teladan menghadapi segala permasalahan hidup.Pendeknya,katanya kita perlu bermula sepertimana rasulullah memulakan dakwah Islam kerana kita sekarang berada dalam zaman jahiliyah moden.Eh, iye ke?

"Kalau di Mekah dulu, orang minum arak byk..skrg,di Malaysia khususnya, dah ada pun industri arak"
"Kalau di Mekah dulu, mereka tanam anak perempuan hidup2, di Malaysia sekarang, bunuh anak perempuan dan lelaki juga bahkan tidak ditanam dan ditinggalkan sahaja di dalam tong sampah"
"Kalau di Mekah dulu, mereka ada melakukan seks bebas, skrg di Malaysia, industri pelacuran juga berlaku bahkan seks luar nikah kalangan mahasiswa dan anak remaja makin berleluasa"
"Kalau di Mekah dulu, mereka ada Umar yang suka pancung orang jika tak puas hati, skrg di Malaysia, ramai semacam Umar yang membunuh orang bahkan ibubapa sendiri dan sanggup mencincang dan menyeksa mangsa"

Hmm..maka,tatkala itulah Nabi dipilih Allah menyebarkan dakwah.Zaman sekarang ini, method yang sama perlu diikut.Mungkin ada yang kata tak sesuai berbanding zaman dulu.Nanti dikatakan kita gila.Mungkin juga ditekan dengan dakwah yang dicontohi daripada rasul ini dan sebagainya.Memang itu sudah pasti.. kerana janji Allah,kita pasti menang.

Sekarang sedar atau tidak, kita sudah diracuni pemikiran Barat.. kebanyakan perkara yang dilakukan mengikut sistem mereka dan sukar untuk kita ubah pemikiran kita untuk mengembalikan sistem rasul dulu.Hmm..sama ke cabarannya jika dibandingkan dengan kaum jahiliyah dulu yang tak berani tukar fahaman kepada ajaran nenek moyang mereka?

Tahu tak sebelum rasul dilantik menjadi utusan Allah, baginda adalah seorang hakim yang mengikut ajaran sebenar Taurat.Namun,pada waktu itu,keputusannya tak diikuti dan amalan nenek moyang yang dimaksudkan adalah amalan yang telah diubah-ubah.

Kalau sekarang,kalau kita bicara soal Islam yang sebenar, memang sama juga.Ada orang akan mengatakan kita salah kerana perubahan pada Quran juga dilakukan oleh orang Islam itu sendiri.Sama waktu jahiliyah, pengikut Taurat yang sendiri mantafsir dan mengubah ajaran Taurat.Maka, sekarang timbullah sister in islam dan juga jemaah islam liberal dan lain-lain.

"Tau kan qiamat akan berlaku apabila matahari terbit dari barat dan terbenam di timur"
"Tahun lepas telah dikaji oleh NASA bahawa planet kedudukan planet Marikh telah berubah"
"Planet-planet yang lebih jauh itu sudah lama yang mengalami perubahan"
"Dalam quran disebut : qiamat berlaku apabila bintang-bintang (planet) dikumpulkan"
"NASA merisaukan selepas Marikh, bumi pula yang akan mengalami perubahan kedudukannya"

Perubahan yang berlaku tu macamana?Begini,putaran mengikut orbit itu berubah semacam kita hari ini jalan ke depan, tukar jalan ke belakang. Kerana itu, pada saat itulah semuanya terbalik.Kalau hari ini, matahari terbit dari timur, pada saat itu, matahari terbit dari barat.

"Kita biasanya takut akan qiamat ini tapi kalau benar kita ini orang mukmin, mereka merindukan qiamat"

Kenapa?Kerana qiamat itu sendiri bermakna kebangkitan.Tahu kan bahawa selepas kejatuhan umat Islam, Islam akan kembali bangkit dan itulah saatnya qiamat akan berlaku.malangnya,bagi orang yang tidak beriman, kalau hari ini masih lalai dan tiba saat itu baru tersedar..cukup rugi kerana pintu taubat sudah tertutup.

"Pernah terbaca kan pasal orang-orang kafir yang dicampakkan ke neraka meminta supaya dikembalikan ke dunia untuk mereka memperbaiki diri tapi Allah tidak membenarkan kerana mereka tetap akan sama kalau diberikan peluang kedua"

Betul ke? Pastinya betul sebab itu kata-kata Allah.Kan setiap kali habis baca quran, kita kata sodaqallahul 'azim tapi kita tak hayati bahawa kita menyatakan benarlah kata-kata Allah.

Perkara tersebut terbukti apabila kawan aku tadi pergi ke Aceh baru-baru ini.Mereka yang terselamat daripada bencana tsunami pada hari ini, (kalau kita fikirkan secara teorinya)pasti berusaha untuk memperbaiki diri. Namun, hakikatnya anak-anak dara Aceh sewaktu meninggalkan tentera Amerika sempat berpelukan dengan mereka.Bukan kah Allah berikan peluang kali kedua?

Monolog: Aku ini tergolong dalam golongan mukminin ke?

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular