Sengaja aku nak ubah angin hari ini. Selepas solat Zohor, kakiku terus melangkah keluar membawa bersama sebuah beg berisi buku dan alatulis. Aku bercadang ingin membaca buku di Taman Tasik Sri Gombak. Mungkin di situ lebih tenang untuk membaca.
Sebaik sahaja menunggang motosikal, aku terasa lapar. Entah mengapa teringin sangat minum Orange McFizz. Jadi, terus sahaja ke McD untuk makan tengahari. Keadaannya cukup nyaman berbanding cuaca panas sewaktu menunggang tadi.
Selepas mecari tempat duduk yang selesa dan cantik pemandangannya, aku pun mula mengunyah makanan yang terhidang depan mata. Setelah selesai memakan BigMac, aku pun mengeluarkan buku untuk dibaca sambil menyantap kentang goreng diselangi air yang diidamkan.
Perhatian aku terganggu apabila depan aku ada tiga orang cina sedang bercerita tentang bisnes mereka. Cukup kuat dan bising bahasa Mandarin yang diucapkan mereka. Hmm... sabarlah.
Kemudian, suasana menjadi makin bising apabila seorang ahli politik agaknya mendapat panggilan telefon. Sambil berjalan mencari tempat duduk, suaranyalah yang paling kuat. Umpama bahasa Tamil sedang melawan bahasa Mandarin untuk dipilih bahasa manakah yang lebih baik. Hmm.. sabarlah.
Aku cuba membacanya lagi dengan tumpuan yang baik. Tiba-tiba anak sepasang suami isteri Cina berdekatan aku berteriak menangis. Aduhh.. aku dah tak boleh tahan dan cepat-cepat habiskan makanan.
Terus sahaja aku bergegas ke Taman Tasik yang pada asalnya ingin aku batalkan hasrat kerana suhu dalam McD amat nyaman. Setibanya di sana, aku mencari tempat duduk yang bermeja untuk memudahkan kerja aku. Alhamdulillah jumpa tapi mejanya tinggi pula. Patutlah tiada orang duduk di situ. Mejanya sejengkal bawah bahu aku.
AKu pun mencari tempat baru dan akhirnya berjumpa. Tempat duduknya cukup selesa. Angin bertiupan sepanjang masa. Tenang rasanya lalu kubuka buku untuk dibaca. Sedikit catatan dapat aku buat waktu itu meringkaskan bacaan.
Untuk kali keberapa entah, aku diuji lagi. Tiba-tiba terdengar tangisan teresak-esak seorang perempuan. Ingatkan budak kecil, rupa-rupanya sepasang kekasih sedang bergaduh. Si perempuan menangis sambil bercakap (tapi aku tak faham pun apa yang dia cakap) manakala lelaki itu pula buat tak tahu. Lama juga perempuan itu menangis. Memang itulah pertama kali dalam hidup aku mendengar tangisan perempuan yang mirip tangisan kanak-kanak yang inginkan coklat yang ibunya larang beli. Hmm.. sabarlah.
Buat akhirnya, azan pula berkumandang. Ya, bunyi ini yang menenangkan jiwa. Aku berkemas lalu terus ke masjid. Lagi puashati dan tenang bersembahyang dahulu. Selesai solat, aku ambil keputusan untuk balik ke universiti terus.
Dalam perjalanan nak ke motosikal aku, perempuan itu masih berada di kerusi tempat dia duduk tadi. Tapi, lelaki itu sudah lenyap dari pandangan. Aku terfikir tentang konsep cinta yang berlaku depan mata aku.
Aku agaklah mereka ini belum berkahwin tetapi sudah bercinta. Bila timbul masalah, sukar nak selesaikan. Sebab apa?sebab mereka bukan suami isteri. Banyak kekangan dan halangan untuk menyelesaikan sesuatu masalah seperti suami isteri.
Maaf kalau aku katakan dari segi psychology sentuhan memainkan peranan dalam melembutkan jiwa sesiapa pun. Apatah lagi antara dua jantina berbeza. Namun, bolehkah sentuhan ini dilakukan oleh lelaki tadi kalau belum berkahwin? Dah tentu tak boleh.. betapa rugi dan membazir masa untuk selesaikan masalah yang bagi suami isteri cukup mudah diselesaikan..
hmm, bercintalah selepas berkahwin.. senang! Wallahua'lam
21 Februari 2005
Susahnya nak dapat mood belajar
20.02.05
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik
Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...
Popular
-
Mula-mula aku berasa sakit yang tak tertahan pada geraham bongsu yang dah lama di menyempit di hujung rahang kanan. Memang malam itu langsun...
-
Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...
-
Kepada semua pembaca blog sama ada kenalan baru dan lama, anda dijemput hadir ke Majlis Perkahwinan saya yang akan diadakan di Jitra, Kedah ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan