14 Oktober 2006

Nikmat makan dalam Ramadhan

Day 20


Aku cuti sebab kena jadi pengerusi majlis. Seronok program ini kerana berjaya dijalankan dengan baik. Ahli-ahli panel dan VIP sangat bagus dalam ucapan masing-masing. Dekan Fakulti Undang-undang pun memberikan sokongan padu sampaikan beliau mensyorkan agar dibuat lagi pada bulan Mac 2007. Alhamdulillah. Inilah julung-julung kali program yang dianjurkan para pelajar Diploma Lepasan Ijazah Syariah dan Amalan UiTM dan mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelajar dan pensyarah lain. Sedang hangat sessi soal jawab, masa terpaksa disingkatkan kerana hari ini ada solat Jumaat. Walaupun singkat, sangat bermakna bagiku.

Untuk berkahwin, bukan semudah mengumpul duit, mencari tok kadi, lafaz nikah, dan seterusnya selesai sudah berkahwin. Kalau macam ini, senanglah kan. Kata Rasulullah yang mencintai kita (sejauh mana kita pula mencintainya) ,"sampaikanlah apa yang datang dariku walaupun sepotong ayat". Maksudnya, setiap ajaran Islam yang dibawanya perlu disebarkan walaupun sedikit saja yang kita tahu. Jadi, aku pun ada beberapa perkara nak kongsi dengan pembaca blog ini. Sebab hasil program ini, aku bertambah serius dan lebih faham tentang tanggungjawab yang perlu ada dalam mendirikan rumahtangga. Mungkin tak semua dapat dikongsi (maaf ye).

Seorang ahli panel (ustaz kampong - bak katanya) sangat-sangat menekankan bahawa sebagai umat Islam, kita harus beriman dan yakin terhadap semua ajaran Islam. Itulah katanya pada permulaan bicara. Hari ini, kita sangat terbudaya dengan corak kehidupan Barat. Apabila Islam melarang sesuatu, kita langgar sebab kita kata tak up-to-date, sebab kita tengok Barat maju dengan gaya hidup mereka dsb. Once you say you are muslim, you have to take Islam as a way of life. Bukan sekadar ritual.

Jadi, nikmat sentuhan Islam beri hanya pada suami isteri yang sah. Tapi, kini budaya bercinta, berpegang tangan, berpelukan dsb adalah sesuatu yang normal. Hilang..hilang nikmat yang Allah beri. Sebab itulah banyak perkahwinan akhir-akhir ini tak kekal lama. Kerana nikmat itu ditarik Allah. Apalah nikmatnya perkahwinan bagi mereka yang bercinta sakan seperti itu? Mahu tak mahu, aku percaya dengan teori ustaz ni sebab dia dah 8 tahun mengendalikan kursus kahwin dan menghadapi pelbagai kerenah pasangan berkahwin. Menurut kajiannya, sesuatu rumah tangga itu akan mula kacau bilau apabila masuk bulan ke-21 perkahwinan (ingat, bukan maksudnya semua perkahwinan). Tak percaya? Cubalah perhatikan nanti..(kata ustaz tu).

Teori nikmat sentuhan tu dah lama aku yakin. Analoginya mudah, umpama nikmat makan. Kita tak rasa pun nikmat makan tu melainkan apabila bulan ramadhan. Sebabnya pada bulan ini, kita tahan makan. Nak makan, kita tahan juga. Lapar pun lapar lah (yelah takkan nak berbuka pula). Apabila azan maghrib berkumandang, cuba rasakan nikmat makanan pertama yang dijamah. Terasa sedap dan nikmatnya sukar diceritakan di sini. Maka, samalah dengan sentuhan itu. Hanya apabila kita tahan, kita elak daripada bersentuhan dengan bukan mahram, barulah apabila dihalalkan sentuhan, terasa nikmatnya. Fuhh... Sesiapa yang dah kahwin tu, cubalah kongsi cerita buktikan teori ini betul atau tidak.

Oklah, dah cukup panjang ni. Takut bosan pula para pembaca blog. Jumpa lagi di lain entry..

2 ulasan:

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Good blog! You have described in a nice way.
Thanks for sharing this information.
2dprops

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular