Day 18
Skreeett! Hampir-hampir saja aku terlanggar pintu kereta Pajero. Ada ke patut dibukanya pintu tanpa tengok belakang. Kalau buka pintu sebelah kanan (dekat tepi jalan) takpelah. Ini tidak, nasib baik dia minta maaf. Kalau tidak... (astaghfirullah, mana boleh kalau - benda dah jadi, lainlah kalau belum).
Keje banyak hari ini. Bos suruh buat urgent matter yang perlukan research segera. Tapi alhamdulillah, setakat hari ini aku seronok dengan kerja di firm ni. Biarpun berlambak kejenya. Sebab suasana yang harmoni dan saling tolong-menolong juga budaya utamakan amalan agama (majoriti pakai tudung, ramai yang tak tinggal solat..) dan makan-makan (hehehe). Ibu pesan, kalau buat keje, buat sehabis baik (Baik bos!). Yang paling penting, bebas... tak buat keje yang sama setiap hari. Ada saja perkara baru yang membuatkan kepala pecah nak fikir solusi. Seronok ah!
Berbuka posa ramai-ramai lagi. Am dah nak abis minggu ni. So, makan-makanlah. Kali ni kat Pizza Hut (mudah, selesa). Nak decide makan kat mana, kami amalkan konsep Syura (mesyuarat la, bahasa biasanya). Maklumlah kalau boleh, kita nak semua orang suka dengan apa yang kita decide (maknanya semua puas hatila - tak mau la makan hati). Sambil menanti hidangan, main Roda Impian (macam budak-budak la pulak). Tapi soalan yang aku bagi, susah juga diorang nak jawab. Nak tau apa soalannya? Ni dia, apakah makanan yang tidak disajikan dalam Pizza Hut ( _ _ _ _ _ - 5 huruf saja). Teka lah!
Tiga perkara boleh dipelajari dari kisah Qaseh Ramadhan malam ini :
1 - Kasih ibu untuk anak melebihi dirinya sendiri. Kan Qaseh hanya tinggal sebulan untuk hidup akibat sakit paru-paru tapi sengaja tak diberitahu kepada sesiapa kerana tak mahu menyusahkan mereka atau menyebabkan mereka sedih. Biar dia tanggung sendiri. Kepada anak-anak (termasuk diri aku), jahat mana pun ibu bapa kita, mereka tetap ibu bapa kita. Ingatlah kisah sahabat Nabi yang hairan kepada seorang yang selalu memandikan dan menjaga dua ekor babi tu. Rasulullah kata dia dijamin syurga. Sebabnya ibu bapanya disumpah jadi babi kerana kejahatan mereka tetapi anak tetap melayannya.
2 - Jangan mudah terpedaya kisah yang dibawa oleh orang. Walaupun dalam cite ni, dibawakan gambar membuktikan Qaseh curang, itu tetap fitnah. Baru aku faham kenapa mahkamah syariah memerlukan pembuktian yang ketat dalam menerima bukti gambar dan video. Ingat juga kisah Ifk, tentang Saidatina Aisyah yang difitnah melakukan zina. Rasulullah pun hampir terpedaya. Allah pesan kat kita, sekiranya datang kepadamu seseorang (fasik) yang membawa khabar berita, selidikilah dulu. Ini tidak, tak semena-mena Qaseh diceraikan Ridwan. Yang derita, Qaseh juga. Seperti deritanya Aisyah (boleh nangis tau kalau hayati kisah Aisyah).
3 - Kemewahan bukan tanda kebahagiaan. Apa gunanya hidup mewah akibat perkahwinan yang dirancang emak kerana inginkan harta? Memang layak dikatakan Ridwan bacul (tapi aku masih terasa ada sebabnya - mungkin kerana mentaati ibu, tapi kita boleh lawan ibu jika dia melanggar hukum Islam). Mengapa tidak diceraikan sahaja isteri keduanya yang ternyata tidak mampu jadi isteri dan ibu yang baik? Kalau pun takde Qaseh, memang patut diceraikan juga isteri keduanya dan cari saja yang lebih baik. Sebab kebahagiaan itu sangat penting, dunia dan akhirat. Ish..tak patut suami 'tunduk' pada isteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan