Day 19
Masih tak siap-siap lagi hujahan bertulis aku? Dah masuk hari ke-5 aku cuba menyiapkan tapi gagal. Datang pula satu fail baru. Katanya perlu disiapkan hari ini juga. Disebabkan itu arahan partner, aku perlu ketepikan lagi hujahan yang aku buat untuk peguam muda. Satu helaian faks tiba di pejabat bos aku. Aku diminta hadir ke UiTM dalam jam 4 petang untuk persiapan program esok. Bayangkan betapa padatnya masa aku terisi. Dalam masa yang sama, aku ingat dapat la berbual dengan sahabatku yang akan meninggalkan firma ini. Tapi tak kesampaian hajat itu. Aku sekadar dapat mengucapkan selamat hari raya selepas memohon kemaafan atas segala salah silap. Sahabatku, kau banyak membantu aku dalam kerja-kerja pejabat juga dalam berkongsi suka duka kehidupan manusiawi. Terima kasih. Eh, sedihnya seolah-olah tak dapat berjumpa dengannya lagi. Maklumlah, masa ini bukan milik kita. Setiap detik mendatang di luar batasan kawalan kita. Kita tak tahu apa bakal terjadi esok, lusa dan seterusnya. Jadi, bagi aku, hargailah masa yang sedang kita kecapi dengan sebaiknya.
Rupa-rupanya Qaseh dituduh mengedar dadah. Aku rasa dia mangsa fitnah atau dia terpaksa mengaku mengedar dadah demi suami dan anak-anak tercinta. Susah nak jumpa isteri yang sangat taat begini. Esok, aku ditugaskan jadi pengerusi majlis Program Literasi Undang-undang Syariah 2006 "Ketaatan Hak Eksklusif Suami, Nafkah Hak Eksklusif Isteri". Semoga semuanya berjalan lancar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan