Day 17
:: Dock-brief macam biasa. Masih takde locus (kelayakan untuk bercakap depan magistret). InsyaAllah minggu depan ada la :: Dua kes saja yang kami wakili, pasal 2 rakyat Filipina yang ditahan kerana visa tamat tempoh :: Ronda-ronda di Jalan Melayu lagi, teringat plak waktu tu yang aku ada keje pending, so terpaksalah tinggalkan kawan aku. Sorang pi post office, aku pi office, sorang lagi patah balik. Kesian gak :: Imam baca ,"Sekiranya dalam suatu kampung, ahli-ahlinya beriman dan bertaqwa, nescaya Aku akan bukakan pintu keberkatan dari langit dan bumi." Maknanya, semua orang dalam satu tempat itu kena beriman dan bertakwalah kan. Jadi, kalau ada yang macam tu dan tidak? Hmm, patutlah orang yang mukmin juga akan terkena bala jika ia ditimpakan di suatu tempat (kalau dia tak pernah berusaha mengajak orang lain turut beriman) ::
Ada seorang peguam ini nak minta ditarik balik jaminan. Penjamin suruh tarik balik dengan mengambil semula duit jaminan RM1000 kerana bimbang OKT (Orang Kena Tuduh) melarikan diri. Malangnya peguam itu tak sempat mendapatkan perintah untuk pulangkan semula wang jaminan, dan OKT tu dah lari. Kesian kan penjamin tu. Dia dah cuba untuk selamatkan duit dia tapi akhirnya hilang begitu saja. (Duit jaminan akan diambil mahkamah jika orang yang dijamin hadir untuk perbicaraan tidak hadir)
Satu lagi kes menarik mengenai seorang penagih kali pertama, yang didenda RM2000 (hukuman paling ringan yang penagih pernah dapat sepengalaman aku). Dia tak ditangkap tetapi dijamin hadir oleh isterinya dengan wang jaminan RM1000. Isteri sarat mengandung 9 bulan. Pada waktu dijatuhkan hukuman, mahkamah pulangkan duit tu. Duit itu buat bayar denda. Masih tak cukup, si isteri terpaksa ke ATM dan hanya dapat bawa lagi RM800. Nasib baik 2 kawan aku PDK (Pelatih Dalam Kamar) yang non-muslim sanggup berikan dia RM200 kerana kesian pada si isteri. Selepas dilepaskan, si penagih tu dimarahi oleh kawan2 PDK kerana tak kesiankan isteri sendiri.
Kejadian menangis dalam mahkamah pertama kali aku tengok. Satu, OKT Filipina yang menangis apabila pertuduhan dibacakan dan dimaklumkan yang dia boleh dihukum penjara 5 tahun atau denda minimum RM15000. Kesian dia tapi kawan aku berjaya dapatkan hukuman 2 bulan penjara sahaja (mesti dia seronok). Satu lagi, mak kepada OKT yang menangis mengenangkan anaknya (penagih) yang sakit teruk dan dah 7 bulan dalam penjara. Hukuman dia hanya 3 bulan penjara. Maknanya dia lepas terus (sebab hukuman dikira dari tarikh ditangkap). Mesti mak dia bersyukur sangat (indian pun ada bersyukur ke?)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan