16 Oktober 2006

Mencari Al-Qadr di penghujung Ramadhan

Day 22


Pagi-pagi lepas sahur, terperasan mesej daripada sahabat. Sahabatku ni cerita yang dia dikejutkan dengan tv di biliknya terbuka sendiri pada jam 2.30 pagi. Sudah la tv9 tak pernah dapat, tiba-tiba dapat pula, tambah plak disiarkan (oleh Allah) siaran tarawih di Masjidil Haram. Sebaik sahaja aku baca mesej ni, aku terus membalas dengan mengatakan mungkin petanda Lailatul Qadr. Rugilah aku kalau camtu, sebab aku nyenyak sangat tidur malam tadi.

Sebab apa aku cakap itu mungkin petanda Lailatul Qadr? Sebabnya perkara pelik di hujung 10 Ramadhan ni itu mungkin petanda bahawa kita terpilih olehNya untuk mendapat malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Suatu ketika dulu, waktu tu ayah aku bujang, bangun sahur, ayah aku yang dok sediakan makanan pagi-pagi. Sebaik suapan pertama dimasukkan ke dalam mulut, ayah aku terasa semua yang dimakannya seolah-olah pasir. Terus dibuangnya makanan itu. Dari segi zahirnya, memang tak siapa nampak ada pasir di situ. Tapi ayah aku tak berani nak telan. Maklumlah bayangkan pasir penuh mulut, memang susah kita nak kunyah dan telan.

Sayang...ayah aku diberitahu kemudiannya oleh seorang ustaz (apabila ayahku bertanya) yang itu adalah petanda Lailatul Qadr dan ayahku terpilih. Adalah sebaiknya ayah mengunyah dan menelannya seperti biasa. Subhanallah. Hanya Allah sahaja yang tahu kebenarannya. Apapun, kalau terjumpa perkara pelik, kemungkinannya ada.

Kelas hari ini menarik sebab ustaz perkenalkan satu formula mencari jodoh. Hehe. Seperti yang ditegaskan ayah aku untuk mencari jodoh 5 tahun lebih muda, aku masih mencari-cari dalil kukuh mengiyakan sebab-sebabnya (walaupun aku dah percaya) supaya aku lebih yakin. Ustaz kata, untuk mencari jodoh sesuai, ambil umur lelaki (cth: aku) dibahagi dua dan ditambah dengan 7. Hasilnya adalah umur perempuan yang sesuai. Aku tanya ustaz dari mana dapat formula ini, katanya cikgu sains dia dulu-dulu beritahu. Ustaz aku ni dah tua tau, umurnya hampir 60 tahun, jadi formula ini kiranya formula lama.

Kemudian diceritanya pula waktu umur lelaki mula berfikir untuk poligami ialah sekitar 55. Kalau dari segi grafnya, nafsu lelaki akan menaik sehingga umur 35-40 kemudiannya akan turun sedikit sehingga umur 55, akan naik semula. Berbanding perempuan, dia akan terus naik sehingga umur 45 dan kemudiannya terus jatuh. Maka, di sinilah pertimbangan umur itu juga penting, bagi mengelakkan poligami. Hehe (ustaz ketawa).

Walau bagaimanapun kawan-kawan, jangan risau lah ini semua hanyalah teori. Kebenarannya mungkin boleh disanggah oleh sesetengah orang yang dapat mengekalkan perkahwinan yang membahagiakan sehingga ke akhir hayat sekalipun pasangan mereka sebaya, atau lebih tua. It's up to you lah...

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular