Day 16
Aku sakit perut. Tak tahu punca kenapa. Aku bermonolog dengan diri sama ada untuk ke pejabat atau tidak. Disebabkan Madam sangat berharap kepada bantuan aku, terpaksalah aku datang. Akibatnya, sahabat-sahabat sepejabat tak dapat aku layan dengan baik. Mood aku hilang untuk bergurau, berbual, bercakap, senyum pun. Sakit tu membuatkan aku sering ke tandas untuk membuang air, malangnya tiada apa lagi yang ingin dibuang dan ini sangat memedihkan. Otot-otot badan terutama bahagian belakang terasa pedih. Kadang-kadang di perut sebelah kanan, kiri. Kerja masih bertimbun. Risau tak dapat disiapkan.
Aku rasa sangat berdosa hari ini. Aku istilahkan bahwa aku tak SUCI hari ini. Mungkin ini penyebab sakit aku. Untuk menSUCIkan aku kepada fitrah kejadian. Aku menjadi takut. Kawan aku baru sahaja pergi menemuiNYA. Aku takut sebab aku sama saja sepertinya. Aku adalah penunggang motosikal. Memang ajal datang tak kenal siapa dan masa. Cuma aku takut kalau-kalau kematianku sebelum sempat bertaubat. Itu sahaja. Sudahlah aku mati dalam keadaan tak sempat menggembirakan hati ibu ayah. Tambah pula, di akhirat lebih mengecewakan mereka.
Dosa besar jelas dan mampu kita elak membuatnya. Tapi, dosa kecil? Yang bila berkumpul menjadi dosa besar. Ustaz kata orang adil ialah yang tak membuat dosa besar dan tidak melakukan dosa kecil berterusan. Erm, aku belum layak. Orang warak pula ialah orang yang perkara makruh pun ditinggalkannya. Jauh panggang dari apilah aku ini. Bila tengok jerebu teruk sangat, terasa macam nak kiamat pula. Aku pun cakap macam cite ARMAGEDDON tapi aku pasti sahabat-sahabat tak faham maksud aku.
Takpelah, yang penting malam ini aku sangat tenang. Sangat seronok. Sangat ceria. Sangat lapang rasanya. Setelah mendengar ceramah Us. Zawawi Yusof sempena Nuzul Quran, selepas selesai 8 rakaat tarawih. Persoalan penting untuk kita. Di mana kita dan di mana Quran? Dulu, di mana ada Quran, di situlah umat Islam. Di mana ada umat Islam, di situlah Quran. Kehidupan mereka benar-benar berpandukan Quran. Hari ini, Quran telah dipulaukan. Syeikh Muhammad Qutb beritahu 4 cara Quran dipulaukan.
1) Dipulaukan dengan tidak mahu mendengar bacaan Quran
2) Dipulaukan dengan tidak mahu membacanya
3) Dipulaukan dengan tidak menggunakannya untuk rawatan
4) Dipulaukan dengan tidak menggunakannya dalam sistem kenegaraan
Ya, malam ini aku insaf. Esok, lusa, tulat...belum tahu lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan