20 Oktober 2006

Ramadhan yang berakhir

Day 26

Selepas berbuka dan solat Maghrib, aku terus tertidur sehingga jam 1.45 pagi. Terjaga je aku pun baca sms dalam phone. Sahabat aku sorang ni bagitau betapa sedihnya kisah Qaseh. Macam yang aku agak, mungkin malam ni episod terakhir (tapi tak tahulah). Aku terasa rugi sangat tak dapat tengok. Waktu ni la terfikir macam nak putar kembali masa.

Pernah tak korang bermimpi (rasa seolah-olah terjadi) seperti terlepas final exam. Bila terjaga terasa betapa bersyukurnya sebab sebenarnya tak terlepas pun lagi exam tu. Pernah aku rasa begitu. Bahkan berkali-kali juga aku mimpi kehilangan adik-adik aku. Bila terjaga, Ya Allah bersyukur betul mereka masih hidup.

Betul lah kata Allah dalam surah al-'Asr , "Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian melainkan yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." Macam kisah perenggan dua kat atas takpelah, alhamdulillah tak berlaku, jadi tak rugi. Macam kisah Qaseh tu, kan terbukti ruginya aku. (Mesti ada yang heran apsal lak aku kaitkan kisah Qaseh dengan kerugian yang dimaksudkan Allah kan?)

Mudah je.. macam yang pernah aku sebut. Aku antara pencinta drama Melayu (filem tak banyak yang memuaskan aku -ada la sikit-sikit). Aku perasan dalam (especially) drama-drama Melayu, terlalu banyak pengajaran untuk kita menghadapi kehidupan real di luar ni. Orang kata lakonan cerminan kehidupan sebenar. Ya, ada betulnya. Maka, dengan menonton cerita yang dapat memperbaiki diri (cth: Qaseh - dapat mengajar kita tentang ketaatan isteri kepada suami, ketaatan anak kepada ibu, keburukan mengadu domba / penyebar fitnah etc.), ini sekaligus mengharuskan perbuatan itu. Lainlah kalau dengan menonton tv, kita langsung terlupa mengerjakan perkara fardhu (wajib) seperti solat, taat ibu/ayah yang suruh pergi kedai, atau kita jadi lebih jahat macam pandai mencuri (dengan melihat taktik yang ditunjukkan dalam tv), kurang ajar kepada orang tua (sebab banyak scene tengking menengking anak beranak) dsb.

Inilah yang Allah pesan juga pada kita dalam ayatnya , "mereka itu punya hati tetapi tidak merasa (sensitif dengan keadaan), punya mata tetapi tidak melihat, punya telinga tetap tidak mendengar. Mereka ini seperti haiwan ternakan bahkan lebih teruk daripada itu". Ada banyak juga ayat-ayat lain Allah kata , "apakah kau tak melihat?".

Memang kalau kita tengok cite Melayu, banyak juga scene tak elok macam kurang ajar pada ibubapa, dengki-mendengki dsb. Memang tak bergunalah kalau kita tengok saja je, memang macam lembu yang hidungnya ditarik ke kiri dia pun ke kiri, ke kanan dia pun ke kanan (especially bagi yang tengok perkara jahat, dia pun ikut perkara jahat tu). Sebab tu Allah suruh kita tengok, dengar, fikir (dengan hati) setiap apa yang berlaku di sekeliling.

Jadi, jelas kan? Begitulah yang aku maksudkan dengan aku rugi tak dapat tengok cite Qaseh disebabkan pengajaran dalam kisah itu agak memberi kesan kepada aku (setakat episod sebelum ini). Begitu juga dengan cite Kiamat Sudah Dekat di tv9. Semalam ayah Fandy kata dia tak nak belajar agama kerana baginya agama memundurkan umat Islam. Sebagai contoh, dia bina surau untuk pekerja-pekerja dia tapi masuk kerja lambat dengan alasan solat, zikir, wirid (ada yang tido gak). Begitu juga dengan anaknya yang tak menggunakan studio muzik yang disediakan kerana sibuk belajar agama. Tiada pembangunan, umat Islam menjadi lebih malas dan bodoh. Bagaimana nak atasi orang Barat? Cuba ustaz jawab.. (lepas dia cakap camni, skrin tu tertulis bersambung man...)

Ada benarnya sesetengah kata-katanya. Bahkan inilah hujah yang digunakan orang yang semacam dia juga untuk merendah-rendahkan Islam. Islam itu tak pernah rendah tetapi yang aku iyakan tadi adalah merujuk kepada umat Islam. Yelah, orang bukan Islam akan melihat Islam dengan apa yang ada pada umat Islam. Rasulullah pernah kata, "Islam itu martabatnya tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripadanya." Bila umat Islam tak amalkan ajaran Islam, layakkah kita menjadi contoh baik melambangkan Islam. Alahh, orang pakai tudung pun berzina. Pak bilal pun kena tangkap khalwat. Ustazah pun ada affair.

Kalau camtu juga cara fikiran kita, bila-bila pun kita takkan berusaha jadi lebih baik. Jadi, dengan menonton kisah-kisah yang dicerminkan melalui drama camni, dapatlah kita sedar di mana kita dan siapa kita. Kita perlu bangkit, jauhkan penyakit malas, tambah ilmu, termasuk ilmu ikhlas, dsb. Inilah kebaikan tengok tv kann... betul tak?

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular