17 Oktober 2006

Imam tarawih Ramadhan mengecewakan

Day 23

Hari ini tarawih rasa tak bersemangat seperti biasa. Sepatutnya di penghujung Ramadhan ini lebih baik tapi? Hmm aku rasa ini ada kaitannya dengan imam. Sudah 2 hari imam tua yang mengimamkan solat. Bacaan kurang jelas, ringkas. Kalau sebelum-sebelum ni, imamnya al-hafiz, bacaan sedap didengar, tajwid hebat, lagu sangat mengkhusyukkan, intonasi bacaan sesuai dengan ayat berbentuk azab atau nikmat. Berdiri lama pun takpe. Bukan nak salahkan imam, cuma aku rasa imam mainkan peranan penting dalam memimpin solat.

Macam trend kat Malaysia, kita kan suka panggil imam Mekah. Kenapa? Sebabnya lebih kurang macam yang aku citer pasal imam muda tu. Walaupun tak berapa faham, kita masih boleh menitiskan air mata (terutamanya dalam doa qunut witir). Makmum tua pun masih boleh berdiri lama dan tak letih. Sepengalaman aku di Masjid Al-Azim, Melaka, qunut witir yang dibawa imam Mekah pernah membuatkan makmum berdiri 45 minit. Dah melampau ni (yelah, imam perlu fikirkan juga tentang golongan tua). Tapi takde sesape pun protes sebab ramai yang tak sedar lamanya berdiri akibat khusyuk dengan doa tu.

Apapun, aku masih tabik pada makmum Masjid Al-Imam As-Shafie, Taman Maluri, Cheras sebab makmumnya tetap ramai sejak dari hari pertama. Ini pengalaman pertama aku juga menyaksikan begini. Biasanya makin menurun bilangan. Tapi di sini 5 saf penuh (panjang saf tu, mungkin dalm 50-60 orang kot satu saf) dan selepas 8 rakaat, 3 saf penuh. Kekal sampai hari ini. Tahniah! Patutlah Agong suka datang sini.

Akibat peristiwa malam ni, aku berfikir perlulah diperbaiki bacaan aku juga. Pertingkat ilmu tajwid. Hayati makna ayat Quran. Perjelas sebutan. Cuba menghafal surah-surah terpilih. Kalaulah korang ada anak ke, adik ke, ajar dia semua ni sejak kecil agar dah besar dia takde problem. Tambah plak dah ramai tak pandai baca Quran. Bahaya tu, tanda-tanda DIA nak 'panggil' kita. At least, kalau tak jadi imam masjid pun, sebagai lelaki, kena jadi imam dalam keluarga. Kalau tak pun, bapak mentua suruh jadi imam. Hah, tergagap la, tercungap la, silap-silap buat-buat rajin pi masjid (supaya dapat elak solat berjemaah di rumah). Malu tak dapat suami camtu? Nauzubillah min zalik...

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular