Day 10
:: Dock brief hari ini sekejap saja. Court 1, tempat aku ditugaskan hanya ada 3 kes. Selesai je, aku jenguk ke Court 2, magistretnya digeruni ramai. Bila tengok prosiding (prosedur mahkamah dalam perbicaraan) dijalankan, ok je rasanya magistret tu. Kesian kawan aku budak Cina yang ditegur (ok je cara tegur dia, taklah seteruk yang diceritakan orang) sebab menggunakan bahasa rojak 'di-hospitalize-kan' :: Habis prosiding mahkamah, aku dan Hazmi macam biasa akan merayau (kalau bukan bulan posa, pi minum). Kali ni ke KLCC, Kinokuniya, baca buku (it is fun having this kind of routine) sambil menyaksikan persembahan Angklung di ruang legar :: Lepas Zohor (memang kena ada kat ofis Pusat Bantuan Guaman pukul 2), kami keluar lagi, kali ini nak cari mana-mana mahkamah tinggi yang buat perbicaraan penuh. Ya, kami dapat tengok satu kat Mahkamah Sesyen, kes kerajaan lawan PKPM (pernah dengar? ni kes rompakan senjata yang pernah bising dulu) tapi the trial was very dull because the DPP (Pendakwaraya bagi pihak kerajaan) and the witness, IO (investigating officer -police) in the examination in chief (sessi soal-menyoal yang selalu tengok dalam drama tu) seem to be unprepared. Yup, very unprepared..sampaikan hakim terpaksa susun balik ayat DPP untuk disoal kepada saksi. Saksi pula nampak sangat tak konfiden dan ambil masa terlalu lama untuk menjawab sesuatu soalan..he was so blur..macam berkhayal plak :: Yahoo, tiket balik ke Melaka dah dapat, tak sabar jumpa ibu, ayah, abang dan adik :: Imam baca , "Hari ini Aku sempurnakan agamamu dan Aku cukupkan bagimu nikmatKu dan Aku meredhai Islam sebagai agamamu." Sempurna sudah ajaran Islam, ya agama yang dinamakan sendiri oleh Allah (tiada agama lain yang punya nama yang diberikan Tuhannya), maka pastinya lengkap satu pakej cara hidup untuk kita. Tinggal kat kita je nak tengok ke tak pada 'Kit' yang disediakan.. ::
Buku menarik yang aku baca di Kinokuniya, What Does Islam Means? karangan Murray (tajuk tu aku tak berapa pastilah, sori, pada asalnya aku nak catit tapi tak bawa kertas). Anyway, yang perlu kita tahu ialah bukan orang Islam yang mulakan sikap benci-membenci sama agama lain. Bermula dari Sepanyol, apabila puak Kristian berkuasa, gereja-gereja cuba menyempitkan pemikiran penganutnya dengan cara menghalang pendidikan diberikan kepada rakyat. Pada kurun ke 11 itu, pihak Kristian mula menghalau masyarakat Yahudi daripada penempatan di Sepanyol. Mengikut sejarah, Yahudi tidak pernah bermusuh dengan sesiapa selama 1800 tahun. Maka, Yahudi ini ramai yang melarikan diri ke negara-negara Islam seperti Morocco. Kehidupan masyarakat Yahudi dan agama lain sangat aman dan damai dalam negara Islam di bawah pemerintahan Empayar Uthmaniyyah. Hak mereka dijamin dan dilindungi oleh khalifah secara terus. Penulis menyatakan betapa toleransi umat Islam sangat tinggi pada waktu itu kerana ajaran Islam telah meresap dalam kehidupan umat Islam. Dek kerana toleransi, bukan sahaja Kristian, bahkan Yahudi, diberikan pendidikan. Mujur negara Islam mempunyai perpustakaan yang sangat baik, menyimpan khazanah ilmu yang tidak dimiliki Barat. Diarahkan pakar ilmu mengajarkan buku-buku Greek kepada Yahudi. Mereka semakin berkembang dan maju. Masyarakat dalam Empayar itu dikagumi dunia. Perdagangan mula meluas dengan masyarakat Barat kerana permintaan mereka atas produk negara Islam yang tidak dimiliki mereka. Sehinggalah kurun ke 18, negara Islam jatuh kerana pemimpin Islam yang mula mengamalkan korupsi dan salah guna kuasa. Dan kesilapan Empayar Islam menyebelahi Rusia dan Jerman yang kalah dalam Perang Dunia Pertama. Britain dan Perancis yang menguasai dunia pada waktu itu mula mengamalkan dasar pecah dan perintah. Maka, terpecahlah empayar kita kepada negara-negara tertentu seperti Arab Saudi, Iraq, Iran dan sebagainya. Betapa liciknya mereka, apabila senang-senang meletakkan garisan sempadan negara berdasarkan fahaman yang dianuti seperti memisahkan Sunni dan Syiah. Masyarakat Islam mula memikirkan untuk membangunkan negara masing-masing. Lama-kelamaan timbullah semangat kenegerian sehingga berlaku perselisihan antara negara-negara Islam. Arab Saudi, negara yang tidak diketahui Amerika mempunyai minyak, mula menjadi sasaran, setelah masyarakat Islam menemuinya. Maka, Amerika sengaja menunjukkan sokongan kepada negara Arab untuk dapatkan hasil minyak. Pemikiran bawaan Wahabi disokongnya supaya mereka menumpukan soal agama sahaja dan tidak melibatkan diri secara aktif dalam politik dunia. Yahudi yang sudah membangun kini diberikan tanahnya sendiri oleh UN (PBB), namun ditentang kuat negara-negara Islam. Maka, bermulalah sikap ingin mempertahankan tanah masing-masing sehingga timbul permusuhan. Freemason adalah antara yang merancang semua ini. Dan inilah jawapan kepada mengapa Islam dipandang sebagai terroris dan dibenci, bukan kerana Islam itu lemah tetapi kerana mereka dibayangi dengan kekuatan dan kehebatan Islam suatu ketika dulu dan tidak mahu ianya berulang. Konklusi yang dibuat penulis sangat bagus. Dia mengatakan terima kasih kepada Islam kerana telah memberikan hak sewajarnya kepada seluruh manusia berbilang agama kerana umat Islam yang cukup toleransi, kreatif dan bijak yang seharusnya dipelajari oleh masyarakat bukan Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan