06 Oktober 2006

Mendisiplin diri dalam Ramadhan

Day 13



:: Disebabkan sangat mengantuk, aku terlelap sehingga lewat ke pejabat :: Letih sikit hari ini sebab terpaksa hantar dan ambil dokumen di Bank Rakyat, Bank Negara dan Ampang :: Madam suka sakat aku, dan adakalanya aku membalas dengan gurauan yang ok rasanya (walaupun kadangkala jauh di sudut hari rasa semacam melampau dan tak menghormati orang tua) :: Balik cepat bersama sahabat-sahabat lain :: Hari ini aku tersentuh dengan paparan kisah Kiamat Sudah Dekat mengenai kepayahan ibu bapa mencarikan jodoh terbaik buat anak. Belum tentu yang zahirnya baik itu sesuai dengan si anak dan belum tentu sebaliknya. Memang begitu kebanyakan ibubapa (rasa-rasanya lah) ::

Solat Jumaat di surau Dang Wangi yang penuh dengan jemaah membuatkan ramai yang sering memerhati dan diperhati. Di sini pelbagai gelagat dapat dilihat. Ada yang penyabar (sanggup duduk di hamparan tak berteduh), ada yang pemurah (memberi derma kepada pemungut derma), ada yang biadap (melangkah sesuka hati, siap terlanggar orang lain dan tak meminta maaf) dan sebagainya. Kali ini apa yang terjadi ialah tentang kurangnya disiplin kita. Selalu sangat berlaku saf tak lurus. Sebagai anak muda, mungkin arahan aku untuk ke belakang sikit bagi menyamakan saf orang sebelah kiriku dengan saf sebenar di mana aku berada, tidak diendahkan. Berkali-kali kuulang agar ke belakang tapi tak dihiraukan juga. Sakit hati dibuatnya. Lantas aku terfikir, kita perlukan pengawal saf (barisan) lah. Patut Saidina Umar, pada waktu pemerintahannya, setiap kali solat berjemaah, ada dua orang yang akan memeriksa saf, sebelum Saidina Umar mengimami solat (sembahyang). Ini zaman dulu tau. Nak tunjukkan betapa pentingnya diluruskan saf. Sesiapa yang perutnya terkedepan, akan ditolak dengan sebilah pedang yang digunakan kedua-dua pemeriksa saf, agar di ke belakang sikit. Kan bagus kalau ada dua orang ini di zaman kita.

Disiplin inilah yang memajukan kita. Saf itu adalah simbolik kesatuan. Kalau musuh tengok pun gerun. Tengok cerita-cerita perang, kebiasaannya mereka berhadapan musuh dalam keadaan saf yang lurus dan rapat (e.g. Lord of the Rings). Atau cuba kita tengok perbarisan sempena kemerdekaan. Perasan tak ada satu kumpulan tentera yang akan buat kawat hormat kepada Agong? Lurus betul barisan mereka. Sangat cantik dan gah. Bahkan kita juga nampak betapa berdisiplin mereka. Bagaimana mungkin Agong yang juga manusia dihormat setara itu? Adakah Allah itu lebih rendah tarafnya daripada Agong? Orang Melayu perlu berubah (not a generalisation, most of them). Usah dimarahi orang di sebelah yang merapatkan bahunya dengan bahu kita. Usah dibiarkan kosong saf di hadapan semata-mata untuk mendapat desiran angin kipas. Usah malas memenuhkan saf di hujung dengan membuat saf yang baru. Perhatikan hujung belakang kaki kita agar selari dengan hujung belakang kaki orang di sebelah. Bila berdisiplin, banyak masalah boleh selesai, percayalah...

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular