header-photo

The everlasting freedom is the one with limitation


Inilah kata-kata terakhir yang diucapkan hos tv9 malam tadi. Aku tak pasti apa rancangannya. Menarik kata-kata ini. Dan lebih aku fahami maksudnya bila tengok paparan yang ditunjukkan tv9 mengenai anak-anak gadis yang inginkan kebebasan.

There were two girls yang sempat aku tengok. Masing-masing baru sahaja berumur 20 - 21 tahun. Mereka menyesal atas perbuatan mereka dulu. Sewaktu remaja mereka inginkan kebebasan. Yup, this is what people call freedom. Westerners put it in a light of rights.. the fundamental right of a man. You are free to speak.. to socialize.. to do what u want.. to walk naked in public.. to have free sex.. to enjoy the 'masa muda'.. to do whatever.. as long as u dont disturb others.. as long as it satisfies u.. apa-apa jelah.

Inilah yang adik-adik kita inginkan..mereka tahu perkataan kebebasan. Semuanya banyak diberitahu oleh media massa seperti tv, akhbar dan majalah. Jarang sekali kebebasan itu diterangkan oleh ustaz atau cikgu seperti yang dimaksudkan oleh agama yang kita anuti.

Bila saja agama dikaitkan, maka kita kata itu menyekat kebebasan kita. Jadi, kita memberontak dan mengabaikan batasan yang diberikan. Padahal hakikat kebebasan bukanlah seperti bebasnya burung daripada sangkar. Ia perlu ada batasan. Inilah apa yang dikesali kedua-dua budak pompuan tu.

Disebabkan bebas mereka adalah ikut acuan fikiran sendiri dan ikutan barat, maka mereka pun berani menderhakai ibu bapa. " Go away from my life.." "I'm no more a kid.. i deserve what i want.. nobody should control me!"

Tau tak apa kesan daripada kebebasan yang mereka inginkan? Mereka kini tidak lagi bebas kerana telah melahirkan anak zina, diri terasa terasing, lelaki yang menjahanamkannya melarikan diri, diri rasa bersalah sangat, nak buat apa pun rasa tak sedap. Ya, rasa terpenjara.. so, her freedom does not everlast..

Yang sorang lagi pun sama.. bebas sangat. Dulu berkawan sakan dengan kawan2 dan mula hisap dadah supaya jauhkan daripada masalah. Ok gak dia ni sebab tak campur ngan lelaki bila hisap dadah sebab tahu akan naik syahwat. Tapinya dia telah dirogol oleh sepupu2 lelaki dia yang dia percaya selama ini.

Sekarang dia rasa sangat takut, hidupnya rasa kosong, dadah merosakkan dirinya, dia tak diterima keluarga, dia tak percaya lelaki, dia hilang kebebasan. Dia juga terpenjara.. so, her freedom does not everlast...

Hmm.. memang susah nak kawal diri bila nafsu dah merasuk. So, kita kena ingat2kan selalu diri kawan sekeliling kita. Macam aku ni pun manusia juga, berpotensi jadi baik dan jahat. Kepada kawan-kawan, nasihati juga diriku. Sebab saat iman naik, kita akur bahawa freedom has its own limit tapi saat iman jatuh, we say freedom has no limit..

Andai dapat kutulis takdir nescaya sudah kutentukan yang terbaik buatku...


Aku kembali setelah menyepi cuti beraya. Raya pun tak sakan sangat sebab demam pada raya ke-4 sehingga 3 hari. Macam biasa amalan ziarah menziarahi takkan ditinggalkan. Kalau kecik-kecik dulu, kita nak sebanyak mungkin ziarah rumah orang. Dapat banyak duit. Tapi kini baru aku dapat rasakan hikmah di sebalik ziarah sebenarnya. Kini aku tak kisah kalau sehari hanya 2 atau 3 rumah sahaja beraya kerana perbualan yang lama di satu rumah itu sangat-sangat berharga.

Tajuk entri ini aku ambil dari kata-kata yang dipetik makcik aku daripada cerita hindustan. Ayatnya disambung dengan ...tetapi aku tak boleh melakukan apapun kerana hanya DIA berkuasa menentukan takdir kita. Memang betul, kalau boleh kita nak yang terbaik tapi semua yang sama ada menyakitkan atau menyeronokkan tetap harus diterima seadanya. Kerana takdir itu ketentuan Yang Maha Esa.

Sepanjang hari raya, aku bertemu bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua. Masing-masing dengan ceritanya. Aku juga mengetahui tentang bermacam-macam penyakit seperti sakit buah pinggang, bronchitis acute, kanser otak, parkinson.. semua ini dihidapi saudara mara aku. Aku juga bertemu dengan orang yang baru kenal dunia (bayi berusia belum setahun) dan orang yang meninggalkan dunia (sepupu yang menghidap kanser). Adakalanya kita tak perasan kita seolah-olah menidakkan takdir apabila kita menyatakan, "kalaulah aku dulu selalu bersenam, pasti tak kena sakit ini.." "kalaulah dulu aku ikut cakap doktor jangan mengandung lagi, pasti anakku takkan terseksa..". Jaga-jaga guna perkataan kalau (for something in future, it's a hope..but if its' for something happened, it's a regret)

Bukan sahaja sakit fizikal, ada juga penyakit batin yang aku jumpa. Adik-beradik yang tak sebulu, asyik berbalah. Anak-anak yang tak hormat ibubapa. Saudara yang melebihkan rasa cinta pada kekasih daripada ibubapanya. Nenek yang sanggup berkorban menjaga suami yang sakit dan cucu yang banyak kerenah. Pakcik-pakcik yang bekerjaya hebat dan sangat rendah diri. Dan sebagainya...

Ya, life is a lesson... kita melihat bukan sebagai penonton tetapi sebagai penganalisis. We analyse what happened to people for a lesson to guide us to the right path of life. We shall not critize such people who did wrong in their lives but to grab the fruit of their stories of lives. They are meant for us... yes, i believe that everything surrounding us is a clue for a lesson. We might not take them as a lesson unless we analyse them, think about them, act the best way... coz when people has fallen into a hole in one path, we should find another path to abstain from falling into the same hole.. or to be in the same path but beware of the hole..

Pada hari raya pertama, Zikri kelihatan sangat gembira apabila pulang ke Melaka. Dia sangat ceria dan bersalaman dengan semua orang. Senyumannya semacam. Sewaktu ingin pulang ke Singapore, dia menjenguk dan memanggil pakciknya wawan yang sedang makan di dapur. Terus sahaja wawan berlari berjumpa dia. Ya, mungkin dia sudah tahu inilah saat terakhir dia bertemu semua orang. Aku terkilan kerana tak sempat berjumpanya. Datuk aku pada pagi itu pun menangis sangat apabila berpelukan dengan ayah Zikri. Ya, datuk ku pun seolah-olah tahu akan tanda kematiannya. Tambahan pula semua ahli keluarga Zikri beraya pada hari ini dengan pakaian serba putih. Marilah sama-sama kita bacakan Al-Fatihah dan doa buat saudaraku Mohd Zikri bin Mohd Zaini yang meninggal dunia pada hari raya ke-6 akibat barah otak. Semoga rohnya dicucuri rahmat olehNYA. Setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan inilah yang terbaik buat hamba-hambaNYA yang dinamakan TAKDIR...

Semoga Mak Lang, Pak Lang dan anak-anak tabah menghadapi dugaan ini. Terima kasih kepada Muzammil dan kawan-kawan FMSA yang sudi hadir menziarahi keluarga Mak Lang di Woodlands

Gambar : Zikri dan Mak Lang (kali terakhir aku bertemu dalam majlis pertunangan adik aku)

OoOoOoo Balik kampung

Selamat Hari Raya Aidilfitri




Maaf Zahir dan Batin



Malam ni aku akan bertolak balik kampung, jadi kawan-kawan semua entry dalam blog ini tak dapat dikemaskini untuk tempoh seminggu (sebab takde internet kat kampung) dan aku akan kembali berkarya 28.10.06.

Ramadhan yang berakhir

Day 26

Selepas berbuka dan solat Maghrib, aku terus tertidur sehingga jam 1.45 pagi. Terjaga je aku pun baca sms dalam phone. Sahabat aku sorang ni bagitau betapa sedihnya kisah Qaseh. Macam yang aku agak, mungkin malam ni episod terakhir (tapi tak tahulah). Aku terasa rugi sangat tak dapat tengok. Waktu ni la terfikir macam nak putar kembali masa.

Pernah tak korang bermimpi (rasa seolah-olah terjadi) seperti terlepas final exam. Bila terjaga terasa betapa bersyukurnya sebab sebenarnya tak terlepas pun lagi exam tu. Pernah aku rasa begitu. Bahkan berkali-kali juga aku mimpi kehilangan adik-adik aku. Bila terjaga, Ya Allah bersyukur betul mereka masih hidup.

Betul lah kata Allah dalam surah al-'Asr , "Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian melainkan yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." Macam kisah perenggan dua kat atas takpelah, alhamdulillah tak berlaku, jadi tak rugi. Macam kisah Qaseh tu, kan terbukti ruginya aku. (Mesti ada yang heran apsal lak aku kaitkan kisah Qaseh dengan kerugian yang dimaksudkan Allah kan?)

Mudah je.. macam yang pernah aku sebut. Aku antara pencinta drama Melayu (filem tak banyak yang memuaskan aku -ada la sikit-sikit). Aku perasan dalam (especially) drama-drama Melayu, terlalu banyak pengajaran untuk kita menghadapi kehidupan real di luar ni. Orang kata lakonan cerminan kehidupan sebenar. Ya, ada betulnya. Maka, dengan menonton cerita yang dapat memperbaiki diri (cth: Qaseh - dapat mengajar kita tentang ketaatan isteri kepada suami, ketaatan anak kepada ibu, keburukan mengadu domba / penyebar fitnah etc.), ini sekaligus mengharuskan perbuatan itu. Lainlah kalau dengan menonton tv, kita langsung terlupa mengerjakan perkara fardhu (wajib) seperti solat, taat ibu/ayah yang suruh pergi kedai, atau kita jadi lebih jahat macam pandai mencuri (dengan melihat taktik yang ditunjukkan dalam tv), kurang ajar kepada orang tua (sebab banyak scene tengking menengking anak beranak) dsb.

Inilah yang Allah pesan juga pada kita dalam ayatnya , "mereka itu punya hati tetapi tidak merasa (sensitif dengan keadaan), punya mata tetapi tidak melihat, punya telinga tetap tidak mendengar. Mereka ini seperti haiwan ternakan bahkan lebih teruk daripada itu". Ada banyak juga ayat-ayat lain Allah kata , "apakah kau tak melihat?".

Memang kalau kita tengok cite Melayu, banyak juga scene tak elok macam kurang ajar pada ibubapa, dengki-mendengki dsb. Memang tak bergunalah kalau kita tengok saja je, memang macam lembu yang hidungnya ditarik ke kiri dia pun ke kiri, ke kanan dia pun ke kanan (especially bagi yang tengok perkara jahat, dia pun ikut perkara jahat tu). Sebab tu Allah suruh kita tengok, dengar, fikir (dengan hati) setiap apa yang berlaku di sekeliling.

Jadi, jelas kan? Begitulah yang aku maksudkan dengan aku rugi tak dapat tengok cite Qaseh disebabkan pengajaran dalam kisah itu agak memberi kesan kepada aku (setakat episod sebelum ini). Begitu juga dengan cite Kiamat Sudah Dekat di tv9. Semalam ayah Fandy kata dia tak nak belajar agama kerana baginya agama memundurkan umat Islam. Sebagai contoh, dia bina surau untuk pekerja-pekerja dia tapi masuk kerja lambat dengan alasan solat, zikir, wirid (ada yang tido gak). Begitu juga dengan anaknya yang tak menggunakan studio muzik yang disediakan kerana sibuk belajar agama. Tiada pembangunan, umat Islam menjadi lebih malas dan bodoh. Bagaimana nak atasi orang Barat? Cuba ustaz jawab.. (lepas dia cakap camni, skrin tu tertulis bersambung man...)

Ada benarnya sesetengah kata-katanya. Bahkan inilah hujah yang digunakan orang yang semacam dia juga untuk merendah-rendahkan Islam. Islam itu tak pernah rendah tetapi yang aku iyakan tadi adalah merujuk kepada umat Islam. Yelah, orang bukan Islam akan melihat Islam dengan apa yang ada pada umat Islam. Rasulullah pernah kata, "Islam itu martabatnya tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripadanya." Bila umat Islam tak amalkan ajaran Islam, layakkah kita menjadi contoh baik melambangkan Islam. Alahh, orang pakai tudung pun berzina. Pak bilal pun kena tangkap khalwat. Ustazah pun ada affair.

Kalau camtu juga cara fikiran kita, bila-bila pun kita takkan berusaha jadi lebih baik. Jadi, dengan menonton kisah-kisah yang dicerminkan melalui drama camni, dapatlah kita sedar di mana kita dan siapa kita. Kita perlu bangkit, jauhkan penyakit malas, tambah ilmu, termasuk ilmu ikhlas, dsb. Inilah kebaikan tengok tv kann... betul tak?

Sudah habis Ramadhan?

Day 25


Jika dibilang dengan jari, hanya perlukan satu tangan sahaja dah cukup. Esok Ibu jari dah boleh tutup. Hah, inilah bilangan yang tinggal untuk kita berpuasa. Hoorayyy, inilah yang biasanya budak-budak akan katakan. Sebab akan dapat duit raya, main mercun, pakai baju baru, makan sedap, jalan-jalan, tak sekolah, menyanyi gembira, balik kampung, dah tak lapar dsb.

Ada pula yang kalau boleh biarlah bilangan itu dapat dikira hingga ke jari kaki agar ia lambat habis. Mungkin kala ini dia menangis, sedih meninggalkan Ramadhan. Siapa dia? Para sahabat Nabi sungguh seronok berpuasa sampaikan ada yang nak teruskan berpuasa, taknak tidur, bangun setiap malam, walaupun setelah habis Ramadhan. Apa kata Nabi? Aku berpuasa dan aku berbuka, aku beribadah dan aku tidur... Jadinya, gunakanlah kesempatan yang tinggal untuk buat amal terbaik. Berkat Ramadhan tak sama dengan hari-hari lain. Kita ni yang mana satu, hoorayy ke menangis?

Macam biasa, aku pasti akan terus berikan laporan kisah Qaseh. Malam ni aku rasa lawyer tu terlalu jiwang la. Sampaikan dia selamba pegang tangan Qaseh dan menyatakan dirinya 'terpaut' pada Qaseh. Yang romantik tahap melampaunya, dia minta izin nak kahwin dengan Qaseh dalam mimpi. Ish ish ish, dah agak dah. Memang dia membantu ada udang di sebalik batu. Itu kalau dipandang dari sudut inilah. Dari sudut lain, aku rasa ada baiknya juga dia ber'perasaan' dengan Qaseh. Sebab dia pasti mempertahankan hak Qaseh sebaik mungkin.

Isu undang-undang aku nak sentuh lagi. Berkenaan hak penjagaan anak. Qaseh juga dilarang melawat anaknya. Aku tak pasti ini berdasarkan undang-undang apa. Kalau ikut syariah, kebiasaannya tiada larangan melainkan si ibu itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan mampu memberi kesan negatif kepada anak-anak. Qaseh sebenarnya layak (kalau ikut undang-undang syariah) untuk melawat anak-anak, bahkan untuk mendapat hak penjagaan disebabkan dia memenuhi syarat boleh mendidik anak-anak dengan baik. Arghh, tension lagi dengan cerita ni (tapi suka tengok, cuma tension bab perundangan je..)

Kesedihan Ramadhan

Day 24

:: Dock brief tiada yang menarik melainkan terpaksa tunggu kes ditangguh sementara (stand down) sebanyak dua kali. This is my first time mitigating for the accused :: Zohor dengan hadis menarik tentang kalaulah manusia ini diberikan dua bakul emas, nescaya dia akan meminta untuk emas yang ketiga. Kata ustaz tu, ini memang tabiat manusia tak pernah cukup. Maka, hendaklah kita merasa kaya dengan apa yang kita sudah ada. Itu akan membuatkan kita redha dengan takdirNya :: Pergi seminar undang-undang jenayah, mengantuk, habis jam 6 lebih, tension :: Sedihlah Qaseh hari ini ::

Peliklah aku malam ni, semalam aku cite pasal imam yang aku 'tak suka'. Malam ni pulak lepas Isyak, aku keluar dan menaiki motosikal mencari surau Taman Maluri (sebab rasa tak seronok nak solat - maybe my mindset was wrong in the first place). Sampai saja surau, memang aku dah rasa ok balik. Kena pulak (this is my first time kat sini) imamnya ialah seorang yang buta tapi hafal quran. Subhanallah, memang seronok solat tarawih malam ni.

Qaseh rupa-rupanya berkorban untuk anak-anak dengan sanggup mengaku dia yang mengedar dadah sedangkan itu milik suaminya. Sebagai pencinta drama dan filem melayu yang bermutu (kalau tang ntah apa2 macam labuna labuni tu, taklah), aku masih merasakan pengarah perlu buat research dulu sebelum drama dijalankan. Camnilah cara orang Barat buat cerita. Nampak real sebab it is the same with the reality. Macam itulah yang kita nak.

Ni yang nak kritik membina sket. Adalah tidak logik satu perintah Mahkamah agar hak penjagaan anak-anak diberikan kepada suami tanpa isteri tahu menahu pasal isu ini. Takkan tiba-tiba datang perintah? Dari segi prosedur mahkamah pun, ada sebutan kes dulu supaya pihak satu lagi (isteri) tahu apa permohonan pihak pemohon (suami). Kemudian, pembuktian pula akan berlaku dalam mahkamah, dengan memanggil saksi-saksi dan bukti-bukti dikemukakan. Bukan bermakna proses ni kena ditunjukkan dalam drama, tapi janganlah sampai menampakkan kebodohan seorang peguam dan mahkamah dengan scene tiba-tiba ada perintah mahkamah. Ingat apa? Boleh jual beli ke perintah? Bila tengok Ridwan tu sain dokumen mohon hak penjagaan tu, nampak seolah-olah peguam tu punya kuasa memerintah mahkamah keluarkan perintah. Woit, itu baru permohonan la. Huh, tak puas hati aku.

Imam tarawih Ramadhan mengecewakan

Day 23

Hari ini tarawih rasa tak bersemangat seperti biasa. Sepatutnya di penghujung Ramadhan ini lebih baik tapi? Hmm aku rasa ini ada kaitannya dengan imam. Sudah 2 hari imam tua yang mengimamkan solat. Bacaan kurang jelas, ringkas. Kalau sebelum-sebelum ni, imamnya al-hafiz, bacaan sedap didengar, tajwid hebat, lagu sangat mengkhusyukkan, intonasi bacaan sesuai dengan ayat berbentuk azab atau nikmat. Berdiri lama pun takpe. Bukan nak salahkan imam, cuma aku rasa imam mainkan peranan penting dalam memimpin solat.

Macam trend kat Malaysia, kita kan suka panggil imam Mekah. Kenapa? Sebabnya lebih kurang macam yang aku citer pasal imam muda tu. Walaupun tak berapa faham, kita masih boleh menitiskan air mata (terutamanya dalam doa qunut witir). Makmum tua pun masih boleh berdiri lama dan tak letih. Sepengalaman aku di Masjid Al-Azim, Melaka, qunut witir yang dibawa imam Mekah pernah membuatkan makmum berdiri 45 minit. Dah melampau ni (yelah, imam perlu fikirkan juga tentang golongan tua). Tapi takde sesape pun protes sebab ramai yang tak sedar lamanya berdiri akibat khusyuk dengan doa tu.

Apapun, aku masih tabik pada makmum Masjid Al-Imam As-Shafie, Taman Maluri, Cheras sebab makmumnya tetap ramai sejak dari hari pertama. Ini pengalaman pertama aku juga menyaksikan begini. Biasanya makin menurun bilangan. Tapi di sini 5 saf penuh (panjang saf tu, mungkin dalm 50-60 orang kot satu saf) dan selepas 8 rakaat, 3 saf penuh. Kekal sampai hari ini. Tahniah! Patutlah Agong suka datang sini.

Akibat peristiwa malam ni, aku berfikir perlulah diperbaiki bacaan aku juga. Pertingkat ilmu tajwid. Hayati makna ayat Quran. Perjelas sebutan. Cuba menghafal surah-surah terpilih. Kalaulah korang ada anak ke, adik ke, ajar dia semua ni sejak kecil agar dah besar dia takde problem. Tambah plak dah ramai tak pandai baca Quran. Bahaya tu, tanda-tanda DIA nak 'panggil' kita. At least, kalau tak jadi imam masjid pun, sebagai lelaki, kena jadi imam dalam keluarga. Kalau tak pun, bapak mentua suruh jadi imam. Hah, tergagap la, tercungap la, silap-silap buat-buat rajin pi masjid (supaya dapat elak solat berjemaah di rumah). Malu tak dapat suami camtu? Nauzubillah min zalik...

Mencari Al-Qadr di penghujung Ramadhan

Day 22


Pagi-pagi lepas sahur, terperasan mesej daripada sahabat. Sahabatku ni cerita yang dia dikejutkan dengan tv di biliknya terbuka sendiri pada jam 2.30 pagi. Sudah la tv9 tak pernah dapat, tiba-tiba dapat pula, tambah plak disiarkan (oleh Allah) siaran tarawih di Masjidil Haram. Sebaik sahaja aku baca mesej ni, aku terus membalas dengan mengatakan mungkin petanda Lailatul Qadr. Rugilah aku kalau camtu, sebab aku nyenyak sangat tidur malam tadi.

Sebab apa aku cakap itu mungkin petanda Lailatul Qadr? Sebabnya perkara pelik di hujung 10 Ramadhan ni itu mungkin petanda bahawa kita terpilih olehNya untuk mendapat malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Suatu ketika dulu, waktu tu ayah aku bujang, bangun sahur, ayah aku yang dok sediakan makanan pagi-pagi. Sebaik suapan pertama dimasukkan ke dalam mulut, ayah aku terasa semua yang dimakannya seolah-olah pasir. Terus dibuangnya makanan itu. Dari segi zahirnya, memang tak siapa nampak ada pasir di situ. Tapi ayah aku tak berani nak telan. Maklumlah bayangkan pasir penuh mulut, memang susah kita nak kunyah dan telan.

Sayang...ayah aku diberitahu kemudiannya oleh seorang ustaz (apabila ayahku bertanya) yang itu adalah petanda Lailatul Qadr dan ayahku terpilih. Adalah sebaiknya ayah mengunyah dan menelannya seperti biasa. Subhanallah. Hanya Allah sahaja yang tahu kebenarannya. Apapun, kalau terjumpa perkara pelik, kemungkinannya ada.

Kelas hari ini menarik sebab ustaz perkenalkan satu formula mencari jodoh. Hehe. Seperti yang ditegaskan ayah aku untuk mencari jodoh 5 tahun lebih muda, aku masih mencari-cari dalil kukuh mengiyakan sebab-sebabnya (walaupun aku dah percaya) supaya aku lebih yakin. Ustaz kata, untuk mencari jodoh sesuai, ambil umur lelaki (cth: aku) dibahagi dua dan ditambah dengan 7. Hasilnya adalah umur perempuan yang sesuai. Aku tanya ustaz dari mana dapat formula ini, katanya cikgu sains dia dulu-dulu beritahu. Ustaz aku ni dah tua tau, umurnya hampir 60 tahun, jadi formula ini kiranya formula lama.

Kemudian diceritanya pula waktu umur lelaki mula berfikir untuk poligami ialah sekitar 55. Kalau dari segi grafnya, nafsu lelaki akan menaik sehingga umur 35-40 kemudiannya akan turun sedikit sehingga umur 55, akan naik semula. Berbanding perempuan, dia akan terus naik sehingga umur 45 dan kemudiannya terus jatuh. Maka, di sinilah pertimbangan umur itu juga penting, bagi mengelakkan poligami. Hehe (ustaz ketawa).

Walau bagaimanapun kawan-kawan, jangan risau lah ini semua hanyalah teori. Kebenarannya mungkin boleh disanggah oleh sesetengah orang yang dapat mengekalkan perkahwinan yang membahagiakan sehingga ke akhir hayat sekalipun pasangan mereka sebaya, atau lebih tua. It's up to you lah...

Kebosanan waktu Ramadhan

Day 21

Test hari ini aku tak bersedia sangat. Mujur aku tumpang kereta kawan,dapatlah baca sambil duduk di sebelah. Aku jawab saja apa yang dapat diingat. Habis saja kelas, hujan lebat. Aku terkandas, lepak di Petronas sementara hujan reda, sebelum meneruskan perjalanan balik ke rumah. Esok test lagi. Aku takde mood hari ini nak citer apa. Sori.

Nikmat makan dalam Ramadhan

Day 20


Aku cuti sebab kena jadi pengerusi majlis. Seronok program ini kerana berjaya dijalankan dengan baik. Ahli-ahli panel dan VIP sangat bagus dalam ucapan masing-masing. Dekan Fakulti Undang-undang pun memberikan sokongan padu sampaikan beliau mensyorkan agar dibuat lagi pada bulan Mac 2007. Alhamdulillah. Inilah julung-julung kali program yang dianjurkan para pelajar Diploma Lepasan Ijazah Syariah dan Amalan UiTM dan mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelajar dan pensyarah lain. Sedang hangat sessi soal jawab, masa terpaksa disingkatkan kerana hari ini ada solat Jumaat. Walaupun singkat, sangat bermakna bagiku.

Untuk berkahwin, bukan semudah mengumpul duit, mencari tok kadi, lafaz nikah, dan seterusnya selesai sudah berkahwin. Kalau macam ini, senanglah kan. Kata Rasulullah yang mencintai kita (sejauh mana kita pula mencintainya) ,"sampaikanlah apa yang datang dariku walaupun sepotong ayat". Maksudnya, setiap ajaran Islam yang dibawanya perlu disebarkan walaupun sedikit saja yang kita tahu. Jadi, aku pun ada beberapa perkara nak kongsi dengan pembaca blog ini. Sebab hasil program ini, aku bertambah serius dan lebih faham tentang tanggungjawab yang perlu ada dalam mendirikan rumahtangga. Mungkin tak semua dapat dikongsi (maaf ye).

Seorang ahli panel (ustaz kampong - bak katanya) sangat-sangat menekankan bahawa sebagai umat Islam, kita harus beriman dan yakin terhadap semua ajaran Islam. Itulah katanya pada permulaan bicara. Hari ini, kita sangat terbudaya dengan corak kehidupan Barat. Apabila Islam melarang sesuatu, kita langgar sebab kita kata tak up-to-date, sebab kita tengok Barat maju dengan gaya hidup mereka dsb. Once you say you are muslim, you have to take Islam as a way of life. Bukan sekadar ritual.

Jadi, nikmat sentuhan Islam beri hanya pada suami isteri yang sah. Tapi, kini budaya bercinta, berpegang tangan, berpelukan dsb adalah sesuatu yang normal. Hilang..hilang nikmat yang Allah beri. Sebab itulah banyak perkahwinan akhir-akhir ini tak kekal lama. Kerana nikmat itu ditarik Allah. Apalah nikmatnya perkahwinan bagi mereka yang bercinta sakan seperti itu? Mahu tak mahu, aku percaya dengan teori ustaz ni sebab dia dah 8 tahun mengendalikan kursus kahwin dan menghadapi pelbagai kerenah pasangan berkahwin. Menurut kajiannya, sesuatu rumah tangga itu akan mula kacau bilau apabila masuk bulan ke-21 perkahwinan (ingat, bukan maksudnya semua perkahwinan). Tak percaya? Cubalah perhatikan nanti..(kata ustaz tu).

Teori nikmat sentuhan tu dah lama aku yakin. Analoginya mudah, umpama nikmat makan. Kita tak rasa pun nikmat makan tu melainkan apabila bulan ramadhan. Sebabnya pada bulan ini, kita tahan makan. Nak makan, kita tahan juga. Lapar pun lapar lah (yelah takkan nak berbuka pula). Apabila azan maghrib berkumandang, cuba rasakan nikmat makanan pertama yang dijamah. Terasa sedap dan nikmatnya sukar diceritakan di sini. Maka, samalah dengan sentuhan itu. Hanya apabila kita tahan, kita elak daripada bersentuhan dengan bukan mahram, barulah apabila dihalalkan sentuhan, terasa nikmatnya. Fuhh... Sesiapa yang dah kahwin tu, cubalah kongsi cerita buktikan teori ini betul atau tidak.

Oklah, dah cukup panjang ni. Takut bosan pula para pembaca blog. Jumpa lagi di lain entry..

Ramadhan medan pengukuh ikatan keluarga

Day 19


Masih tak siap-siap lagi hujahan bertulis aku? Dah masuk hari ke-5 aku cuba menyiapkan tapi gagal. Datang pula satu fail baru. Katanya perlu disiapkan hari ini juga. Disebabkan itu arahan partner, aku perlu ketepikan lagi hujahan yang aku buat untuk peguam muda. Satu helaian faks tiba di pejabat bos aku. Aku diminta hadir ke UiTM dalam jam 4 petang untuk persiapan program esok. Bayangkan betapa padatnya masa aku terisi. Dalam masa yang sama, aku ingat dapat la berbual dengan sahabatku yang akan meninggalkan firma ini. Tapi tak kesampaian hajat itu. Aku sekadar dapat mengucapkan selamat hari raya selepas memohon kemaafan atas segala salah silap. Sahabatku, kau banyak membantu aku dalam kerja-kerja pejabat juga dalam berkongsi suka duka kehidupan manusiawi. Terima kasih. Eh, sedihnya seolah-olah tak dapat berjumpa dengannya lagi. Maklumlah, masa ini bukan milik kita. Setiap detik mendatang di luar batasan kawalan kita. Kita tak tahu apa bakal terjadi esok, lusa dan seterusnya. Jadi, bagi aku, hargailah masa yang sedang kita kecapi dengan sebaiknya.

Rupa-rupanya Qaseh dituduh mengedar dadah. Aku rasa dia mangsa fitnah atau dia terpaksa mengaku mengedar dadah demi suami dan anak-anak tercinta. Susah nak jumpa isteri yang sangat taat begini. Esok, aku ditugaskan jadi pengerusi majlis Program Literasi Undang-undang Syariah 2006 "Ketaatan Hak Eksklusif Suami, Nafkah Hak Eksklusif Isteri". Semoga semuanya berjalan lancar.

Menahan amarah sewaktu Ramadhan

Day 18


Skreeett! Hampir-hampir saja aku terlanggar pintu kereta Pajero. Ada ke patut dibukanya pintu tanpa tengok belakang. Kalau buka pintu sebelah kanan (dekat tepi jalan) takpelah. Ini tidak, nasib baik dia minta maaf. Kalau tidak... (astaghfirullah, mana boleh kalau - benda dah jadi, lainlah kalau belum).

Keje banyak hari ini. Bos suruh buat urgent matter yang perlukan research segera. Tapi alhamdulillah, setakat hari ini aku seronok dengan kerja di firm ni. Biarpun berlambak kejenya. Sebab suasana yang harmoni dan saling tolong-menolong juga budaya utamakan amalan agama (majoriti pakai tudung, ramai yang tak tinggal solat..) dan makan-makan (hehehe). Ibu pesan, kalau buat keje, buat sehabis baik (Baik bos!). Yang paling penting, bebas... tak buat keje yang sama setiap hari. Ada saja perkara baru yang membuatkan kepala pecah nak fikir solusi. Seronok ah!

Berbuka posa ramai-ramai lagi. Am dah nak abis minggu ni. So, makan-makanlah. Kali ni kat Pizza Hut (mudah, selesa). Nak decide makan kat mana, kami amalkan konsep Syura (mesyuarat la, bahasa biasanya). Maklumlah kalau boleh, kita nak semua orang suka dengan apa yang kita decide (maknanya semua puas hatila - tak mau la makan hati). Sambil menanti hidangan, main Roda Impian (macam budak-budak la pulak). Tapi soalan yang aku bagi, susah juga diorang nak jawab. Nak tau apa soalannya? Ni dia, apakah makanan yang tidak disajikan dalam Pizza Hut ( _ _ _ _ _ - 5 huruf saja). Teka lah!

Tiga perkara boleh dipelajari dari kisah Qaseh Ramadhan malam ini :

1 - Kasih ibu untuk anak melebihi dirinya sendiri. Kan Qaseh hanya tinggal sebulan untuk hidup akibat sakit paru-paru tapi sengaja tak diberitahu kepada sesiapa kerana tak mahu menyusahkan mereka atau menyebabkan mereka sedih. Biar dia tanggung sendiri. Kepada anak-anak (termasuk diri aku), jahat mana pun ibu bapa kita, mereka tetap ibu bapa kita. Ingatlah kisah sahabat Nabi yang hairan kepada seorang yang selalu memandikan dan menjaga dua ekor babi tu. Rasulullah kata dia dijamin syurga. Sebabnya ibu bapanya disumpah jadi babi kerana kejahatan mereka tetapi anak tetap melayannya.

2 - Jangan mudah terpedaya kisah yang dibawa oleh orang. Walaupun dalam cite ni, dibawakan gambar membuktikan Qaseh curang, itu tetap fitnah. Baru aku faham kenapa mahkamah syariah memerlukan pembuktian yang ketat dalam menerima bukti gambar dan video. Ingat juga kisah Ifk, tentang Saidatina Aisyah yang difitnah melakukan zina. Rasulullah pun hampir terpedaya. Allah pesan kat kita, sekiranya datang kepadamu seseorang (fasik) yang membawa khabar berita, selidikilah dulu. Ini tidak, tak semena-mena Qaseh diceraikan Ridwan. Yang derita, Qaseh juga. Seperti deritanya Aisyah (boleh nangis tau kalau hayati kisah Aisyah).

3 - Kemewahan bukan tanda kebahagiaan. Apa gunanya hidup mewah akibat perkahwinan yang dirancang emak kerana inginkan harta? Memang layak dikatakan Ridwan bacul (tapi aku masih terasa ada sebabnya - mungkin kerana mentaati ibu, tapi kita boleh lawan ibu jika dia melanggar hukum Islam). Mengapa tidak diceraikan sahaja isteri keduanya yang ternyata tidak mampu jadi isteri dan ibu yang baik? Kalau pun takde Qaseh, memang patut diceraikan juga isteri keduanya dan cari saja yang lebih baik. Sebab kebahagiaan itu sangat penting, dunia dan akhirat. Ish..tak patut suami 'tunduk' pada isteri.

Ramadhan meluaskan pintu keberkatan

Day 17


:: Dock-brief macam biasa. Masih takde locus (kelayakan untuk bercakap depan magistret). InsyaAllah minggu depan ada la :: Dua kes saja yang kami wakili, pasal 2 rakyat Filipina yang ditahan kerana visa tamat tempoh :: Ronda-ronda di Jalan Melayu lagi, teringat plak waktu tu yang aku ada keje pending, so terpaksalah tinggalkan kawan aku. Sorang pi post office, aku pi office, sorang lagi patah balik. Kesian gak :: Imam baca ,"Sekiranya dalam suatu kampung, ahli-ahlinya beriman dan bertaqwa, nescaya Aku akan bukakan pintu keberkatan dari langit dan bumi." Maknanya, semua orang dalam satu tempat itu kena beriman dan bertakwalah kan. Jadi, kalau ada yang macam tu dan tidak? Hmm, patutlah orang yang mukmin juga akan terkena bala jika ia ditimpakan di suatu tempat (kalau dia tak pernah berusaha mengajak orang lain turut beriman) ::

Ada seorang peguam ini nak minta ditarik balik jaminan. Penjamin suruh tarik balik dengan mengambil semula duit jaminan RM1000 kerana bimbang OKT (Orang Kena Tuduh) melarikan diri. Malangnya peguam itu tak sempat mendapatkan perintah untuk pulangkan semula wang jaminan, dan OKT tu dah lari. Kesian kan penjamin tu. Dia dah cuba untuk selamatkan duit dia tapi akhirnya hilang begitu saja. (Duit jaminan akan diambil mahkamah jika orang yang dijamin hadir untuk perbicaraan tidak hadir)

Satu lagi kes menarik mengenai seorang penagih kali pertama, yang didenda RM2000 (hukuman paling ringan yang penagih pernah dapat sepengalaman aku). Dia tak ditangkap tetapi dijamin hadir oleh isterinya dengan wang jaminan RM1000. Isteri sarat mengandung 9 bulan. Pada waktu dijatuhkan hukuman, mahkamah pulangkan duit tu. Duit itu buat bayar denda. Masih tak cukup, si isteri terpaksa ke ATM dan hanya dapat bawa lagi RM800. Nasib baik 2 kawan aku PDK (Pelatih Dalam Kamar) yang non-muslim sanggup berikan dia RM200 kerana kesian pada si isteri. Selepas dilepaskan, si penagih tu dimarahi oleh kawan2 PDK kerana tak kesiankan isteri sendiri.

Kejadian menangis dalam mahkamah pertama kali aku tengok. Satu, OKT Filipina yang menangis apabila pertuduhan dibacakan dan dimaklumkan yang dia boleh dihukum penjara 5 tahun atau denda minimum RM15000. Kesian dia tapi kawan aku berjaya dapatkan hukuman 2 bulan penjara sahaja (mesti dia seronok). Satu lagi, mak kepada OKT yang menangis mengenangkan anaknya (penagih) yang sakit teruk dan dah 7 bulan dalam penjara. Hukuman dia hanya 3 bulan penjara. Maknanya dia lepas terus (sebab hukuman dikira dari tarikh ditangkap). Mesti mak dia bersyukur sangat (indian pun ada bersyukur ke?)

Ramadhan bulan al-Quran

Day 16


Aku sakit perut. Tak tahu punca kenapa. Aku bermonolog dengan diri sama ada untuk ke pejabat atau tidak. Disebabkan Madam sangat berharap kepada bantuan aku, terpaksalah aku datang. Akibatnya, sahabat-sahabat sepejabat tak dapat aku layan dengan baik. Mood aku hilang untuk bergurau, berbual, bercakap, senyum pun. Sakit tu membuatkan aku sering ke tandas untuk membuang air, malangnya tiada apa lagi yang ingin dibuang dan ini sangat memedihkan. Otot-otot badan terutama bahagian belakang terasa pedih. Kadang-kadang di perut sebelah kanan, kiri. Kerja masih bertimbun. Risau tak dapat disiapkan.

Aku rasa sangat berdosa hari ini. Aku istilahkan bahwa aku tak SUCI hari ini. Mungkin ini penyebab sakit aku. Untuk menSUCIkan aku kepada fitrah kejadian. Aku menjadi takut. Kawan aku baru sahaja pergi menemuiNYA. Aku takut sebab aku sama saja sepertinya. Aku adalah penunggang motosikal. Memang ajal datang tak kenal siapa dan masa. Cuma aku takut kalau-kalau kematianku sebelum sempat bertaubat. Itu sahaja. Sudahlah aku mati dalam keadaan tak sempat menggembirakan hati ibu ayah. Tambah pula, di akhirat lebih mengecewakan mereka.

Dosa besar jelas dan mampu kita elak membuatnya. Tapi, dosa kecil? Yang bila berkumpul menjadi dosa besar. Ustaz kata orang adil ialah yang tak membuat dosa besar dan tidak melakukan dosa kecil berterusan. Erm, aku belum layak. Orang warak pula ialah orang yang perkara makruh pun ditinggalkannya. Jauh panggang dari apilah aku ini. Bila tengok jerebu teruk sangat, terasa macam nak kiamat pula. Aku pun cakap macam cite ARMAGEDDON tapi aku pasti sahabat-sahabat tak faham maksud aku.

Takpelah, yang penting malam ini aku sangat tenang. Sangat seronok. Sangat ceria. Sangat lapang rasanya. Setelah mendengar ceramah Us. Zawawi Yusof sempena Nuzul Quran, selepas selesai 8 rakaat tarawih. Persoalan penting untuk kita. Di mana kita dan di mana Quran? Dulu, di mana ada Quran, di situlah umat Islam. Di mana ada umat Islam, di situlah Quran. Kehidupan mereka benar-benar berpandukan Quran. Hari ini, Quran telah dipulaukan. Syeikh Muhammad Qutb beritahu 4 cara Quran dipulaukan.

1) Dipulaukan dengan tidak mahu mendengar bacaan Quran
2) Dipulaukan dengan tidak mahu membacanya
3) Dipulaukan dengan tidak menggunakannya untuk rawatan
4) Dipulaukan dengan tidak menggunakannya dalam sistem kenegaraan

Ya, malam ini aku insaf. Esok, lusa, tulat...belum tahu lagi.

Ramadhan ini kau dijemput

Day 15



Sedang dalam kelas, aku dikejutkan dengan berita kematian teman sepermainan sewaktu kecil. Ayahnya adalah kawan baik ayah aku. Tak siapa sangka, secara pandangan kasar, dia tak bersalah. Dia hanya membonceng motosikal kawan, keluar untuk berbuka. Tak semena-mena, satu pajero dipandu orang Cina melanggarnya dan terus lari. Dia meninggal di tempat kejadian. Sedih.. siapa tak sedih apabila anak yang diharapkan tiada lagi di sisi. Seorang anak yang baik dan sangat menghormati orang tua. Aku doakan agar ditempatkannya dalam syurga. Amin...

Selesai kelas, pergi ke Gombak nak tumpang Abang Man untuk majlis iftar bersama peguam-peguam syarie. Bab makan percuma, memang cepatlah kann. Lepas makan segala macam seafood, kami pun pulang. Seronok perjalanan pulang kerana isi perbualan yang sangat bermanfaat. Lagi..aku tak sempat tarawih di masjid. Balik pun dah mengantuk dan letih.

Kepada sahabat-sahabat yang membaca entry ini, tolong sedekahkan fatihah kepada sahabatku, Saiful bin Supar, dan doakan yang terbaik untuknya. Tau tak setiap kali kita membaca fatihah, Allah menjawab setiap ayat kita itu (ada disebut dalam hadis qudsi mengenai ini.. carilah). Terima kasih semua.

Peristiwa-peristiwa Ramadhan

Day 14

:: Aku berbuka seorang diri. Balik kelas, terus pergi KL. Ada kupon Burger King, aku bercadang berbuka di sana lagi. Disebabkan ramai orang, aku pergi Masjid Jamek untuk makan sikit (maklumlah, free). Selepas itu, aku makan puas-puas di Burger King. Lepas tu, pergi mencari sampin untuk ayah di Jalan Melayu. Selesai semuanya, pulang ke rumah kepenatan. Tiga perkara menarik berlaku ::

SATU
Sementara menunggu iqamat Maghrib, aku solat qabliah (solat sunat sebelum Maghrib). Sebelah aku ada seorang mamat yang berseluar jeans, berbaju lusuh, bergaya santai dengan beg sarat dengan barang. Sedang aku rukuk rakaat pertama, bilal pun iqamat (pelik betul aku, takkan tak boleh tunggu sat.. aku kat saf pertama tu). Si mamat ni pun bercakap sorang diri, "Eh, dia ni sembahyang apa? Mana ada sembahyang lepas azan Maghrib" (dibaca dengan nada sinis dan keras). Aku memang dah tak khusyuk.
Hairan bukan? Ermm, masih ada orang tak tahu tentang solat qabliah dan ba'diah (selepas solat fardhu). Akhirnya, aku bersyukur sebab dia bagus. Dia tanya (dalam keadaan sinis) tentang solat apa yang aku buat. Dan aku menjawab (dengan seronok) sebab dia dapat belajar perkara baru. Yess, masih belum terlambat untuk belajar walaupun umur dah 20-an.

DUA
Dalam kesesakan orang membeli-belah di Jalan Melayu, sepasang kekasih berjalan di tepi laluan kenderaan, sambil tangan memegang beg-beg plastik. Satu pakcik ni pun penuh barang tapi menunggang basikal. Mencelah persis motosikal lalu terlanggar tangan minah tadi. Pakcik tu pun berhenti dan mengibas-ngibas tangannya yang sakit (sebab handle dia terlanggar tangan perempuan tu). Begitu juga dengan minah tu. Masalahnya di sini, siapa sakit? Pakcik dan minah tu kan. Si mamat tu sakit tak? Mestilah tak sakit. Tapi dia pula naik berang. Minah tu dah cakap tak apa, tapi dia beriya-iya nak mempertahankan awek dia (yang lebih toleransi dan sabar daripada dia). Pakcik tu dah beredar selepas dimaafkan si minah tapi si mamat kata, "Sakit ni! Kuat dia langgar!". Hah, inikah tandanya CINTA???

TIGA
Aku mencari sampin untuk ayah hampir 2 jam. Memang itulah kepuasan. Inilah masalahnya, sebab aku suka bandingkan harga barang yang sama di setiap kedai yang ada di pasar ramadhan tu. Lepas dah habis survey, barulah aku buat keputusan untuk beli. Dan memang yang aku dapat adalah termurah dan tercantik (bagi aku). Ini yang membuatkan ibu suka ajak aku teman dia membeli-belah sebab boleh lepak lama (kalau ayah, memang takkan layan punya). Anyway, that's how I should treat my mom, even if I've no interest in what she has.

Mendisiplin diri dalam Ramadhan

Day 13



:: Disebabkan sangat mengantuk, aku terlelap sehingga lewat ke pejabat :: Letih sikit hari ini sebab terpaksa hantar dan ambil dokumen di Bank Rakyat, Bank Negara dan Ampang :: Madam suka sakat aku, dan adakalanya aku membalas dengan gurauan yang ok rasanya (walaupun kadangkala jauh di sudut hari rasa semacam melampau dan tak menghormati orang tua) :: Balik cepat bersama sahabat-sahabat lain :: Hari ini aku tersentuh dengan paparan kisah Kiamat Sudah Dekat mengenai kepayahan ibu bapa mencarikan jodoh terbaik buat anak. Belum tentu yang zahirnya baik itu sesuai dengan si anak dan belum tentu sebaliknya. Memang begitu kebanyakan ibubapa (rasa-rasanya lah) ::

Solat Jumaat di surau Dang Wangi yang penuh dengan jemaah membuatkan ramai yang sering memerhati dan diperhati. Di sini pelbagai gelagat dapat dilihat. Ada yang penyabar (sanggup duduk di hamparan tak berteduh), ada yang pemurah (memberi derma kepada pemungut derma), ada yang biadap (melangkah sesuka hati, siap terlanggar orang lain dan tak meminta maaf) dan sebagainya. Kali ini apa yang terjadi ialah tentang kurangnya disiplin kita. Selalu sangat berlaku saf tak lurus. Sebagai anak muda, mungkin arahan aku untuk ke belakang sikit bagi menyamakan saf orang sebelah kiriku dengan saf sebenar di mana aku berada, tidak diendahkan. Berkali-kali kuulang agar ke belakang tapi tak dihiraukan juga. Sakit hati dibuatnya. Lantas aku terfikir, kita perlukan pengawal saf (barisan) lah. Patut Saidina Umar, pada waktu pemerintahannya, setiap kali solat berjemaah, ada dua orang yang akan memeriksa saf, sebelum Saidina Umar mengimami solat (sembahyang). Ini zaman dulu tau. Nak tunjukkan betapa pentingnya diluruskan saf. Sesiapa yang perutnya terkedepan, akan ditolak dengan sebilah pedang yang digunakan kedua-dua pemeriksa saf, agar di ke belakang sikit. Kan bagus kalau ada dua orang ini di zaman kita.

Disiplin inilah yang memajukan kita. Saf itu adalah simbolik kesatuan. Kalau musuh tengok pun gerun. Tengok cerita-cerita perang, kebiasaannya mereka berhadapan musuh dalam keadaan saf yang lurus dan rapat (e.g. Lord of the Rings). Atau cuba kita tengok perbarisan sempena kemerdekaan. Perasan tak ada satu kumpulan tentera yang akan buat kawat hormat kepada Agong? Lurus betul barisan mereka. Sangat cantik dan gah. Bahkan kita juga nampak betapa berdisiplin mereka. Bagaimana mungkin Agong yang juga manusia dihormat setara itu? Adakah Allah itu lebih rendah tarafnya daripada Agong? Orang Melayu perlu berubah (not a generalisation, most of them). Usah dimarahi orang di sebelah yang merapatkan bahunya dengan bahu kita. Usah dibiarkan kosong saf di hadapan semata-mata untuk mendapat desiran angin kipas. Usah malas memenuhkan saf di hujung dengan membuat saf yang baru. Perhatikan hujung belakang kaki kita agar selari dengan hujung belakang kaki orang di sebelah. Bila berdisiplin, banyak masalah boleh selesai, percayalah...

Pembaziran saat Ramadhan

Day 12



:: Lambat pergi keje sebab terlalu letih dan perut meragam :: Teruskan buat hujahan yang belum siap :: Sejak semalam, sahabat aku sorang ni asyik sakit perut (katanya gastrik) dan beriya-iya minta aku doakan untuknya sihat. Hmm, bila orang minta camni, ia dah jadi amanah plak untuk aku doakan. Semoga Allah makbulkan doa orang-orang yang mendoakan kesejahteraan sahabatnya :: On the way back, while crossing the street, I met two couples, the men are malays and the women are orang putih gitu. I'm of no view that they are married couples. Muka pun budak-budak lagi. Siap gaya berlagak je bawa minah omputih tu. Holding hands to show their great loves la kononnya. I've tried to think positive but my wise don't say so. So, what? Bebasnya hidup..erm, bulan Ramadhan plak tu. Tell me if you can rationalize it okay (open for suggestion) :: Letih betul la badan, macam biasa Kiamat Sudah Dekat tengok aku :: Imam baru kat masjid. Sedap bacaannya. Lagunya bukan main lagi. Imam baca ,"Wahai orang-orang beriman, jangan kau haramkan apa yang dihalalkan kepadamu dan janganlah bertindak melampau, sesungguhnya Allah tidak menyukai golongan yang melampaui batas." Hah, kalau dibolehkan beli dan makan makanan jelas halal (yang dibeli di bazaar Ramadhan), janganlah nak menghalang atau mengharamkan plak orang pergi membeli (kalau la ada orang camni..entah tak taulah ada ke tak?). Cuma yang nak kena ingat kat sini, jangan melampau beli makanan sampai terbazir. Tak gitu? Uishh.. perut kita ni bukannya boleh masuk makanan satu kontena, jadi makanlah berpatutan. Duit yang jimat tu boleh beli baju raya plak.Hehe. ::

Memang betullah kata-kata sahabat ofis (buat masa ini), Ridwan tu dayus. Eh, sape yang tak tengok kisah Qaseh mungkin tak tahu. Sori. Walaupun camtu, aku masih merasakan ada sebab dia jadi macam tu. Sebelum tengok cite ni, aku tertarik pasal Akta Bahasa Kebangsaan yang hendak dipinda dengan memasukkan klausa mengenakan denda RM1000 kepada pemilik iklan yang tidak mengikut disiplin bahasa yang betul. Tahniah Rais Yatim atas keprihatinan anda. Makcik aku keje DBP dan pernah aku tanyakan soalan "mengapa tidak diambil tindakan kepada pemilik-pemilik iklan yang merosakkan bahasa?" pada tahun 2001 tetapi dia hanya menjawab DBP tiada kuasa. Hah, apa lagi selepas ini bolehlah saman. Bagus macam ni. Opss, dalam blog ni kenapa tak jaga disiplin bahasa? Ok, jawapannya camni. Aku merasakan ada sesentengah entry perlu betul-betul menjaga disiplin tu tapi sesetengah lagi menggunakan bahasa pasar. Bahasa yang menjadi bualan. Sebab aku rasa semacam berbual kalau tulis dalam entry camni. Terpulanglah, yang penting untuk urusan rasmi atau penting, penggunaan bahasa memang perlu dijaga. Hidup Bahasa Melayu!

Kegembiraan dikongsi bersama ketika Ramadhan

Day 11



:: Dah tak bersemangat plak nak bangun sahur tapi kesian la nenek dah bangun memasak, makan jelah :: Sejak semalam aku dah gosok baju untuk keje. Hah, nak pi keje bersemangat la. Sebab.. (hmm, nanti aku ceritakan kat bawah) :: This is my first day to write a submission for a case. Fuhh, sakit kepala jugak. Mujur ada kekawan yang dah expert (syabas betti..) yang leh tolong menjawab semua soalan aku :: Tak dapat tengok Kiamat Sudah Dekat, tapi takpe sebab dapat berseronok dengan kekawan hari ini. Sempena meraikan seorang sahabat dah abis chambering, kami ramai-ramai pi celebrate kat Midvalley. Yup, celebrate atau dalam bahasa eloknya, iftar jamaie (berbuka posa beramai-ramai) :: Balik-balik je memang tak sempat pi tarawih, so tak taula imam baca apa malam ni (sori ek tak dpt kongsi mcm selalu) :: Rehatkan diri sambil tengok nasib Qaseh (walaupun sekejap terjaga sekejap tertido) :: Tidur yang sangat lelap ::

Tahniah, sahabat! Dalam tak sedar, sekejap je rupanya 9 bulan kann? Agak aku lah sebab aku ni yang masih tak banyak belajar pun dah masuk 4 bulan kat opis. Tepat jam 4.30 petang, kitorang pun wish her congratulationssss (walau hakikatnya dia bukannya takde dah esoknya). Naik kete terus pi Midvalley mencari restoran Nandos meraikan kejayaannya (ohh seksa gak buat decision nak makan katne). Asyik betul kitorang bergambar. Nasib baik zaman kini ada kamera digital, tak perlu berfikir untuk tangkap gambar apa, angle mana, berapa banyak dsb. Kek yang dibeli pun sedapp sangat. Seperti yang pernah aku beritahu, aku selalu terfikir, kan seronok kalau kita ni kuat makan, pasti puas orang yang menjamu. Kalau boleh, aku nak makanan yang terhidang licin dimakan tapi apakan daya, tak terdaya.. sori sahabat.

Habis makan, balik..sronok betul dapat naik kete baru abg Man. Lagu pun menikam kalbu..hehe. Bila difikirkan apa yang berlaku malam ni, aku dapat rasakan inilah satu cara group binding. Kalau istilah arabnya, ukhuwwah. Sangat penting tau group binding ni. Kata Abg Man, sebelum ni taklah camni bebudak chambering. Sejak akhir-akhir ni je yang sangat seronok. Dan bagi aku, memang sangat perlu perkara gini. Sebab bila kita seronok-seronok, dan ada masanya berkongsi duka, bergurau senda, bergaduh, tegur-menegur, inilah pengikat tali persaudaraan. Ada sesetengah orang lebih rapat dengan kawan-kawan berbanding keluarga disebabkan elemen-elemen group binding tu takde dalam keluarga. Tak ke rugi kalau camtu? Bila ada problem, anak-anak lebih percaya kawan-kawan untuk membantu. Sebab itulah kita kena biasakan diri untuk menerapkan elemen-elemen ni dalam diri supaya suatu hari apabila kita pula berkeluarga, elemen-elemen group binding tu dapat diamalkan. Taklah jadi isteri lebih rapat dengan teman pejabat daripada suami sendiri. Atau sebaliknya... Cehh, cakap macam orang dah kahwin. Hehe. Hmm, sebelum kahwin la kena berjaga.

Pengiktirafan Islam dalam Ramadhan


Day 10

:: Dock brief hari ini sekejap saja. Court 1, tempat aku ditugaskan hanya ada 3 kes. Selesai je, aku jenguk ke Court 2, magistretnya digeruni ramai. Bila tengok prosiding (prosedur mahkamah dalam perbicaraan) dijalankan, ok je rasanya magistret tu. Kesian kawan aku budak Cina yang ditegur (ok je cara tegur dia, taklah seteruk yang diceritakan orang) sebab menggunakan bahasa rojak 'di-hospitalize-kan' :: Habis prosiding mahkamah, aku dan Hazmi macam biasa akan merayau (kalau bukan bulan posa, pi minum). Kali ni ke KLCC, Kinokuniya, baca buku (it is fun having this kind of routine) sambil menyaksikan persembahan Angklung di ruang legar :: Lepas Zohor (memang kena ada kat ofis Pusat Bantuan Guaman pukul 2), kami keluar lagi, kali ini nak cari mana-mana mahkamah tinggi yang buat perbicaraan penuh. Ya, kami dapat tengok satu kat Mahkamah Sesyen, kes kerajaan lawan PKPM (pernah dengar? ni kes rompakan senjata yang pernah bising dulu) tapi the trial was very dull because the DPP (Pendakwaraya bagi pihak kerajaan) and the witness, IO (investigating officer -police) in the examination in chief (sessi soal-menyoal yang selalu tengok dalam drama tu) seem to be unprepared. Yup, very unprepared..sampaikan hakim terpaksa susun balik ayat DPP untuk disoal kepada saksi. Saksi pula nampak sangat tak konfiden dan ambil masa terlalu lama untuk menjawab sesuatu soalan..he was so blur..macam berkhayal plak :: Yahoo, tiket balik ke Melaka dah dapat, tak sabar jumpa ibu, ayah, abang dan adik :: Imam baca , "Hari ini Aku sempurnakan agamamu dan Aku cukupkan bagimu nikmatKu dan Aku meredhai Islam sebagai agamamu." Sempurna sudah ajaran Islam, ya agama yang dinamakan sendiri oleh Allah (tiada agama lain yang punya nama yang diberikan Tuhannya), maka pastinya lengkap satu pakej cara hidup untuk kita. Tinggal kat kita je nak tengok ke tak pada 'Kit' yang disediakan.. ::

Buku menarik yang aku baca di Kinokuniya, What Does Islam Means? karangan Murray (tajuk tu aku tak berapa pastilah, sori, pada asalnya aku nak catit tapi tak bawa kertas). Anyway, yang perlu kita tahu ialah bukan orang Islam yang mulakan sikap benci-membenci sama agama lain. Bermula dari Sepanyol, apabila puak Kristian berkuasa, gereja-gereja cuba menyempitkan pemikiran penganutnya dengan cara menghalang pendidikan diberikan kepada rakyat. Pada kurun ke 11 itu, pihak Kristian mula menghalau masyarakat Yahudi daripada penempatan di Sepanyol. Mengikut sejarah, Yahudi tidak pernah bermusuh dengan sesiapa selama 1800 tahun. Maka, Yahudi ini ramai yang melarikan diri ke negara-negara Islam seperti Morocco. Kehidupan masyarakat Yahudi dan agama lain sangat aman dan damai dalam negara Islam di bawah pemerintahan Empayar Uthmaniyyah. Hak mereka dijamin dan dilindungi oleh khalifah secara terus. Penulis menyatakan betapa toleransi umat Islam sangat tinggi pada waktu itu kerana ajaran Islam telah meresap dalam kehidupan umat Islam. Dek kerana toleransi, bukan sahaja Kristian, bahkan Yahudi, diberikan pendidikan. Mujur negara Islam mempunyai perpustakaan yang sangat baik, menyimpan khazanah ilmu yang tidak dimiliki Barat. Diarahkan pakar ilmu mengajarkan buku-buku Greek kepada Yahudi. Mereka semakin berkembang dan maju. Masyarakat dalam Empayar itu dikagumi dunia. Perdagangan mula meluas dengan masyarakat Barat kerana permintaan mereka atas produk negara Islam yang tidak dimiliki mereka. Sehinggalah kurun ke 18, negara Islam jatuh kerana pemimpin Islam yang mula mengamalkan korupsi dan salah guna kuasa. Dan kesilapan Empayar Islam menyebelahi Rusia dan Jerman yang kalah dalam Perang Dunia Pertama. Britain dan Perancis yang menguasai dunia pada waktu itu mula mengamalkan dasar pecah dan perintah. Maka, terpecahlah empayar kita kepada negara-negara tertentu seperti Arab Saudi, Iraq, Iran dan sebagainya. Betapa liciknya mereka, apabila senang-senang meletakkan garisan sempadan negara berdasarkan fahaman yang dianuti seperti memisahkan Sunni dan Syiah. Masyarakat Islam mula memikirkan untuk membangunkan negara masing-masing. Lama-kelamaan timbullah semangat kenegerian sehingga berlaku perselisihan antara negara-negara Islam. Arab Saudi, negara yang tidak diketahui Amerika mempunyai minyak, mula menjadi sasaran, setelah masyarakat Islam menemuinya. Maka, Amerika sengaja menunjukkan sokongan kepada negara Arab untuk dapatkan hasil minyak. Pemikiran bawaan Wahabi disokongnya supaya mereka menumpukan soal agama sahaja dan tidak melibatkan diri secara aktif dalam politik dunia. Yahudi yang sudah membangun kini diberikan tanahnya sendiri oleh UN (PBB), namun ditentang kuat negara-negara Islam. Maka, bermulalah sikap ingin mempertahankan tanah masing-masing sehingga timbul permusuhan. Freemason adalah antara yang merancang semua ini. Dan inilah jawapan kepada mengapa Islam dipandang sebagai terroris dan dibenci, bukan kerana Islam itu lemah tetapi kerana mereka dibayangi dengan kekuatan dan kehebatan Islam suatu ketika dulu dan tidak mahu ianya berulang. Konklusi yang dibuat penulis sangat bagus. Dia mengatakan terima kasih kepada Islam kerana telah memberikan hak sewajarnya kepada seluruh manusia berbilang agama kerana umat Islam yang cukup toleransi, kreatif dan bijak yang seharusnya dipelajari oleh masyarakat bukan Islam.

Mencari untung Ramadhan

Day 9

:: Sedondon pakaian budak chambering hari ni kecuali seorang, serba coklat, sayangnya takde kamera :: Pulang dari pejabat, terpegun tengok perempuan bawa motosikal depanku. Mencilok sana sini, sambil sempat mengambil telefon dari poket seluar (tangan kanan masih pegang pemulas), di celah-celah kereta. Hmm, kasut tumit tinggi pulak tu :: Ada sorang lagi perempuan aku terjumpa di bulatan Kg. Pandan, skuterpink. Yang ni sangat sopan di jalanraya (bahkan orangnya macam sopan..hehe) tak cilok pun. Di kakinya (kan skuter ada ruang sket kat kaki) diletakkan beg barang (mcm baru lepas shopping). Dua keretamenghimpit dia, aku pulak yang risau, nasib baik dia orang yang tenang (walaupun kaki dah gelabah sketsebab tempat untuk dia letak kaki kan dah sempit, jadi macam nak terjatuh plak nampak, kaki dia dahnak dijejakkan ke jalan). Tapi semuanya ok. :: Dua perempuan yang berbeza kan, kata orang perempuanyang pandai bawa motosikal di kl ni adalah perempuan yang sangat berdikari (setuju?) :: Imam baca malam ni ,"wahai orang-orang beriman, sesungguhnya solat itu telah ditetapkan masanya", jadi kita kenalah peka sikit pasal waktu solat tu dah masuk. Kekadang tu kita sengaja lewatkan solat, mentang-mentangmasa itu agak panjang (terutama Zohor dan Asar).Ish ish ish kena berubah ni ::

Dekat dengan bazaar yang jual popia pak ya tu (pernah aku ceritakan dalam entry lepas), ada kedai motosikal.Aku pergi tukar tayar, pandai tak diorang ni. Aku nak tayar FKR (murah) tetapi diorang tak check awal-awal.Dah siap keluarkan tayar aku yang botak tu, baru diorang cari. Dah takde, jadi terpaksa beli yang mahal sket, jenama DUNLOP (berbaloilah kann..). Cina memang pandaila cari untung. Kita Melayu pandai tak? Pandai gak tapi kita ada halal haram, kita kena jujur, kita kena beritahu awal-awal apa yang ada dan apa yang tidak (ke malas?), kita tak boleh terlalu menekan customer (betul ke? selalu je orang melayu jual barang lebih mahal), buat keje mesti sehabis baik (tapi tak dapat tandingi servis orang cina lagi).. semua ini masih teori, praktikalnya??? (anyway, tak semua macam ni)

Kukenali diriku dalam Ramadhan

Day 8


:: Dua perkara menarik ustaz cerita :: Saidatina Fatimah pernah mengelilingi Saidina Ali 70 kali untuk mohon maaf sehingga Ali yang sudah memaafkan akhirnya tergelak mengenangkan perangai Fatimah (so cute kan..memang Fatimah tu macam teruk sangat rasa bersalah sampaikan camtu. Tp nampak gaya macam pasangan romantik plak..bergurau senda kot. Bukan semata-mata minta dimaafkan tp hendak menceriakan kembali Ali.. fuhh, romantik tak?) :: Yang ini pelik sikit, tak pernah dicerita kepada umum oleh yang tertimpa pengalaman ni. Seorang hakim syarie pernah ditunjukkan kepadanya tubuh badan seorang perempuan yang membuka pakaiannya dalam mahkamah untuk mengatakan, "saya yang macam ni dah ada pun tak cukup lagi?" (pelik tak? lagi pelik dia tak didakwa menghina mahkamah. Kalau dalam sivil tu dikira penghinaan gak tu.fuiyyoo..mungkin hakim tu pun terkejut kot. Lepas-lepas ni, kalau berlaku lagi mungkin dia akan kenakan hukuman menghina mahkamah gak) :: Perkara yang sama berlaku kepada seorang mufti gak kerana si perempuan sangat berminat dengan mufti itu (melampau betul.. so, jaga-jagalah kalau orang minat gilerr kat kita.hehe.tapi ni kes special la.tak pernah lagi dengar kes macam ni) ::

Kenapa aku memilih gambar di atas? Sebabnya dalam bulan Ramadhan ni, aku terhimbau kisah silam. Sewaktu aku adalah orang bergelar. Waktu itu aku ramai kawan. Ada yang sebaya, senior juga junior. Memang ramai yang rapat, bahkan sanggup membantu tanpa dipinta. Seronok betul waktu itu. Kata-kataku juga disokong selalu, bahkan dipuji pula. Namun, semua itu rupa-rupanya mainan kehidupan. Setelah aku tekad menghilangkan gelar itu, apa yang dahulunya aku nikmati banyak juga yang hilang. Biarlah apa orang nak kata tapi yang penting ada hikmah di sebaliknya. Aku lebih mengerti maksud persahabatan. Tak semua orang berkawan dengankita kerana siapa kita sebenarnya. Maksud aku, aku yang seadanya. Ada yang berkawan kerana pangkat dan gelar.Tanpa itu semua, hilanglah segala-galanya. Terima kasih Allah kerana menunjukkan kepadaku siapa sahabatsebenar yang benar-benar berkawan dengan aku yang seadanya, bukan kerana hartaku (taklah banyak), pangkat(dah tiada dah pun), rupa (tak kekal lama), retorik kata-kata (dah tidak bersyarah, so takdelah) atau lain-lain. Memang aku selesa berada di bawah, kerana orang yang masih berkawan denganku sama ada aku di bawah atau di atas, sewaktu senang atau susah, sewaktu dipuja atau dihina, sewaktu dijunjung atau dipijak, sewaktu ditarik atau ditolak, adalah sahabat sejati yang takkan aku lupa. Terima kasih sahabat..

Learn it in Ramadhan

Day 7


:: I was too tired for the hectic day yesterday. Sorry ibu, I don't attend my class today :: Today is the meeting for Palestinian issue but only three of us can make it. Nothing much discussed (Think of lending my hands to those in needy) :: Have a look on tubeless tyres and luggage box for my kid (hehe, my Modenas). Need more money, huh :: I am amazed with a long queue for Popia Pak Ya (so famous ka?). Want to try (but later) :: Imam baca , "Dan apabila kamu tekad, maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Dia menyukai orang-orang yang bertawakkal." :: Study..study.. tomorrow test la. Banyak nak kena hafal (sambil-sambil tu tengok cerekarama..hmmm) ::

Kat masjid ada orang minta derma untuk bina semula madrasah di India. Ramai bagi derma. Yang sangat menarik perhatian, budak kecik (rasanya dalam usia 2 @ 3 tahun) berpakaian jubah putih bersama ayahnya yang sedang dukung adiknya, meletakkan duit ke serban yang terbentang tu. This is what we should do (yup, later). Melentur buluh biar dari rebungnya. When he starts feel happy to do so, he will keep on doing it. Risau plak bila memikirkan generasi akan datang. Kalau hari ni dah teruk, akan datang lebih terukla agaknya.

Aku rasa ibu menangis tengok cerekarama sebab nasib ibu semacam Tijah gak (when it comes to how her mother treats her). Yalah, anak kandung yang ditirikan (istilah yang aku suka guna bagi merujuk kepada ibu). It's hard to be in her shoes. Hmm, aku nak cerita lebih rasa tak elok pulak. Cukuplah setakat ni. This is why I've made a very tough decision for those who put a great hope on me in leading them ahead, when people curse me, people look down on me, people yell at me, just for the sake of my mother, my father, my family. It's me who has to change the fate (if u call it so) after people (including 'the insiders') tried to pretend that they don't hate my brother for what he did. It's me who should take place of the first son to make people proud of my family (especially 'the insiders'). Nobody to be blamed, except me if I don't seize 'the moment' for a great change in our lives.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...