Salam Aidiladha dan Selamat Tahun Baru kepada semua pencinta blog. Tahun baru, banner baru. Maaf tak dapat tunai janji untuk update blog selepas 4 hari cuti. Sepupu-sepupu aku asyik online sampai aku tertidur menunggu giliran (selama 2 hari).
Hari baru tahun baru, pasti orang akan tanya pasal azam baru. Yang pasti, kalau orang tanya aku, waktu tu baru aku nak pikir. Aku terasa macam ramai gak camni (especially bila wartawan tv tanya, ceh masing-masing pasti beri azam POWER!).
Sama gak macam lepas abis exam. Eh, menyesalnya aku tak belajar awal-awal. Sem depan, aku mesti belajar awal-awal. Aku nak jadi lebih rajin, aku nak ulangkaji setiap hari. Bila dah mula sem baru, perangai sama berulang. Final exam selepas itu pun kita akan cakap perkara sama.
Eh, sori kalau aku cakap ni tak kena dengan diri korang. Kalau yang tak kena tu, maknanya korang memang BAGUS. Macam aku, azam ni akan wujud bila ditanya atau bila nak tulis diari. Kalau tak, memang takde azam.
Sebabnya azam ni kan pada aku macam iman gak la. Kejap naik kejap turun. Bila naik, memang MANTAP. Solat tak tinggal, zikir panjang, doa menangis, mata tak tengok maksiat, mulut terjaga kata, dsb.
Waktu iman tinggi, macam itulah kita. Dan iman tu tak perlu tunggu tahun baru. Jadi, azam pun tak perlu tunggu tahun baru. Bila iman (atau semangat) tinggi, pasti akan berubah. Aku yakin perubahan apapun yang ingin dilakukan bergantung pada iman.
Cuma bila orang tanya, pastilah kita jawab yang baik dan positif. Macam ditanya pada artis, nak calon suami camana, diorang akan jawab, yang soleh, boleh bimbing mereka, baik dan sewaktu dengannya. Walaupun artis itu macam tak cukup duit nak beli baju, tarik depan, belakang terangkat, tarik belakang, depan terangkat.
Tapi bagi sesiapa yang memang ada azam, at least, dia sudah berusaha untuk meningkatkan iman dia, untuk berubah ke arah lebih baik, walaupun dia kemudiannya tak melaksanakannya.
Atau sesiapa yang takde azam, dia juga masih bagus andai dia berubah menjadi lebih baik walaupun pada asalnya dia langsung tak menyatakan azamnya untuk berubah.
Maka, nak jadi baik, atau sebaliknya, semuanya bergantung pada hati, bukan lisan yang berkata. Lebih baik diam daripada berkata. Sebab perubahan bukan pada perkataan tetapi perbuatan.
"(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui." [Al-Anfal (8):53]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan