06 Januari 2007

Tidak kusangka



Asyik-asyik balik kerja lewat, lepas solat maghrib tengok Buletin Utama, lepas tu Isyak, tidur. Alhamdulillah hari ini aku dapat balik awal, dapat pergi ziarah kawan patah tulang belakang. Dia terjatuh dalam jeram.

Bila ziarah dia, nampak sihat, dia tetap ceria, bergelak ketawa. Ramai juga yang jenguk dia. Alhamdulillah takde langsung komplikasi pada sistem saraf. Kata dia, mungkin sebab dia pergi urut sebelum tu. Moga dia cepat sembuh.

Balik rumah solat maghrib. Lembaran al-Quran dibuka pada tempat terakhir kubaca. Sekarang aku cuba biasakan diri untuk membaca al-quran dengan tafsirnya. Ini semua gara-gara AM yang menceritakan tentang sorang budak pompuan, adik kawan dia, amalkan camni. Memang BAGUS.

Surah An-Nisa' ayat 72-73 menarik perhatian aku. "Dan sesungguhnya di antara kamu ada orang yang sangat berlambat-lambat untuk ke medan peperangan. Maka jika kamu ditimpa musibah dia berkata: Sesungguhnya Tuhan telah memberikan nikmat kepadaku kerana tidak ikut berperang bersama mereka."

"Dan sunguh jika kamu beroleh kemenangan daripada Allah, tentulah dia akan berkata seolah-olah tiada hubungan kasih sayang antara kamu dengan dia : Sesungguhnya kalau aku ada bersama-sama mereka, tentu aku boleh dapatkan kemenangan yang lebih besar."

Memang sifat kita suka kata 'kalau'. Kalau aku tak pergi ke jeram tu, mesti tak jatuh. Mujur ayat ni tak terpacul keluar daripada kawan aku. Bahaya rupanya cakap 'kalau' ni seolah-olah tak redha dengan takdir.

Ayat 78 seterusnya menyatakan "Di mana saja kamu berada, kematian akan tetap mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada di sebalik benteng yang tinggi lagi kukuh."

Hah, kalau dah ditakdirkan kawan aku tu terjatuh, memang itulah takdirnya. Sama seperti kisah dalam quran ini, kalau memang ditakdirkan mati, tetap akan mati, sama ada di medan perang atau tidak.

Jadi, sama-samalah kita mendidik diri untuk menerima nikmat dan bencana yang berlaku dalam kehidupan ini adalah takdir yang ditentukan. Benarlah kata-kata Allah...

Tiada ulasan:

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular