Sewaktu aku berkira-kira untuk melepaskan jawatan peguam yang dipegang selama seminggu pada bulan Mei lepas, banyak pesanan yang disampaikan bos kepada aku.
"Saya rasa perlu berikan masa muda yang penuh tenaga ini untuk kerja dakwah demi Islam"
"Baguslah begitu tapi saya risaukan sesuatu.."
Bos aku amat risaukan satu perkara. Dia bimbang kalau-kalau aku salah buat keputusan demi kepentingan diri. Bukan kepentingan umat Islam.
Bukan mudah untuk asingkan kepentingan diri dan kepentingan umat apabila kita bergelumang dalam dunia kesukarelawanan ini. Katanya juga kalau salah niat, gerakan yang cuba dibentuk untuk umat sukar mendatangkan kesan baik dalam diri penggerak lain dan umat.
Satu perkara itu ialah 'Haibah'. Kehebatan diri. Melakukan kerja amal untuk nama. Agar nama dikenali ramai. Agar orang kenal siapa SUHAIL.
Jika itulah matlamat dalam perjuangan aku, aku pasti KALAH. Dalam tak sedar, aku boleh terperangkap. Asyik berkata tentang diri sendiri dan sebagainya. Hinggakan pada satu tahap aku seronok memimpin dan tak mahu mengalah dengan individu atau organisasi lain.
Pendek kata, pantang kalah dengan apa yang orang lain buat. Bahkan jika diajak bekerjasama, dirasakan tidak perlu kerana aku sendiri boleh buat. Macam-macam lagilah andaian 'bahaya' yang boleh menimpa aku dinyatakan oleh bos.
Kini aku telah membuat keputusan dan aku dapati hal ini ada benarnya jika tidak berhati-hati. Aku mohon dengan sangat agar Allah muliakan aku di sisiNya bukan dengan cara manusia yang memuliakan aku melainkan aku dikurniakan Allah kekuatan menahan pujian dan bangga diri.
Aku mohon saudara, sahabat, teman dan kenalan selalulah berikan kata nasihat dan teguran juga tunjuk ajar dalam aku mengharungi liku-liku hidup untuk menjadi pejuang di jalanNya.
2 ulasan:
mendidik hati agar tidak hanyut dalam pujian manusia tidak mudah. yang penting kita tahu pengiktirafan siapa yang kita perlukan. untuk mengecap pengiktirafan dari ALLAH, pujian dari manusia seharusnya tidak melalaikan. Redha ALLAH yang paling utama dalam setiap pekerjaan yang dilakukan, terutama dalam landasan yang anda pilih. semoga ALLAH melimpahkan redha-NYA dalam setiap perkara yang kita lakukan
Amin. Semoga Allah mendidik hati ini menjadi lebih redha atas setiap perkara yang berlaku.
Catat Ulasan