Ada sekumpulan pelajar dari universiti sekitar Lembah Klang datang menemui aku baru-baru ini. Ini adalah kumpulan keempat yang datang berbincang dengan aku untuk merancang program ke China.
Kumpulan pelajar perempuan ini datang dengan bakul yang kosong. Maka, mudahlah aku mengisi bakul itu. Dan sudah pasti mereka tidak perlu bersedia lebih kerana kedatangan mereka adalah untuk perbincangan awal.
Berbanding kumpulan sebelumnya, mereka datang dengan bakul berisi. Jika bakulnya berisi, sudah pasti aku akan tanya apakah isinya. Alangkah malang nasib mereka kerana isi yang diceritakan rupa-rupanya tiada dalam bakul.
Maka, jangan marahlah jika anda ditegur dengan agak tegas. Sekiranya anda menyediakan kertas cadangan, pastinya kertas itu hasil daripada kajian awal anda berkenaan info dan fakta asas yang membolehkan objektif program tercapai.
Jika kertas kerja hendak ke China aku dapati adanya perkataan Kemboja, apakah maksudnya? Copy & paste. Mudahnya kerja korang ya. Jika tiada seorang pun boleh berbahasa Cina, boleh ke nak buat program bakti siswa seperti di sini?
Dan jika anda juga ingin ke China untuk program jalan-jalan, silalah cari agen pelancongan.
Aku berminat untuk membantu mereka yang ingin berbakti kepada manusia lain dengan perancangan jangkamasa panjang. Bukan Touch n Go.
Mahasiswa bukan begini sepatutnya, mereka harus proaktif, kreatif dan mandiri. Pemimpin ialah orang yang boleh memimpin dan dipimpin. Mujurlah mereka masih dalam proses menjadi pemimpin, kesalahan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan