28 Ogos 2010

Arak sudah halal

Pada bulan Ramadhan, sudah jadi kebiasaan pihak masjid menjemput imam-imam Arab untuk memimpin solat tarawih. Kebiasaan ini dijadikan alasan untuk lebih khusyuk dan puas menunaikan ibadah solat bersama Pak Arab ini.

Memang ada baiknya begitu. Namun, jangan disangka apa saja yang dibawa oleh orang Arab, ianya pasi Islamik. Seperti suatu ketika dulu, apabila disko mendendangkan lagu Arab untuk berjoget dirasakan lagu Islamik. Yalah, diungkapkan kata 'Allah..Allah.." sedangkan ucapan itu biasa menitir di bibir Arab kafir juga sebenarnya.



Di Malaysia, bagi aku banyak juga perkara negatif yang dibawa Pak Arab ini. Antaranya ialah budaya menghisap shisha. Tadi aku berbuka di satu restoran Arab, kononnya ingin mencuba selera Arab.

Di sana ramai betul budak sekolah melepak. Berbual sambil hisap shisha. Dari dulu lagi aku tak suka pada shisha yang diHALALkan oleh orang kita kerana Pak Arab pun hisap shisha. Sedangkan ianya persis merokok. Aku bersetuju dengan penulisan ini [Sila baca].


Pak Arab juga sudah bawa arak HALAL ke Malaysia. Aku sendiri pernah meminumnya kerana dijamu rakan. Sehinggalah aku ke kedai makan Arab di Danau Kota, aku terasa tak sedap hati. Kenapa menu itu tertulis 'non-alcoholic halal beer'? Sejak itu aku tak minum lagi.

Bukan namanya saja yang menyakitkan hati, botol dan imejnya juga persis botol arak HARAM. Kenapa Pak Arab cipta minuman ini dengan mengubahnya menjadi HALAL tapi imej tetap seperti HARAM? Tak mahu buat dosa tapi mahu bergaya macam minum air kencing syaitan?


Air-air ini juga sangat digemari budak-budak muda tadi. Gaya minumnya kalau dilihat oleh datuk nenek mereka, pasti disalahertikan. Aku juga bersetuju dengan fatwa ini [Sila baca].

Orang Melayu jadilah Melayu sebenar, tak perlu ikut Pak Arab. Budaya luar yang positif harus diikuti, tapi yang negatif begini mohon dijauhkan.

p/s: Budaya Melayu berkait rapat dengan Islam

13 ulasan:

WanYgBest berkata...

suhail,

aku mula2 mcm tak faham apa tu non-alcoholic beer...bila aku google, aku ternampak plak root beer & ginger beer.

tetibe mcm seram sejuk, sbb root beer antara air yg aku slalu minum esp bila ke A&W atau bila nak buat float...

so, root beer tu halal ke haram?

Sahalfikri berkata...

berdasarkan kefahaman aku melalui pembacaan, antaranya ialah http://www.ifanca.org/newsletter/2007_07.htm

'Root Beer' menggunakan nama 'beer' tetapi pembuatannya sama seperti air soda lain macam coke, pepsi dll. maka, ianya halal.

Jika non-alcoholic beer, pembuatannya mengikut proses sama arak biasa cuma diekstrak keluar alkohol pada akhir pembuatan. Memandangkan pengekstrakan tidak dapat dibuat 100%, kandungan sedikitnya pun membawa kepada haram.

p/s: Jika ada alternatif lebih baik, minumlah yang lebih baik itu.

cik nadhrah berkata...

abg suhail! saya kawan atiqah...
mknanya di sini air barbican bley mnum ke tak ea?? confius la...

Sahalfikri berkata...

sparkling purple: abg syorkan tak perlulah minum kerana statusnya mengelirukan. lebih baik elakkan daripada was-was.

WanYgBest berkata...

ooo...ok..terima kasih byk2 for the info...

byk air yg best kat mesia tu...milo, teh tarik...arrghhh...rindunyer..

Tanpa Nama berkata...

rupa-rupanya kita belum lagi merdeka. kita masih lagi malu dengan jatidiri yang kita punya. kita lebih senang memakai budaya luar tanpa usul-periksa baik dan buruknya. bukan semua budaya luar itu buruk, tp kita lebih cenderung mengikut yang jelek dari yang baik. berbanggalah dengan identiti yang kita punya kerana dengannya kita masih mampu diiktiraf di mata dunia. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN.

Sahalfikri berkata...

Wan, aku pun suka minum air teh tarik. Lebih-lebih lagi dibuat oleh ayah dengan tambahan halia. Fuhh...

Anonymous: Begitulah nampaknya. Bahkan ada sesetengah kita yang cuba mempertahankan kehalalan 'arak' ini. Perkara positif pun banyak daripada kaum lain yang boleh dipelajari. SALAM KEMERDEKAAN juga!

3p4h berkata...

Oh, Barbican.... 1st tyme tgk kt SABA. Plik gk kwn2 dok order bnda ni,persis arak. Em... Moga djauhkan =)

Ticer Syah berkata...

lama2 suma benda haram pon boleh jadi halal.. tu najib dok minum hat 'kununnye halal' ke tu?

mcm kan takde menda lain.. tu msti kaki botol dok buat air kencing setan tu jadi halal..senang nk minum..orng tak ble kata apa dah..

Tanpa Nama berkata...

salam,
terima kasih atas info yang sangat berguna ni. kita sesama muslim perlu saling ingat-mengingati. tak pernah terlintas di fikiran saya untuk memikirkan tentang maksud 'halal non-alcoholic beer' tu.
btw, gambar anak2 muda di atas tu, gambar siapa? adakah saudara mengenali mereka? adakah wajar untuk saudara memaparkan gambar mereka di mana kita boleh melihat wajah2 mereka dengan jelas? bukankah ianya mengaibkan mereka?
wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

semoga Allah menjadikan dirimu seorang hambaNya yg hebat!

Sahalfikri berkata...

3p4h: Banyak dah dijual di kedai2 makan arab, termasuklah di UIA.

Mamida: PM kita tak tahu kot. Makcik sedara aku ada minta tulis surat kepada JAKIM atau pihak berpatutan untuk keluarkan fatwa.

Anonymous: Maafkan saya, memang saya salah. Gambar tu saya dapat dari google dgn menaip 'shisha'. Akibat tergesa, saya lupa 'memadamkan' muka mereka. Sudah diubah. Moga Allah ampunkan dosa saya.

Hamidi Fizie Bin Ahmad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular