Sudah 3 tahun aku tinggalkan dunia kepeguaman. Memang terasa rindu untuk membelek buku-buku perundangan. Aku sangat suka pada ilmu perundangan khususnya perundangan Syariah.
Baru-baru ini ayah dan ibu datang ke rumah. Mereka bawakan sekotak koleksi buku perundanganku untuk disimpan di rumah sendiri. Menyentuh kotak saja pun dah terasa auranya.
Kala itu, aku membandingkan diri aku hari ini dengan rakan peguam lain. Ya, jauh.. memang aku jauh ketinggalan dalam aspek peningkatan diri dalam bidang kepeguaman. Ilmu-ilmu yang aku pelajari tidak dapat dipraktikkan.
Mujur ada rakan-rakan yang masih menjadikan aku rujukan apabila bertembung persoalan perundangan. Maka, sekali sekala aku dihubungi dan ilmu aku dapat dimanfaatkan. Mereka sangka aku masih peguam.
Soalan yang paling aku suka ialah berkenaan perundangan Syariah dalam bidang pembahagian pusaka dan cerai berai. Sistem mahkamah Syariah tidak diasaskan untuk mencari kesalahan tetapi memperbaiki kesilapan. Kerana itu prosesnya nampak leceh dan panjang, tapi di mana ada ruang untuk dipulihkan, itu didahulukan.
Malangnya pula jawapan aku kebanyakannya hanyalah teori. Maka, mereka hanya boleh dapatkan idea saja sedangkan praktis boleh berubah mengikut keperluan semasa khususnya mengenai prosedur.
Untungnya pula peningkatan diri dari segi pengalaman mengenal kehidupan tak mungkin dapat dirasakan jika aku bergelar peguam. Kemahiran teamwork, decisionmaking, event management, PR dan lain-lain softskills untuk pengurusan sesama manusia banyak sudah aku pelajari.
Begitulah lumrah hidup. Kalau untung di sini, mungkin rugi di sana. Sukar sekali untuk untung di dua-dua tempat. Cuma kerinduanku pada ilmu perundangan yang adakala membuatkan aku terasa kerdil.
Semalam aku disedarkan daripada lamunan rindu itu. Aku bertemu dengan kawan lama di UIA dulu. Kisah duka hidupnya panjang. Pendek cerita, dia kini terpaksa mulakan belajar semula. Dalam usia sebaya aku, dia baru saja masuk tahun kedua jurusan Sains Kemanusiaan.
Ya Rabbi, dalam aku terasa kerdil, bagaimana agaknya dia merasakan dirinya apabila berjumpa aku? Ada orang lebih susah hidupnya. Aku harus lebih bersyukur dan akur pada lumrah hidup.
7 ulasan:
suhail, "Kemahiran teamwork, decisionmaking, event management, PR dan lain-lain softskills untuk pengurusan sesama manusia" bole dipelajari wpun jd peguam jugak..jd cikgu pun bole. jd doktor pun. termasuk jugak jd polis. semua org bole dpt blajar skil2 tu kalo dia nak..pd pendapat aku laa.. :)
pada pandangan saya, jadi 'seseorang' berbeza pengalamannya.
tahniah abang suhail :)
Rin: Memang skills tu ada dalam dunia peguam, tp ko kata utk sape yg nak.. dlm dunia kerja kemanusiaan, ia pasti diperolehi walaupun kita tak nak.
Dan sgt berbeza skills tu dlm dunia peguam krn medan permainan dunia kerja kemanusiaan lebih luas. Kami biasa berada di bawah, dan anda biasa berada di atas. :)
S.Putra: Memang menjadi 'seseorang' memerlukan proses panjang yg dipenuhi ranjau duri. Abg belum pun jd 'seseorang'.
benar..sesekali kita rasa di bawah...namun sunnatullah, masih ada yang lebih bawah dari kita...saat diri ini terasa kerdil, masih ada yg lebih kerdil...perjalanan hidup kita, kita yg tentukan, diiringin kebergantungan kepada Tuhan dan keyakinan yang mutlak pada qada dan qadar..
melihat teman2 medik, dietitic di uia kuantan, terasa diri sgt2 kerdil. walhal dulu kami sama2 menuntut ilmu yg sama, tapi di penghujung perjalanan, Allah temukan kami di persimpangan untuk sebuah PILIHAN..abg suhail sudahpun memilih utk berada di simpang yg abg mahu...dan yang juga Allah mahu..maka, itulah yg SANGAT2 terbaik...
kerdil..rendah diri..semua itu perlu untuk kita tidak sekali2 menjadi insan yg riak..tapi, sesekali jangan pernah berhenti untuk bersyukur kerana apa jua pun persimpangan kehidupan yg kita pilih, selagi masih dalam jalan Tuhan, kata pada hati,"Allah kan ada..apa perlu risau?"..huu...
Allah beri kita kebaikan dalam jalan ini, mungkin jika kita masih meneruskan perjalanan dulu, kita tidak mampu memiliki senyuman seperti mana senyumnya kita pada hari ini...
Allahu Akbar!! Kita merancang, Allah juga merancang dan Dialah sebaik-baik perancang...
BERBAHAGIALAH DENGAN SENYUMAN HARI INI! (^_^)
assalamualaikum. saya hanya ingin memberi pendapat. pada pendapat saya segala pilihan yang diambil dalam kehidupan ini pasti ada hikmahnya selama mana ianya dibuat berdasarkan landasan-Nya. malang sekali kerana kita sebagai hamba seringkali terlupa untuk mensyukuri setiap pemberian dari-Nya, kita lebih banyak menyesal dan mengeluh dari berterima kasih di atas setiap nikmat-Nya. bersyukurlah atas segala kejadian dalam hidup ini kerana ianya berlaku hanya dengan izin-Nya dan setiap pengalaman hidup yang diperolehi diharap mampu menjadikan kita hamba yang sentiasa bersyukur atas setiap nikmat yang diberikan-Nya secara percuma.
Syira:
Begitulah kita selaku manusia, seringkali terlalai dek menilai mengikut kacamata manusiawi. Syukur masih disedarkan Allah.
Anonymous (Kenapa tiada nama?):
Hidup ini sudah tentu menjadi proses untuk kita kenal diri dan Pencipta. Ujian-ujian yang hadir adalah untuk menetapkan hati kita kpd satu tahap yang benar iaitu redha atas setiap ketentuanNya yang pasti baik untuk diri kita.
Aku mohon padaMu Ya Allah agar aku mencapai tahap itu dan kekal berada di tahap itu.
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (Surah al-'Ankabut, ayat 69)
En Azam selalu ingatkan kami dgn ayat ni.
Catat Ulasan