02 September 2009

Siri Ramadhan China: Orang politik tak boleh berdakwah

Hati aku sedang sakit sekarang. Terpaksa aku luahkan walaupun entri sebelum ini baru saja aku masukkan. Aku perlu cerita tentang politik. Silap.. Orang politik.

Mengapa orang politik fikirannya pasti curiga kepada orang lain?
Mengapa orang politik pantang melihat orang lain lebih berjaya daripada dia?
Mengapa orang politik tetap berpolitik walaupun bukan dalam medannya?

Bila kalian membaca entri tentang aku membantu dia memeluk Islam, adakah kalian tercabar? Langsung kemudiannya, mencerita buruk di belakang tentang aku? Mengatakan aku nak gunakan dia bagi menaikkan reputasi aku?

Orang politik itu memang GILA! Dia ingat semua orang macam dia! Dia ingat hanya dia saja yang boleh buat betul (yang pada hakikatnya lebih banyak buat salah kat orang)!

Aku MARAH ni! Aku BENCI orang politik itu!

Huuuhh! Aku cuba tenang..
-----

Ceritanya begini. Sebaik saja orang politik itu tahu aku dapat membawa dia peluk Islam, orang politik itu pun menawarkan macam-macam kepada dia.

Ada yang kata aku silap sebab ceritakan tentang kisah pengislaman dia kepada orang politik itu. Tapi aku sebenarnya cuba untuk berikan orang politik itu peluang kedua untuk aku percayakannya semula.

Tengok-tengok, dia tikam belakang lagi. Depan aku, mulut manis. Aku dapat SMS, jawapannya seperti orang DAKWAH. Tapi hakikatnya, dia tetap orang POLITIK yang JAHAT.

Aku tak pernah minta disanjung atau nak masukkan dalam resume aku yang aku islamkan dia. Itu kerja Allah, bukan aku.

Dari sumber lain yang dipercayai, orang politik itu tercabar dengan aku kerana dia juga sedang usaha nak islamkan orang lain. Tengok-tengok aku dulu. Masya Allah! Apa punya orang la ni. Ini bukan kerja kita. Ini kan kerja ALLAH! Insaflah!

Kesimpulannya, jika orang politik itu baca blog aku. Atau anak buah dia baca blog ini, aku harap beritahulah kepada orang politik itu.

Aku takkan lepaskan dia kepada orang yang aku tak percaya! Aku sedang cari orang yang aku boleh percaya! Bukan orang politik itu! Dan tiada lagi peluang ketiga untuk orang politik itu!

p/s: Apa orang politik itu ingat semua orang boleh digula-gulakan dengan duit?

END

8 ulasan:

lawan.us berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
SITI berkata...

eh2, pelik sungguh.Apakah? Haish.

Tak paham, ada juga org begitu? Islam atau tidak, mmg kerja Allah. Sedangkan bapa saudara Nabi s.a.w pun...

Dugaan, abang, memang kene lawan dengan kesabaran. itu saja.

Sahalfikri berkata...

siti: Ya Allah, beratnya ujian begini.. lagi disabar, lagi dipijak. jika melawan karang, sibuk melawan je.. xdpt buat kerja.

3p4h berkata...

Ya Allah hai... Terasa makin jijik dgn org2 yg mempolitikkan diri mcm ni. Islam pn nk dipolitikkan.

Ni la spesis2 manusia yg tak boleh tgk 'ksenangan' org lain. Puas sudah dgr cite org politik ni.

Abg Suhail jgn bg peluang lg kt dia! Ambil iktibar... Iktibar ma yakun...

Sahalfikri berkata...

3p4h: teringat suatu ketika dulu bila amir PKPIM-PMUIAM kata," bagaimana kita nak husnu dzan bila tiada ruang lagi nutuk husnu dzan"

ada benarnya cakap Amir tu..

Unknown berkata...

salam anakanda Suhail,

Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni menyenaraikan indentiti seorang pendakwah antaranya spt berikut:

23. Seorg pendakwah sebaiknya menyukai dan membenci secara relatif.Pendakwah mempunyai teman dan musuh yg relatif, suka dan benci sesuai kadar ketaatan manusia dan kemaksiatan mereka. Jangan kamu menyukai secara mutlak pada org yg melkukan kemaksiatan dan jangan membenci secara mutlak pd org yg melakukan ketaatan. Akan tetapi kamu menyukai seseorg kerana memelihara solat berjemaah dan membencinya kerana menipu manusia.

Ticer Syah berkata...

suda malas mo amik tau pasal politik.. aku senang aje.. politik sucks.. huhu..

tgk cik par aje suda.. bazir masa dan duit dalam politik, nothing happen eh, keje depa nak jilat duit aje.. amik kesempatan banyak, bla dapat duit terus gelapkan..hoho..

suma orang politik time nak pegang jawatan, mcm2 janji manis n palsu dia tabur, dah dapat.. babai la suma olang..

hoho..malas mo sambung.. skali lagi aku ulang.. politik sucks..hehehe

Marliza Radzi berkata...

sabar, sahabat. besar pahala sabar ko.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular