header-photo

Siri Ramadhan China: Berlepas ke Malaysia


Kelmarin aku dan rakan-rakan pelajar Jinan ke Baiyun Orient Hospital. Terletak agak jauh dari bandar tempat kami bermukim.

Kami menziarahi ADUN Gua Musang, Che Hashim Sulaima, 45, yang menghidap penyakit barah paru-paru. Seorang yang sangat rendah diri ini mengenali salah seorang pelajar Jinan.

Apa yang menarik, di tingkat 4 hospital itu, kami terasa seperti di Malaysia. Semua pesakit adalah warga Malaysia.

Hospital ini terkenal dengan kepakarannya merawat sebarang jenis barah menggunakan kaedah yang tiada di Malaysia kerana berisiko tinggi. Antara lain kaedah Stem Cell dari janin yang digugurkan (akibat polisi 1 anak di China) digunakan selain kimoterapi.

Alhamdulillah, YB sendiri sudah beransur pulih dan dijangka pulang untuk berhari raya sebelum kembali ke sini menjalani rawatan susulan.

***


Semalam adalah hari terakhir aku berbuka puasa di China. Aku rasa sedih untuk tinggalkan China kerana Ramadhan di sini telah mengeratkan hubungan silaturrahim aku dengan Muslim China. Selepas ini, mungkin sukar untuk bertemu dengan mereka lagi.

Dan semalam juga, aku cukup seronok kerana pengislaman dia, rakanku itu telah direkodkan secara rasmi melalui Persatuan Muslim Guangzhou. Kepayahan untuk mendapatkan pengesahan persatuan itu sangat berbaloi.

***

Semalam adalah hari ulangtahun kelahiranku. Subhanallah, ramai sungguh orang yang ingat tanggal ini. Terima kasih kepada semua yang menyampaikan ucapan dan doa-doa yang mengiringi aku. 25 orang jumlahnya. Mujur ada Facebook dan blog juga teknologi telefon yang memudahkan perhubungan.

***



Hari ini aku akan berlepas ke Malaysia dari Guangzhou menaiki pesawat MAS pada pukul 3.00 petang dan dijangka tiba di KLIA pada 7.00 malam. Kepada Hammad dan Malie yang sudi mengambil aku, kita jumpa di stesen Putrajaya ok! InsyaAllah aku akan telefon korang. [Malie, ko tanya Hammad camana plan]

Kepada semua ahli GPTD, insyaAllah kita akan berjumpa dalam siri Kembara Ramadhan.
Banyak perkara boleh kita bincang bersama. Mari sebarkan rahmat ke serata alam.

9 ulasan:

.: mama cute :. berkata...

aku first! kekeke

selamat pulang ke malaysia..
msti sonok dpt beraya kat sini ek.. huhu

Anuar Manshor berkata...

Salam kembali ke tanah air:)

Anuar Manshor berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Sahalfikri berkata...

mamida: mestilah seronok.. dpt duit raya drp makcik..huAahuahua!

Anuar: Moga tanah air selamat sentiasa :)

3p4h berkata...

Alhamdulillah... Slmt kembali ke tanah air =)

Jgn lupa duduk kt seat tepi tingkap, bole tgkp gmbr awan yg cantek2 + bintang =)

C u then my bro~

arin berkata...

yeay! da balik.. alhamdulillah.. ;)

twayblade berkata...

welcome back, my friend. semoga usaha murni ko tak terhenti di china je. sejuk hati aku baca cerita2 ko ni.

AlizaReesya berkata...

wah dah nak balik yer.. tak jadiklah nak beraya kat sana yer...

Sahalfikri berkata...

Epah: Aku dapat seat pertama tepi tingkap. awan sgt banyak tp takde mood nk tgkp gambar.hehe..

arin: yeay..

twayblade: memang takkan berhenti sebab selepas ni aku kembali ke sana.

alizareessya: mmg ingat nak raya kat sana tp visa mati lg 2 hari. terpaksa balik untuk renew.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...