"Tak perlu pakai tudung kalau kamu rasa takut"
Itulah saranan aku waktu dia bertanya apakah dia perlu pakai tudung untuk ke pejabat. Dia bimbang sangat kalau-kalau pengislaman dia diketahui adiknya sendiri. Adiknya sangat benci pada Islam.
"Tapi saya mesti mahu sembahyang juga"
"Dekat mana kamu nak solat?"
"Saya solat dalam bilik bos"
"Owh, oklah kalau macam itu"
Keesokan harinya dia yang seharusnya ke rumah sahabat Melayu yang menjemput kami berbuka puasa, langsung tak kelihatan. Kata tuan rumah, dia asyik menangis hari ini. Dia kena marah oleh adiknya.
Mesti ada yang tak kena. Aku pun sms tanyakan dia mahu mengaji ke tidak? Dia cakap mahu. Kami berjumpa di satu tempat untuk mengaji. Tanpa dia bercerita apa-apa, dia pun keluarkan sehelai kertas dan sehelai tisu [seperti dalam gambar di atas dan bawah]
Apa ini? Owh, ini adalah luahan hatinya hari ini. Adiknya dapat menghidu pengislaman dia. Adik dia terserempak dengannya di toilet sedang dia ambil wudhu. Adik dia masuk ke bilik bos dan nampak dia mahu solat.
"Adik saya tolak saya sembahyang sampai saya nak jatuh"
"Dia cakap saya gila sebab baca Quran"
"Dia benci sama saya"
"Jadi, kamu balas apa? Kamu tak marah dia balik?"
Tiba-tiba aku jadi marah orang kata baca Quran boleh gila. Tapi, rupa-rupanya dia lebih bijak daripada aku. Dia kata dia tak perlu marah-marah. Sabar saja sudah cukup. Kalau dia marah, pasti adiknya akan kata sebab Islamlah dia jadi marah-marah adik dia.
Bukan sekadar itu. Adiknya ajak dia makan tengahari bersama. Sengaja dipesannya masakan babi. Disuruhnya kakaknya makan..
AKAN BERSAMBUNG..

6 ulasan:
adek dia satu opis dgn dia ker?
siti pelik btol org2 yg tak suka islam ni, musti nak paksa makan babi. Walhal mereka tahu jer babi tu mmg tak elok. ramai jer nonmuslim tak makan babi juger.
housemet siti tu, dia cakap dia dah lama tak makan sbb daging itu tidak elok utk kesihatan.
siti: dia saje nak test sbb babi adalah petanda kuat seseorang itu Muslim bila dia tak makan..
adik dia satu ofis.. smlm dia ckp dia nak sgaja solat lg di ofis.
Makin ari makin panas... Mujur dia btindak dgn ckup bhikmah.
p/s: Ada bnda nk bincang dgn abg suhail nnt, psl grup yg ak dgn kwn ak pkirkan skrg ni.
sukarnya dia nak amalkan Islam. hebatnya dia.
insaf.
dia yg berada disana, besusah payah mengamalkan islam...org2 yg dah sememangnya berada dinegara islam pun x berusaha seperti dia...huhu
3p4h: itula.. jarang sekali jmpa dia tanpa cerita baru. nak bincang pape pun bole. tungguuu!
AM: susah sgt.. cian dia. tp dia kuat. aku lbih byk insaf stiap kali mendengar cerita dia.
Wan: dia cari ISLAM, tu pasal sungguh2.. yg kat negara satu tu bukan cari ISLAM, tapi cari parti mana perjuang ISLAM.. gaduh2 cabar sape lebih ISLAM.. pertikai negara ini negara ISLAM atau tak dsb.. ada juga ISLAMnya [at least kan3?]
Catat Ulasan