Selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri, aku sekeluarga berkesempatan mengambil gambar di hadapan masjid Al-Alami MITC Melaka. Waktu ini abang aku tiada sebab dia sudah pulang ke rumah terlebih dahulu.
Lazimnya seusai menunaikan solat Eid, kami pasti bertandang ke rumah jiran lama. Ayah diminta baca tahlil arwah dan doa selamat. Kunjungan kali ini terasa suram sedikit kerana ahli keluarga jiran ini baru ditimpa malang.Moga Allah permudahkan segala urusan yang sedang mereka hadapi.
Ini rumah nenek saudara aku. Namanya Nek Kiah. Inilah antara orang kuat keluarga besar kami yang biasanya akan menjadi orang yang sibuk tatkala ingin menyambut menantu.Akhir tahun ini, anaknya (sepupu aku) akan menamatkan zaman bujangnya.Selepas dia, abang aku pula. Dan... kemudiannya ada lagi.
Rumah ini sangat nyaman. Nenek Mami punyai anak dan cucu yang ramai. Kagum aku lihat rumah ini yang cukup sesak dengan orang tapi kebersihan terjamin. Rumah tak berselerak. Kemas. Mami ini sejak dulu suka sangat berikan nasihat. Aku suka dengar kata-kata nasihat yang bersulamkan nilai agama ini.
Itulah saja bingkisan raya pertama kami di Melaka. Lepas ini nak keluar beraya lagi..
4 ulasan:
Salam Eid sheikh. Semoga tahun depan kau "berdua" pula!haha. Ikhlas doa aku ini:)
Anuar: Ameeeeeeeeeennn! Aku pun dah masuk kategori terlewat kan? Huhu..
pewwittt! naik skuter :)
arin: skuter pinjam..huhu.nak naik Viva takde..haha.
Catat Ulasan