Ini adalah entri ketiga aku tak sampai 24 jam. Sejurus selepas entri sebelum ini dimasukkan, aku terima beberapa kata-kata semangat daripada sahabat-sahabatku.
Di YM, ramai yang mengajakku untuk bersabar. Namun, hati masih rasa marah dan benci kepada orang politik itu. Lalu, aku ke blog sahabat-sahabat lain. Aku baca kembara dakwah sahabat dakwahku.
Entah kenapa aku tertarik untuk ke laman adik ini yang terlalu banyak diuji dalam hidupnya. Sejak aku kenali dia sehinggalah aku ke China, dia antara orang yang kerap menghubungi aku. Kisah hidupnya banyak menginsafkan aku.
Sudah menjadi kegemaranku mengambil tahu kebajikan sahabat, maka aku mula mengenali keluarganya sehinggalah pemergian ibunya. Dan hidupnya terus menerus diuji dengan pemergian insan-insan tersayang.
Blog Syira menarikku untuk ke sana. Mataku seolah terpukau dengan gambar ini.
Aku terus solat. Sudah ramai ingatkan aku untuk sabar. Tapi untuk solat, tiada. Jadi, aku terus solat. Hinggalah hatiku kembali tenang.
Di akhir solat, kedengaran bunga ting dari YM aku. Sahabat karibku di pejabat lama bertanyakan tentang kemarahan aku. Perbualan hampir dua jam membuatkan aku lebih mengenali selok belok orang politik.
Sahabatku itu dulu pernah menjadi orang politik yang menanamkan kebencian terhadap aku. Dia sudah luahkan segalanya. Maka, hatiku reda dengan apa yang berlaku kerana hakikat dunia mereka bukanlah sama dengan dunia aku.
Bak kata sahabatku itu, dakwah hanya 1% saja dalam perjuangan mereka..
9 ulasan:
"Hidup ini antara syukur dan sabar"
-Hamka- aku dapat dari Rafiza
Sabar dalam ayat "mintalah pertolongan dengan sabar dan solat itu ada dua maksud"..
yg pertama, sabar yang kita fahami iaitu bersabar..
yg kedua, sabar yang dimaksudkan ialah berpuasa..alhamdulillah, kita sedang berpuasa sekarang..jadi mintalah doa byk2..mudah2an dimakbulkan..
nadmin: terima kasih atas makna kedua itu. doakan juga aku hadapi semua ini dengan lebih tabah..
aku tak serik cuma terkadang emosional juga.
bila sedih.. tanpa diduga Allah lintaskan bait2 indah yg dapat melegakan hati kita.. Alhamdulillah!
salam abg suhail...ya Allah, syira tak tau yg abg tgh ade masalah...da lama tak buka blog sndiri, apatah lg blog abg..
alhamdulillah, smoga abg bertemu ketenangan...hanya melalui gmbar mungkin, syira bole bantu abg..tu pun, atas izin Allah jugak kan..
cepat la balik...thn ni ke klcc utk 10 mlm terakhir, amalan sunnah rasul saw yg abg suhail ajar..huhu..
salam abg suhail...ya Allah, syira tak tau yg abg tgh ade masalah...da lama tak buka blog sndiri, apatah lg blog abg..
alhamdulillah, smoga abg bertemu ketenangan...hanya melalui gmbar mungkin, syira bole bantu abg..tu pun, atas izin Allah jugak kan..
cepat la balik...thn ni ke klcc utk 10 mlm terakhir, amalan sunnah rasul saw yg abg suhail ajar..huhu..
sapa la org yang tanam kebencian kat ko tu suhail? errr? sahabat satu pejabat ya...sapa ya..pasti bukan encik ebo.
ha'ah aku pun suruh sabar jer.. tak ingt pun nk suruh solat.. aku xtau nk cakap lebih2 sbb terkesima tak penah nmpk ko marah sgt hari tu..tp aku tau ko pandai kawal diri sbb ko suhail..
ainshahajar: Pastinya taktik Tuhan itu sangat menjadi!
Nur AdDurrah: Ajaklah ramai-ramai berkampung di KLCC tu.. Moga dipertemukan dengan malam terhebat itu!
Kimi: Ko bagi klu ya?
Arin: Sejak dulu lagi, beginilah arin yang aku kenal. Dok memuji pada yang tiada.
mengikatkan daku kenangan pahit manis di China....Sabar itu ada manisnya...
Catat Ulasan