SELINGAN (Siri Ramadhan China akan bersambung selepas ini)
Mengapa pemimpin itu bercakap tanpa rasa bersalah? Bagi aku dia lebih bersalah daripada Kartika sendiri. Sudahlah Kartika sendiri memilih disebat, mengapa disuruhnya merayu?
Kartika sudah insaf dan mahu orang lain turut insaf. Pemimpin itu juga perlu turut insaf. Jika benar dia rasakan beratnya kesalahan minum arak, pasti dia memuji tindakan Kartika.
"Ya, kita akan pastikan hukuman itu dijalankan sebaiknya kerana ini adalah kes pertama melibatkan hukuman sebat berdasarkan sistemn syariah. Moga ia menjadi iktibar buat orang ramai."
"Pilihan Kartika untuk disebat harus dipuji kerana hasrat lainnya bukan semata-mata untuk menghukum dirinya yang tersalah laku tapi juga agar lebih ramai orang yang takut"
Ini bukan kata-kata pemimpin itu. Ini hanyalah rekaan semata-mata. Ini barulah pejuang Melayu yang benar-benar menyatakan prinsip Islamnya.
Tahukah kalian undang-undang syariah di Malaysia mempunyai bidang kuasa menghukum yang sangat terhad. Berikut adalah maksimum hukuman:
- penjara : 3 hari
- denda : RM5,000
- sebatan : 6 kali
Setakat penjara, apalah sangat 3 hari. Denda pun boleh dibayar sebab kebanyakan yang berbuat salah adalah yang berharta. Hanya sebatan masih belum diuji keberkesanannya dalam usaha mengurangkan jenayah Syariah di Malaysia.
Sebatan syariah tak sekejam sebatan sivil [Bacaan lanjut di sini]
3 ulasan:
Memang memalukan. Nampak sangat deme mempermainkan agama & bidang kuasa mahkamah syariah.
Musuh Islam makin bersorak atas 'sokongan' deme.
Siap2 la jawab dalam kubo nnt.
(Saya pon siap2 jugak, moga2 mudah menjawab!)
Najm: Bukan bersorak je sekarang, siap dah mula menyibuk nak bercakap tentang Islam..
aku puas bercerita kat kawan2 ofis, beza sebat sivil dan sebat syariah. aku terpikir org2 politik kat msia ni tak baca buku dulu ke sebelum buat statement sebat ke atas kartika tu kejam. nampak bnar betapa ceteknya akal fikiran diorg. dan aku bersyukur jugak Allah bg aku rezeki utk aku blaja DLSA dulu, so that aku tau apa bezanya hukum hudud dan keistimewaannya. cuma org yg tak cukup ilmu je yg tau nak hentam. menjengkelkan.
Catat Ulasan