26 Februari 2007

Bergantung tak bertali


Ibu Nabila dalam Mutiara Hati

Mungkin kita tak pernah terfikir untuk sengaja ke masjid berdoa minta tolong daripada Allah. Bukan maksud aku, kalau nak berdoa perlu ke masjid. Kat mana-mana pun boleh. Cuma aku tertarik dengan perbuatan Nabila (watak dalam Mutiara Hati) yang begitu kuat pergantungan dia dengan Allah.


Dia sudah buta tapi suatu hari dia ke masjid dan membuka al-Quran, langsung membaca surah al-Ikhlas bersama maknanya (dia hafal). Bacaan yang penuh pengharapan dan terasa keagungan Tuhan itu, disandarkannya sebagai permulaan doanya kepada Allah. Dia mohon dua permintaan, iaitu agar ayahnya ditemui dan matanya segera sembuh supaya dapat melihat ayah dan ibunya. Alhamdulillah, kedua-dua permintaannya dikabulkan.

Ya, mungkin ada yang kata itu lakonan. Tapi pada aku inilah mesej agung yang ingin disampaikan sepertimana dalam setiap episod Mutiara Hati. Pergantungan hakiki kepada Allah. Surah al-Ikhlas itu sudah lali untuk dibaca. Yelah, dalam kenduri doa selamat, tahlil dan selepas solat itulah amalan kita orang Melayu. Tapi mesej dan pengertian sebenar dalam surah itu jarang dihayati. Apa yang berlaku pada Nabila tak mustahil terjadi.

Waktu aku tengok scene Nabila baca surah tu dan berdoa, terus aku teringat pada mentor aku yang pernah menerangkan erti sebenar surah al-Ikhlas dari segi penghayatannya. Memang betullah, jika kita berpegang teguh pada surah ini, benarlah Allah itu akan membantu kita, dalam apapun yang kita lakukan.

Maklumlah, ramai yang mengadu betapa tensennya hidup. Kerja membosankan. Belajar menyeksakan. Berkawan bermusuhan dalam diam. Berniaga kekadang rugi. Hutang keliling pinggang. Anak menderhakai kita. Tayar kereta pancit. Kesesakan lalulintas yang melampau. Dan macam-macam lagi.

Semuanya itu adalah perjalanan hidup yang DIA aturkan. Sengaja DIA nak tengok kita ni bagaimana orangnya. Teringat plak akhbar BH kelmarin pasal jangan sesekali kita mengeluh kerana itu tanda kita tak bersabar. Bila tak bersabar kita sebenarnya tak redha atas ketentuan DIA. Tengok, mudah-mudah je kita lost control dan kebiasaannya perkara yang selepas itu akan menjadi lebih rumit.

Dan adakalanya kita sampai mensyirikkan Allah. Eh, tak percaya? Nik Aziz pernah dalam ceramah agamanya berkata seseorang yang terpaksa meninggalkan solat kerana melayan makwenya yang sedang merajuk adalah melakukan syirik tanpa disedarinya. Sebabnya dia meletakkan makwenya sama penting atau lebih penting daripada Allah. Adakah layak status Allah disamakan dengan makwe kita? Uishh tak mungkin..

Nampak simple tapi kekadang kita terlupa. Bila teringat tu cepat-cepatlah kena istighfar. Andai kata aku terlupa, kawan-kawan tolong ingatkan aku gak. Sebab aku pun nak jumpa Allah nanti. Allah pesan ,"Barangsiapa mengharap untuk berjumpa dengan Tuhannya maka hendaklah dia melakukan kebaikan dan janganlah dia mempersekutukanNYA dengan sesuatu yang lain dalam beribadah".[Al-Kahfi(18):110]

Ibadah bukan sekadar solat, puasa, haji dsb tapi meliputi ibadah umum seperti tolong orang melintas atau ambil barang, buang sampah di tempat yang betul, menghormati orang tua, menyiram pokok bunga dll. Bahaya kan kalau kita buat semua tu disebabkan manusia.

22 Februari 2007

Nikmat membuang


Kawan aku Kimi suka guna perkataan 'berak'. Tapi aku memilih sinonimnya 'buang air besar'. Jarang orang nak bincang pasal perkara ni, it sounds taboo. Tapi kali ini aku nak tulis pasal buang air besar.

Setiap kali Kimi habis buang air besar, bahasa badannya menunjukkan kepuasan. Camana kitorang tahu dia buang air besar? Ada simptomnya, dia akan berdiri dari tempat duduk dia, buka jam tangan, lepas tu biasanya ada orang tanya,"kau nak pergi mana?". "Berak," jawabnya ringkas.

Hari ini dalam perjalanan ke satu pejabat ni, panggilan alam (nature's call) berdering dalam perut. Aku atas motor. Mujur pejabat tu dah dekat. Terus aku park dan meluru ke pejabat yang berada di Tingkat 27. Sebelum naik lif, aku mencari tandas terdekat. Alamak, makcik cleaner ada kat dalam.

Takpe, aku menggagahkan diri naik tangga ke tingkat dua. Lah, apasal makcik cleaner No 2 plak ada kat tandas lelaki juga. Aku cuba ke tingkat atas. Kali ni aku naik lif pergi ke tingkat yang jauh sikit. Tingkat 6. Yes, takde sesape. Aku meluru masuk dan... Puas!

Saat inilah paling menggembirakan. Baru aku dapat faham maksud bahasa badan Kimi selama ini. Nikmat ini anugerah Tuhan yang tak terhingga. Nampak ciput je ek, tapi sebenarnya tanpa nikmat ini, hidup kita takkan tenang. Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNya) dan Dia tidak redakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur dan jika kamu bersyukur, Dia meredainya menjadi sifat dan amalan kamu.[Az-Zumar(39):7]

Bayangkanlah orang yang tak dapat buang air besar disebabkan sembelit atau buasir. Betul-betul menyeksakan. Nak jalan pun tak senang. Apatah lagi untuk berseronok seperti orang lain. Silap-silap penyakit lain pula yang datang.

Inilah yang dinukilkan oleh Shahnon Ahmad dalam novelnya 'SHIT'. Novel yang dapat menggambarkan betapa perlunya kepala tahi keluar dahulu, barulah tahi-tahi yang lain akan ikut keluar. Aku pilih untuk guna sinonim 'najis'. Novelnya dikritik sebagai bukan karya seni oleh sesetengah orang, tapi bagi aku najis yang diceritakan memberi gambaran tepat terhadap betapa perlunya kepala najis itu keluar agar badan kita tak sakit-sakit. Satu mesej yang ingin disampaikan secara sinis dan tersirat melalui penceritaan mengenai najis. Ya, sesuatu yang taboo.

Jadi, sekarang ni korang setuju tak bahawa buang air besar itu adalah nikmat yang perlu disyukuri kerana dengan keluarnya kepala najis maka terkeluarlah semua najis yang membawa bersama toksid dan darah kotor dalam badan, sekaligus menjadikan kita sihat dan senang?

20 Februari 2007

Felda Air Tawar


Pakcik aku bertunang. Menjadi drebar semestinya pilihan aku untuk meringankan beban ayah. Fuhh, letih betul memandu melewati Felda Taib Andak. Felda Air Tawar 4 sangat dekat dengan Desaru. Di sinilah destinasi kami meminang anak dara Jawa.

Selesai urusan peminangan, kami pergi berehat di Balau Resort (maknanya bercuti la ni). Malang sungguh nasib kami sebab semua hotel penuh. Hanya Resort ni saja yang tinggal. Nampak cantik, tapi servis terukk. Kelengkapan bilik pun banyak yang tiada. Harapkan bayaran setaraf hotel, pasti serik nak datang lagi.

Waktu malam kami mencari makan di Bandar Penawar. Alangkah ruginya warga sini kerana menutup kedai waktu ramai orang luar datang bercuti. Yang buka, hanyalah warung-warung makan, yang sangat tak mahir berurusan dengan pelanggan yang sangat ramai. Lain yang diminta, lain pula yang sampai. Menunggu sangat lama membosankan. Paling kesian, bakal pengantin tak dapat makan, mood dia terus hilang.

Balik resort, aku mencari burger. Nampak kelibat saudara mara yang lain termasuk bakal pengantin yang mencari makanan. Malang juga nasib mereka, sebab jemput-jemput (itulah menunya) yang diminta hanya dapat disiapkan lebih 30 minit. Lempeng pula tidak memuaskan selera. Ibu aku nak makan roti, pergi kedai runcit. Bertambah sakit hati sebab semua roti dah lama luput, siap berkulat lagi.

Sarapan pagi juga mengecewakan keesokan harinya. Dengan bayaran tambahan RM10 bagi seorang kanak-kanak atau RM15 untuk dewasa, hanya mihun goreng, nasi goreng, bebola ikan, roti bakar, peas tomato, dan air teh/kopi dihidangkan. Seumur hidup kami menjejaki hotel/resort inilah pengalaman paling menyakitkan hati.

Bukan kami sahaja yang rasa tensen, rupa-rupanya kebanyakan pengunjung mengomel perkara yang sama. Dalam semua insiden yang berlaku ini, semuanya melibatkan orang Melayu tau. Resort itu pun kepunyaan orang Melayu. Aku bukan penghentam Melayu, tapi aku dapati ramai Melayu tak memberikan servis terbaik dalam bisnes mereka. Nak untung cepat dan berganda, tapi layanan tak seperti yang diharapkan.

Setibanya kami di Melaka, malam itu kepenatan. Jadi tak siapa ingin memasak. Kami makan di Restoran depan rumah aku. Antara restoran terkenal di Melaka dengan seafood dan keadaannya yang kononnya terapung. Sepertimana servis yang diberikan di Balau, rupa-rupanya restoran ini juga setaraf dengannya. Makin menyedihkan apabila bekalan elektrik tiba-tiba terputus, riuh sekejap.

Pulang dengan hati tak berapa sedap, terutamanya makcik2, pakcik2, datuk dan nenek sedara aku. Keluarga aku puas aje, sebab dalam setiap insiden, semuanya tidak terkena pada kami. Kami tetap dapat makan dengan kenyang, walaupun tak sedap. Pesanan kami semuanya dapat. Tambah pula, kami tidak mengeluarkan sesen pun dalam setiap hal berkaitan makan-makan ini, hehe.

16 Februari 2007

Urut refleksologi


Dalam ilmu perubatan ni, macam-macam cara ada. Baik yang mahal mahupun murah. Baik yang moden mahupun tradisional. Kali ini aku mencuba urut refleksologi. Aku pernah diurut camni oleh kawan aku yang agak power gak la bab refleksologi ni. Bila dah lama tak buat, cuak gak.

Ini amalan kawan aku, Huzaimi. Kali ni dia ajak aku dan Muhaimin. Memang syok. Tapi muka aku herot berot sket sbb kena tahan sakit. Dalam badan ni ada toksik, so diorg akan urut kasi peredaran darah lancar n toksik dikeluarkan daripada badan. Aku rasa aku ni macam-macam penyakit ada kot.

Yang lagi syok, urut ni tak mencampurkan laki n pompuan. Kalau laki, laki la yang urut. Kalau pompuan, pompuan la yang urut. Lagi syok, kita membantu orang buta. Mereka semua ni buta. Kata Huzaimi, 3 orang yang mengurut kitorang, Hashim, Nasir dan Rozimi adalah pengurut terhebat di Nuri Refleksologi ni (ikut turutan - yg awal aku sebut paling power).

Hebat tak Allah? DIA ajar manusia untuk mengubati hanya dengan mengurut tapak kaki. Di tapak kaki kitalah segalanya dapat dikawal. Macam tak percaya, tapi kena percaya. Tekanan yang sama pada tapak kaki takkan mengakibatkan sakit (tapi geli je) kalau kita takde problem pada sistem badan.

"Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?" [Al-Anbiya' (21):80]

Tengok tu, Allah ajar Nabi Daud buat baju besi? Biar betul? Memang betul..cuma kita tak terfikir je camana. Kalau tengok kebanyakan penemuan sains dimulakan orang Islam. Dari mana diorang tahu semua tu? Tak mustahil semuanya adalah turun temurun daripada Nabi-Nabi kita yang diajar Allah.

Maka, pendek kata urut refleksologi ni pun adalah daripada DIA yang mengajarkan orang pertama mengetahui mengenainya. Siapa orang itu? Kita pun tak tahu. Sebab andai kata orang itu adalah Nabi, dia takkan beritahu kita apa yang dia dapat, kerana dia bukannya Rasul. Maka, ternyatalah DIA pemilik semua ilmu.


15 Februari 2007

Bukit Taboh : Nikmat Tuhan




Ahad lepas aku berpeluang ikut kawan. Naik bukit Taboh, dekat Melawati. Perjalanan naik sejam. Kawan aku, Nua nak test DSLR baru dia. Aku dengan Coolpix je la. Sungguh seronok. Dah lama aku tak mendaki ni. Malangnya kasut aku tapak haus. Bila nak turun, cuak. Waktu naik, kitorang rehat di 3/4 pendakian untuk menikmati bihun goreng sebagai sarapan. Yang aku respek gak, ada 2 wanita join grup Nua ni. Siap dah bersuami n dua anak tu. Yang lain sume muda-muda lagi.

Kepuasan bagi aku : menikmati keindahan panorama alam ciptaan DIA

Kesakitan bagi aku : balik je setiap sendi dan otot sengal-sengal sampaikan nak berjalan terkengkang

Keseronokan bagi aku : dapat tangkap gambar sepuas-puasnya

Kesimpulan : Sayangilah diri anda dan alam sekitar!

"Dan kenanglah ketika Allah menjadikan kamu khalifah-khalifah sesudah kaum Aad, dan di tempatkannya kamu di bumi, (dengan diberi kemudahan) untuk kamu mendirikan istana-istana di tanahnya yang rata dan kamu memahat gunung-ganangnya untuk dijadikan rumah. Maka kenangkanlah nikmat-nikmat Allah itu dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di muka bumi." [Al-A'raf(7):74]

13 Februari 2007

Common sense




Jumaat lepas bos panggil semua chambee masuk meeting. Semua orang dah risau kenapa dia panggil. First perkara bos mula dengan minta apa-apa isu dibangkitkan kitorang. Apa lagi, macam-macam prob dikemukakan. Ada minta kipas, minta upgrade komp, minta kerusi etc.

Tapi yang sedih, minta kerja. Apa lagi kena la bambu. "Eh, berapa banyak lawyer yang ada kat sini? Kamu dah tanya semua?" Hah, faham-faham sendiri la maksudnya. "Tapi takpe, I take note yang u takde keje. Keje I berlambak ni". Abis la lepas ni memang serik la kawan tu.

Banyak gak perkara lain disentuh bos. Pendek kata, kitorang ni kritikal. Sebabnya banyak yang ditegur adalah 'common sense' issues. Pasal buat silap, minta maaf. Nak kuar, minta izin. Tak tahu, bertanya. Berjanji, ditepati. Lawyer perlu direspek etc.. bla bla.

Semua tu bagi aku memang tak perlu ditegur. Sama macam bos aku cakap. Sebab itu kan pikir sendiri la. Tapi bila dah camni, memang maknanya prob besar. Aku rasa bukan ditujukan kepada aku sebab isu-isu yang dibangkitkan merujuk kepada kes yang berlaku (yang aku tahu sape orang yang terlibat).

Kesian plak rasanya. Tapi tu la kekadang tu kita yg tak kesiankan diri sendiri. Aku dah nasihat pun (ceh, macam bagus je..) bukan apa, senior chambee la katakan (ek eleh, berlagak tu) tapi tak nak dengar, apa aku leh buat. Maklumla orang bersaiz kecik ni sape la nak respek. Macam budak sekolah je..

Abis meeting dah kul 7pm. Kitorang pi minum-minum dan aku dengan berpakaian hitam putih menggalas beg penuh berisi 4 fail untuk kes-kes esok di mahkamah, dengan syoknya, mengambil gambar-gambar kereta dan motor di autoshow depan bangunan mahkamah sebelum pulang ke rumah. (nak tengok p kat latest photo tu)

09 Februari 2007

Semangat Anak Muda



Hari ini pergi mahkamah sekadar buat pengesahan sama ada perbicaraan akan berlangsung pada tarikh yang ditetapkan atau tidak. Dah jadi kebiasaan aku pasti bawa kamera ke mana sahaja. Selesai urusan seminit dua itu, aku terus bergerak ke pejabat.

Belum sampai 200 meter motorku bergerak, ada sesuatu yang menarik perhatian aku. Lantas aku turun dan keluarkan kamera nikon kesayanganku. Aku tanggalkan tali leher dan melipat lengan baju. Aku percepatkan langkah, takut-takut terlepas aksi menarik.

"Mansuh.. mansuh"
"Mansuh ISA"

Laungan ketua diikuti serentak. Aku melintas menyeberangi jalan, untuk merakam semangat perjuangan anak muda. Laungan bersemangat membakar hati pak polisi. Mujur bilangannya tak seramai reformasi. Tak mungkin aku dapat ditundukkan, ujar polis bertugas (aku tambah je ni).

Dalam kekabutan itu, kelibat dua mahasiswa mencuri pandangan aku. Sah, memang aku kenal mereka. Dan kami berpelukan kerana sudah lama tak bertemu. Ya, aku dulu juga pejuang jalanan. Aku turuti sahaja semangat muda yang berkobar. Itulah berlaku pada mereka.

Selain ada perbicaraan mangsa ISA, rupa-rupanya bos aku ada juga di mahkamah RKKK. Dia gerakkan (he moved) long call anak Fadzilah Kamsah. Aku antara peminatnya. Opss, bapanya tau. Disebabkan tak tahu mengenainya, lensa kamera aku terlepas merakam kenangan bersamanya.

more pictures here

Di mana Nana?


Have you seen her? She is Nana, my niece. She will be 14 in March. About 5.30 pm on Monday 29 January 2007, she told her mother that she is meeting a friend in the neighbourhood in Setapak Indah.

She has not returned since then. Please keep this photo or sent it to friends. If you see her anywhere, anytime, please do not hesitate to call me at:

Hashim Taib @ 012- 9219410

Aku dapat emel pasal kehilangan budak ni. Rasa sangat simpati. Tapi kebelakangan ni selalu sangat berlaku kehilangan anak-anak terutamanya perempuan. Maklumlah perempuan ni adalah golongan lemah yang menjadi sasaran pemangsa. Maaf aku cakap camtu, bukan untuk merendahkan golongan Hawa, tapi untuk menyedarkan golongan Adam betapa mereka memerlukan pembelaan kita.

Memang tak boleh dinafikan, Hawa itu dijadikan daripada Adam. Maka, Adam yang bertanggungjawab menjaga mereka. Itu sebab Hashim Taib ini benar-benar perlukan bantuan kita sebab dia seorang yang sangat bertanggungjawab.

Kepada orang yang tak bertanggungjawab, tolonglah kembalikan budak perempuan ni. Jangan diapa-apakan dia kerana kau sendiri pun taknak perkara tak elok berlaku pada adik atau akak perempuan kau, apatah lagi kalau ibu kau. Hormatilah hak manusia yang inginkan kehidupan selesa dan selamat. (Harap dia baca blog aku, eh org camtu baca ke blog?)

Bila berlaku camni, fikiran aku lantas teringat adik-adik perempuan aku. Memang betullah cara Rasulullah menegur seorang yang ingin berzina dengan seorang perempuan, "cuba bayangkan jika ada orang ingin berzina dengan adik perempuan atau ibu kamu." Fuhh, insaf terus mamat yang sangat bernafsu tadi bila fikir gitu. Maknanya dia tak suka org perlakukan keluarga dia camtu, so kenalah dia tak buat gitu gak kepada orang lain.

Tak dinafikan juga mungkin kehilangan disebabkan perkara lain seperti hilang akal, masuk alam bunian, ikut rasa cinta membuak-buak terhadap pakwe dan sama-sama melarikan diri, atau lain-lain yang mungkin kehendak diri sendiri atau luar kawalan diri. Yang tadi kat atas tu maksud aku, perkara tak elok yang mengancam nyawa.


08 Februari 2007

Misi Kemanusiaan - Siri 3 (Final)

Kami hanya dapat agihkan kepada 27 keluarga. Dan diarahkan balik ke pusat berkumpul tadi (apahal lak nak balik? barang byk lagi). Iye, barang bantuan boleh diberikan lagi kepada 10 keluarga tapi tak sempat. Camana ni? Amanah orang-orang kat opis yang kumpul bantuan ni perlu dilaksanakan. Tapi, apakan daya kitorang bebudak yang takde POWER. Ikut jelah. Harapnya barangan yang kitorang bagi tu tetap sampai kepada mangsa yang sepatutnya.



Cukup berbeza dengan pengalaman aku selama ini buat misi kemanusiaan bersama NGO. Dan diakui oleh semua kawan-kawan yang join aku tu, lebih baik buat keje gini dengan NGO. Sebab NGO macam PBSM, Pengakap, Food not Bombs, Global Peace Mission, Sahabat Alam, WWF etc ni tak langsung memikirkan soal kepentingan mereka. Dan keikhlasan lebih nyata kelihatan dari segi tindak tanduk mereka.

Bayangkan satu insiden yang sangat aku kesal. Aku bagi kat sorang akak ni untuk bagi lebih banyak barang bantuan kepada satu keluarga ni. Lepas tu, dia pulangkan balik barang-barang yang aku bagi tadi. Aku tanya kenapa tak bagi. Dia jawab, "orang ni senang dah, lagipun dia orang kuat [nama parti lawan]." Hah, ikhlasnya bantuan!

Kisah aku mungkin kisah terpencil. Tak mungkin gak boleh masuk paper. Itu pasal aku sengaja taknak cerita pasal betapa susahnya mereka di Johor yang perlukan bantuan kita. Sebab korang boleh baca dalam akhbar atau majalah. Apapun, kalau jadi macam kitorang ni, terpaksalah ikut style diorang, yang penting kalau kita dapat organise sendiri, kita perlu lebih ikhlas. Itu pasal aku tak tengok ko parti mana, yang penting siapa diri kau sebenarnya. Semua parti memperjuangkan sesuatu yang baik dan betul secara konsepnya. Tapi yang mencorakkannya orang kat dalam parti tu. Tak kira la ko orang UMNO atau PAS, kalau ko orang yang bagus, aku tetap akan respek.




*Habis agih barang, pekena air tebu
*Kete bos tenggelam dalam tanah gambut, gave prob to him. kitorang kena follow dia on the way balik kl risau pape terjadi

Click here for more pictures

07 Februari 2007

Misi Kemanusiaan - Siri 2



Pengalaman yang aku nak citer ni lain sket. Rasa tak puas hati pasal pengurusan. Bukan tak puas hati dengan opis aku. Tapi dengan 'orang' yang kitorang bekerjasama. Terus terang aku cakap, orang politik. Tak perlu cakap side mana.


Maklumla bila bencana berlaku, memang ramai nak bagi bantuan. Ada yang ikhlas sangat-sangat dan tak kisah nak bagi berapa banyak duit pun. Ada yang takde duit, bagi tenaga. Ada yang dua-dua tak leh bagi, bagi pakaian terpakai. Ada yang langsung apapun material tak boleh bagi, doa jelah.



Waktu gini semua jenis manusia akan tersentuh. Termasuk parti-parti politik. Ada yang betul, tapi ada gak yang ada udang sebalik mee. Maksud aku, nak raih undi. Alahh, bohonglah kalau takde sket pun niat membantu harap balasan diundi.

Kisahnya camni, kitorang tiba disambut baik. Tunggu dulu kata diorang, ada taklimat. Oklah, tunggu je. Kitorang pun dipanggil, dan terpaksa dengar taklimat hampir 30minit. Tapi aku tak dapat satu pun isi taklimat yang menerangkan apa perlu dibuat untuk agihan barangan. Yang ada, hanyalah kisah-kisah pengalaman mereka, kisah 'puak' satu lagi yang dengki padanya (entah betul entah tidak?), kisah hebat pengorbanan mereka (tak perlulah nak bangga), dan macam-macam lagi kisah yang quote nama orang-orang tertentu yang terlibat (yang sorang pun kitorang tak kenal sebab semua tu orang-orang besar diorang yang diorang nak puji sket).



Akhirnya lepas solat, dok menunggu lagi. Hari semakin petang tapi takde lagi apa-apa tindakan. Sket kecewa dengan keadaan ini. Alhamdulillah, lepas tu kami pun pergi agihkan bantuan. Lagi sekali tensen sebab bantuan hanya dapat diberikan bersama-sama dengan 'orang besar' dia. Kitorang yang ada 2 kete penuh barang bantuan tak dapat berpecah pergi ke rumah-rumah lain. Masa suntuk. Kerjasama kureng...

05 Februari 2007

Meriahnya hari pertunangan

Tahniah buat sahabatku, Am, yang telah melangsungkan pertunangannya pada 3 Februari 2007 baru-baru ini. Cukup meriah. Tambah plak ramai kekawan yang hadir. Pasti kau cukup gembira. Tahniah buat pasangannya, Daud, yang buat kali pertama aku temui face to face. Daud, kau memang bertuah. Aku tak reti nak nasihat apa, sebab aku pun takde pengalaman..hehe. Karang orang kata cakap je lebih, so korang pandai-pandailah jaga perhubungan ini. Aku tetap doakan jodoh korang berkekalan hingga ke syurga. Aku tumpang seronok sebagai kawan.

Misi Kemanusiaan - Siri 1

Sehari dua sebelum bertolak, memang sibuk. Para jejaka kena naik turun lif angkut barang. Penat memang penat, tapi syok. Thanks to Huzaimi for his willingness to help us. Dia paling rajin sesangat. Tak payah suruh pun memang dia buat. Barang kat tangan kita pun, dia nak tolong angkat, sedangkan kita kan tengah angkat.


Bertolak malam, rehat di Melaka. Mujur ada masjid yang cantik ni. Lepas solat, beli nasi lemak, makan dengan nenek dan ibu aku. Eh, pakcik aku pun ada. Selesai saja, kami terus ke Ayer Hitam, tempat kakitangan HSK lain janji untuk berjumpa. Bos aku smpai lagi awal rupanya.



Kami pun menanti semua sukarelawan tiba. Signboard ke Batu Pahat dah nampak. Maka, bermulalah pengembaraan kami...


02 Februari 2007

Misi Kemanusiaan - Intro


Nantikan entry terbaru aku pasal Misi Bantuan Banjir opis aku sempena cuti Hari Wilayah semalam. Aku baru tiba dari Johor. Esok keje.. so, aku saje kasi korang tengok gambar ni dulu..

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular