24 Ogos 2010

Takut menghadapi 'akan'


Kebanyakan kita sering berada dalam keadaan takut, resah, gelisah, dan bimbang apabila memikirkan tentang masa depan. Ya, tentang apa 'akan' terjadi. Walhal sedetik masa di hadapan langsung tidak ada dalam pengetahuan kita.

Kita hanya merancang, dan DIA menentukan. Secara teori, kita pasti inginkan perancangan kita itu menjadi. Oleh sebab tak pasti ia akan menjadi atau tidak, kita cenderung untuk berprasangka negatif.

"Boleh ke aku pass exam ni?"
"Macamana nanti kalau dia tolak pinangan aku?"
"Diorang kata kawasan ni banyak pencuri, takutlah.."
"Anak aku belajar di kolej tengah-tengah bandar, risau dibuatnya kalau-kalau dia terikut budaya entah apa-apa entah"

Macam-macam butir kata meluru keluar dari mulut saat perasaan itu hadir. Cuba kita hisab kembali perjalanan hidup lepas. Bukankah banyak juga yang dirancang kemudiannya berubah menjadi lain. Dan perubahan itu sebenarnya baik untuk kita.

Kita terlalu memikirkan soal 'akan' sedangkan yang lebih penting ialah 'semasa'. Apa yang sedang berlaku itu lebih penting. Maksud aku waktu inilah kita harus bersiap sedaya mungkin untuk melaksanakan perancangan.

Hati harus tekad. Setelah memikirkan itu terbaik, maka kesungguhan harus menyusul disulami rasa kebergantungan pada DIA. Apabila tiba masanya, tengok sajalah apa bakal berlaku.

Kebergantungan kita kepada Allah adalah puncak segala-galanya. Sudah tentu tiada prasangka negatif tentang 'akan'. Ia harus dilatih.

Bak kata mentorku, jadilah seperti semut, yang bersungguh melakukan apa yang dibuat sekalipun ia tahu mungkin ia mati dipijak makhluk yang lebih besar.


Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku hari kiamat, maka hendaklah kamu menanamnya dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut.
[Hadis Riwayat Imam Ahmad]

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itulah yang dinamakan kehidupan, apabila kita tidak mengetahui apa yang akan terjadi pada masa hadapan. apakah aku akan sempat menyelesaikan ibadah puasa hari ini atau sebentar lagi ajal akan datang menjemput? jalani kehidupan untuk hari ini tanpa melupakan hidup sebenar bermula saat kita di bangkitkan semula. selagi hati dididik untuk terus berharap dan bergantung pada DIA, InsyaALLAH kita kan mampu menjalani takdir yang telah ditetapkan-NYA

Sahalfikri berkata...

Terima kasih atas peringatan. Moga Allah pilih kita menjadi insan yang sentiasa beringat.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular