Kebelakangan ini aku asyik mesyuarat. Banyak isu kemanusiaan semasa yang perlu diselesaikan. Bagi GPTD, ada tiga peluang baik untuk pendedahan awal.
Pertama, pihak Muslim Kemboja menginginkan seorang guru muda yang boleh mengajar Bahasa Melayu pada setiap dua bulan. Mereka mahu belajar semula Bahasa Melayu tapi diajar menggunakan tulisan Jawi.
Pada kesempatan aku berkunjung ke Kemboja pada 20 - 22 Ogos lalu, aku dok perhatikan khatib membaca khutbah dalam bahasa Khmer. Walaupun aku tak faham, aku rasa khatib gunakan tulisan Jawi kerana dia membaca kertas catatannya dari kanan ke kiri.
Selepas solat, aku bertemu imam dan dapati memang dia menulis menggunakan tulisan Cham. Ya, kita memanggilnya sebagai tulisan Jawi. Kerana sudah biasa gunakan tulisan itu untuk Bahasa Cham, dia juga gunakannya untuk Bahasa Khmer.
Maka, Bahasa Melayu yang turut dipertuturkan masyarakat Cham terdahulu juga ditulis dalam tulisan Jawi ini. Generasi muda ramai yang tidak tahu lagi tulisan ini. Jadi, dengan mengajar Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi, ia dapat mendekatkan mereka kepada budaya asal orang Cham.
Kedua, penduduk Pakistan rata-rata kehilangan sumber asas kehidupan akibat bah besar yang melanda. Ini menyebabkan kami terpanggil untuk membawa bantuan supaya disalurkan kepada mangsa-mangsa.
Jadi, InsyaAllah kami akan hantar satu pasukan pada 7 September ini untuk misi bantuan berterusan. Untuk membangunkan kembali struktur hidup masyarakat Pakistan pasti mengambil masa bertahun-tahun seperti yang pernah berlaku di Acheh akibat bencana tsunami dulu.
Untuk itu, kami akan menghantar sekurang-kurangnya 2 orang sukarelawan untuk ke sana pada setiap 2 bulan. Ini bagi memastikan projek 'beri pancing' seperti pembinaan sekolah, pam air dan microfinance dapat diteruskan dengan baik.
Sebagai permulaan, kami akan membawa bantuan makanan khas sempena Aidilfitri untuk kampung-kampung terpencil yang kurang mendapat sambutan bantuan luar. Walaupun kelihatan seperti banyak bantuan sudah dihulurkan, pada hakikatnya masih ramai yang belum mendapatkannya.
Ketiga, Palestin adalah isu yang tak pernah senyap. Sudah lama jaringan kami dengan persatuan Palestin telah terjalin. Kali ini kami dapat tahu seorang sukarelawan kami sanggup ke sana menetap selama 6 bulan bagi menguruskan pejabat kami di sana.
Dalam tempoh itu, sukarelawan muda juga diperlukan pada setiap sebulan untuk jalani latihan bersama senior itu. Kerana di sana, kami sudah mempunyai banyak projek berterusan seperti pam air dan kilang roti. Bolehlah sukarelawan muda dapatkan pendedahan dan tunjuk ajar langsung 'on ground'.
Semua projek ini adalah untuk jangkamasa panjang. Kita tak mahu fenomena 'touch n go' menular di kalangan aktivis masyarakat. Kalau setakat ikut musim baru bagi bantuan, memang susah. Apatah lagi jika sekadar mahukan publisiti. Akibatnya masyarakat sendiri yang berterusan dalam keadaan malang.
Ada yang bertanya kenapa aku sibuk dengan negara luar tapi tidak di dalam negara. Jawapan aku mudah saja, sejak bila kita terpedaya dengan dasar 'pecah dan perintah' zaman penjajah yang memecah belahkan kita seluruh dunia? Bukankah ada lagi banyak kelompok NGO lain yang fokus dalam negara?
Kita terpisah hanya pada batas geografi bukan pada usia, warna kulit dan keturunan. Orang Islam sudah tentu pula bersaudara tanpa mengira kepentingan bangsa, nama, dan pangkat.
Jadi, ayuh saudaraku sekalian. Jika anda seorang yang komited, tahan cabaran, optimis, berfikiran terbuka, berlapang dada, empati, bertanggungjawab, dan sedia belajar dan diajar; ayuh jadi sukarelawan kami.
p/s: Anak kecil baru belajar tunggang basikal perlukan tiga roda, bila dia pandai baru kita cabutkan 2 roda belakang.

4 ulasan:
kadang-kadang dek kerana banyaknya rahmat ALLAH yang diberikan kepada negara ini, kita jadi lupa pada saudara seagama di luar sana yang diberi dugaan oleh-NYA. rahmat yang kita terima di sini harus di syukuri tanpa melupakan mereka yang memerlukan di luar sana. tentang di mana kita memilih untuk berbakti bukan persoalannya. yang penting kita mahu berbakti. semoga ALLAH mengiktiraf kerja kalian di GPTD dan doa saya agar kalian tetap istiqamah dengan jalan yang dipilih. semoga syawal yang akan tiba membawa rahmat buat seluruh umat islam. Amin.
p/s : selamat menyambut hari raya idulfitri.
KEEMPAT: MINGgu depan RAYAAAAAAA
suhail...kalu berhajat nak bg sumbgn dlm bentuk wang or buku or quran dan lain2 ke... suhail buat lah satu entry khas sumbgn..no.akaun, alamat dan pnduan ttg brg2 yg ingin disumbngkan utk misi2 kemanusiaan GPTD...
tu ja kakpah memberi pandangan..
syok jugak ek. di samping buat keje amal, boleh tgk negara orang.
Catat Ulasan