16 September 2009

Mari cipta perniagaan yang menguntungkan


Setelah menjelajah beberapa kampus berkongsi pengalaman, aku dapati tidak ramai generasi muda berminat tentang kerja sukarelawan atau dakwah. Mungkin kerana kurang hebahan atau memang hakikat zaman kini, budaya senang dan selesa itu lebih mendasari hidup generasi muda. Allahua'lam.

Dalam pada itu, tahniah aku ucapkan kepada semua yang terlibat. Bukan bermakna kita hebat. Tapi kerana kita terpilih oleh Allah untuk berada di jalan ini. Walaupun kuantiti tidak seberapa, diharapkan kualiti terjana.

Di kesempatan yang ada, sempat juga aku berbincang soal masa depan generasi pelapis. Termasuk kelangsungan gerakan dakwah oleh GPTD kerana wujudnya suara sumbang yang membingitkan telinga.

Aku sangat berharap agar penyumbang suara itu dapat kerap turun ke kampus juga agar melihat realiti generasi harapan kita. Mereka tak ramai. GPTD tawarkan alternatif. Yang lain juga punya cara tersendiri. Alangkah baiknya setiap kita yang berdakwah ini mempunyai grup sasaran berbeza. Agar tak ramai itu akhirnya membentuk kelompok yang mengarah ke tujuan yang sama.

Biarlah kita sediakan menu pelbagai. Ada laksa. Ada mee goreng. Ada nasi ayam. Ada bakso. Dan lain-lain. Sebabnya kalau hanya ada laksa, tak mungkin semua orang berminat makan laksa. Maka, rugilah perniagaan kita. Yang penting ialah kita fikirkan bagaimana perniagaan kita boleh untung dan terus untung.

2 ulasan:

ainShahajar berkata...

semestinya akhirat itu mesti dilebihkan.. sebab nya dunai hanya sementara =)

Selamat hari Raya aidilfitri!!..

Sahalfikri berkata...

ainShahajar: Memang itulah hakikatnya. Salam Aidilfitri juga..

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular