28 September 2009

Ayah Malie meninggal dunia



Hari ini aku bersama Hakim, Malie dan isteri, dan rakan-rakan dari China berkunjung ke rumah pegawai Imigresen Malaysia di China yang kini menetap di Klang. Kesempatan ini digunakan untuk mengeratkan silaturrahim sesama Muslim.

Kemudian aku bercadang dengan Malie untuk terus menjamu sup sebagai hidangan malam sebelum masing-masing pulang. Dalam perjalanan, dia cakap dia tak jadi ke warung yang ingin dituju. Dia terpaksa pulang kerana ayahnya terlibat dalam kemalangan.

Jam menunjukkan pukul 8.45 malam dan ayahnya dikhabarkan sedang kritikal. Dia langsung menuju ke kampungnya di Batu Pahat setelah dihubungi emaknya.

Pada jam 1.29 pagi, aku dimaklumkan Malie melalui sms ayahnya sudah meninggal dunia. Dia masih dalam perjalanan sewaktu entri ini ditulis.

Marilah sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat ayahnya dan doakan agar diampunkan segala dosa dan dicucuri rahmatNya ke atas allahyarham.

3 ulasan:

KiMi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
KiMi berkata...

Alfatihah.Sampaikan salam takziah aku pada kuarga malie.

kelisa_samudera berkata...

Takziah pada malie.

lama tak dengar kabar ko suhail. last dengar berita org cakap ko nak pegi china je.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular