02 Oktober 2009

Nyonya minta doa pada Allah



Setelah berhari raya, inilah masa untuk aku meraikan pula dia yang aku sering ceritakan dalam entri-entri di China.

Dia yang bernama Thien Fuimein adalah seorang muallaf yang diberikan hidayah oleh Allah kepadanya dan diberikan kesempatan kepada aku dan rakan-rakan Melayu lain untuk membimbingnya.

Atas pelbagai urusan, aku dengan bantuan beberapa rakan, membawanya ke serata tempat. Penghujung urusan rasminya, dia luahkan hasrat untuk bercuti di Melaka.

Gambar di atas diambil di hadapan Masjid Kampung Hulu yang dibina sejak 1720 lagi. Masjid yang terkenal dengan karamah doa dimakbulkan Allah walaupun doa diminta oleh bukan Islam itu adalah sesuatu yang menarik perhatian.

"Encik, boleh saya masuk bagi sedekah?"
"Sedekah? Saya tak tahu.. cuba masuk dulu"

"Encik, saya mahu bagi RM2 ini untuk masjid"

Lantas seorang Muslim yang duduk-duduk di luar masjid mengambil duit tadi dan dimasukkan ke dalam tabung.

Terima kasih. Itulah ucapan yang diulangi nyonya itu dan terus menuju keluar sambil menjinjing dua beg plastik berisi barangan yang baru dibelinya.

Aku meluru ke arahnya dan memulakan perbualan.

Aku : Nyonya buat apa tadi?
Dia : Bagi sedekah, nak..
Aku : Untuk apa nyonya sedekah?
Dia : Mahu kasi baik semuanya. Saya ada lembu. Ada anak. Ada rumah. Semua mahu kasi selamat.
Aku : Nyonya mahu minta sama siapa?
Dia : Sama Tuhan. Kita punya Tuhan sama. Satu Tuhan saja.
Aku : Oh, Allah.. nyonya minta sama Allah mesti nyonya dapat punya.
Dia : Yalah, yang penting nanti akhirat hidup kita senang.
Aku : Nyonya ini orang Melaka Cina Baba ya?
Dia : Ya.. saya duduk Rumbia sana. Ini saya datang naik bas beli barang. Habis tu, saya tengok-tengok duit sudah cukup naik bas mahu balik. Lebih ada lagi RM2 saya bagi sama masjid.
Aku : Baikla nyonya..jalan baik-baik ya. Nanti Allah kasi selamat.
Dia : Ya, nak.. terima kasih.

6 ulasan:

RedAnna berkata...

terasa diri sungguh keik dibandingkan ngan nyonya tu....

Sahalfikri berkata...

redanna: kenapa plak trasa kecik?

arsaili berkata...

salam..tauladan buat kita..salam syawal ya saudara

ainShahajar berkata...

bnyk masjid2 lama kat melaka ni.. tokong cina tu pun.. tokong 1st kat msia.. or maybe kat asia tenggara.. lupe la namanya

mendidik diri menjadi pemurah.. bukan sesautu yg mudah.. tp mesti buat

Sahalfikri berkata...

ainShahajar: masjid-masjid ini dikatakan diberkati kerana karamah wali-wali yang menghidupkannya.

nur cahaya(^_^) berkata...

semoga ALLAH memberi taufiq dan hidayah pada nyonya tuh...mulia sungguh hati beliau..terusik sanubari ku..
~non muslim pon pandai nk bersedekah..n yakin hanya ALLAH yang mampu mnyelamatkan kita semua..tapi kita?

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular