18 Ogos 2009

Baca quran terasa panas



Ada orang masuk Islam sebab nak kahwin.
Ada orang masuk Islam sebab nak maju dalam bisnes (agar dapat kerjasama dengan orang Islam).
Ada orang masuk Islam sebab politik (agar dapat sokongan kuat orang Islam).
Ada orang masuk Islam dengan macam-macam sebab.

"Kamu nak masuk Islam sebab apa?"

Dia terangkan pada aku, dia sedang mencari Tuhan. Jiwa tak tenang. Sudah jadi rutin hidupnya, membaca kitabullah. Bible diperkenalkan sebagai kitabullah juga. Maka, dibacanya selalu. Hari demi hari, bacaan semakin bertambah.

Makin dibaca, makin dia keliru. Dia mahu cari Allah. Dia kata kenapa ada Allah dan pecahannya. Yang mana harus disembah? Kenapa kisah-kisahnya mengelirukan?

"Jadi, kamu cari Islam? Kamu yakin dengan Islam?"

Dia jawab lagi. Katanya sudah berbulan-bulan dia membaca al-Quran pada setiap malam sejak dihadiahkan kepadanya oleh seorang kawan baiknya. Terjemahan al-Quran dalam Bahasa Mandarin.

Makin dibaca, makin dia tenang. Setiap kali membaca, ia membuka mata dan hati. Kalau dulu, dia selalu tidak tenteram, tapi kini terasa aman. Tidak lagi takut kepada apa yang bakal berlaku esok.

"Tapi saya mahu baca bahasa Arabnya. Saya pernah dengar alunan bacaannya yang sangat enak didengar"

Ish, semangat betul dia. Kalau kalian tengok bacaan terjemahannya itu, pasti kalian sendiri kalah. Sebabnya dalam tempoh 2 bulan, bacaannya telah menghampiri 3/4 al-Quran. Kini, dia ingin pula membaca dalam bahasa syurga.

Katanya lagi, kali pertama dia mendengar alunan bacaan al-Quran dalam format mp3, dia sangat takut. Rakaman mp3 itu dipasang dalam komputer ribanya di rumah sebelum dia tidur.

Dia menangis menahan sakit tak terperi. Panas dirasakan seluruh tubuh. Rasa diri terbakar, panas, semacam ada duri-duri di bawah lapisan kulit yang bergerak-gerak menusuk kulit dari dalam. Aduh, sakitnya!

Namun, dia tekad untuk terus mendengarnya kerana dia percaya masakan ayat-ayat ini tiada hebatannya kalau sudah jadi begini. Pasti ianya bukan ayat biasa. Setelah menahan sakit beberapa minit, dia akhirnya lemah.

Puas hatinya sebab selepas segala keperitan tadi dilalui, dia kini tenang. Hati kecilnya berbisik, aku perlu belajar membacanya. Lantas hasratnya itu disuarakan kepada aku saat aku juga dahagakan pencurahan tenaga dan ilmu buat generasi Muhammad kekasihNYA.

Arti hidup pada memberi dengan sebanyak-banyaknya, bukan menerima dengan sebanyak-banyaknya

10 ulasan:

yg_indah berkata...

interesting.

FirJah berkata...

yeah sanagt menarik..
semoga anda mampu membimbingnya & mengajarnya bahasa syurga itu...
good luck!!
anda insan bertuah..
menjelang bulan ramadhan ini.. hadirnya dia..
puasa dia nnti macmna? ada tak dia sebut nak puasa jugak??

SITI berkata...

wah, sangat kagum.

Musti abang ajar dia dari mula, alif ba ta.

Tiba2, siti rindu muqaddam. Hehe.

KiMi berkata...

uik?
rasa panas?
errr...
gamaknya aku pon centu apa?
huhuhu
bulan ramadhan dah dekat.
mari bertadarrus.
eh?mana pulak aku letak Quran ni? .

Sahalfikri berkata...

yg indah: Benar-benar menyentuh perasaan.

Firjah: Dia juga ingin puasa tapi dia rasa macam tak larat. Kataku padanya," Islam itu mudah. Mulakan dengan sebaik mungkin. Kalau tak terdaya tak apa, Allah tahu kekuatan kamu."

SITI: Memang sudah mula alif, ba, ta.. Hanya 2 hari, dia sudah boleh menghafal semuanya dan menulisnya sekali.

Teringat zaman Taski ABIM kecil-kecil dulu. Begitulah abg ajar dia.

Kimi: Peringatan buat kita agar selalu dampingi Quran. Banyak kali bila aku bercerita, suaranya jadi sebak.

ainShahajar berkata...

belum pernah habis baca tafsiran quran.. just bace je.. ye.. malunya

Sahalfikri berkata...

ainShahajar: Ada lagi peristiwa memalukan kita. InsyaAllah akan diceritakan.

Najm berkata...

ganjaran! ganjaran!

eh... memburu ganjaranNya atau mencari redhaNya?....

malunya aku...

kamyap berkata...

semoga segalanya dipermudahkan...
kami di sini hanya sempat kirimkan panduan itu sahaja kerana masa yang x mengizinkan..

Maaf jika tidak mencukupi..

Sahalfikri berkata...

Najm: Usaha aku belum cukuplah..tak tahu nak persembahkan camana nanti. :(


kamyap: tak apa. sudah cukup baiklah dpt membantu sikit pun. setidak-tidaknya dia ada panduan kecil. raqib mencatit tu.. alhamdulillah.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular