Memang inilah yang biasa terjadi. Perkara yang tak disukai berlaku. Akhirnya memberi kebaikan kepada kita. Bahkan kepuasan dan keseronokan.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ianya amat baik untukmu, boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah SWT mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" Al-Baqarah (2): 216
Bukan sekali tapi dah tak terkira rupanya. Hanya bila kebaikan itu datang barulah tersedar betapa pentingnya keburukan itu terjadi dahulu sebelumnya.
Ayat ini sangat memberikan ketenangan kepada sesiapa yang sedang dilanda malang. Hanya DIA yang tahu terbaik untuk kita.
Pada 9 Ogos, dalam entri 'Aku Putus Asa', aku terasa sangat ingin pulang ke Malaysia. Aku rasa sangatlah bosan dengan keadaan yang sedang aku alami sekembalinya aku dari Korea.
Siapa sangka ketiadaan elektrik pada waktu itu mempertemukan aku dengan seorang hambaNYA yang sedang mencari di mana DIA. Seorang yang berbangsa Cina aku perlukan untuk komunikasi lanjut dengan tuan rumah.
Sebagai membalas jasanya, aku belanja dia makan. Pada waktu inilah, hilangnya rasa bosan dan putus asa.
"Saya ingat saya mahu masuk Islam lah"
"Apa? Betul ke ni? Dah fikir masak-masak? Kenapa?"
Macam-macam soalan yang aku ajukan. Maka, helaian hidupnya disingkap satu persatu. Setiap helaian punya cerita dan watak menakjubkan. Dari satu helai ke satu helai.
Dia sendiri yang menceritakan apa yang terjadi kepada diri dia. Bermulalah satu episod yang tak pernah aku duga untuk berlaku di bumi manusia bertuhankan DUIT.
PETIKAN KISAH AKAN DATANG:
"Rasa diri terbakar, panas, semacam ada duri-duri di bawah lapisan kulit.."

4 ulasan:
tahniah2..besor pahala tuh
mamida: Ameen.. omga dikurniakan keikhlasan dlm berdakwah!
Untungnya Abg Suhail! Insya Allah dapat sesuatu yang lebih berharga dari seluruh dunia dan isinya!
[Najm: Sedang usaha buru ganjaran sedemikian.]
Najm: Maaf ya video tak sempat. Belum tentu Allah beri ganjaran sehebat itu buat abg sbb abg sendiri tak tahu sejauh mana usaha abg dinilai Allah. Mungkin tak sampai tahap yg diinginkan.
Catat Ulasan