03 Ogos 2009

Kenangan terakhir di Korea

IMG_8139
Aku bergambar di dalam gerabak yang menyediakan cafe dan hiburan santai.

IMG_8135
Hanya dengan memasukkan koin 500 won (RM1.50), anda boleh melayari internet selama 15 minit dalam gerabak ini.

IMG_8133
Bukan itu saja. Kami mencuba bermain game arked. 500 won untuk 8 minit. Teringat zaman sekolah dulu bila keluar outing. Hehe.

IMG_8137
Cafe kecil kan? Tapi sangat ceria. Seronok bila berada dalam gerabak ini. Terasa seperti dalam bangunan premis biasa.

IMG_8136
Tak cukup dengan itu. Bagi sesiapa yang badannya terasa lenguh-lenguh, bolehlah mencuba kerusi urut yang disediakan. Kena bayar juga tapi tak sempat aku bertanya harganya.

IMG_8144
Mujurlah bilik karaoke ini tak menyediakan lagu-lagu Melayu. Jika tidak, teringin rasanya cuba berkaraoke dalam keretapi. Kalau di Malaysia, tak mungkin dapat pengalaman ini.

IMG_8296
Sudahlah tu, jangan ternganga luas sangat. Kami dah sampai pun Masjid Busan. Busan adalah bandar kedua terbesar di Korea Selatan. Di sini kami dapat berjumpa dengan Imam Yasser yang berbangsa Korea. Di sebelahnya terdapat restoran Turki. Di tingkat bawah, terdapat kedai runcit milik pekerja Indonesia yang menjadi bilal di sini.

IMG_8198
Pekerja Indonesia di sini ada pejabatnya sendiri. Mereka bina perpustakaan dan koperasi untuk kepentingan masyarakat Indonesia. Masjid ini sudah menjadi umpama rumah mereka.

IMG_8171
Setelah menunaikan solat jamak, kami ditegur oleh dua warga Turki. Mereka adalah jurutera dan pensyarah yang datang untuk wisata. Namun, mereka tak lupa menghadiahkan kami buku-buku dari Siri Koleksi Risalah an-Nur karangan Syed Nursi, ulama terkemuka Turki. Kagum aku dengan mereka yang membawa banyak bekalan ilmu untuk dihadiahkan.


IMG_8235
IMG_8236
Ini lagi membuatkan aku terkesima. Bank bergerak. Tengok tu, korang ternganga lagi. Haha. Bukan saja ada ATM, kaunter urusan bank pun ada.

IMG_8232
Tengok ini. Internet boleh dilayari secara percuma di Hyundae, Busan. Aku yang gila online ini pantang tengok perkara begini.


IMG_8305
Sebelum pulang, aku sempat bergambar di perkarangan masjid yang berlatarkan dinding yang dilukis dengan pemandangan padang pasir.

IMG_8310
Kami tiba di Seoul pada waktu Subuh. Tidak seperti di China, aku bebas menunaikan solat di kaki lima bangunan berhampiran stesen keretapi Seoul.

IMG_8292
Tengok tu, latar dinding pada stesen Jihachol (subway). Indah bukan? Aku banyak terpegun dengan hasil-hasil seni di sini tapi tak dapat dikongsikan semuanya. Maaf.

IMG_8333
Ramai orang di Namdaemun. Maklumlah ini tempat jualan barangan cenderahati, fabrik, selimut, kerongsang dan macam-macam lagi.

IMG_8330
Aku pun ikut saja Kamil bawa ke tempat kerongsang. Kata orang kerongsang Korea memang digemari masyarakat Malaysia. Aku manalah tahu. Ikutlah..

IMG_8329
IMG_8323
Berpinar mata aku tengok kerongsang yang cantik-cantik ini. Tengok saja, belinya tak. Hakim belilah sebab ada orang pesan.

IMG_8318
Kedainya banyak. Kecil-kecil saja setiap satu kedai. Mahu termuntah dibuatnya nak mencari mana satu yang berkenan.

Siapa mahu pesan kerongsang? Kalau mahu, aku boleh uruskan sebab aku sudah ada kaki. Betul ni, bukan main-main. Tapi janganlah pesan sebutir dua saja. Paling kurang 40 butir lah. Dalam tempoh 3 hari akan sampai ke rumah anda. Amacam? Emel saja ke muhdsuhail.ahmad@gmail.com kalau berminat.

Sampai bertemu kembali di China. Paparan entri yang diemel dari China nanti takkan sekemas ini. Esok jam 2 petang, aku akan kembali ke China. Kekerapan kemaskini bergantung kepada limitasi akses internet di sana.




25 ulasan:

arin berkata...

bank bergerak? x kena rompak ker??


wahhhhhh.. kerongsaaaaaaaaangggggggggggggg!!!!!!!!!!!!!!!!

Sahalfikri berkata...

arin: Sebab takde jenayah rompak di sinilah diorg boleh buat bank bergerak. Meh la order kerongsang! Nak raya nih!

Sahalfikri berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
SITI berkata...

Gerabak tu sangat best lah. Takde lah org tidor melopong dalam train lagi. Hehe.

Ya, teruja juga melihat kerongsang itu. Haish.

Abang nampak sangat sedih nak pulang ke China.

Sahalfikri berkata...

Siti: Memang sangat best gerabak itu. Juga kerongsang. Dan memang sangat sedih nak ke China. Kebebasan sedia ada di Korea akan terhad di China.

Sahalfikri berkata...

Siti: Memang sangat best gerabak itu. Juga kerongsang. Dan memang sangat sedih nak ke China. Kebebasan sedia ada di Korea akan terhad di China.

Sahalfikri berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Najm berkata...

Slm Bro.

Mmg tak terkata la tgk gambo2 tu semua. Cuma rasa sedih sebab negara umat Islam gagal menunjukkan contoh sebaik ini, kecuali Turki.

Lepas ni kita boleh ke Turki pulak, buat dokumentasi kat sana. Amacam?

Semoga kita sentiasa mensyukuri nikmat yang dikurniakan-Nya, walaupun bnikmat itu hanya sementara. ;)

Sahalfikri berkata...

Najm: Slm kembali. Oh kisah tentang umat Islam pd pdgn seorang muallaf di sini pun agak sedih. Mungkin sempat nanti, gua cite. At least gua buat entri melalui emel. (skrg di dewan mnunggu masuk China Airlines)

Najm berkata...

Ok bro, gua tunggu.
Semoga selamat dlm perjalanan.

Ticer Syah berkata...

baper sejibik kerongsang?

3p4h berkata...

Alhamdulillah akhirnya usai juga pengembaraan ke Korea. Kalo ada misi2 lg bgtau la ya? Kepingin juga ni.. He5...

nadmin berkata...

wah...peluang bisnes..macam berminat..hehe

neem berkata...

tiada alasan utk tidak solat!

^^

neem berkata...

tiada alasan utk tidak solat!

^^

Ticer Syah berkata...

ni dok senyap ni msti dah kena block kat china...wakkakaka

3p4h berkata...

Itulah mamida, china truk tul la... Xdpt nk bebas2 gni..

Ticer Syah berkata...

hahahhaa.. tadi aku dan sembang ngan dia kat tepon...kekeke.. barang suda sampai.. seb bek dia terer pilih corak kain kali ni.. syabas beta syabas.. lengkali leh oder lagi..tunggu untuk raya aji plak deiii..

Sahalfikri berkata...

epah: ko pun dah banyak kembara orang asli. boleh dibukukan tu..

neem: di china lain tau. kalo solat di tempat umum, ada risiko. maka, kami amek kaedah solat jamak bila terpaksa.

mamida: memang kena block pun tapi bole gak la masuk guna proxy. cuma ada gangguan sket. kekadang ada virus.. bahaya..

lenkali order lagi aaa..

Ticer Syah berkata...

epah: aritu ko masuk kg orang asli kuar paper eh.. aisey..aku tak beli plak paper itu hr..huhu..rugi2..

soguy: olait..tunggu kaya..dei kasut besor plak..ekekke..takpe aku carik buyer len.. huhu..sedey

Sahalfikri berkata...

mamida: aik? besor? maknanya kaki hang saiz len la ek? sape lg xde kasut, angkat tgn!! haha

Ticer Syah berkata...

aku kena beli saiz 7 gak la dei..sbb kasut si umi santek aje di kakiku..tp aku pakai jugak w/pon besor sbb vogue kan.wakakakka..
hat sandal tu bisa ajer muat di kaki..pak hak pon nak oder kasut mcm tu lagi.. besor gak..hayya.. aritu test mcm kenit aje.. kuikuikui.. nnti kita cembang len

Akak Kembang berkata...

suhail..sronoknyer dpt gi Korea..n semakin ensem sekarang..hihihi..xder awek Korea berkenan ker???

feezasabri berkata...

salam, boleh saya tau.. dah sampai busan nak ke masjid busan tu macam mane? InsyaAllah saya akan ke sana bulan 10 nie. jadi berhajat untuk ke masjid busan semasa singgah di busan nanti. email to me : pijat_rock@yahoo.com. terima kasih

Sahalfikri berkata...

Cik feezasabri, cuba naik subway turun stesen Dusil. Lepas itu, jalan kaki sekitar 400 meter kot, terus jumpa nanti tp kena masuk simpang sikit dan jumpa sungai. Kalau tak berani, naik teksi pula lepas tu tapi kena dptkan tulisan nama masjid busan tu dlm bahasa korea dan tunjukkan paa driver teksi.

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular