20 Ogos 2009

Usah dipisahkan Melayu dan Islam


Aku sampaikan berita keinginan dia untuk peluk Islam kepada seorang rakan Melayu. Dia asli Melayu. Cakapnya nampak bersopan. Lemah lebut bicara si jejaka ini.

"Mana kau tahu dia nak masuk Islam?"
"Dia beritahu aku. Sekarang ni dia dah mula belajar mengaji"


Tersenyum dia mendengar berita ini. Dia nampak berminat untuk tahu lebih lanjut. Aku terus ceritakan apa yang sudah berlaku.

"Macamana nak ajar dia mengaji? Aku pun dah bertahun tak baca al-Quran. Dah lupa dah.."

Apa? Terkejut aku mendengar pengakuan ikhlas dia. Dia jadi malu. Dia kata dia sudah lupa baca al-Quran. Ya Rabbi, apakah huruf hijaiyyah dan baris serta tajwid itu tak lagi diingati?

Aku jadi bimbang.

-------

Waktu itu ada acara keramaian. Aku tengok jam menunjukkan 20 minit saja lagi masa yang tinggal untuk aku solat Maghrib. Lantas aku ajak rakan-rakan Melayu lain untuk turut mengerjakan kewajipan.

"Takpe, pergilah dulu.."
"Oh, masjid jauhlah.. takde tempat dekat sikit?"


Tiada yang bersungguh menjawab pelawaan aku. Dengan rasa sedih, aku menghilangkan dii untuk tumpang solat di kawasan berdekatan. Tiba-tiba aku dapat panggilan.

"Sudah solat? Saya mahu pergi masjid.."

Saudara yang masih belum mengesahkan keIslamannya ini ingin solat Maghrib. Apa? Aku sudah solat. Takpelah, aku cakap marilah kita naik teksi ke masjid.

Dalam teksi, aku katakan yang aku dah solat. Dia cakap kenapa tak ajak dia. Aku cakap aku takut tak sempat dan kewajipan itu hanya tertanggung atas aku. Dia belum lagi.

"Yalah, tapi saya tak mahu tinggal sembahyang.."

Aku jadi malu. Aku tenangkan hati dengan berfikir, mungkin rakan-rakan Melayu ku itu solat dekat-dekat sana di kaki lima.





Jumhur ulama’ daripada mazhab Maliki dan Syafie: Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dihukum bunuh walau pun meninggalkan satu fardhu sahaja. Disuruh agar bertaubat selama tiga hari, jika enggan dijatuhkan hukuman hudud dengan dipenggal kepalanya. Selepas dibunuh, dimandikan dan disembahyangkan ke atasnya serta ditanam di tanah perkuburan orang Islam kerana dia tidak dikira kafir. Ini juga adalah pendapat yang rajih pada mazhab Hanbali sebagaimana dikatakan oleh Ibn Qudamah dalam Al-Mughni [Sila rujuk di sini]





Beratnya hukuman dunia ini. Sanggupkah kita? Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami

3 ulasan:

nadmin berkata...

payah..payah nak ajak org yang dah tahu solat utk bersolat..

suhail, ko dah baca buku Prof. Kamil (Pengarah UiTM Segamat)? tajuknya Travelog Dakwah..

Aku rasa ko pun boleh buat travelog macam tu..amat menyentuh perasaan dan menginsafkan..

KiMi berkata...

HAHAHA. Dulu masa kat UIA. aku janji dengan NG *** KA pukul 4 lebih,nk pi mana ntah, aku lupa. masa tu baru asar.
Aku tunggu dia, lambat gila, bila dia sampai, aku tanya awat lambat.

Dia kata dia solat asar kat masjidddddd berjemaah......pastu tanya kat aku...tak solat kat masjid kaaa?

Aku Belum solatttttttt...rileks aaa..asar samapi kul 7.huhuhu

Sahalfikri berkata...

nadmin: Aku memang teringin tapi tak sempat beli. Kau hadiahkan la aku satu..hehe. Lepas tu, poskan ke China.. :)

Kimi: Kita ni anak Melayu memang darah keturunan Islam. Kita tak cari Islam, tu pasal la kita tak terasa sangat pentingnya ajaran Islam untuk diri kita. Diorang tu memang cari Islam.. Kita mesti cari!

Aku sudah jumpa tapi tak sama penemuan aku dgn diorg.. Aku kena menyelam lagi!

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular