27 Ogos 2009

Siri Ramadhan China: Mungkin itu malaikat

Kali ini aku berbuka di Masjid Huaisheng, masjid pertama di Canton (Guangzhou) yang dibina oleh Saad Abi Waqqas sebagai tanda peringatan kepada Nabi Muhammad saw. Masjid ini terkenal dan di sini ramai orang yang datang berbuka dan bertarawih.

Ramai sungguh jemaah di sini hinggakan kerusi dan meja yang disediakan tak cukup menampung semuanya. Air susu dicampur Sprite menjadi minuman awal pembuka puasa.

Berbanding sebelum ini, jemaah di sini lebih beradab kerana beratur dalam mengambil makanan yang disediakan. Ada sekitar 20 jemaah yang tak dapat menikmati sedekah para penyumbang ini.

Para pengemis juga ramai yang turut serta. Dan pada waktu inilah, baru aku nampak para pengemis ini turut solat. Tidak seperti hari-hari Jumaat sebelum ini, kelibat mereka hanya di pintu keluar masjid.


Sama seperti masjid sebelum ini, tazkirah ringkas diberikan sebelum solat Isyak ditunaikan Masyarakat Cina pada waktu ini sangat khusyuk mendengarnya. Apa yang disampaikan imam hanyalah perkara asas yang didahagakan jemaah. Waktu ini jugalah jika anda ke sini, anda dapat melihat begitu ramai Cina Muslim.


Ramai bukan? Secara kiraan kasar, dianggarkan sekitar 700 ahli jemaah membanjiri ruang solat. Solatnya tak sederas masjid sebelum ini. Agak tenang sedikit, cuma bahang siangnya masih terasa.


Waktu ini jugalah wanita Cina Muslim dapat dilihat dengan banyaknya. Bagi masyarakat Malaysia dan Indonesia yang terbiasa mengenakan telekung untuk bersolat mungkin terasa janggal melakukan demikian di sini. Rata-rata mereka hanya menutup aurat apabila menunaikan solat seperti sewaktu mereka berjalan di kaki lima. [Penutupan auratnya masih kurang sempurna barangkali disebakan kurang kefahaman]


Kasut-kasut yang anda sarungkan di kaki biarkan saja di mana pun. Tiada kejadian hilang kasut seperti di Malaysia. Tak kiralah kasut anda murah atau mahal, insyaAllah anda akan dapati kasut anda di tempat asal anda meninggalkannya.


Pada malam ini, ada acara sangat bermakna buat rakanku itu. Ya, rakan yang aku ceritakan sebelum ini. Malam ini pengucapan shahadah dibuat di hadapan imam. Kami minta Imam Abdullah mengadakan acara kecil ini selepas jemaah lain beredar.



Kejutan buat imam kerana jarang sekali orang Cina ingin memeluk Islam. Walaupun terdapat persatuan Islam Guangzhou, mereka sendiri tiada daftar muallaf. Namun, aku harus tabik pada imam yang sangat sungguh-sungguh beri faham kepada rakanku itu sebelum shahadah dibacakan sedangkan dia sedang mengejar waktu untuk pulang.


"Suhail, waktu saya solat tarawih tadi, ada sesuatu mengusap-mengusap bahu kanan saya tiga kali"
"Barangkali itu adalah malaikat yang ingin menyambut kamu.."
"Saya rasa nak nangis tadi"
"Alhamdulillah, kamu kini Muslim. Tahniah.. Allah sayang kamu"


Akan datang: Dia ditolak hingga hampir terjatuh hanya kerana memeluk Islam

5 ulasan:

Unknown berkata...

Kalau semua orang bersolat, siapa yang merakamkam gambar ini sheikh? hoho

Sahalfikri berkata...

Anuar: Maksud di sini, semua orang Cina. Yang merakamkan ini adalah aku untuk rekod. Jika tidak, aku hanya dapat bercerita tanpa gambar.

SITI berkata...

wah, tak sabar nak tunggu episod citer abang seterusnya. best2.

sama best macam citer nur kasih tv3. Hehe.

FirJah berkata...

yeah.. saya pun tertanya2 siapa yg merakamkan gmbar ni.. rupanya empunya diri ni ya..
bila masa kamu smyg.. bila masa kamu rakam..hehe :)
saya pun tak sabar menunggu cerita seterusnya..

Sahalfikri berkata...

siti: tipulah sama best nur kasih. yg tu lebih best!

Firjah: memang sendiri rakam sebab hanya solat 8 rakaat. nak limpahkan cahaya di rumah pula. cerita seterusnya tak lama lagi.. tunggu! :)

Daun Rerama Pengubat Sakit Kronik

Kelmarin saya sempat bertemu dengan pakcik Khamarul, seorang pengusaha daun rerama hijau sejak 2006 lagi. Pengalaman beliau merawat pesakit ...

Popular